Monday, February 16, 2015

Berhati-hati Jika Terima Panggilan Ahli Keluarga Ditangkap Kerana Dadah



Berhati-hati Jika Terima Panggilan Ahli Keluarga Ditangkap Kerana Dadah

Kuala Lumpur - Polis memberi amaran kepada orang awam supaya berhati-hati sekiranya mendapat panggilan yang mendakwa ahli keluarga ditangkap kerana terlibat dalam masalah dadah kerana ia mungkin satu penipuan.

Panggilan itu dipercayai dibuat oleh sebuah kumpulan yang menyamar sebagai polis yang kemudiannya akan meminta mangsa membayar sejumlah duit untuk melepaskan ahli keluarga yang konon-kononnya berada di bawah tahanan.

Ketua Polis Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata apabila berhadapan dengan situasi(menerima panggilan) seperti itu, mangsa dinasihat mendapatkan pengesahan daripada polis dengan melawat balai polis berhampiran.

"Jangan panik, cuba hubungi ahli keluarga tersebut sebelum mengambil apa-apa tindakan selanjutnya", nasihatnya lagi.

Menurut Yahaya lagi, kumpulan itu membuat panggilan melalui internet kepada mangsa dan menggunakan perisian komputer dan gajet khas untuk membuat penipuan itu.

Sejak Januari lalu, enam kes yang sama dilaporkan kepada polis dan kerugian dianggarkan sebanyak RM 48,000.


Sumber : Email Yahoo Online

Monday, January 26, 2015

PATAH HATI BAWA BENCANA


Patah hati bukan sekadar metafora bagi menggambarkan kesedihan dan keperitan emosi yang dialami seseorang disebabkan kehilangan orang yang tersayang, sebaliknya ungkapan itu adalah sindrom masalah jantung sementara menyerupai serangan jantung yang boleh mengancam nyawa.
Sindrom patah hati adalah gangguan sementara dialami otot jantung disebabkan tindak balas organ penting berkenaan terhadap sejumlah hormon adrenalin yang dirembeskan ketika seseorang mengalami tekanan emosi atau fizikal yang teruk.
Akibatnya, otot jantung tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu mengepam secara normal dan keadaan ini dikenali sebagai kardiomiopati. Kegagalan otot jantung mengepam dengan baik membawa kepada penyempitan arteri yang membekalkan darah kepada jantung.
Apabila arteri menjadi sempit, darah tidak dapat dialirkan ke jantung dengan sempurna, menyebabkan ventrikel kiri jantung menggelembung seperti belon dan penghidapnya akan mengalami gejala menyerupai serangan jantung seperti sakit dada dan sesak nafas.
Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Sunway (SunMed), Dr Lim Bee Chian berkata, sindrom patah hati bukan saja disebabkan seseorang mengalami trauma teruk seperti kehilangan orang tersayang, kerugian harta benda atau dibuang kerja.
Malah, sindrom ini turut dicetuskan apabila seseorang terlalu gembira misalnya apabila dikejutkan dengan majlis hari jadi atau memenangi hadiah. Seseorang yang menjadi gugup dan mengalami tekanan kerana diminta berucap di khalayak ramai juga boleh menghadapi sindrom sama.
Selain itu, ubatan yang diambil untuk merawat penyakit seperti serangan asma, alahan yang teruk, masalah saraf akibat diabetes, kemurungan dan kelenjar tiroid bermasalah juga mendatangkan kesan sampingan yang melemahkan otot jantung.
“Sindrom ini walaupun menyerupai serangan jantung, ia sebenarnya bukan penyakit jantung. Serangan jantung biasanya disebabkan arteri jantung tersumbat akibat darah beku yang terbentuk akibat pemendapan lemak dalam pembuluh darah (arterosklerosis).
“Namun dalam situasi patah hati, arteri jantung tidak tersumbat tetapi ia mengecil, menyebabkan aliran darah berkurangan, seterusnya otot jantung mengalami gangguan.
“Dalam kes tertentu, patah hati boleh mengancam nyawa kerana sindrom ini turut mencetuskan gangguan ritma jantung dan kegagalan jantung berfungsi,” katanya.
Dr Lim berkata, sindrom patah hati kali pertama dikesan pada 1990 di Jepun dan dikenali sebagai kardiomiopati Takotsubo. Dalam bahasa Jepun, takotsubo adalah pasu perangkap sotong dan sindrom ini dinamakan sempena pasu berkenaan kerana ventrikel kiri jantung yang menggelembung menyerupai pasu itu yang berbentuk bujur.
“Sindrom patah hati boleh berlaku pada sesiapa saja yang mengalami tekanan perasaan hebat tanpa mengira umur dan jantina. Namun, sindrom ini biasa dialami wanita berusia 50 tahun ke atas disebabkan pada usia ini paras hormon estrogen yang melindungi jantung daripada kesan sampingan hormon tekanan mula berkurangan.
“Mereka yang mengalami sindrom patah hati akan sembuh dengan cepat selepas tekanan emosi dan fizikal yang dialami mula berkurangan dan biasanya masa yang diambil untuk pulih semangat antara seminggu hingga lapan minggu. Bagaimanapun, dalam kes yang jarang berlaku, sindrom patah hati boleh menyebabkan maut.
“Komplikasi lain disebabkan sindrom patah hati seperti edema pulmonari iaitu cecair berkumpul dalam paru-paru akibat ventrikel kiri jantung gagal berfungsi. Darah yang tidak dialirkan dengan baik menyebabkan cecair terkeluar dari salur darah dan masuk ke tisu badan.
“Tekanan darah rendah (hipotensi) juga berlaku, selain gangguan pada degupan jantung. Walaupun sindrom patah hati adalah masalah jantung sementara, ia boleh berulang jika mengalami tekanan emosi lagi,” katanya.
Dr Lim berkata, ujian dan diagnosis terhadap pesakit dengan sindrom patah hati sama dengan yang dijalankan terhadap penghidap sakit jantung, terutama pemeriksaan dada mengguna sinar X atau ekokardiogram (echo) bagi melihat sama ada jantung kiri mengembang atau kelainan pada paru-paru.
“Pemeriksaan elektrokardiogram (ECG) juga dijalankan bagi mengesan kelainan pada degupan jantung yang menjadi komplikasi kepada sindrom patah hati.
“Doktor juga akan menyoal selidik sejarah pesakit sama ada mengalami peristiwa menyedih­kan kerana dianggarkan satu hingga dua peratus pesakit yang menjalani pemeriksaan berkenaan selepas disyaki sakit jantung sebenarnya mengalami sindrom patah hati,” katanya.
Penghidap sindrom patah hati biasanya juga diberi rawatan bagi mengurangkan keperitan akibat gejala atau komplikasi yang timbul berikutan masalah jantung ini berlaku sementara disebabkan tekanan emosi yang boleh dipulihkan dengan bersikap positif.
CopyPaste : Harian Metro Online

