Tuesday, June 29, 2010

Maksud Bacaan Di Dalam Solat

لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.

Semoga dapatlah dipanjangkan kepada umat Islam yang lainnya, insyaAllah saham akhirat tersedia buat kita..

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."

Surah Al Baqarah (Ayat 277)


Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan
Maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* *********
Al Baqarah (Ayat Kursi)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya) , lagi Maha Besar (kekuasaanNya) [255]
Surah An Nur (Ayat 31)
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),
dan memelihara kehormatan mereka;
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan
tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;
dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Surah Al Ahzab (Ayat 59)
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Al Ikhlas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; [1]
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; [2]
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; [3]
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".[4]
Al Falaaq
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, [1]
"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; [2]
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; [3]
"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan) ; [4]
"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".[5]
An Naas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. [1]
"Yang Menguasai sekalian manusia, [2]
"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, [3]
"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, [4]
"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, [5]
"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". [6]
Amin Ya Rabbal ʽAlamin..

Sumber : Email Yahoo Group


SEMOGA DAPAT MEMBERI PENGAJARAN BERGUNA KEPADA ANDA SEMUA

Sunday, June 27, 2010

RON 97 Tidak Naik

PETALING JAYA 26 Jun - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan harga minyak petrol jenis RON 97 akan dinaikkan pada 1 Julai ini kerana subsidi ke atasnya akan dimansuhkan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, khabar angin tersebut sama sekali tidak benar kerana sebarang kenaikan, penurunan atau apa sahaja berkaitan harga petrol akan diumumkan sendiri oleh kerajaan.

"Setakat ini biar dahulu. Jika ada apa-apa perkembangan saya sendiri akan buat pengumuman. Tunggu pengumuman dan jangan buat spekulasi sendiri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sumber : Utusan Malaysia Online
DENGAN HARAPAN 1MALAYSIA, 
HARGA MINYAK TIDAK AKAN NAIK..

Saturday, June 26, 2010

Macam-macam: Vuvuzela Boleh Ancam Kesihatan



JOHANNESBURG: Vuvuzela, alat tiupan yang begitu popular pada Piala Dunia sekarang bukan hanya bingit untuk telinga tetapi ia juga satu ancaman kesihatan kerana didapati menyebarkan kuman.

“Vuvuzela amat digemari malangnya menyembur air liur dan menyebarkan kuman dari individu dijangkiti kepada orang lain di kawasan sesak dan mungkin menjadi risiko kesihatan bagi penyakit berjangkit seperti selesema,” kata doktor Klinik Pelawat Netcare, Peter Vincent.


Beliau memberi amaran berkongsi vuvuzela boleh menyebarkan kuman, meniup dengan kuat boleh merosakkan kerongkong, selepas seorang wanita di Cape Town pecah anak tekak ketika pertandingan meniup trumpet. – AFP 

Sumber : Berita Harian Online
BAHAYA JUGA BENDA NI.... NASIB BAIK LA TAK MELARAT KE MALAYSIA....

Pencuri Pulangkan Seluar Dalam, Coli

(Gambar sekadar hiasan)


KANGAR: Seorang pencuri memulangkan sepasang pakaian dalam milik seorang jurugambar wanita yang dilarikan bersama set kamera digital SLR bernilai RM3,000 dari rumah mangsa di Beseri, dekat sini, dalam kejadian dua minggu lalu.

Difahamkan, pakaian dalam itu iaitu coli dan seluar dalam milik mangsa diletakkan atas cermin hadapan kereta milik jurugambar wanita terbabit, pagi semalam.

Ketika itu, mangsa yang enggan namanya disiarkan, baru saja keluar dari rumah untuk ke tempat kerja di bandar ini, kira-kira jam 9 pagi.

Ketika ditemui jurugambar itu berkata pada mulanya terkejut melihat coli serta seluar dalam berkenaan di atas cermin hadapan kereta. Malah, dia turut mengesyaki ia sengaja dilakukan remaja nakal dengan niat mengusik.

