Saturday, January 16, 2010

Cara mudah hapuskan hutang!



Salam hormat,

Hari ini saya akan menolong anda untuk bebas dari hutang! Oleh itu anda mampu mempunyai duit lebih untuk menikmati hidup yang lebih baik. Dan saya akan memperkenalkan satu sistem yang boleh anda ikut.

Biasanya sistem yang mudah diikuti adalah yang terbaik. Dan saya rasa ianya termasuk juga cara menghapuskan hutang. Dalam masa beberapa tahun saya telah mempelajari pelbagai sistem, di sini saya akan memperkenalkan salah satu sistem yang terbaik kepada anda.

Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkah berikut, dan pastinya matlamat anda untuk bebas daripada hutang akan tercapai.

1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan.

Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada.

Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu. Tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli goreng pisang tepi jalan. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya telah mencubanya dan memang boleh dapat sakit jantung… hehehe….

2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan

mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.

3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas kinikan rekod senarai hutang ini)

4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM 2000 setiap bulan.

5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan

bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

6. SENARAIKAN hutang-hutang anda seperti berikut, hutang yang sedikit diatas sekali dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang-hutang anda. Contohnya:

1) Hutang tv = RM 2,000

2) Hutang kad kredit = RM 5,000

3) Hutang kereta = RM 50,000

4) Hutang rumah = RM 100,000

7. Sekarang anda perlu 'MENYERANG' untuk membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu, contohnya tv. Dan akhir sekali hutang yang agak besar, contohnya rumah.

8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM 2000. Sematkan di minda untuk tambahkan wang anda sebanyak 10% daripada jumlah tersebut, iaitu RM 200!

9. Untuk mempunyai wang tambahan RM 200 bagi membayar hutang, kurangkan RM 200 daripada perbelanjaan dan simpan untuk membayar hutang.


Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM 200 ini.

Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli.

Contohnya jika anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti.

Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.

10. Gunakan wang tambahan RM 200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM 300 (RM 100+RM 200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.


Akhir sekali, jangan membuat hutang-hutang baru demi memenuhi KEMAHUAN anda.

Utamakan KEPERLUAN bukan KEMAHUAN.

Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Kelebihan daripada sistem ini, ia bermula HANYA daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.

Gunakan teknik ini, dan anda pasti terkejut dengan hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan jangan biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung semua beban hutang anda nanti.


Demi Kejayaan Kewangan Anda,




Abang Mat



PS: Selain daripada penjimatan perbelanjaan harian, anda boleh hapuskan hutang dengan lebih cepat melalui pendapatan sampingan. Oleh itu anda tidak perlu lagi risau bagaimana nak bayar hutang setiap bulan.



Bayangkan jika tiada hutang, anda boleh simpan wang di ASB, melancong dan beli apa yang anda mahu.


Sumber : Email Yahoo Group

PANDAI HUTANG, PEPANDAI LA BAYAR!!
SEMOGA ARTIKEL DI ATAS MEMBERI TUNJUK AJAR KEPADA ANDA
AKU PUN BELUM HABIS BAYAR HUTANG.. HeHeHe...

Memeriksa Punca Pecutan Kenderaan Lemah



Pernahkah anda mengalami keadaan ketika cuba memotong kenderaan di hadapan atau mendaki bukit, anda terasa kuasa pecutan kereta anda agak berat berbanding sebelumnya?

Apakah punca masalah itu? Kenapa keadaan itu berlaku sedangkan cekam palam pencucuh, suis pemutus arus baru saja ditukar?

Ada beberapa punca yang menyebabkan berlakunya kerosakan itu, iaitu sama ada sambungan sistem batang pendikit (throttle) dari pedal petrol ke karburetor kurang baik, elemen daripada penapis udara kotor atau tersumbat dan saat penyalaan yang terlalu lambat.

Selain itu, kerosakan pada paip saluran minyak dalam karburetor dan pengatur saat penyalaan pada distributor tidak berfungsi dengan baik turut mempengaruhi prestasi pecutan sesebuah kereta.

Berikutan itu apa yang perlu dilakukan ialah membuat beberapa pemeriksaan pada bahagian enjin kenderaan.

Mula-mula, anda perlu memeriksa batang yang menghubungkan pedal petrol dengan karburetor iaitu dengan memeriksa katup petrol (throttle) sama ada terbuka atau tertutup apabila pedal petrol dipijak dan dilepaskan kembali.

Bagaimanapun, jika ada pasak sambungan yang sudah haus (sehingga sambungannya longgar), untuk sementara waktu keadaan itu dapat diperbaiki dengan menggunakan kawat atau pembalut getah.

Kemudian anda perlu memeriksa penapis udara sama ada ia tersumbat. Apabila ternyata bahawa elemen penapis udara agak kotor, maka ia menunjukkan bahawa penapis udara itu tersumbat dan ia perlu dibersihkan segera.

