Tuesday, January 04, 2011

Suami yang kedekut Sangat !!


Al-kisahnya cerita suami yang sangat kedekut iaitu sepasang suami isteri, dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramat lah kedekut, bukan setakat taik idung masin, Taik mata pun masin gak.. Salah satu aktiviti tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.

Tahun pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu.

'Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?' tanya si suami

'Tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan' jawab pilot tu.

'Uuiishh..mahalnya,tak jadi la saya nak naik' jawab si suami lalu menarik tangan

Isterinya berlalu dari situ.

'Alaa... abang ni, RM50 pun nak berkira, Setahun sekali je bang, dah lama saya nak naik pesawat cam tu' rayu si isteri dengan nada manja dengan
harapan si suami akan ubah fikiran.

'Jgn nak ngada-ada, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli'

Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Bukannya tak mampu,dlm bank melambak lagi duit dia. Tahun kedua, mereka pergi lagi. Si isteri sekali lagi memujuk Suaminya untuk menaiki pesawat tu. Berjumpa lah mereka dengan pilot tu, pilot yg sama tahun lepas. Tapi kali ni, bayaranya dah jadi RM80...

Apa lagi sekali lagi kecewa lah si isteri tadi.

Tahun ketiga, mereka pergi lagi... Si isteri tadi awal2 lagi dah pujuk si suami untuk menaiki pesawat ringan tu.

'Baiklah, kalau bayaranya kurang dr RM30, kita naiklah'kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam krn dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni. Mereka menuju ke pesawat yang sama cam tahun lepas dan jumpa ngan pilot yang sama juga.

Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100. Segeralah si suami menarik tangan istrinya berlalu dari situ. Si pilot tadi yang kesiankan si isteri yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula.

'Encik, berapa yang encik sanggup bayar?'

'Aku cuma nak bayar bawah RM30 ajer' jawab si suami.

Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi
'Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dgn satu syarat'

Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer
'tapi apa syaratnya'

'semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran lebih RM10 bagi
setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik' jawab pilot tadi sambil tersenyum.

'Baiklah saya setuju' jawab si suami dengan yakin bolehnya.

Maka, naiklah mereka akan pesawat tu... Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang kedekut tadi. Dia pun buat lah aksi2 acrobatik yang diakui membahaya. Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sebab suami isteri yang duduk kat belakang dia tak menjerit pun.

Dia cuba lagi buat aksi-aksi yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun mendaratkan lah pesawat dia. Rasa rugi pulak sbb cuma boleh dpt RM20 ajer. Bila dah mendarat, Cuma si suami yang turun dari pesawat tu.

'Ehh? mana isteri encik?'tanya pilot tu terkejut.
'Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi'
'Hahh apasal tak cakap'
'Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak' jwb si suami Sambil menghulurkan RM20 kepada pilot td dan terus berlalu...

Moralnyer..: Carilah suami yang mengasihi isterinya

TV3 siasat Karam Singh Walia

KARAM SINGH WALIA

PETALING JAYA - Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) telah memulakan siasatan dalaman berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap wartawan dan pengacara televisyen TV3, Karam Singh Walia.

Karam Singh sebelum ini dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.

Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd., Ahmad Izham Omar berkata, TV3 memandang serius terhadap apa yang dilakukan oleh wartawan tersebut.

"TV3 akan menentukan tindakan lanjut setelah segala siasatan (berhubung perkara itu) selesai dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sumber : Kosmo Online
TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR,
TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA!!
KITA TENGOK APA TINDAKAN TV3 KEATAS WARTAWANNYA ITU...

Monday, January 03, 2011

Wartawan TV hina orang Melayu

DALAM rakaman YouTube ini,  seorang wartawan TV dikepung selepas didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang Melayu di sebuah restoran di Klang baru-baru ini.


SHAH ALAM – Seorang wartawan terkenal sebuah stesen televisyen swasta terpaksa melalui detik mencemaskan akibat dikepung sekumpulan lelaki yang marah dengan tindakannya yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.

Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca televisyen dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan yang boleh membangkitkan isu perkauman.

Antaranya wartawan itu mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar.

Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika dalam keadaan mabuk mengakui telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran.

Berikutan itu, dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki berkenaan serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini.

Wartawan tersebut sebelum ini menarik perhatian orang ramai dengan pendedahan berani berhubung isu pencemaran alam sekitar.

Sumber : Kosmo Online
BARU SEMALAM JA TENGOK VIDEO DIA DI YOUTUBE
HARI NI DAH MASUK PAPER..
ADAKAH WARTAWAN NI DALAM KEADAAN MABUK..
SEMUA PERKARA YANG ADA DIKEPALA, DILUAHKAN...
KORANG RASA SIAPAKAH WARTAWAN ITU ?


KITA TENGOK APAKAH TINDAKAN MAJIKAN DIA SELEPAS KEJADIAN INI ?

Sunday, January 02, 2011

Tiada undang-undang terhadap gay - Polis

Pengakuan seorang gay, Azwan Ismail dalam laman Youtube.


KUALA LUMPUR 1 Jan. - Pengakuan seorang lelaki Melayu mendakwa dirinya seorang pengamal seks songsang atau gay menerusi salah satu video kontroversi baru-baru ini bukan sahaja mengejutkan semua pihak, malah membangkitkan kesedaran budaya itu yang semakin serius terutama di bandar-bandar besar di negara ini.

Namun sedarkah undang-undang sedia ada di negara ini menyukarkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelaku seks songsang itu.

Cabaran pihak penguat kuasa seperti polis untuk membawa pihak terbabit ke muka pengadilan bukan mudah kerana keterangan kedua-dua pelaku seks songsang diperlukan dalam proses pertuduhan.

Menurut Pegawai Turus Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah, siasatan pelaku seks songsang adalah mengikut Seksyen 377 Kanun Kesesakan kerana meliwat.

"Bagaimanapun, amat sukar kedua-dua individu yang melakukan seks luar tabii itu tampil untuk memberi keterangan yang menyebabkan pihak berkuasa tidak boleh membawanya ke muka pengadilan.

"Ini berlaku kerana kedua-dua pelaku seks songsang itu melakukannya secara rela tanpa paksaan.

"Biasanya, dalam serbuan dibuat, individu berkenaan mendakwa ada 'main' berdasarkan kondom-kondom basah yang ditemui tetapi enggan memberi keterangan ketika dalam siasatan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sehubungan itu, katanya, undang-undang yang boleh dikenakan polis setiap kali serbuan dibuat di premis gay hanya mengikut Seksyen 3 Undang-undang Kesalahan Kecil Rumah Urut dan Akta Imigresen kerana menggaji pekerja asing bekerja tanpa permit sah dan salah guna pas lawatan.

"Pihak penguat kuasa DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) pula biasanya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 79 Akta Bangunan iaitu membina sekatan dinding tanpa kelulusan lesen.

"Tindakan DBKL terhadap premis-premis berkenaan termasuklah merobohkan dinding tanpa kelulusan premis tersebut," katanya.

Beliau berkata, situasi berbeza apabila seseorang tampil memberi keterangan atas dakwaan diliwat secara paksa yang membolehkan pihak polis membuat terus pertuduhan mengikut akta tersebut.

Jelas Razali, aktiviti yang dilakukan antara kedua-dua lelaki seperti mengurut, menari bersama secara undang-undang tidak salah tetapi perbuatan melakukan hubungan seks luar tabii itu dianggap tidak bermoral dan salah di sisi agama.

"Pandangan masyarakat terutama Islam terhadap golongan gay tidak sama berbanding di negara-negara barat di mana perkahwinan sesama lelaki dibenarkan.

"Polis bukan nak buat satu perubahan yang besar tetapi tindakan yang diambil setakat ini penting supaya golongan gay sedar pihak berkuasa memandang serius aktiviti-aktiviti negatif yang dilakukan mereka.

