Sunday, January 03, 2010

Komputer Baru Beli

Di suatu hari yang mulia... 

Syafiq: Pakcik Dol... ooooPakcik Dol...
Pakcik Dol: Apehal terjerit jerit ni... x reti nak bg salam...
Syafiq: Im sorry... Assalamualaikum?
Pakcik Dol: Waalaikumsalam... cam tu ler... ko nak ape?
Syafiq: Dengar cerita Pakcik Dol dah beli komputer besar... tercapai jgak cita-cita pakcik tu eekk...
Pakcik Dol: Sudah rezeki pakcik... syukur al-hamdulillah...
Syafiq: Betul ke Pakcik Dol import dari Jepun... nape jauh sgt, kat Malaysia ni kan melambak kedai komputer...
Pakcik Dol: Banyak tanya ler ko ni... cakap je lah nak pinjam...
Syafiq: (senyum siput sedut) memang tu ler tujuan saya pun...
Syafiq pun dgn slumber muka x malunyer masuk ke dlm rumah Pakcik Dol...
Pakcik Dol: Woi... ! ko nak ke mana tu?
Syafiq: erk! kata nak bg pinjam td...
Pakcik Dol: komputer tu pakcik letak kat blakang rumah...
Syafiq:
Pakcik Dol pimpin tangan Syafiq ke balakang rumah sambil menunjuk dengan bangganya beserta hidung kembang kempisnya ke arah komputer besar yg baru dibelinye...
Pakcik Dol: cuberlah try test bawak...
Syafiq: komuter
jeng jeng jeng...


Sumber : Portal Komuniti


KOMPUTER ATAU........

Panasss.. Rilek.. Baca Dulu... Kemudian Fikirler

Suatu pagi ketika seorang suami hendak berangkat ke tempat kerjanya..

Suami : Ema.. abang pergi dulu ya
Isteri : Abang tak sarapan dulu?
Suami : Tidak.. abang nak cepat nie!

Lalu si suami mencium bibir isterinya dengan mesra dan berkata inilah sarapan pagi abang

Tengaharinya. . si suami pulang kerumah..

Isteri : Ada apa abang balik kerumah tengahari ni?
Suami : Ada sesuatu yang tertinggal
Isteri : Marilah makan tengahari dulu
Suami : Tak pe lah.. abang nak cepat nie

Lalu dengan mesranya si suami menghampiri isterinya dan mencium dadanya sambil berkata inilah makan tengahari abang!

Petangnya.. ketika si suami pulang dari kerja dia terkejut melihat sikap isterinya yang duduk tanpa pakaian di atas periuk nasi yang panas membara..
lalu bertanya..

Suami : Awak sedang buat apa tu?
Isteri : Panaskan makan malam bang!

*bagi yang dah berkahwin..jangan buat cam gini... 


Sumber : Portal Komuniti


ANDA BERANI CUBA DI RUMAH ???? HEHEHE...

JAWATAN KOSONG : Technician (Electrical & Electronic)

1. Jawatan Tetap
2. Umur tak kisah
3. Diploma atau yang setaraf dengannya dalam bidang elektrik / elektronik
4. Boleh bekerja syif
5. Basic dalam menggunakan computer (word/excel/ powerpoint)
6. Gaji Pokok RM1100.00 dan keatas (Boleh di runding)

Berminat sila hubungi:

En. Wahid (012-3319760 atau e-mailkan resume anda ke
wahid@nskmicro. co.jp


Sumber : Email Yahoo Group


SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA MENDAPAT PEKERJAAN

Langkah Atasi Diabetes, Obesiti Disokong

KUALA LUMPUR: Kenaikan harga gula sepatutnya sudah dibuat sejak dulu lagi berdasarkan peningkatan pesakit diabetes, jantung serta mereka yang bermasalah obesiti di Malaysia.

Presiden Persatuan Obesiti Malaysia, Prof Dr Mohd Ismail Noor, berkata selain menaikkan harga gula, kerajaan seharusnya juga menimbangkan untuk meningkatkan cukai rangkaian makanan segera di negara ini.