Ada dua jenis penapis udara iaitu penapis jenis kertas dan penapis dengan minyak. Cara membersihkan setiap jenis penapis adalah berbeza dan perlu dilakukan dengan cermat.

Sekiranya penapis udara itu sudah lama digunakan, langkah terbaik adalah dengan menukarnya kepada penapis baru supaya pengedaran udara dalam enjin lebih lancar.

Selain itu, pembaikan kecemasan terhadap kerosakan yang terjadi akibat kemasukan petrol yang terlalu banyak atau terlalu sedikit dan kerosakan pada paip petrol serta kerosakan pada alat (vakum) pengatur saat penyalaan turut menjadi punca kepada masalah itu.

Soalnya, mengapa enjin tidak dapat menghasilkan daya penuh? Untuk mendaki bukit, biasanya kereta dapat bergerak dengan menggunakan gear ketiga.

Akan tetapi, sejak kebelakangan ini pada gear ketiga kereta seolah-olah merangkak mendaki bukit dan akhirnya terpaksa menukar kepada gear kedua dengan enjin yang mengaum kuat.

Apabila berhadapan dengan masalah ini, antara puncanya ialah kerosakan pada sistem penyalaan, penyaluran petrol kurang tepat, enjin terlalu panas, kerosakan cekam (clutch), brek ketat atau tekanan enjin tidak cukup.

Justeru, bila berhadapan dengan keadaan itu pemeriksaan terhadap sebab-sebab dan pembaikan kecemasan sebegini boleh dilakukan:

Pertama : periksa sama ada saat penyalaan sudah tepat. Ini dilakukan dengan memeriksa palam pencucuh. Apabila nyalaan elektrik yang terjadi terlalu lemah atau tidak teratur, bukalah penutup pengagih dan periksalah suis-suis penutup arus.

Kedua : periksa sama ada sistem penyaluran petrol berada dalam keadaan baik. Apabila petrol yang mengalir ke dalam silinder tidak sesuai dengan yang diperlukan (terlalu banyak atau terlalu sedikit) keadaan itu boleh menyebabkan terjadinya campuran petrol dan udara yang kurang sempurna, sehingga keupayaan enjin akan berkurangan.

Selain itu, perlu juga periksa sama ada penapis udara tersumbat oleh kotoran. Periksa juga sama ada injap udara (choke) berada dalam keadaan tertutup.

Masalah enjin tidak menghasilkan daya penuh juga terjadi apabila enjin terlalu panas.

Periksa juga adakah cekam rosak atau brek yang bergesel. Adakalanya enjin tidak mengeluarkan daya penuh bukanlah berpunca daripada masalah enjin itu sendiri.

Cekam rosak atau brek yang bergesel menyebabkan keupayaan enjin tidak dapat disalurkan dengan baik sehingga menyebabkan gejala yang sama dengan keadaan enjin tidak mengeluarkan daya penuh.

Masalah berkenaan sering menjadi kekeliruan utama kerana setiap kali enjin tidak mengeluarkan daya penuh, tumpuan diberikan kepada mencari masalah enjin, sedangkan dalam banyak keadaan cekam atau brek yang bergesel menjadi puncanya.

Biasanya, kerosakan sebegini terjadi kepada enjin yang sudah tua. Justeru, gejala ini kurang terjadi kepada kenderaan yang berjalan kurang daripada 100,000 kilometer.

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT PANDUAN DARI ARTIKEL INI.

Ayat2 stail KARAM SINGH WALIA


1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan

3. Tiada rotan, pelempang berguna juga

4. Biar lambat asalkan tak cepat

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi

6. Dimana ada gula disitu adalah gula-gula

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar

8. Carik-carik bulu ayam, lama2 jadi shuttlecock

9. Secupak tak akan jadi 18 cupak

10. Gajah mati meninggalkan gading, udang mati meninggalkan kulit, manusia mati meningal dunia

11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut

12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap

13. Alang-alang mandi biar guna sabun

14. Betapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras

15. Cubit peha kanan, peha kiri tak rasa apa2 pun

16. Diam-diam ubi beisi, diam-diam orang bisu

17. Hidup segan mati ditanam

18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa

19. Lembu punya susu, cap teko dapat nama

20. Sehari selambar benang, lama2 benang habis

21. Jika kail panjang sejengkal, belilah yang panjang sikit kalau nak mengail di laut(beli pukat tunda lagi baik)

22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa

23. Membujur lalu, melintang pukang

24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan.

25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut

26. Kecil2 cili padi, kecil lagi biji cili

27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah


Sumber : Laman Forum

KALAU TAK LAWAK PUN, SENYUM PUN JADI LA.....

