Thursday, May 24, 2012

POSTER BAZAR RAMADHAN PENDANG 2012

Pengumuman :
PENDAFTARAN PERNIAGAAN BAZAR RAMADHAN,
Majlis Daerah Pendang Tahun 2012/1433H.



PENDAFTARAN BAZAR RAMADHAN PENDANG 2012



Pengumuman :
PENDAFTARAN PERNIAGAAN BAZAR RAMADHAN, 
Majlis Daerah Pendang Tahun 2012/1433H. 

Tarikh Pendaftaran :
3 Jun 2012 ( Ahad ) hingga 28 Jun 2012 ( Khamis ) 

Masa :
9.00 Pagi - 4.00 Petang

Tempat Perniagaan : 
Bazar Ramadhan Pendang/Kampung Baru/
Tanah Merah/Kubur Panjang/Bukit Jenun

NOTA :
TAPAK PERNIAGAAN ADALAH TERHAD

Hubungi :
BAHAGIAN PERKHIDMATAN BANDAR,
MAJLIS DAERAH PENDANG,
Tel : 04-7596077, Faks : 04-7596709
Facebook :

Monday, April 09, 2012

JAWATAN KOSONG : Berbagai jawatan di Encorp


Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

Kepada sesiapa yang berminat untuk mencari peluang kerja boleh hantar resume ke alamat dengan kadar segera;

Email: sapiudin@encorp.com.my

Jawatan kosong:

1. Senior HR Operation Exec (prefer in purchasing/procurement)

2. CRM Sr. Exec/ Asst Manager

3. Senior Leasing Exec

4. Senior IT Exec

5. Asst Manager Development and Liaison


Sekian Terima kasih,

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN

Monday, April 02, 2012

Jadual Gaji Baru SSM 2012



Untuk maklumat lanjut, layari http://www.jpa.gov.my/ssm/

Gaji Baru SSM 2012 | Semakan Online Gaji Baru SSM 2012 | Kakitangan kerajaan yang ingin mengira kenaikan gaji mereka untuk tahun ini bolehlah menyemak kenaikan gaji mereka secara online di sini :-
Cara untuk menyemak amat mudah. Korang hanya perlu mengisi nilai gred jawatan korang dan jumlah gaji terakhir yang korang terima akhir Disember 2012 pada ruangan yang disediakan dan paparan akan menunjukkan jumlah gaji baru dengan kenaikan yang anda akan terima bermula Januari 2012 nanti.
Sumber : Google Search
SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENGIRA GAJI .. HEHE

UNTUK DIJUAL : Rumah di Taman Damai, 34000, Taiping, Perak

( Gambar sekadar hiasan )


Sewa/Beli rumah di Simpang, 34000 Taiping, Perak.
No.345, Lorong 12, 
Taman Damai, 
34000 Taiping, 
Perak Darul Ridzuan.

- Dua bilik tidur
- Satu bilik air termasuk tandas
- Satu dapur

Siapa yang berminat sila hubungi Encik Abdullah Hashim di talian 
+6017 5041 848
+6017 5107 132
jojo_cl5325@yahoo.com

Rent/Buying house at Simpang, 34000 Taiping, Perak.
No.345, Lorong 12, 
Taman Damai, 
34000 Taiping, 
Perak Darul Ridzuan.

- Two bedrooms
- A bathroom
- A kitchen 

Have interest, please contact Encik Abdullah Hashim as below 
+6017 5041 848
+6017 5107 132
jojo_cl5325@yahoo.com

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MENOLONG KEPADA ANDA YANG SEDANG MENCARI RUMAH

JAWATAN KOSONG : Pembantu Am Area Batu Caves


( Gambar sekadar hiasa )

Terdapat kekosongan beberapa jawatan untuk diisi. Lokasi bekerja di Batu Caves

    * Pemandu lori merangkap Pembantu Am 
        - Lelaki
        - Bujang
        - Mempunyai lesen GDL & E
    * Krew Kiosk
        - Lelaki
        - Bujang

Kepada sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan Puan Mazuin di talian 013-9170389 atau menghantar resume di awin_alang@yahoo.com

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN

Wednesday, March 28, 2012

Jom Jadi Ahli Group Facebook Pendang, Macam-Macam Ada~~

GROUP FACEBOOK PENDANG

Kempen menambah ahli group FB Pendang.
Sesiapa yang hendak menjadi ahli, boleh klik banner diatas.
Ianya bukan hanya tertumpu kepada warga Daerah Pendang,
Sesiapa sahaja boleh menyertai group ini.

Sedikit info pasal PENDANG


Asal-usul nama Pendang

Pekan Pendang dibuka pada sekitar tahun 1800. Nama ‘Pendang’ dipercayai lahir daripada ‘pendiat’, perkataan Siam yang bermaksud tempat menangkap gajah. Dahulu, gajah liar banyak di kawasan Pendang. Menangkap gajah bukan perkara mudah. Satu parit yang panjang diperlukan untuk memerangkap gajah. Parit itu digali dengan ukuran lebarnya cukup-cukup untuk memuatkan seekor gajah. Gajah dikepung dan didorong supaya masuk ke dalam parit itu. Apabila gajah sudah berada di dalam parit, bahagian parit di belakang gajah itu segera ditimbus dengan tanah.

Dengan demikian gajah itu tidak dapat mundur untuk keluar dari parit tersebut. Sebaliknya gajah itu terpaksa mara kerana diasak oleh tanah timbusan di belakangnya. Gajah yang terhimpit itu dipaksa mara hingga sampai ke pendiat, tempat memberkas gajah di hujung parit. Pada setiap musim menangkap gajah, satu pesta berhampiran dengan pendiat diadakan. Pelbagai permainan tradisi seperti makyung, menora dan belaga ayam diadakan. Secara keseluruhannya pesta tersebut sangat meriah, namun adakala berlaku juga pergaduhan. Pergaduhan itu pula sering berakhir dengan pertumpahan darah kerana pengunjung tidak dilarang daripada membawa senjata seperti parang dan golok.

Pengunjung pesta di pendiat itu tidak terdiri daripada orang tempatan sahaja. Sebaliknya, mereka datang dari segenap pelusuk negeri Kedah dan bertutur dengan pelbagai loghat daerah. Daripada kepelbagaian loghat bahasa itu akhirnya perkataan ‘pendiat’ berubah menjadi ‘padang’. Lama-kelamaan perkataan ‘padang’ itu juga telah berubah, menjadi ‘pendang’. Pendang kekal sebagai nama tempat menangkap gajah itu. Biasanya gajah dari hutan Pendang dilatih sebagai binatang kenderaan pembesar-pembesar negeri. Gajah kuat, tahan lasak dan ditakuti binatang-binatang buas yang lain. Ciri-ciri ini menjadikan gajah kenderaan pengembara dan peredah hutan yang sangat sesuai.

Sumber : mykedah.org

JANGAN LUPA, SERTAI GROUP FACEBOOK PENDANG.

Monday, March 26, 2012

Bank Rakyat umum dividen 15%, bonus saham 5%


KUALA LUMPUR 26 Mac - Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.02bilion bagi tahun kewangan 2011.

Ia merupakan kenaikan sebanyak 17.6% atau RM301.9 juta berbanding RM1.72 bilion pada tahun sebelumnya.

Bank Rakyat turut mengumumkan dividen sebanyak 15% dan bonus saham sebanyak 5% bagi tahun kewangan berakhir 2011.

Sumber :Utusan Malaysia Online

p/s : Aku belum ada saham Bank Rakyat ni, camna nak apply? ada sesiapa tahu x ?