Thursday, March 25, 2010

Jawatan Kosong : Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdaya saing untuk mengisi kekosongan jawatan berkaitan seperti berikut:

JAWATAN AKADEMIK

1. Profesor Madya Gred DK54
2. Profesor Madya Gred DK53
3. Pensyarah Gred DK45
4. Pensyarah Muda Gred DK41
5. Pengajar Klinikal Gred U31
6. Penolong Pensyarah Gred DK29



JAWATAN PENTADBIRAN

1. PENDAFTAR GRED N52
2. PENASIHAT UNDANG-UNDANG GRED L52
3. PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT KANAN GRED F44
4. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41
5. PENOLONG BENDAHARI GRED W41
6. JURUAUDIT DALAMAN GRED W41
7. PENOLONG PENDAFTAR GRED N41
8. PENGURUS ASRAMA GRED S41
9. PUSTAKAWAN GRED S41
10.PEMBANTU TEKNIK (UKUR BAHAN) GRED J29
11.PENOLONG PEGAWAI (PENTADBIRAN) GRED N27
12.PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT / SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17 / N27
13.JURUTEKNIK (Mekanikal/ Elektrikal/ Awam) GRED J17
14.JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17
15.PEMBANTU TADBIR / PEMBANTU JURUAUDIT / PENYELIA ASRAMA / PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED L17 / W17 / N17 / S17
16.PEMBANTU MAKMAL (Fakulti Sains Kejururawatan & Kesihatan Sekutu) GRED C17
17.PEMBANTU TADBIR RENDAH GRED N11
18.PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
19.PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR GRED R3
20.PEMBANTU AM RENDAH/ TUKANG GRED N1



Sila kemukakan permohonan kepada :-

Ketua Jabatan Pembangunan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra, Bangi
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan

TARIKH TUTUP : 15 APRIL 2010 

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MENOLONG ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN


Wednesday, March 24, 2010

Bunuh ‘malaikat maut’

PERSENDA AGAMA...dua permainan konsol yang memerlukan pemain berinteraksi dengan perkara ghaib.  

KUALA LUMPUR: Elemen kepercayaan terhadap alam ghaib termasuk membabitkan malaikat yang menjadi perisian terkini permainan konsol PS3 dan Xbox 360 dikesan semakin diminati generasi muda kerana memberikan keseronokan ekstrem kepada pemainnya.

Melalui permainan itu, sesiapa saja boleh menikmati pengalaman baru dengan menatap wajah ‘malaikat maut’ sambil meneroka syurga, malah mengalami situasi mencemaskan apabila menjelajah sembilan lapisan neraka.


Namun, ia mempunyai unsur mempersendakan agama apabila permainan dibangunkan syarikat antarabangsa seperti Darksiders itu menggambarkan malaikat seperti manusia yang bersenjata, bersayap dan berbaju perisai, malah boleh dibunuh sesuka hati, sekali gus bertentangan prinsip kepercayaan Islam.


Dante’s Inferno pula berkaitan misinya yang dilakukan dalam neraka membolehkan pemain membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia dikutuk menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga.


Permainan konsol yang menceritakan era Perang Salib itu juga dikesan berunsur lucah kerana turut memaparkan karakter musuh wanita separuh bogel melakukan gerakan tarian lucah sebelum menyerang watak pemain.


Tinjauan Harian Metro mendapati cakera video digital (DVD) permainan konsol terbabit dijual secara bebas di kedai permainan video, malah tanpa sekatan untuk dibeli remaja dan kanak-kanak.

Walaupun tertera amaran permainan itu untuk golongan matang pada kulit DVD terbabit, tiada jaminan golongan bawah umur tidak membeli dan berseronok dengannya kerana tiada pemantauan terhadap penjualannya.


Malah, pada harga kira-kira RM10 hingga RM12 bagi DVD cetak rompak konsol Xbox 360 membolehkan sesiapa membelinya, berbanding DVD tulen yang mencecah ratusan ringgit. Difahamkan, kedua-dua tajuk itu bersama beberapa lagi permainan konsol yang dibangunkan syarikat ternama dunia diharamkan dijual di Timur Tengah kerana penggunaan elemen agama secara melampau.


Elemen agama sebelum ini kerap digunakan syarikat pembangun permainan video untuk pelbagai platform permainan video yang memerlukan pemain berinteraktif dengan perkara ghaib umpamanya syurga, neraka, malaikat, syaitan dan iblis, yang digambarkan berdasarkan imaginasi.


