Monday, December 07, 2009

Isteri bakar kemaluan suami dibicara Januari



ADELAIDE - Seorang isteri di Australia yang membakar kemaluan suaminya gara-gara cemburu akan didakwa pada Januari depan kerana membunuhnya, lapor sebuah akhbar semalam.


Tertuduh iaitu Rajini Narayan, 44, (gambar) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Adelaide pada Jumaat lepas kerana tuduhan membunuh, membakar dan membahayakan nyawa.

Rajini yang juga ibu kepada tiga anak membakar zakar suaminya, Satish Narayan pada Disember tahun lalu.

Satish melecur teruk dan meninggal dunia beberapa minggu kemudian manakala rumah keluarga berkenaan turut rosak dan memerlukan kos $1 juta dolar Australia (RM3 juta) untuk dibaiki.

"Saya merupakan seorang isteri yang cemburu. Zakar suami saya hanya milik untuk saya seorang," tertuduh dilaporkan memberitahu jirannya selepas kejadian tersebut. - Agensi

Sumber : Kosmo Online

KEPADA PARA SUAMI, JANGAN CARI PASAL DENGAN ISTERI...
KALAU TIDAK,  ZAKAR MU DI BAKAR.... HE.. HE.. HE.. He..

Kereta terjunam dari tingkat tiga di KB Mall, Kota Bharu


ORANG ramai turut membantu Rashidah yang parah akibat terkena serpihan bangunan di KB Mall, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Suasana di pusat beli-belah KB Mall di sini petang semalam tiba-tiba gempar dan kelam-kabut. Ekoran dentuman yang sangat kuat, mereka menyangkakan berlaku gempa bumi di pusat beli-belah itu atau satu adegan stunt untuk penggambaran filem sedang berlaku.

Bagaimanapun, punca cemas itu terjawab apabila mereka mendapati sebuah kereta tiba-tiba bagaikan 'terjunam dari langit' terus merempuh bumbung KB Mall menyebabkan dua maut manakala dua yang lain cedera parah.




Dalam kejadian yang menyebabkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri itu, belum sempat membeli barang keperluan, dua sahabat menemui ajal di dalam kompleks di Jalan Sultan Ibrahim di sini itu apabila sebuah kereta tiba-tiba terjunam dari tingkat tiga kompleks tersebut semalam.



Seorang lagi sahabat mereka, Rashidah Ahmad Latfi, 18, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Mereka bertiga merupakan pelajar sebuah kolej kejururawatan swasta di sini.

Mangsa, Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Felda Chiku, Gua Musang maut ketika berada di tingkat dua bersama Rashidah manakala Siti Nor Diana Azman, 18, Kampung Menjual, Chabang Empat, Tumpat berada di tingkat bawah sedang menuju ke atas dipercayai maut terkena serpihan runtuhan bangunan.

Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, sebuah kereta jenis Ford Laser yang berada di tempat letak kereta tidak berbumbung di tingkat tiga (atas sekali) bangunan itu dikatakan telah merempuh dinding lalu terjunam ke tingkat dua yang dipenuhi pengunjung.

LUBANG yang terbentuk selepas sebuah kereta terjunam ke bawah dari tempat letak kereta di tingkat tiga dalam kejadian menggerunkan di pusat membeli-belah KB Mall, Kota Bharu semalam.

Kereta tersebut menggelongsor laju di antara dua tangga bergerak di tempat kejadian.


Kejadian yang menggemparkan itu telah menyebabkan beratus-ratus pengunjung termasuk di tingkat lain lintang-pukang keluar bangunan apabila terdengar bunyi dentuman kuat seperti letupan bom.

Sumber : Kosmo Online

KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI BOLEH BERLAKU...
AL-FATIHAH....

Pemain Negara 'MENGAMUK', ( Vietnam 3 - 1 Malaysia )


PIHAK polis Laos terpaksa campur tangan untuk meleraikan insiden pemain bola sepak negara yang menyerang pengadil, Kim Jong Hyeok semalam.


