Monday, May 03, 2010

Blogger Diingat Tidak Jejaskan Keharmonian Negara

PETALING JAYA 2 Mei - Media alternatif dan para blogger diingatkan supaya lebih berhati-hati dalam menyiarkan berita, perbincangan atau pandangan supaya tidak menjejaskan keharmonian negara.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, walaupun kerajaan belum mewujudkan akta untuk mengawal media alternatif tetapi pengendalinya tidak patut menggunakannya untuk memfitnah atau mencaci orang lain.

"Kerajaan pastinya tidak akan teragak-agak untuk mewujudkan akta ini pada suatu hari nanti jika mendapati media alternatif semakin melampaui batas,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan forum bertajuk "Perlukah kerajaan mengawal selia akhbar di Malaysia?" sempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia di Pusat Aktiviti, akhbar Sin Chew Daily di sini hari ini.

Turut hadir ialah Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUJM), Norila Daud.

Abu Zahar berkata, sehingga ini keadaan masih terkawal kerana sebahagian besar rakyat masih dapat menapis sendiri dan membuat pertimbangan ke atas maklumat yang diperoleh daripada media alternatif tersebut.

"Sekian lama rakyat berbilang kaum di negara ini hidup dengan aman damai dan kerana itu kita tidak mahu ia terjejas oleh peranan media alternatif ini,'' katanya.

Sementara itu, Norila dalam ucapannya berkata, walaupun akhbar masih diikat kebebasan menerusi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 tetapi ia dianggap tidak relevan lagi pada masa sekarang.

"Ini kerana banyak keadaan dan kejadian yang berlaku di sekeliling hari ini akan didedahkan oleh portal berita atau blogger sekiranya media arus perdana enggan membongkarnya,'' katanya.

Sumber : Utusan Malaysia Online

YANG BAIK, KITA SIARKAN BERITA YANG BAIK...
YANG FITNAH, USAH SAMA SEKALI...
KALAU ADA SALAH SILAP DALAM BLOG INI...
HARAP KAWAN-KAWAN TUNJUK AJAR SAT

Cerai Melalui SMS Merisaukan

 Khidmat pesanan ringkas (SMS) perlu dimanfaatkan untuk tujuan positif dan bukannya menjadi punca keretakan rumah tangga. – Gambar hiasan

FENOMENA ‘kegilaan’ khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula sejak zaman millennium dan sebagai salah satu daripada medium komunikasi, aplikasi tersebut menjadi pilihan setiap warga masyarakat.


Faktor seperti murah dan aksesnya yang pantas dalam menyampaikan maklumat menyebabkan teknologi tersebut terus berkembang dan disukai setiap lapisan umur.


Namun, semakin hari fungsi SMS telah disalahgunakan misalnya menjadi medium penyebaran fitnah, ugutan dan punca keretakan rumah tangga. Bahkan, beberapa tahun lalu, negara pernah digemparkan dengan pelbagai kes perceraian lafaz talak melalui SMS dan kini kejadian sedemikian berlaku setiap tahun.


Persoalannya, fungsi SMS tidak lagi terhad kepada ‘memutuskan hubungan kekeluargaan’ bahkan ia mampu ‘mencipta hubungan baru’ buat pasangan-pasangan yang sudah berkeluarga.


Tanpa disedari teknologi SMS ibarat pembunuh dalam diam kepada institusi kekeluargaan. Malah siasatan turut mendapati kebanyakan daripada perceraian yang berlaku di Malaysia adalah berpunca daripada kecurangan SMS.

Sumber : Utusan Malaysia Online

JANGAN MENYALAH GUNAKAN SMS...
GUNAKAN SMS KEPADA KEBAIKKAN DAN JANGAN GUNAKAN MENGHALA KEBURUKAN...

 

Chelsea Hampiri Gelaran

The Blues benam Liverpool; MU belum sedia serah mahkota

 WIRA Chelsea, Frank Lampard merai jaringannya ketika menentang Liverpool di Stadium Anfield, malam tadi. Gambar kiri, Nani merai jaringannya untuk United ketika menentang Sunderland, malam tadi.


LONDON: Buruan mahkota Liga Perdana Inggeris (EPL) bertambah hangat dan rancak apabila pendahulu, Chelsea dan juara bertahan, Manchester United masing-masing merakamkan kemenangan penting untuk mengheret detik penentuan ke minggu terakhir pada 9 Mei ini.

Dalam perlawanan awal, jaringan Didier Drogba pada minit ke-33 dan dan Frank Lampard, minit ke-54 membantu The Blues membenamkan Liverpool 2-0 di Anfield manakala jaringan tunggal Nani pada babak pertama memberi kemenangan 1-0 untuk United menewaskan Sunderland 1-0, juga di gelanggang lawan.

Pada 9 Mei ini, kemenangan akan pasti mengesahkan gelaran untuk Chelsea yang akan menentang Wigan manakala United perlu banyak berdoa agar barisan didik Carlo Ancelotti tewas dan mereka pula menang mengatasi Stoke City.

Selepas tamat 37 perlawanan, Chelsea kini menghimpun 83 mata manakala United pimpinan Sir Alex Ferguson berada tiga mata di belakang.

Sumber : Berita Harian Online


MAMPUKAH CHELSEA MENANG PIALA EPL TAHUN NI??
BAGI AKU, CHELSEA BOLEH MENANG.....