Bagi ibu bapa, ia membimbangkan walaupun ia sekadar permainan, namun memberi kesan di bawah sedar terhadap anak mereka seperti wajah malaikat, keupayaan membunuh malaikat maut yang mahu mengambil nyawa selain keadaan di dalam syurga dan neraka.


Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (Istac) dan pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata permainan seumpama itu hukumnya haram.


“Ia haram dibeli dan haram dimainkan orang Islam. Jadi, umat Islam terutama generasi muda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan permainan terbabit terutama membabitkan persoalan akidah.


“Permainan seperti itu jelas boleh merosakkan akidah kerana mempermain-mainkan malaikat. Ini cara musuh Islam untuk merendahkan Islam,” katanya.


Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kawalan Media, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mazlan Abdullah, berkata pihaknya belum menerima sampel permainan terbabit dan belum meneliti kandungannya.


“Saya minta pihak pengeluar dan pengedar menghantar sampel terbabit kepada kami untuk diteliti kandungannya sebelum diputuskan sama ada dibenarkan atau tidak untuk dijual di pasaran terbuka,” katanya.


Beliau berkata, penjualan terbuka permainan seumpama itu tidak wajar kerana dikhuatiri menggugat akidah orang Islam.

“Sesetengah orang Islam tahap keimanan mereka berbeza. Kami tidak mahu benda itu nanti apabila dijual secara terbuka merosakkan akidah, sebab yang di dalam syurga kita tidak tahu kerana ia alam ghaib.


“Kami minta, rujuk dengan kami sebelum mengambil keputusan menjual bahan terbabit dan kami akan nilai sama ada bercanggah dari segi teks dan huraian,” katanya.

Sumber : Harian Metro Online
JAUHI DARIPADA PERMAINAN GAME SEPERTI INI....

Sunday, March 21, 2010

Selangor, Kedah, NS dan Terengganu mara

 AIDIL Zafuan (kiri) dicabar Pemain KL Plus, Nizarddin Yusuf dalam saingan di Paroi, malam tadi. NS menang 3-1.


Terengganu iringi selepas harungi masa tambahan tundukkan T-Team

JUARA bertahan Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan, masing-masing mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala FA selepas perlawanan suku akhir kedua, malam tadi.

Begitupun, tatkala tiga pasukan elit itu mara muda, pertemuan Terengganu dan T-Team terpaksa mengharungi masa tambahan selepas kedudukan agregat terikat 4-4 dalam perlawanan sebenar.


Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Abdul Manaf Mamat merapatkan jurang agregat kepada 3-2 dengan gol pertama Terengganu selepas bijak memperdayakan dua pertahanan T-Team dan meledakkan rembatan kaki kiri yang menewaskan penjaga gol, Shahril Shaari pada minit ke-20. Selang 17 minit, Manaf mengikat kedudukan kepada 3-3 selepas meloloskan diri daripada perangkap ofsaid untuk menyambut bola hantaran jauh Zairo Anuar Zailani, tetapi T-Team yang menang 3-1 dalam perlawanan pertama, bangkit sebelum tamat babak pertama menerusi Haris Safwan Kamal.

Terengganu yang enggan mengalah kepada pasukan ‘adik’ memperoleh gol ketiga hasil rembatan Mohd Ashaari Shamsuddin (m72) sebelum Firdaus Fauzi memastikan gol kemenangan lima minit selepas tambahan masa.

Di Stadium Selayang, Kedah memastikan tempat ke separuh akhir dengan kemenangan 5-0 ke atas Tentera dan agregat agregat 6-1, dengan pesta gol pelawat bermula dengan sepakan percuma minit ke-10 Baddrol Bakhtiar yang menewaskan penjaga gol, Khairul Anuar Mohd, dan satu lagi pada tambahan masa babak pertama.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan dipaksa bekerja keras sebelum menang 3-1 ke atas KL Plus untuk mara dengan agregat 3-2. Idris Karim membuka jaringan pada minit ke-66 untuk Negeri tetapi pantas disamakan Mohd Fadzli Shaari seminit kemudian.

Di Stadium Shah Alam, juara bertahan Selangor mudah mengatasi Pos Malaysia 3-0 untuk mara dengan agregat 8-1, menerusi jaringan R Surendran (m2, 41) dan Rudie Ramli (m38).

Sumber : Berita Harian Online

TAHNIAH KEPADA PASUKAN YANG LAYAK KE SEPARUH AKHIR PIALA FA

Fazli Sham Tawan Alor Setar



ALOR SETAR - Pelumba Shell Advance Yamaha Maju Motor, Ahmad Fazli Sham melakar sejarah sebagai pemenang pertama kategori CP130 Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Stadium Darul Aman Alor Setar, Kedah semalam.

Pengalaman nyata memihak pelumba dari Taiping itu, apabila mengungguli perlumbaan dalam masa 12 minit 03.259 saat.

Dia muncul juara selepas menafikan saingan pelumba Petronas Sprinta Yamaha Raceline, Hafizh Syahrin Abdullah, yang ketinggalan hanya 0.228s,

Pelumba Petronas Sprinta Yamaha AHM, Md. Zambri Baba, ketiga.

Fazli, yang bermula dari petak pertama, mengekalkan kedudukan pendahulu, walaupun dicabar sengit oleh Hafizh di sepanjang 15 pusingan perlumbaan.

"Saya cuba mengelak asakan pelumba lain, tanpa menyedari siapa yang cuba memintas saya, namun sukar untuk saya menjarakkan kedudukan.

"Pada empat pusingan pertama, saya menggunakan pengalaman dan kekuatan kekuatan jentera untuk kekal di depan.

''Saya gembira kerana memenangi saingan pertama CP130 ini," kata Fazli.

Sementara itu, juara Novis musim lepas, Hafizh mengakui sukar memintas Fazli.

"Keadaan litar yang sempit menyebabkan saya sukar memintasnya. Namun, kedudukan kedua sudah cukup baik buat saya,'' katanya.

Fazli kini mendahului dengan 25 mata, diikuti Hafizh 20 mata dan Zamri 16 mata.

Sumber : Utusan Malaysia Online
TAHNIAH KEPADA PEMENANG... YANG LAIN CUBA LAGI..

Thursday, March 18, 2010

Cub Prix Malaysia AAM Petronas di Alor Setar

Empat jalan ditutup


 EMPAT jalan di sekitar Alor Star ditutup selama empat hari, bermula semalam berikutan penganjuran Pusingan 1 Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas.
Pengurus Perhubungan Awam Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Yvonne Ng berkata, jalan terbabit adalah Jalan Stadium, Jalan Bakar Bata, Lebuhraya Darul Aman dan Jalan Tun Razak.


“Semua jalan berkenaan ditutup sejak 6 pagi semalam dan dibuka semula kepada orang ramai pada pagi Ahad ini. Mereka yang menggunakan jalan berkenaan dinasihatkan supaya memilih jalan lain untuk ke destinasi masing-masing,” katanya kepada Bernama.


Yvonne berkata, 100 penunggang setakat ini sudah mengesahkan penyertaan mereka, tapi pendaftaran masih dibuka hingga esok manakala mereka yang mendaftar semalam diberikan diskaun.


“Kami menerima penyertaan itu dari seluruh negara,” katanya.

Sumber : Harian Metro Online

JUM KITA PI TENGOK CUP PRIX PERTONAS DI ALOR SETAR. KEDAH

Lelaki Paling Kerdil Meninggal Dunia

LONDON - Lelaki paling kerdil di dunia, He Pingping dengan ketinggian 75 sentimeter meninggal dunia ketika berusia 21 tahun, kata Guinness World Records (GWR), kelmarin.

Pingping mengadu sakit dada ketika memenuhi jemputan rancangan televisyen di Rom, Itali.

Dia kemudian dibawa ke hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir pada hujung minggu lalu.

Ketua Pengarang GWR, Craig Glenday berkongsi pengalaman ketika mengukur ketinggian Pingping di Inner Mongolia, utara China pada 2008.

"Sebagai seorang lelaki kerdil dia memberi kesan yang besar kepada seluruh dunia," kata Glenday.

"Ketika saya menatap matanya saya sedar bahawa dia adalah insan istimewa. Dia memiliki senyuman berani dan personaliti nakal. Anda akan tertarik dengannya," katanya.

Khagendra Thapa Magar, 18, dari Nepal, dengan ketinggian 51 sentimeter disebut sebagai pengganti Pingping. 

Sumber : Kedahlanie.Blogspot.com

INFO DUNIA TERKINI...