Friday, January 15, 2010

PETUA MENGUBAT PELUPA

1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.

2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.

3. Tidur awal bangun awal

4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu

5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam

6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging

7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.

8. Buat stretching bila bangun dari tidur

9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut

10. Elakkan lihat kemaluan dan najis

11. Baca QUran dan cuba menghafal setiap hari

12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )

13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).

14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar

15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.

16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.

17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan

Selain dari kuat ingatan, badan menjadi sihat, akal tenang dan umur pun panjang.
Tak perlu membazir beli supplement dari farmasi seperti jojoba atau lain-lain sebab boleh menyebabkan panas badan, pecah gusi dan side effect. Duit tu boleh beli pakaian anak-anak dan isteri atau hadiah pada ibubapa atau bersedekah pada anak-anak yatim.

Sumber : Email Yahoo Group

CUBA DULU BARU TAHU.....
AMALKAN PETUA SEPERTI DI ATAS

Jawatan kosong:Perunding Koperasi Full Time/Part Time diperlukan

Jawatan kosong:Perunding Koperasi Full Time/Part Time diperlukan



Kami Agency koperasi yang terlibat dalam bidang pemasaran produk pinjaman peribadi koperasi memerlukan perunding koperasi full time/part time.


Tawaran



-Gaji pokok + komisen.

-Masuk pejabat 2X seminggu.



Calon harus mempunyai kriteria berikut :

- Perempuan/Lelaki bujang berumur 25 tahun ke bawah.

- Mempunyai kenderaan sendiri
- Mempunyai inisiatif sendiri
- Berdisiplin
- kelayakan minimum SPM

- Pengalaman tidak diperlukan

- Boleh bekerja tanpa pengawasan

- Jujur & bertanggungjawab

- Latihan akan diberikan.


Sila hubungi kami untuk urusan temuduga dan pengambilan kerja dengan pantas & segera:



EN HASRUL @ 012-674 8241 /03-4023 3830

Emel : platinumsolutionage ncy@gmail. com

PLATINUM SOLUTION AGENCY.

No. 12-5-1, Diamond Square ,

Jalan 3/50,Off Jalan Gombak,

53000 Kuala Lumpur .

Sumber : Email Yahoo Group

AKU DAPAT IKLAN NI DARI YAHOO GROUP.. JANGAN TANYA AKU PLAK...
HUBUNGI ALAMAT DAN NO TELEFON SEPERTI TERTERA DI ATAS..
AKU CUMA FORWARDKAN PADA KORANG AJER......
SEKADAR MEMBANTU......

Thursday, January 14, 2010

Saat Indah Awal Perkahwinan


Cuma untuk bacaan ringan.....

Saat indah awal perkahwinan. ....

Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama...
Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara : Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara : Mahukah kau menciumku?

Teruna : Ya !
Dara : Sayangku.... .!


Lepas 25 tahun perkahwinan

Sekarang Korang baca dari BAWAH KEATAS pulak.....


Sumber : Email Yahoo Group


APA PENDAPAT ANDA ?

Wednesday, January 13, 2010

T`I`P`S bertemu bakal M E R T U A


Bagaimanakah rasa kali pertama bertemu bakal mertua? Pasti jantung
berdegup laju, jari-jemari terasa berpeluh sejuk dan segala benda serba
gementar.


Dalam zaman yang serba moden ini, ramai orang akan memperkenalkan
pasangan mereka kepada kedua ibubapa semasa dari tahap awal berkawan lagi.
Ini adalah untuk memastikan bahawa wanita atau lelaki yang dipilih itu
menepati kehendak kedua belah keluarga.

Ini juga dapat mengelakkan daripada timbul tentangan dari pihak
keluarga apabila hubungan telah bertambah serius. Wanita atau lelaki yang
dibawa bertemu keluarga juga boleh menilai samada beliau mahu menjadi sebahagian daripada keluarga tersebut ataupun tidak.

Jadi apakah yang harus teman2 lakukan pada pertemuan pertama?


Hobi

Tanyalah terlebih dahulu kepada pasangan mengenai hobi ibubapanya.
Setelah mengetahuinya , bacalah maklumat tentang hobi mereka. Jika mereka gemar berkebun, anda boleh membawa benih tumbuhan kesukaan mereka ataupun baca mengenai teknik-teknik terbaik untuk menanam pokok di cuaca Khatulistiwa ini. Ini akan memudahkan anda untuk berbual mengenai hobi mereka.


Tumpukan Perhatian

Apabila mereka bertanya, jawablah soalan dengan baik. Apabila mereka
menceritakan sesuatu, beri perhatian dan dengarlah dengan baik. Ini kali
pertama anda bertemu mereka, jadi kurangkan celoteh anda. Anda akan
berpeluang untuk berceloteh di lain-lain pertemuan.


