Thursday, April 08, 2010

Filem Homoseksual Pertama Tempatan Tunggu Kelulusan LPF

KUALA LUMPUR: Filem bertemakan homoseksual pertama Malaysia mungkin memasuki pawagam tempatan tidak lama lagi, selepas kerajaan meringankan sekatan tapisan yang menyekat industri filem di negara ini sejak sedekad.

Walaupun filem berbahasa Melayu tidak memaparkan babak seks secara jelas mahupun adegan bercium, tayangannya bakal memberikan kebebasan kepada media popular di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam untuk mengorak langkah, di mana ramai pihak bimbang ia akan dipengaruhi konservatisme Islam.

“Dalam Botol, atau ‘In A Bottle’, berkisarkan kisah seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan rakan lelakinya berdepan masalah apabila beliau menjalani pembedahan menukar jantina,” kata pengarah filem itu, Raja Azmi Raja Sulaiman, yang turut menulis cerita berkenaan berdasarkan pengalaman seorang rakannya.

“Kami mengambil risiko. Saya berasa bimbang. Kami tidak tahu sama ada sekiranya Lembaga Penapisan Filem (LPF) filem itu masih membenarkan kami menayangkan filem ini akhirnya,” katanya. - AP

Sumber : Berita Harian Online
LEPAS ATAU TIDAK FILEM NI UNTUK DITAYANGKAN DI PAWAGAM ??
APA PENDAPAT KORANG ?

1 comment:

Safwan Mukhtarah said...

Salam, apa nama tajuk filem nie???
kenapa perlu masyarakat kita mempunyai pemikiran seperti barat yang tidak ada hukum halal @ haram disisi mereka???perlukah kita mencipta cerita-cerita yang boleh menjatuhkan akidah umat islam di malaysia nie???aduh umat akhir zaman!!!