“Kenaikan harga 20 sen itu terlalu kecil. Harga gula untuk pihak industri sepatutnya lebih tinggi. Jika kenaikan itu menyebabkan peningkatan sesetengah harga makanan, kita masih memiliki banyak lagi makanan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ismail berkata, kerajaan menanggung beban berjuta-juta ringgit setiap tahun bagi memberi subsidi gula sedangkan pada masa sama jumlah pesakit diabetes, kardiovaskular dan obesiti kian meningkat.

Keadaan itu mudah difahami kerana harga gula dan makanan segera di Malaysia amat murah berbanding negara lain.

“Ancaman kesihatan ini tidak akan berakhir selagi Malaysia tidak punya strategi kesihatan yang berkesan,” katanya.
Jelas Ismail, meningkatkan harga gula bermaksud kerajaan dapat berjimat dalam pemberian subsidi. Jumlah itu boleh disalurkan kepada fakir miskin.

“Memang kenaikan harga gula menyebabkan penduduk miskin sukar mendapatkan bekalan. Bagaimanapun dengan pemberian subsidi khas untuk mereka ia boleh diatasi,” katanya.

Statistik pada 2009, menunjukkan 17 peratus daripada 27 juta penduduk Malaysia menghidap diabetes manakala data pada 2006 pula menunjukkan 21 peratus rakyat mengalami kegemukan dan 6.2 peratus lagi obesiti.

Sumber : Berita Harian Online

KALAU DARI DULU NAIKKAN HARGA... SAMA JA KAN...
DIBANTAH JUGA.. SEBAB HARGA MAHAL.....
APA PENDAPAT ANDA ????
KALAU SESIAPA ADA PENYAKIT KENCING MANIS.....
EMAIL KEPADA SAYA syamsyun@yahoo.com UNTUK DAPATKAN PENAWARNYA.....
INSYAALLAH.....

Rayu Majlis Raja-Raja Melayu Campur Tangan


PEMUDA Islam Melayu Pasir Gudang berhimpun secara aman di Dataran Mawar, Pasir Gudang,
Johor semalam bagi membantah keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan akhbar mingguan 
Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. 


JOHOR BAHRU 2 Jan. - Pemuda Islam Melayu Pasir Gudang meminta agar Majlis Raja-Raja Melayu campur tangan dalam menangani isu keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Rayuan itu dikemukakan ketika mereka yang diwakili lebih 15 ahlinya dengan diketuai Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pasir Gudang, Ramli Ahmad berhimpun secara aman di Dataran Mawar, Pasir Gudang di sini hari ini.

Ramli berkata, keputusan mahkamah itu mengguris perasaan umat Islam dan seolah-olah mencabar hak orang-orang Melayu justeru campur tangan Majlis Raja-Raja Melayu adalah diperlukan.

"Kami mahu menegakkan perjuangan Islam yang menjadi agama utama di negara ini.

"Mereka sepatutnya menggunakan perkataan God (Tuhan) kerana penggunaan kalimah Allah sepatutnya adalah eksklusif untuk umat Islam" katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Ramli, pihaknya turut menggesa Kementerian Dalam Negeri membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah itu.

"Ini isu sensitif yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam di negara ini dan salah faham terhadap kepercayaan-kepercayaan lain.

"Kami juga mahu kementerian membatalkan lesen akhbar mingguan Gereja Katholik itu," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia Online


ISU AGAMA NI SENSITIF... HARAP DIAMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA.....

Dayana Juara Idola Kecil


DAYANA bersama trofi dimenanginya pada 
pertandingan akhir Idola Kecil, 
di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.

Bawa pulang RM15,000

SHAH ALAM: Peserta cilik bersuara lantang, Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah, 10, atau Dayana dinobatkan juara Idola Kecil musim kedua (IK2) anjuran TV9 seterusnya membawa pulang hadiah utama RM10,000 berserta sijil dan trofi.

Dayana yang membawakan lagu Satu Impian dan Jika Kau Ubah Fikiran turut merangkul anugerah khas, Juara Idola Popular Dutch Lady RM5,000 di pentas akhir IK2 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, malam tadi.