Katanya, sebaik meneliti coli serta seluar dalam berkenaan, barulah dia menyedari pakaian dalam itu sebenarnya miliknya yang hilang pada 8 Jun lalu.

"Saya bersyukur kerana khuatir ia digunakan pencuri untuk tujuan tertentu termasuk sihir," katanya.

Sumber : Berita Harian Online
BAIKNYA PENCURI NI... MANA NAK CARI LAGI DAH PENCURI SEBEGINI..
SANGGUP PULANGKAN SELUAR DALAM DAN COLI YANG DICURI..
NTAH2 SELUAR DALAM DAN COLI TU DAH DIJAMPI... COBAAN...

Lesen Judi Piala Dunia Tidak Akan Dikeluarkan: Najib

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen pertaruhan judi Piala Dunia kepada Ascot Sport Sdn Bhd (Ascot Sport) dan keputusan itu disokong sebulat suara Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, sebentar tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata keputusan itu mengambil kira pandangan masyarakat keseluruhan selain dari segi agama dan kesan kepada politik.

"Selepas mengambil kira semua pandangan, jelas kepada kerajaan bahawa sebilangan besar masyarakat tidak setuju lesen itu diberikan kepada Ascot Sport.

“Oleh itu saya mengumumkan kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen itu tidak akan dikeluarkan dan keputusan ini disokong sepenuhnya oleh MT," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT di sini, malam tadi.


Sumber : Berita Harian Online

ISU LESEN JUDI PIALA DUNIA SELESAI.....
PM UMUM LESEN ITU TIDAK AKAN DIKELUARKAN.... AMIN.

Friday, June 25, 2010

Artis : Anne Ngasri SAH Bercerai Talak Tiga

Anne Ngasri sah bercerai talak tiga
25/06/2010 12:11pm


 
KUALA LUMPUR 25 Jun - Pelakon Anne Ngasri sah bercerai talak tiga dengan suaminya, Abdul Wafi Hassan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Hakim syarie, Shaiful Azli Jamaludin mensabitkan tiga talak yang dilafazkan sebanyak tiga kali oleh Abdul Wafi terhadap Anne iaitu talak pertama pada awal Julai tahun lalu, talak kedua pada pertengahan Julai lalu dan talak ketiga pada 25 Mac lalu.

Pasangan tersebut disahkan rujuk semula dalam tempoh terdekat selepas berlakunya talak pertama dan kedua.

Namun bagi talak ketiga, tiada rujuk berlaku. - Utusan


Sumber : Utusan Malaysia Online

 
BERSABARLAH..... MULAKAN HIDUP BARU... 
DAN BERGEMBIRALAH DI SAMPING ORANG YANG BERADA DI SEKELILING KITA..

 

Thursday, June 24, 2010

Gerhana Bulan Separa 26 Jun 2010



Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menyediakan beberapa buah teleskop untuk orang awam menyaksikan Gerhana Bulan Separa ini. Orang ramai dijemput hadir ke program tersebut pada 26 Jun 2010, jam 8.00 malam hingga 10.00 malam di perkarangan tangga Planetarium Negara. 
Masuk adalah percuma.

Bagi 300 orang pengunjung terawal, akan diberikan sekotak Eclipse Mints, sumbangan daripada The Wrigley Company (M) Sdn. Bhd..


Sila klik di sini untuk maklumat lanjut. 

 Sumber : angkasa.gov.my

JOM KITA TENGOK BERRAMAI-RAMAI GERHANA BULAN

 

Jawatan Kosong : Pemandu Lori Sekitar Kajang dan Bangi

Pemandu lori dikehendaki disekitar bangi/kajang.

Kriteria diperlukan:

Sihat tubuh badan,boleh bekerja tak kira masa.

Berminat sila hubungi
MAN : 0173558984


Kemasukan segera.... 

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN