Thursday, November 05, 2009

Pesalah Seks Ganas Terlepas Hukuman Sebat

KUANTAN: Seorang mekanik terlepas daripada hukuman tiga sebatan selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengenepikan hukuman itu yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen ke atasnya kerana melakukan seks ganas dan persetubuhan luar tabii dengan isterinya.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mariana Yahya, yang membenarkan rayuannya, turut mengurangkan hukuman penjara ke atas Khairulhisam Abdul Khalid, 35, daripada 10 tahun kepada enam tahun.

Pada 5 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, Hassan Abdul Ghani menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan selepas Khairulhisam menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan mengadakan seks ganas dan melakukan seks luar tabii tanpa kerelaan isterinya.

Ketika mula-mula dihadapkan ke mahkamah pada 24 April lalu, lelaki itu mengaku tidak bersalah ke atas kedua-dua pertuduhan dan minta dibicarakan.

Bagi kesalahan menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan dengan isterinya kira-kira 3.15 petang pada 19 April lalu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan, dipenjara lima tahun.

Bagi kesalahan melakukan seks luar tabii tanpa kerelaan isterinya berusia 32 tahun itu kira-kira jam 3.20 petang tarikh yang sama, lelaki terbabit yang dituduh mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dipenjara 10 tahun dan tiga sebatan.
Hassan, bagaimanapun, memerintahkan kedua-dua hukuman penjara dijalankan serentak bermula dari tarikh hukuman.

Tertuduh melalui peguamnya, Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini pada 17 September lalu.

Dalam rayuannya, peguambela perayu berhujah Hakim Mahkamah Sesyen tersilap dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal mempertimbangkan pengakuan salah perayu selain tidak membezakan kesalahan yang dilakukan itu ada kaitan dengan rumahtangga perayu berbanding kesalahan dalam kes-kes lain membabitkan kaum sejenis atau mangsa yang tidak dikenali. - Bernama


 GANAS ??????

Diarah sara ibu bapa sepanjang hayat



KASSIM (dua kiri) bersama Fatimah (kiri) dan ahli keluarga berbincang dengan peguam mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, semalam. ( gambar )

Pensyarah, suami juga mesti tunai lima tuntutan lain

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat.

Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan.

Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji.

"Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka.

"Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka. Perintah ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam penghakiman ringkas kes itu.
Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.

Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan, memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.

Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.

Hati Janda Muda


Wan Sharmila tidak mahu kenang kembali episod duka dalam rumah tangga yang bertahan tiga tahun saja: 'Biarlah, ia terlalu peribadi'

BERPISAH Jua Akhirnya pelakon genit ini dengan lelaki bernama Fazli Baharom, 37, seperti judul lagu dendangan Ziana Zain. Demikian yang terjadi dalam episod perkahwinan Wan Sharmila, 28, dan suaminya yang juga penerbit Radius One Sdn Bhd.

Meneliti kembali bait lirik lagu Ziana Zain itu, ia mungkin sesuai menggambarkan apa yang pernah dan sedang dilalui mereka. Contohnya seperti bait pertama berbunyi, "tiada manisan dalam madunya, tiada hangat di dalam dakapnya".

Ironinya, semua berakhir dengan kehambaran apabila rentak hati tidak lagi senada. Difahamkan mereka dilaporkan sah bercerai talak satu, jam 10.30 pagi di Mahkamah Syariah Johor Bahru pada 23 Oktober lalu. Mereka berkahwin pada 7 Julai 2006.

Ajakan Hip untuk menemu bual pelakon bernama penuh Wan Sharmila Wan Mohamed baru-baru ini berakhir dengan kerelaan hatinya untuk berkongsi sedikit cebisan hatinya yang tertinggal. Apa yang penting, Wan enggan lagi mengenang episod lalu.

"Saya harus berjalan terus tanpa menoleh ke belakang lagi. Saya perlu lebih fokus dan bekerja keras untuk memastikan kesinambungan hidup dan kerjaya. Persoalan kenapa perpisahan ini terjadi, biarlah ia disimpan erat dan diketahui kami saja. Ia terlalu peribadi.
"Kami juga memilih untuk berpisah secara baik mencari jalan damai biarpun kesudahannya bukan yang diharapkan setiap pasangan berkahwin. Biar apa terjadi, kami tak perlu bergaduh atau memeningkan kepala mengeruhkan keadaan. Keluarga pun menerima keputusan ini seadanya," katanya di hujung talian.

Dalam sisi lain, mahu atau tidak, bekas penari Yayasan Warisan Johor dan kepada ratu irama tradisional, Noraniza Idris ini perlu membiasakan status dan gelaran yang dimilikinya kini. Soal mencari pengganti pun tidak pernah terlintas langsung di benak fikirannya.

"Dalam dunia ini bukan semua sukakan kita dan begitulah sebaliknya. Sebelum saya bergelar janda pun, ada kebarangkalian kita akan dibenci dan membuat orang menyampah. Sebagai contohnya ketika saya memenuhi tuntutan watak gedik. Hidup ini, kita tidak mampu memuaskan hati orang.

"Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi ini. Saya tak dapat bayangkan kalau perpisahan ini terjadi kalau kami sudah mempunyai anak. Apa yang penting sekarang ini ialah memikirkan perasaan dan diri saya sebelum cuba untuk menyayangi orang lain kembali," katanya yang ketika ini sedang melunaskan baki penggambaran drama Kisah Kaisara untuk laman sesawang Kotex dan drama Tari Tirana di TV3.
Ditanya apakah menjadi masalah kepadanya untuk terus berlakon di bawah drama terbitan Radius One, pintas Wan, soalan ini wajar diajukan kepada syarikat terbabit. Ini kerana kata Wan, dia tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan produksi itu.

"Setakat ini, saya tidak ada masalah dengan Shahrul Ezad (rakan kongsi bekas suaminya). Saya tidak kisah berlakon dengan mana-mana produksi sekalipun kerana dunia lakonan sudah termaktub dan jelas menjadi mata pencarian saya. Saya juga tak kisah kalau perlu berurusan dengan bekas suami jika terbabit dengan syarikat itu," katanya sambil berharap kisah perceraiannya tidak akan lagi diperdebatkan.

Faktor orang ketiga bukan punca cerai

SEMENTARA itu, Hip sempat menghubungi Fazli dan apa yang dapat disimpulkannya apa yang terjadi bagaikan berada di dalam terowong gelap. Katanya, perjalanan di dalam terowong gelap itu belum pasti akan berakhir dengan mudah kerana mungkin akan ada cahaya menanti atau sebaliknya.

"Mungkin dengan perpisahan ini kami akan lebih bahagia atau sebaliknya. Tidak timbul konsep nak bergaduh atau menyalahkan sesama sendiri kerana yang penting keluarga masing-masing sudah dimaklumkan dengan baik. Kami memilih jalan berdamai dan jauh sekali wujud buruk sangka.

"Perpisahan ini baik untuk kami meneliti kembali ruang untuk diri sendiri. Perpisahan kami juga tiada kaitan dengan orang ketiga seperti yang pernah digembar-gemburkan sebelum ini. Sejujurnya saya berharap dia (Wan Sharmila) akan teruskan kerjayanya macam biasa dan kekalkan prestasi.

"Tak saya nafikan dia antara pelakon yang sangat komited dan saya memujinya bukan kerana dia pernah menjadi isteri saya. Saya harap ke depan nanti, sekalipun ada kisah yang kurang enak berkaitan rumah tangga kami, dia perlu menghadapinya dengan tenang dan telan saja," kata Fazli.

Menebak mungkinkah ruang (perpisahan) ini akan menyatukan kembali dua hati yang pernah terjalin, jawab Fazli, perihal itu memang sukar untuk diperkatakan. Bagaimanapun, ketika ini, Fazli memberitahu, bekas isterinya itu masih tinggal di rumah mereka di Cheras. Manakala, Fazli pula tinggal di rumah berasingan di kawasan berdekatan.

"Sampai bila dia akan tinggal di situ, saya sendiri tak tahu. Saya sendiri tak berani nak cakap apakah akan ada kemungkinan untuk kami bersama lagi itu ada atau sebaliknya. Setakat sekarang memang tidak pernah terlintas, tapi siapa tahu masa akan datang," katanya.

Dalam pada itu, Fazli memberitahu, peluang Wan untuk berlakon di bawah produksinya sentiasa terbentang luas. Apatah lagi Wan mula membina nama di bawah produksi itu. Antara drama yang dilakonkannya di bawah produksi itu seperti Sutun, Sindarella, Emil Emilda dan Rona Roni Makaroni.

"Jika ada watak sesuai, saya tidak ada masalah untuk menawarkannya berlakon dalam produksi saya nanti. Saya dan Shahrul Ezad tiada masalah untuk bekerjasama dengannya," katanya.

New Perodua MPV Coming By End 2009

UPDATE: The new Toyota MPV that the Perodua MPV will be based on has been unveiled! Click the linked text to find out how the new MPV looks like as well as its dimensions and specifications.

An interview with Perodua managing director Datuk Hafiz Syed Abu Bakar in The Edge Weekly has revealed some plans about Perodua this year. For one, Perodua will be undergoing a rebranding sometime in the middle of the year, which will coincide with the launch of the new Perodua Kembara. The rebranding exercise will also give Perodua a new logo, which will be more of a restyled evolution of the current one rather than something new.

The new Perodua Kembara will come with a 1.5 liter engine (likely the 3SZ-VE) and will have four-wheel drive. It will not be assembled locally by Perodua but will be a CBU import from Japan. It will be a low volume product, and the expected price tag is likely to be more than the Toyota Rush because of its higher specs (the 4WD drivetrain) and Japan sourcing. It will be targetted at the urban, upper-middle income group. Expect the new Perodua Kembara to be based on the short wheel base Daihatsu Terios with a May 2008 launch date.

Another surprise revealed in the article is Perodua’s plans for 2009. Perodua will launch a new three row 6-seater MPV by the end of 2009. Datuk Hafiz likened it to a Toyota Wish, but a smaller version. I wonder what could this be based on. Can’t really think of any compact 6-seaters from Daihatsu/Toyota other than the Daihatsu Gran Max, but that’s more of a Rusa-like van. (UPDATE: The Perodua MPV codenamed D46T will be based on the “>Toyota Passo Sette!)

If you read this article by Xinhua News Agency posted on the 5th of March 2008. it is revealed that Toyota and Daihatsu is developing a new MPV in Indonesia. The MPV is set to be launched in 2009. This model is could be the one that the new 2009 Perodua MPV will be based on.

Anyway whatever it is, it’s something to look forward to next year. 2009 seems to be the year of the MPVs.








Kawan Makan Kawan


Seriwahyuni Bte Jumadi
i/c no: 810626-12-5724
Abd Azis B. Bausah ( suami)
i/c no: 770909-12-5931

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai individu ini sila laporkan kepada balai polis Mutiara Damnsara 03-77279907 kes nombor 007097/09.
Buat pengetahuan semua, mangsa mengenal pasti gambar ini menunjukkan penjenayah bergambar di dalam kereta mangsa. Alamat yang tertera di dalam report polis itu adalah alamat rumah keluarga penjenayah. Penjenayah tinggal menyewa di kawasan kajang dan sekarang apa yang kami pernah diberitahu penjenayah bekerja sendiri sebagai pengubahsuai rumah. Polis memberitahu ini adalah jenayah terancang. kalu ada sapa2 yang mempunyai pendapat, kami amat memerlukan. Segala kerjasama kawan-kawan amat kami hargai.. Terima kasih.

kes mcm ni,

Pada 10Jun2009 Seriwahyuni Jumadil mengambil kereta myvi edisi SE warna putih BJL **** di rumah kami beralamat seperti di atas, dengan tujuan untuk membeli kereta tersebut. Di atas dasar kawan isterisejak dari sekolah di tawau,kami tanpa banyak berfikir dan berkira melepaskan kereta tersebut tanpa sebarang perjanjian dan dokumen jual beli.
Selama 5bulan seriwahyuni memakai kereta tersebut pihak finance kereta Maybank sering menelefon Bazly Azmy iaitu tuan punya kereta dan juga penama di atas loan kereta tersebut, bertanyakan mengapa lewat membayar ansuran bulanan dan bila boleh bayar ansuran tersebut, sedangkan seriwahyuni yang memakai kereta tersebut.Apabila saya menelefon seriwahyuni untuk bertanya berkenaan ansuran bulan tersebut, beliau tidak pernah mahu menjawab telefon dan juga sms.

Disebabkan gagal mendapatkan loan bank untuk membeli kereta tersebut,seriwahyuni menelefon kami memberitahu ingin memulangkan kembali kereta tersebut pada 29Oct2009.Pada jam 9.30 malam Saya kemudian pergi ke Restoran Satay Kajang Haji Samuri untuk mengambil kembali kereta tersebut.Sewaktu berjumpa dengan suami seriwahyuni yang tidak diketahui namanya,beliau memberi kunci dan berkata `kami mau kamu pulangkan duit ansuran bulanan yang kami bayar ke bank selama 4bulan tu sebagai gantirugi`.Kemudian saya menerangkan bahawa mereka hanya membayar ansuran selama 3bulan sahaja dan mereka berhutang sebanyak rm1067 tunggakan dengan bank,beliau terdiam dan berkata, ` macam ni lah,kita kira kosong-kosong je lah.Kira halal je lah` lalu beredar menaiki motor.Setelah memeriksa kereta tersebut di kawasan parking,saya menemui Sport rim telah ditukar, skirt tepi di kiri dan kanan, dan juga spolier bonet belakang saya hilang ditanggalkan.Apabila saya membuka kunci dan memasuki kereta, saya mendapati seluruh set kerusi kulit depan dan belakang,keempat empat panel pintu edisi kulit,set alas kaki edisi SE dan juga radio telah ditukar.Set keempat empat panel pintu dan set kerusi kulit depan dan belakang telah ditukar kepada set fabrik berwarna kelabu.Sport rim yang asal nya VolksRacing RE30 bersaiz 16” berwarna hitam beserta tayar Michelin telah ditukar kepada rim bersaiz 13” yang dipercayai rim standard myvi  1.0cc, pancit keempat empat nya dan tidak betul alignment nya sehingga membahayakan pemanduan pulang ke rumah.Cubaan untuk menelefon dan sms gagal ketika cuba menghubungi seriwahyuni dan juga suami nya untuk mendapatkan penjelasan.
kerugian dianggarkan rm30k

nak carik alamat umah atau pun apa2 berkaitan mengenai minah ni.

Saya terima artikel ini dari  halinaali@yahoo.com, Sebarang cadangan atau pandangan boleh diemailkan kepada beliau. Terima Kasih.

Sebar-Sebarkan Mengenai Perkara Ini...

Kucing disahkan dijangkiti selesema babi


WASHINGTON 5 Nov. – Seekor kucing di Iowa disahkan positif influenza A (H1N1) sekali gus menjadi kucing pertama dijangkiti wabak pandemik ini, lapor Pertubuhan Perubatan Veterinar Amerika Syarikat, semalam.

Kucing berusia 13 tahun itu dipercayai dijangkiti virus tersebut daripada penghuni rumah tempatnya tinggal.

Ia bagaimanapun telah pulih sepenuhnya dan tidak akan menjangkiti sesiapa pun.

Anjing dan kuda dikatakan turut boleh dijangkiti pelbagai jenis virus selesema, tetapi sehingga kini masih belum ada binatang ini yang dijangkiti wabak selesema babi ini. – Reuters

( gambar sekadar hiasan )

BINATANG PUN KENA VIRUS SELESEMA, AWAS!!!