Saturday, January 16, 2010

Pelajar Aswara hantar komen di Facebook, ‘baling bom petrol’ didakwa

PETALING JAYA: Gara-gara membuat komen di laman Facebook berhubung isu gereja dibakar, seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, kerana ia berbentuk ancaman dengan niat untuk mengganggu orang lain.

Bagi perbuatan itu, Mohamad Tasyrif yang juga pelajar jurusan perfileman didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Kes itu disebut di hadapan Majistret Ho Kwang Chin kerana Hakim Aslam Zainuddin yang sepatutnya mendengar kes itu mempunyai urusan rasmi di Shah Alam.


Ia akan disebut semula Isnin ini bagi pengakuan dan menetapkan jumlah jaminan.


Sumber : Harian Metro Online

BERFIKIR DULU SEBELUM MEMBUAT KOMEN...
SEMOGA MENJADI PENGAJARAN PADA KITA SEMUA.....

1 comment:

Anonymous said...

Pelajar mengaku tidak bersalah ancam dalam Facebook

PETALING JAYA: Pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Jumaat lalu tanpa pengakuannya direkodkan berhubung dakwaan menggunakan aplikasi dalam Internet untuk mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keselamatan orang lain, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan itu hari ini.

Pengakuan Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, dilakukan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin selepas pertuduhan dibacakan.

Mahkamah menetapkan 4 Mac ini untuk sebutan semula kes itu. Mohamad Tasyrif didakwa secara sedar memberi komen di laman Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain dengan menggunakan akaun pengguna, Shahrul Maizam, dengan menulis "ke nak aku baling bom petrol di sana plak?...harga boleh runding..."