Lawak Sinderela 2010

Lawak sinderela 2010

 (Gambar sekadar hiasan )

Pader satu hari ader seorang budak pompan bernamer sinderella. Dia tinggal dgn emak tiri dia dan tiga orang kakak dia punyer laki...eh salah...kakak tiri dia. Saban hari saban waktu dia kener buli dgn kakak kakak tiri dan emak tiri dia. Hari hari dia diperintah oleh manusia manusia yg tak berhati perut nie.

"sinderella! Amekkan kan aku air cola!"

"sinderella! Gosokkan baju aku!!!"

"sinderella! Pi kasi makan kuder aku!"

"sinderella! Pi gali perigi!"

Pader satu hari, ader satu majlis tari menari pat istana yg dianjurkan oleh Kelab Joget Lambak. Putera raja di negara itu hendak memilih jodoh untuk dijadikan isteri, so dijemputlah sumer anak anak gadis di negara itu untuk menghadiri temasya tari menari.

Tiga tiga kakak tiri dia bukan main excited sekali...mak dia pun samer. So diorang pun preparelah untuk majlis tersebut dgn harapan mereka akan dipilih untuk menjadi isteri putera raja. Mak dia tak masok share pasal mak dia muker pecah, so dia hanyer bleh kasi sokongan moral je kat tiga tiga anak dia nie. sinderella pun excited jugak, tapi dia tidak dibenarkan pergi unless dia dah habiskan kerja kerja rumah yg ditugaskan kepadernyer. Keraner terlalu sangat ingin pergi ke majlis itu, sinderella berupaya menyiapkan sumer kerja kerja rumahnyer.

"Ok Emak, sumer suah habis, sinderella boleh pergi ke party tu next week ye?" katernyer dgn nada yg cukup gembira.

Mak tiri dia nie sememangnyer tak mahu dia pergi,hati dia busok keraner dia tahu sinderella memang jambu. So di perintahkannyer lagik untuk terus bekerja.

"Oh kao dah habis ye? Ok sekarang kao cat rumah nie, lepas tu kao pasang cornice letak downlight siket, pastu buat kabinet, pastu buat wiring, kalao dah siap baru kao bleh pergi" perintah mak tiri dia.

sinderella kecewa, dia tahu there's no way dia bleh buat sumer kerjer kerjer tu by next week, dia boring, duduk termenung sambil terisak isak menangis. Tetiber Fairy Godmother dia turun dari kayangan.

"Aper pasal kao bersedih sindy?" tanyer fairy godmother

"Sedih ah...takleh pergi party unless sumer kerja kerja nie siap" jawab sinderella.

"Lerr buat lah kerjer tu...maner tahu kalau sempat"

"Maner bleh sempat....nak jalan pi shopping bebarang lagik, abih nak buat lagik...jalan nak shopping bebarang je dah makan maser dua tiga hari" balas sinderella.

"Oh pasal tu? don't u worry...i can help u on that" balas fairy godmother

"Camner?" tanyer sinderella

Si fairy godmother pun amek sekeping buku yg dah lusuh, dia amek tongkat hikmatnyer dan transform buku kepada komputer riba. Di campakkannyer kepader sinderella.

Apa lagi disuruhnya sinderala surf Internet. "Macam macam ada"

SEKIAN..

Pengajarannya belajar komputer jangan malas

Sumber : Email Yahoo Group

RAJIN-RAJINLAH BELAJAR KOMPUTER 

Wednesday, March 17, 2010

Selangor Kena Belasah Sriwijaya FC

SELANGOR mendapati jurang antara liga tempatan dan Piala AFC umpama langit dan bumi selepas dibelasah 6-1 oleh Sriwijaya FC pada perlawanan kedua kejohanan tahap kedua kelab Asia di Stadium Jaka Baring, Palembang, semalam.

Pendahulu Liga Super itu yang meraih keputusan seri tanpa jaringan membanggakan menentang wakil Vietnam, Becamex Binh Duong dimusnahkan dua jaringan bekas pemain import Sabah, Keith Gumbs (m-86, 89), Arif Suyono (m-38, 69), Krangar Zah (m-39) dan Rachmat Maruf Rivai (m-58).

Penyerang Safee Sali menjelmakan harapan seketika untuk Selangor membawa pulang mata apabila meledakkan jaringan pembukaan minit ke-16, namun penyingkiran kapten, Mohd Amri Yahyah minit ke-47 menutup segala peluang buat pelawat selepas ketinggalan dua gol sebelum rehat. Perlawanan seterusnya Selangor adalah menentang Victory SC dari Maldives pada 24 Mac ini.

Sumber : Berita Harian Online

SELANGOR KENA BELASAH ??