ALOR SETAR, 14 November 2010 - Rakaman titah ucapan KDYMM Tuanku Sultan Kedah sewaktu merasmikan Persidangan DUN Kedah Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet sedia diberikan kepada RTM dan TV3, jika betul mereka mahu menyiarkannya untuk tontonan rakyat.
Demikian diberitahu oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Muhamad Helmi Mohamad Khalid sebagai mengulas dakwaan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Mahdzir Khalid kononnya Kerajaan Negeri menyekat rakyat mengetahui titah ucapan Tuanku Sultan.
“Dengan syarat mereka mesti menyiarkan keseluruhan titah ucapan tersebut dan jangan sekali-kali memotong mana-mana isi kandungannya,” tegas Helmi.
Tambahnya lagi, adalah munasabah untuk menyiarkan keseluruhan titah ucapan tersebut kerana titah baginda tidaklah terlalu panjang.
Antara lain, KDYMM Tuanku Sultan Kedah dalam titahnya melahirkan rasa dukacita dengan suara-suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan serta pengorbanan Kerajaan Negeri dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini.
“Beta dukacita kerana ada suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan Kerajaan Beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir,” titah baginda.
Sumber : Warta Kedah
APA PENDAPAT KORANG ?