VIENTIANE, Laos - Skuad bola sepak negara tiba-tiba 'mengamuk' di tengah padang.
Puncanya hanya satu - mempertikai cara pengadilan pengadil perlawanan dari Korea Selatan, Kim Jong Hyeok.

Insiden 'panas' itu berlaku di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional petang semalam yang menyaksikan skuad negara tewas 1-3 kepada Vietnam pada aksi Kumpulan A temasya Sukan SEA XXV.

Biarpun perlawanan itu tidak memihak kepada skuad negara tetapi anak-anak buah K. Rajagobal itu pastinya lebih mendapat tumpuan gara-gara kekecohan yang dicetuskan mereka di tengah padang.

Insiden tersebut bermula selepas Jong Hyeok melayangkan kad merah kepada Aidil Zaquan Adha Abd. Radzak pada masa kecederaan babak kedua.

Sebelum itu, Zaquan yang masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-59 telah menerima kad kuning pertama lima minit sebelum perlawanan berakhir.

Penyerang kelahiran Negeri Sembilan itu kemudiannya mengutip kad kuning kedua dan secara automatik dilayangkan kad merah pada masa kecederaan kerana didakwa melakukan terjahan keras terhadap pemain Vietnam, Tran Dinh Dong.

Sejurus selepas wisel penamat dibunyikan, Zaquan dan semua pemain negara termasuk pemain simpanan menyerbu ke arah Jong Hyeok sebagai membantah keputusan yang dibuat oleh pengadil terbabit.

Bermula Dari situ, berlaku beberapa insiden tolak menolak antara pemain negara dengan Jong Hyeok serta pembantu pengadil, Zleng Weixiang dari China dan Shahidul Islam dari Bangladesh.


ZAQUAN diasak keras oleh pemain Vietnam, Chy Ngoc Anh (kanan) pada perlawanan peringkat Kumpulan A semalam.


Melihatkan keadaan semakin tegang dan tidak terkawal, pegawai keselamatan terpaksa berkejar ke tengah padang bagi mententeramkan keadaan.

Bagaimanapun, insiden yang berlaku hampir lima minit itu dapat dikawal dengan baik apabila Rajabobal dan beberapa pegawai skuad bola sepak negara termasuk penolong pengurus, Datuk Subahan Kamal dan jurulatih kecergasan, Rosov Bozik campur tangan.

Mengulas mengenai insiden memalukan itu, Rajagobal berkata, ia adalah satu tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh anak-anak buahnya.

"Saya amat kecewa dengan apa yang telah berlaku. Sebelum perlawanan bermula, saya telah ingatkan pemain agar menampilkan mutu permainan terbaik.

Bagaimanapun, saya agak terkejut kerana perlawanan ini berakhir dengan insiden kekecohan yang melibatkan pemain saya dengan pengadil.

"Tetapi saya faham mengapa pemain bertindak sedemikian. Mereka terlalu kecewa dengan beberapa keputusan yang dibuat oleh pengadil sehingga menyebabkan mereka hilang pertimbangan.

"Sebagai pemain muda, mereka harus menjaga emosi dan tingkahlaku jika tidak, inilah yang berlaku," kata Rajagobal pada sidang media selepas tamat perlawanan semalam.

Rajagobal menambah, beberapa keputusan pengadil yang dianggap tidak tepat menjadi punca anak-anak buahnya bertindak ganas sehingga sanggup menyerang pengadil perlawanan.

"Pemain saya cukup bersemangat untuk menghadapi perlawanan menentang Vietnam selepas kami berjaya mencatatkan kemenangan besar ketika membelasah Timor Leste 11-0 Rabu lalu, tetapi pengadil telah merosakkan semuanya," jelas Rajagobal.

Sumber : Kosmo Online

MALAYSIA KALAH.. MALAYSIA KALAH..
MARUAH NEGARA TERCALAR DENGAN KEKALAHAN 1 - 3...

INILAH REALITINYA PASUKAN MALAYSIA....
BELUM CUKUP CEMERLANG WALAUPUN MENANG DENGAN PASUK KERDIL SEPERTI TIMOR LESTE
ADAKAH LEPAS SUKAN SEA LAOS, JURULATIH PERLU DITUKAR ????