"Tanpa sebarang tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa, ditakuti golongan tersebut menganggap negara ini membenarkan dan 'menghalalkan' perlakuan seumpama itu," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia Online

BENARKAH TIADA UNDANG-UNDANG TERHADAP GAY ?
PARAH.. PARAH.. MEMANG PARAH!!
MASALAH SOSIAL MAKIN BELELUASA LA DI NEGARA NI...
DITAMBAH PULAK DENGAN PELAKUNYA BERBANGSA MELAYU...

p/s: Cari video pengakuan Azwan Ismail tu dalam youtube tak jumpa plak... dah delete kot.

Saturday, January 01, 2011

Pelakon Faizal Yusof, bekas suami Siti Nordiana meninggal dunia akibat serangan jantung


Al-Fatihah


Siapa Tak Kenal Dengan Faizal Yusof ?
Mai Tengok Gambar Dia..






 

 KUALA LUMPUR: Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira jam 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Tun Razak, di sini akibat serangan jantung.

Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira jam 9 pagi, akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.

Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.

Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) PUSRAWI, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves jam 10 pagi esok.

Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre.

Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil.

"Dia seorang yang amat kelakar dan terkenal dengan sikap gila-gila dia. Ramai-ramai kawan yang pergi, dialah yang paling saya terasa kehilangannya," katanya yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama Manjalara di TV3. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian Online

AL-FATIHAH.. 
BERITA YANG MENGEJUTKAN PEMINAT TANAHAIR MALAYSIA....

Azam Fasha Sandha untuk tahun 2011 adalah mengurangkan imej seksi


PENGLIBATAN aktres Fasha Sandha dalam dunia seni baru menjangkau usia enam tahun, tetapi boleh dikatakan dia merupakan aktres paling banyak muncul di muka depan akhbar tempatan kerana kontroversi hangat yang dicetuskannya.

Sebelum hangat dengan isu merampas suami aktres Nora Danish, Toh Muda Rizal Ashram atau Jejai lagi, Fasha sudah dicop sebagai perampas kekasih orang tetapi namanya semakin panas apabila berperang mulut dengan Nora Danish dan Tiz Zaqiyah sehinggalah dia membuat pengakuan secara rasmi hatinya milik Jejai pada Julai lalu.

Sejak pengakuan cinta itu dibuat, nama Fasha mula bersih apabila masyarakat menerima status baru Fasha tersebut dengan hati terbuka dan dia kembali menjadi buruan pihak penerbit selepas berehat hampir setahun kerana dipulaukan pihak media.

Fasha yang ditemui pada sesi fotografi baru-baru ini menghembuskan nafas lega kerana dirinya telah diterima kembali oleh masyarakat meskipun masih ada yang mencemuh. Akuinya tahun 2010 ditinggalkan dengan penuh kemanisan. Azamnya tahun untuk tahun 2011 adalah mengurangkan imej seksi. Disoal mengapa? Jawab Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, azam itu timbul kerana peminatnya.

"Tahun ini tahun terakhir saya berimej seksi, tahun depan saya akan kurang seksi atas pemintaan peminat kerana mereka tidak suka melihat saya memakai pakaian yang terlalu terdedah. Jatuh dan bangun saya dalam dunia seni kerana peminat.

"Peminat merupakan tulang belakang nombor satu dalam kerjaya saya. Apabila sering ditegur saya sedar sesuatu perubahan perlu dilakukan dan saya tidak lagi memakai mini skirt. Saya mula dalam dunia seni sebagai model dan sudah terbiasa menyarungkan apa jua pakaian yang disediakan tetapi selepas ini seksi saya ada batas,"ujarnya.


AKTRES ini bakal muncul dengan dua buah filem di tahun 2011 iaitu Dari Kerana Mata arahan Melissa Saila dan Sini Ada Hantu arahan James Lee.

Ditebak lagi, mungkinkah keputusan itu dibuat atas permintaan kekasihnya? Kata Fasha, keputusannya untuk kurang seksi bukanlah paksaan daripada sesiapa.

"Tiada siapa paksa kerana saya lakukannya dengan rela hati. Saya mengambil nasihat daripada peminat dan saya jadikan Erra Fazira sebagai contoh dalam penampilan, dia bijak bergaya tetapi tidak seksi. Selain itu, usia saya semakin bertambah, tidak elok untuk saya memakai baju terlalu terdedah," jawabnya yang mendapat sokongan penuh keluarganya untuk perubahan tersebut.

Model tudung

Fasha yang dalam proses perbincangan untuk menjadi model tudung satu jenama terkenal memberitahu, dia masih Fasha Sandha yang sama cuma penampilannya sahaja bakal berubah.

"Saya masih Fasha Sandha yang sama, saya lakukan perubahan secara perlahan-lahan ke arah menjadi manusia yang lebih baik. Dalam masa terdekat ini saya selesa untuk katakan saya akan kurangkan seksi, untuk memakai tudung biarlah perkara itu terjadi secara semula jadi tanpa paksaan mana-mana pihak," luah aktres kelahiran Johor Bahru itu lagi.

Tahun 2010 juga merupakan tahun yang cukup bermakna bagi Fasha apabila dia secara rasminya menjadi kekasih kepada Jejai setelah sekian lama berdolak-dalik mengenai status hubungan mereka.

Pada usia 26 tahun, percintaannya dengan Jejai, 34, diketahui umum apabila Jejai membuat kejutan dengan melawat Fasha di set penggambaran drama Duyung Aridinata dengan menaiki helikopter ke Pulau Lang Tengah, Terengganu sekitar bulan Mei diikuti dengan pengakuan cinta daripada Fasha dan Jejai sendiri pada Julai lalu.

Sejak itu, ramai pula bertanyakan tarikh perkahwinan mereka memandangkan sebelum ini heboh diperkatakan perihal pasangan ini bakal bernikah. Bagi Fasha, segala kejadian yang berlaku ada hikmah sebaliknya.

"Sekarang saya bahagia dan gembira dengan kehidupan yang saya miliki. Saya sudah umumkan hubungan kami dan saya bersyukur kerana peminat dan pihak media sudah boleh menerimanya. Saya rasa lega kerana tidak perlu lagi bercinta sorok-sorok," ucapnya lagi.

Akui wanita yang berketinggian 168 sentimeter ini, dia kini sudah bersedia untuk bergelar isteri bagaimanapun menegaskan bahawa soal perkahwinan masih belum ada dalam perancangannya.


BERAZAM untuk meninggalkan zaman solonga sebelum usia mencecah 30 tahun.

"Saya tidak tahu apa akan terjadi esok tetapi buat masa ini kami belum berbincang perihal kahwin. Rasanya perkahwinan masih terlalu jauh kerana perkara paling utama adalah kerjaya saya sekarang.

"Kalau ikutkan perancangan, saya ingin mendirikan rumah tangga sebelum usia 30 tahun. Jika umur saya 30 tahun sekarang ini, mungkin saya akan risau tentang perkahwinan.

"Rasanya sudah terlalu banyak saya bercakap tentang Jejai setiap kali ditemubual, jadi rasanya lebih baik tahun depan saya beri fokus kepada kerjaya berbanding kisah peribadi,"bicaranya mengharapkan percintaannya itu berkekalan.

Chinta lonjakkan nama

Imej Fasha yang tercalar dek kontroversi nampaknya berjaya dipulihkan. Wajahnya semakin kerap menghiasi kaca televisyen juga sibuk dengan sesi fotografi. Ujarnya. tinggal beberapa hari sahaja dirinya akan bercuti bersama teman-temannya tetapi jadualnya dipenuhi sesi fotografi.

Profil lakonannya juga semakin baik, drama bersiri Chinta berjaya melonjakkan namanya sebagai aktres yang berbakat selepas dia pernah mencetuskan fenomena dengan drama Natasha.


FASHA menamakan peminat sebagai tulang belakang nombor satu dalam kerjayanya kini.

"Sudah lama saya menunggu untuk peminat memanggil saya dengan nama watak saya. Selepas Natasha, sekarang peminat panggil saya dengan nama Chinta, itu satu kepuasan buat saya. Maknanya karakter saya meninggalkan kesan.

"Kini, saya sudah boleh pilih skrip. Kalau watak itu bakal meninggalkan kesan, saya buat. Saya tidak mahu mengambil semua tawaran tanpa memikirkan impaknya, jadi saya memilih demi profil sebagai pelakon,"tuturnya.

Fasha juga berazam untuk menjadi orang yang lebih baik serta memiliki kerjaya lakonan yang cemerlang sepanjang tahun 2011.

"Terlalu banyak pengalaman tetapi masih banyak harus dipelajari untuk untuk bergelar pelakon yang berjaya. Tahun 2010 saya tinggalkan dengan kebahagian saya berharap saya dapat bawa tuah saya ke tahun 2011," luahnya mengakhiri bicara manis 2010.

Sumber : Kosmo Online
HARAP-HARAP, 
AZAM FASHA TAHUN BARU 2011 MENJADI LA...
JANGAN CAKAP KOSONG JERK... 
HANYA SEMATA-MATA NAK JADI MODEL TUDUNG..
KITA TUNGGU DAN LIHAT PERKEMBANGANNYA..

Taktik atau Cara baru buang bayi

 INILAH bayi yang ditinggalkan oleh seorang wanita kepada Qurattnaini di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur semalam.

 ------------------------------------------------------

SEREMBAN - Seorang gadis berusia 20 tahun panik apabila seorang bayi lelaki ditinggalkan kepadanya oleh seorang wanita yang terus hilang selepas memberi alasan untuk ke tandas.

Qurratnaini Amni Jamaludin berkata, dia ketika itu sedang menunggu rakannya di Stesen KL Sentral pada pukul 10 pagi bila tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang.

Beliau lantas menoleh dan terlihat seorang wanita Melayu dalam lingkungan 20-an mendukung bayi lelaki dipercayai baru berusia seminggu.

Wanita bertudung serta berseluar jean dan berbaju warna hijau lumut itu memintanya menjaga bayinya seketika kerana katanya dia hendak ke tandas tanpa mengesyaki apa-apa.

"Kemudian, saya tunggu, dan tunggu...hingga kira-kira dua jam, namun wanita itu tidak juga muncul.

Sumber : Kosmo Online
PANDAINYER TAKTIK BARU NI KAN...
APAPUN, JANGAN SAMPAI BUANG BAYI DALAM TONG SAMPAH SUDAH LA...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011, Apa Azam Tahun Baru Anda ?





Selamat Menyambut Tahun Baru 2011

Pejam celik, pejam celik. 
dah masuk tahun baru kan.
Blog aku ni pun berusia 2 tahun 3 bulan.
Apapun, kehidupan perlu diteruskan.
Walaupun azam tahun lepas tak tercapai.
Sambung untuk tahun baru ni plak. 
kan kan kan ?

Azam aku tahun ni plak, erm..
Apa erk ? menguruskan badan!!
Dah semakin berat badan ni.takut plak tengok iklan kat TV.
Pelbagai penyakit boleh dapat kalau kita gemuk sangat.. kan kan ?

Apa lagik azam tahun baru ni erk ?
Erm, ada lagi ni senarai azam tahun baru 2011 ni..
Tapi, cukup lah aku berikan sedikit info pasal azam aku ni.
Yang lain, aku nak masukkan dalam diari manual.. haha..

APAPUN, SEMOGA HIDUP LEBIH CERIA..
ADIOS.. AMIGOS.. 

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011
 UNTUK ANDA SEMUA