Saturday, January 29, 2011

Sabar Sayang! Tahan Saja, Esok Baru Cabut


Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama.

Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya

bang...! Macam mana ni bang..?"


Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak

ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua

hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.



Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang.

Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya:

"Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."


Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar

anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam

pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi

ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.


Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke?

Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"


Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin

perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh

mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?".


------------ --------- --------- --------- --------- --------- -----


MORAL:

Sebenarnya sebagai insan yang bijaksana, tidaklah wajar untuk kita buruk

sangka dan mencuri-curi dengar perbualan orang lain. Ini mungkin akan

menyebabkan kita salah sangka kerana kita tidak tahu cerita selengkapnya.

Akibatnya, kita sendiri mungkin akan dapat malu kerana bertindak melulu.

Orang Cemerlang Suka Memaafkan, Memaafkan lebih baik dari berdendam


Orang cemerlang memaafkan kesalahan orang yang bersalah padanya, walau sebesar manapun jua kesalahan yang dilakukan. Kenapa? Sebab jika tidak memaafkan, dendam akan berkumpul di dalam hati, seteursnya mengikis motivasi.

Orang cemerlang suka memaafkan kemudian melupakan, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sikap suka memaafkan mengambil masa untuk diserap menjadi sikap semulajadi. Namun dengan amalan berterusan, Anda mampu menjadi menjadi seorang pemaaf sama seperti orang-orang cemerlang ini.

Memaafkan lebih baik dari berdendam. Anda senang jadi bersemangat dalam apa jua perkara.