Acara yang disiarkan secara langsung oleh stesen penyiaran itu menyaksikan Naib Juara disandang Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 12, atau Azzam yang merangkul hadiah RM5,000 selepas menawan hati juri menerusi persembahannya membawakan lagu Aku Cinta Sayang Kamu dan Kekasihku, manakala tempat ketiga diraih Zur Ain Abd Rahim, 12, atau Ain yang membawa pulang RM3000 berserta sijil dan trofi menerusi lagu Coklat dan Bunga dan Sembilu.

Pertandingan realiti nyanyian yang mencungkil bakat cilik itu berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam malam tadi, diadili juri tetap iaitu penyanyi Atilia bersama dua juri jemputan, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Idzham Omar dan komposer serta penerbit terkenal, Adnan Abu Hassan.

Hadiah disampaikan Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, Rozaina Zainul Abidin dan Pengurus Pemasaran Kumpulan Dutch Lady Malaysia (Dutch Lady) Sharon Tan. 



Sumber : Berita Harian Online

TAHNIAH KEPADA ADIK DAYANA......

Saturday, January 02, 2010

Pelajar Tahfiz Tanggung Malu


SIASAT...anggota penguat kuasa Jaik menyoal siasat
pelajar Maahad Tahfiz (tengah) bersama kekasihnya.


ALOR STAR: Seorang pelajar lelaki sekolah agama Maahad Tahfiz di Jalan Langgar, di sini, sepatutnya menyertai sesi bacaan al-Quran di sekolahnya malam kelmarin, namun dia berpaling tadah apabila keluar bersama kekasihnya dan menyewa hotel bajet untuk melepaskan rindu serta menyambut tahun baru.

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila mereka dicekup sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) di bilik hotel berkenaan di terminal bas Shahab Perdana, di sini, dalam operasi cegah maksiat kira-kira jam 5 pagi, semalam.

Malah, pelajar lelaki berusia 20-an itu turut merayu pihak berkuasa melepaskannya kerana malu jika kejadian dia ditangkap khalwat diketahui disebabkan statusnya sebagai pelajar Maahad Tahfiz.

Difahamkan, sejak menuntut di situ dia sudah menghafal lima juzuk al-Quran.

Dia dicekup berkhalwat bersama pasangannya yang juga pelajar di sebuah kolej swasta di Jalan Suka Menanti, di sini, selepas pihak berkuasa yang membuat pemeriksaan mendapati pintu bilik hotel itu berkunci dari dalam dan pintu hanya dibuka selepas setengah jam kemudian.

Ketika ditahan, dia hanya berkain pelekat tanpa baju, manakala pasangannya berpakaian lengkap berada di atas katil di bilik itu dalam keadaan terpinga-pinga.

Bagaimanapun, pasangan itu terpaksa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star untuk siasatan lanjut sebelum dibawa ke pejabat agama.

Operasi bersama itu turut disertai penguat kuasa Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kedah (AADK).

Dalam operasi di hotel berasingan, pihak berkuasa terpaksa memecahkan pintu sebuah bilik hotel di Jalan Seberang Perak, di sini apabila sepasang kekasih menginap di sebuah bilik di hotel itu enggan membuka pintu walaupun diketuk berkali-kali.

Katanya, selepas hampir sejam menunggu, pihak berkuasa terpaksa bertindak memecah pintu bilik berkenaan apabila gagal membukanya menggunakan kunci pendua yang diberi pekerja di situ, kira-kira jam 2 pagi.

Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga sementara menunggu perbicaraan di Mahkamah Syariah.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaik, Sheikh Muhamad Suhaimi Salleh berkata, dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 5.50 pagi itu, pihaknya dengan kerjasama agensi lain menahan 10 pasangan disyaki berkhalwat dalam serbuan di beberapa hotel murah di sekitar bandar raya itu.

Beliau berkata, semua yang ditahan itu berusia antara 14 hingga 40 tahun dan ditahan mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkhalwat sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai.

Sementara itu, Ketua Operasi AADK Kedah, Ahmad Fuad Talib berkata, daripada 21 ditahan dalam operasi itu, hanya dua disahkan positif dadah.