Bawa Buah Tangan

Tujuan anda menemui mereka adalah untuk mengambil hati mereka bukan?
Maka tiada salahnya jika anda membelikan buah tangan seperti buah-buahan
atau kuih-muih. Ini akan mengambarkan bahawa anda bukanlah seorang yang kedekut.


Kekasih Lama

Walau macamana hebat pun bekas kekasih anda, jangan sekali-kali anda
bercerita mengenai bekas kekasih di hadapan bakal mertua. Walaupun bekas
kekasih anda adalah anak saudara kepada bakal mertua. Elak untuk menjawab secara spesifik.


Kesesuaian Pakaian

Pastikan anda berpakaian kemas dan rambut tersisir rapi. Bagi yang
lelaki, elakkan daripada memakai jeans koyak walaupun ianya fesyen terkini.
Bagi yang wanita, paling selamat, anda boleh memilih untuk memakai baju
kurung dan jangan kenakan mekap yang keterlaluan.


Ringan Tulang

Jika tuan rumah menjamu makanan, bagi wanita eloklah kiranya anda
melawat ke dapur samada untuk membantu menyiapkan hidangan ataupun setelah selesai, anda boleh membantu mengemaskan meja. Walaupun tuan rumah medesak supaya anda tidak membantu, sekurang-kurangnya angkatlah pinggan anda ke dapur.

Bukan bakal mertua sahaja yang sedang membuat penilaian terhadap
teman2, bahkan anda juga berhak untuk membuat penilaian terhadap keluarga tersebut. teman2 seharusnya menilai samada anda boleh menerima cara hidup mereka kerana setelah berkahwin nanti, mereka juga akan menjadi Sebahagian daripada hidup teman2.
 
Sumber : Email Yahoo Group
 
SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGHADARI BAKAL MERTUA 

Sunday, January 10, 2010

Anak Tepis Tangan Ibu

NIBONG TEBAL: “Emak menjerit suruh kakak keluar dari rumah nenek, tapi rumah nenek gelap sebab lampu ditutup dan saya tahu kakak berada di dalam rumah menyembunyikan diri.
“Selepas itu, ibu menyimbah petrol ke badan dan menyalakan api dari lilin ke badannya. Saya segera menepis tangan ibu menyebabkan lilin jatuh ke tanah serta terpadam,” kata Mohd Shahrul Aidil Marzuki, 11, anak keempat Rosiana Rosli, 36, yang melecur teruk selepas cuba membakar diri sendiri di sini, semalam.

Mohd Shahrul yang kebetulan tidur di rumah bapa saudaranya yang terletak bersebelahan rumah neneknya berkata, ibunya tidak puas hati dengan tindakannya, lalu meluru masuk ke rumah bapa saudaranya dan mengambil sebotol minyak petrol bersama api lilin.

Bagaimanapun, dia sempat menjerit ke arah bapa saudaranya mengunci pintu untuk menghalang ibunya menyalakan sekali lagi lilin di dapur, namun terlewat apabila ibunya berjaya menyalakan lilin sambil mengugut mahu membakar dia dan ayah jika mereka cuba menghampirinya.

“Kalau kakak tidak degil dan menyembunyikan diri ke rumah nenek, ibu pasti tak akan jadi macam ni,” katanya yang masih bersedih dengan kejadian yang menimpa ibunya.

Sementara itu, seorang penduduk yang kebetulan melihat kejadian itu mendakwa melihat pertengkaran antara mangsa dengan anaknya sebelum mangsa bertindak membakar dirinya kira-kira jam 12 tengah malam.

“Saya bersama rakan-rakan menggunakan baju kami untuk memadamkan api dan terkejut melihat separuh badan mangsa terbakar teruk selepas api berjaya dipadamkan penduduk kampung,” katanya yang enggan dikenali.

Anak sulung mangsa, Nurul Shahida, 17, berkata beberapa hari sebelum kejadian, ibunya ada menampar adik yang sering menjadi perbualan penduduk kampung kerana tidak ke sekolah menyebabkan adiknya bertindak melarikan diri ke rumah nenek selang lima rumah dari rumahnya.

“Sekarang saya terpaksa menjaga adik sementara menunggu ibu keluar dari hospital sedangkan ayah pula tidak tahu bagaimana nasibnya kerana jika dua hari tidak pergi kerja pasti akan diberhentikan,” katanya.

Ibu mangsa, Hasnah Omar yang menghidap penyakit darah tinggi terkejut apabila melihat anaknya berguling-guling di atas tanah ketika api marak membakar badannya.

Sumber : Harian Metro Online

KALAU MARAH KAT ANAK PUN, JANGAN SAMPAI BAKAR DIRI..