Friday, August 15, 2014

16 Ogos 2014 : PROGRAM KARNIVAL MUHABBAH 2014 DI KUBUR PANJANG

PROGRAM KARNIVAL MUHABBAH 2014

Tempat :
Masjid Kg. Kubang Pisang, Kubur Panjang

Pada :
16 Ogos 2014

Masa :
8.00 pagi - 11.00 malam

Pemeriksaan Kesihatan Percuma,
Pameran & Jualan,
Pertandingan Mewarna,
Kuiz,
Sukaneka,
Ceramah Gaza,
Forum Perdana
dan lain-lain.

Anjuran :
KKLW dan Haluan Malaysia

Datanglah beramai-ramai.

Tuesday, May 13, 2014

BANK MAYBANK DI PENDANG 2014


BANK MAYBANK DI PENDANG

ANTARANYA IALAH :-

  • MESIN PENGELUARAN TUNAI ( ATM )
  • MESIN DEPOSIT TUNAI ( CDM )
  • PEMBUKAAN AKAUN SIMPANAN
  • PEMBIAYAAN PELABURAN ASB
  • SEMAKAN PENYATA KWSP
  • PERLINDUNGAN INSURAN
  • PEMBIAYAAN PERIBADI
  • KAD KREDIT


NO 18, PENDANG SQUARE,
JALAN PENDANG SQUARE 2,
06700 PENDANG,
KEDAH DARUL AMAN

  • BERHADAPAN KEDAI NASI KANDAR HAMID
  • BERDEKATAN DENGAN BANK RAKYAT
  • DEKAT PASARAYA SUKAMARI
  • DEKAT PEJABAT DAERAH DAN TANAH PENDANG


MAJLIS USRAH PERDANA DAERAH PENDANG 2014


SEMUA DIJEMPUT HADIR

Tuesday, February 19, 2013

Assalamualaikum Dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2013

Assalamualaikum dan salah sejahtera.... Salam Tahun Baru 2013

Lama tak update blog ni. Apapun, blog sentiasa berjalan. X tutup lagi. Hehe.
Kenapa blog tak update ? Erm..... Pasai malas nak update sama... ditambah plak dengan ketiadaan masa untuk mengupdate blog. Hehe

InsyaAllah... Lepas ni kita try seminggu sekali untuk update blog ni. Update pun untuk info2 terkini ja. Tak dak pa sangat pun.

Ada cadangan ? Email ke syamsyun@yahoo.com atau cari di Facebook : syamsyun

Jom... Minum pagi dulu.

Saturday, October 20, 2012

KELANTAN 3-2 ATM : KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA TAHUN 2012

KEPUTUSAN PENUH
PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2012 

 KELANTAN 3-2 ATM


JARINGAN GOL PERTAMA DARI KELANTAN

Tuesday, October 16, 2012

CPU Core i7



CPU Core i7 3820 terbaru dari Intel 

SEPERTI dijanjikan, Intel mengeluarkan secara rasmi cip unit pemprosesan komputer (CPU) model Core i7 3820. 

Khabarnya model ini akan memberikan pengalaman menakjubkan kepada penggemar permainan video di komputer. Ini kerana pengguna dikatakan dapat menikmati pengalaman permainan video yang hebat.

CPU Core i7 3820 memiliki kepantasan 3.6GHz dan 10MB cache dengan kos pembuatan yang tidak semahal jika dibandingkan Core i7-3930K dengan kecepatan 3.2GHz dan 12 MB Cache yang memakan kos hampir dua kali lipat ganda. 

Cip ini juga dikatakan dibekal dengan Intel’s Turbo Boost dan teknologi Hyperthreading. Core i7 3930K dan Core i7 3960X adalah Xeon E5s.

Sumber : Bharian online

APA PENDAPAT ANDA DENGAN CIP "Core i7" INI ? JOM SHARE.....