Tuesday, August 24, 2010

Daerahku : Petani Pendang Dakwa Alami Kerugian Jual Padi Kepada Bernas

Petani Pendang Dakwa Alami Kerugian Jual Padi Kepada Bernas

 ( Petani - Gambar sekadar hiasan )

PENDANG, 23 Ogos (Bernama) -- Lebih 100 petani di daerah ini meminta syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) meneliti semula kadar potongan timbangan berat padi yang didakwa tidak munasabah dan menyebabkan mereka kerugian.

Mereka mendakwa sejak musim tuaian Julai lepas, Bernas memotong antara 28 dan 30 kilogram bagi setiap 100kg padi berbanding sebelum itu hanya 17kg seperti yang diamalkan syarikat swasta.

Pemotongan tidak munasabah itu menyebabkan pendapatan petani berkurangan kerana mereka biasanya memperolehi sekitar RM1,050 bagi setiap tan metrik, kata wakil petani Umar Abdullah Samsuddin kepada pemberita, di sini hari ini.

"Kualiti padi yang dihasilkan amat baik dan hanya sebilangan kecil sahaja hasil kurang berkualiti ekoran faktor cuaca yang tidak menentu dan penyakit padi yang sukar dikawal.

"Jadi tidak relevan jika potongan timbangan dibuat terlalu banyak," katanya.

Katanya sebagai pilihan petani berhasrat menjual padi kepada syarikat swasta bagi memastikan pendapatan mereka setimpal dengan kerja dan modal yang dikeluarkan.

"Ini sahaja pendapatan utama mereka untuk menyara keluarga dan dengan potongan hasil timbangan sebanyak itu membuatkan kami semua rasa rugi jika kami jual dekat Bernas," katanya.

Sumber : BERNAMA 

HARGAILAH PETANI-PETANI KITA..

Kedutaan MALAYSIA dilontar najis..


JAKARTA 23 Ogos – Tunjuk perasaan membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa Indonesia oleh polis Malaysia yang diadakan di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini kecoh.

Tunjuk perasaan yang disertai oleh anggota daripada Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) itu bermula dengan orang ramai membawa sepanduk mengecam Malaysia kerana menangkap anggota penguat kuasa negara berkenaan yang sedang menahan nelayan Malaysia yang menceroboh perairan Indonesia dekat Pulau Bintan.

Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila penunjuk perasaan membawa lima bungkus najis manusia dan mahu dilempar ke dalam Kedutaan Malaysia.

Para penunjuk perasaan sempat memijak bendera Malaysia dan melepar sebungkus najis ke dalam kawasan kedutaan Malaysia dan ke atas Jalur Gemilang yang dibentang di atas tanah, apabila polis berpakaian biasa menangkap tiga penunjuk perasaan terbabit.

Suasana menjadi kecoh apabila para penunjuk perasaan mendesak rakan mereka dibebaskan.

Mereka juga memberi amaran kepada polis supaya membebaskan penunjuk perasaan terbabit hari ini juga.

Jika polis gagal berbuat sedemikian mereka akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia.

Sebelum ini anggota penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menangkap tujuh nelayan Malaysia yang dituduh menceroboh perairan negara jiran itu.

Bagaimanapun timbul kekecohan apabila anggota Pasukan Gerakan Marin cuba menghalang tindakan itu telah menangkap tiga anggota penguat kuasa terbabit.

Namun masalah itu diselesaikan secara diplomasi oleh kedua-dua negara apabila kesemua yang ditahan dibebaskan.

Penyelesaian secara diplomasi itu bagaimanapun dianggap segelintir masyarakat Indonesia termasuk pertubuhan bukan kerajaan sebagai sikap yang terlalu berlembut dengan Malaysia dan kerajaan Indonesia tidak tegas mempertahankan kedaulatan negara berkenaan. – Utusan

Sumber : Utusan Malaysia Online
KENAPA RAKYAT INDON SAKIT HATI DEGAN MALAYSIA ??

Tiger Woods BERCERAI...

Tiger Woods bercerai dengan Elin

PANAMA CITY, Florida, 24 Ogos - Pemain golf utama dunia, Tiger Woods akhirnya bercerai secara rasmi dengan isterinya.

Para peguam untuk Woods dan Elin Nordegren dalam satu kenyataan berkata, penceraian itu menjadi rasmi semalam di Mahkamah Daerah Bay.