Sumber : Harian Metro Online

PELAJAR TAHFIZ, KURANG PENDIDIKAN DI SEKOLAH TERSEBUT KOT...
SAMPAI LUPA DOSA DAN PAHALA....... 

Nenek Terlanjur Dalam Bilik Hotel


SELIDIK...pegawai Jaip menyoal siasat suspek kes
khawat yang ditahan di hotel murah, semalam.


KUANTAN: Sambutan tahun baru kali ini pasti menjadi sejarah paling memalukan bagi seorang nenek lapan cucu berusia 54 tahun apabila ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki berusia 16 tahun lebih muda baru dikenali tiga bulan lalu.

Lebih memalukan, ketika serbuan dilakukan anggota Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira jam 7.20 pagi di sebuah hotel murah di Jalan Besar, di sini, semalam, pasangan terbabit dengan selamba memberi alasan sedang berbogel menyebabkan mereka lambat membuka pintu ketika diketuk.

“Takkan kami hendak buka pintu dalam keadaan bogel,” kata pasangan lelaki berusia 38 tahun berkenaan kepada anggota penguat kuasa yang hanya mampu menggelengkan kepala mendengarkan jawapan itu.

Malah ketika ditahan, nenek yang juga ibu tunggal beranak enam itu tanpa berselindung mengakui kesalahan dilakukan bersama pasangannya yang bekerja sebagai jurukimpal di bandar ini.

Ketika anggota penguat kuasa meminta kad pengenalan masing-masing bagi menahan mereka, wanita warga emas yang bekerja sebagai pembantu kedai itu merayu supaya dia dan pasangannya dibebaskan kerana malu jika anak dan cucu serta menantunya mengetahui perlakuan sumbangnya.

Ketua Penguat Kuasa Agama negeri, Ahmad Raffli Abdul Malek, berkata hasil siasatan dilakukan pihaknya, pasangan terbabit mengaku sudah melakukan hubungan seks ketika bermalam di hotel berkenaan.

Katanya, wanita terbabit juga mengaku baru mengenali pasangannya tiga bulan lalu dan merancang untuk berkahwin namun terpaksa ditangguhkan kerana masalah kewangan.

“Nenek itu turut memaklumkan dia sudah menjanda selama enam tahun selepas kematian suami dan tinggal keseorangan di Kampung Kurnia, di sini. Pasangannya pula lelaki bujang berasal dari Kuala Lumpur,” katanya.

Menurutnya, pasangan berkenaan turut mengakui bertemu malam kelmarin untuk menyambut tahun baru bersama sebelum mengambil keputusan memadu asmara di hotel berkenaan.

“Mengejutkan apabila nenek lapan cucu itu memaklumkan keputusan bermalam di hotel itu dibuat selepas bimbang diketahui orang kampung jika membawa pasangannya pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui selepas operasi dinamakan ‘Ops Insaf’ itu tamat kira-kira jam 10 pagi.

Ahmad Raffli berkata, dalam operasi bermula jam 4 petang pada 31 Disember tahun lalu sehingga semalam, 58 ditahan kerana kesalahan berkhalwat.

Katanya, dalam operasi berkenaan 20 hotel murah dan rumah tumpangan yang menjadi tumpuan pasangan melakukan maksiat sekitar bandar ini diperiksa.

Katanya, semua pasangan ditahan dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987).

“Jika bersalah, mereka boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Katanya, selain menumpukan kepada hotel dan rumah tumpangan operasi berkenaan turut dilakukan di sekitar kawasan tumpuan seperti Teluk Chempedak, Pantai Gelora, Taman Teruntum dan kawasan rekreasi Balok dalam usaha membasmi kegiatan maksiat.

“Dalam operasi di kawasan berkenaan, 25 ditahan membabitkan pelbagai kesalahan seperti berpakaian menjolok mata, minum arak dan berpeluk atau bercium di khalayak ramai,” katanya.

Sumber : Harian Metro Online

TAK KIRA UMUR, TAK KIRA PANGKAT, TAK KIRA APA....
JANJI NAFSU PUAS SAJA..... DUNIA LA NI... MACAM-MACAM DOK JADI....