Penceraian itu terjadi selepas 9 bulan kemalangan Woods dengan kenderaan SUVnya di luar kawasan perumahan mereka berdekatan Orlando, yang telah mengakibatkan pendedahan satu persatu kegiatan curang pemain golf nombor satu dunia itu terhadap isterinya.

Kejadian itu juga turut mengakibatkan Woods kehilangan jutaan dolar dalam pengiklanan selain terpaksa berehat selama lima bulan daripada sebarang aksi perlawanan golf.

Terma penceraian itu tidak didedahkan kecuali mereka berdua akan mendapat hak penjagaan kepada kedua-dua anak mereka yang berusia 3 dan 1 tahun. - AP

Sumber : Utusan Malaysia Online
YANG SALAH TETAP SALAH...

Wednesday, August 18, 2010

Mengomel Menjadikan Kita Negatif ...

Elakkan selalu megomel-ngomel, mengomplen, mengkritik, merungut-rungut.

Elakkan dari selalu memaparkan ketidakpuashatian kita pada sesuatu. Geram cemanapun, berusahalah menyabarkan diri.

Rasa tidak puas hati ibarat seketul bara api yang kecil. Bila bara api yang kecil di tiup dengan angin kemarahan, bara yang kecil itu akan mengeluarkan api yang marak membakar. Semakin ditiup, apinya akan jadi semakin besar.

Fikiran yang tertumpu pada rasa tidak puas hati akan menjadi seperti ‘angin’ yang meniup api, menjadikan kita susah menyabarkan diri kemarahan berterusan terbit dari dasar hati.

Dalam apa jua keadaan, berusahalah menyabarkan diri. Berlindunglah dengan Allah dari bisikan-bisikan yang menjadi peniup api kemarahan di dalam diri kita.

Sumber : Email Yahoo Group
RENUNG-RENUNGKAN..

Tuesday, August 17, 2010

Jawatan Kosong di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) - Ogos 2010

PERKESO mempelawa semua warganegara Malaysia yang berminat bagi mengisi jawatan sebagai:

- PEGAWAI PERUBATAN GRED 24


DOWNLOAD IKLAN JAWATAN KOSONG DAN BORANG


Borang yang telah lengkap perlu dihantar ke alamat berikut :-

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)
MENARA PERKESO
TINGKAT 10,
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA,
281 JALAN AMPANG,
50538 KUALA LUMPUR

TARIKH TUTUP : 27 Ogos 2010.

Tips Supaya Ingat Selalu Impian

Ada dua cara:

1. Save di reminder, notes atau to-do-list dalam henpon.

Setiap orang di kalangan kita memiliki henpon. Bila dah tulis apa impian kita, baca berpuluh kali dalam sehari, paling kurang 3 kali sehari. Baca selepas selesai bersembahyang fardhu pun teknik yang OK juga.

2. Tulis di dalam buku nota kecil, baca banyak kali tiap hari.

Selepas membaca, fikiran cara bagaimana kita nak mencapai impian tu. Fikir dan terus fikir. Idea-idea akan muncul selepas kita berfikir. Idea inilah aset penting time kita nak merancang strategi.





Doa, idea, ilham dan gerak hati akan memandu usaha kita. Semuanya daripada Allah. Ingatlah Allah selalu, supaya Dia ingat pada kita, menyayangi kita lalu memberi respon kepada doa-doa kita dalam usaha mencapai impian kita.

Sumber : Email Yahoo Group

MARI KITA BERKONGSI BERSAMA TIPS YANG BERGUNA INI..

Monday, August 16, 2010

Senarai Jawatan Kosong (16 Ogos 2010)


Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Kedah - Ogos 2010



Pemohon-Pemohon daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di dalam perkhidmatan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda:-

1. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E27 (1 Kekosongan)
2. PENOLONG AKAUNTAN GRED W27 (1 Kekosongan)
3. PEMBANTU PERTANIAN GRED G17 (3 Kekosongan)
4. TUKANG K2 GRED R11 (2 Kekosongan)
5. PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1 (2 Kekosongan)
6. PEKERJA AWAM GRED R1 (7 Kekosongan)

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN KOSONG

DOWNLOAD BORANG MADA Am 3


Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-

Pengurus Besar,
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Ibu Pejabat MADA,
Ampang Jajar,
05990 ALOR STAR.
[ u.p.: Cawangan Pengurusan Sumber Manusia ]

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Ogos 2010

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN