Saturday, October 31, 2009

Stacy : Aku Stacy

Lagu : Aku Stacy
Artis : Stacy



Kan ku berikan semua
Agar kau gembira sentiasa
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri
Jangan di simpan tiada rahsia
Katakan saja ku terima
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Waktu duka dulu kita lalui bersama
Bahgia bagaikan malam di temani bintang terang
Hancur hati bila kau undurkan diri
Meninggalkan daku
Meninggalkan ku sendiri

Senyuman manis dibawa angin
Ku tunggu dikau terasa dingin
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri
Jangan di simpan tiada rahsia
Katakan saja ku terima
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Aizat : Hanya Kau Yang Mampu

Lagu : Hanya Kau Yang Mampu
Artis : Aizat



Ku cuba redakan relung hati,
Bayangmu yang berlalu pergi,
Terlukis di dalam kenangan,
Bebas bermain di hatiku….

Cerita tentang masa lalu,
Cerita tentang kau dan aku,
Kini tinggal hanya kenangan,
Kau abadi di dalam hatiku….

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,
Derita yang mendera kapan akan berakhir,
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Cerita tentang masa lalu,
Cerita tentang kau dan aku,
Kini tinggal hanya kenangan,
Kau abadi di dalam hatiku….

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,
Derita yang mendera kapan akan berakhir,
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh…
Aku cinta oooooooo

Muruku Sedap, Lazat dan ... Mari Order Dengan Ku..



Raya Aidiladha dah nak tiba, so kepada saudara dan saudari yang berdekatan dengan Daerah Pendang. Kedah boleh hubungi saya untuk urusan jual beli Muruku ini. Harganya berpatutan dan keenakan muruku tersebut.. Pergh.. memang sedap....


1 Bungkus RM6.00

Maruku in diperbuat dari tepung yang bermutu tinggi dan berkualiti.Rasanya lebih rangup dan sesuai dimakan oleh pelbagai kaum dan masyarakat.

Sebarang masalah atau tempahan boleh hubungi :

Nama :Shamsul
No Tel : 017-5763248
Email : syamsyun@yahoo.com

Emas dan wanita


'Besi berharga' jadi buruan sejak berzaman terus digilai hingga kini

TIADA sebarang kenyataan rasmi mengenai emas yang perlu dikaitkan dengan wanita, namun masyarakat sejak dulu memperakui emas adalah barang paling akrab dengan golongan hawa itu kerana tanpa secalit kilauan emas pada wanita, penampilan mereka dirasakan seperti tidak sempurna.

Bahkan, pepatah hanya jauhari mengenal manikam wajar ditujukan kepada wanita kerana lazimnya mereka arif mengenai ‘kelas’ barang kemas terutama jika dinilai dari sudut pertukangan, potongan batu dan nilai batu yang digunakan sama ada serasi atau tidak dengan mereka.

Walau seribu tahun akan datang, emas tetap menjadi pilihan wanita kerana kerlipan emas mampu menaikkan seri wanita, melonjakkan nilai kewanitaan pemakai dan meletakkan wanita dalam keadaan selesa untuk tampil yakin.

Hakikatnya, kerlipan emas dikatakan menjadi tarikan sejak beribu tahun dulu, malah ketika itu barang kemas yang diperbuat daripada emas bukan saja menghiasi wanita, bahkan lelaki. Lebih banyak seseorang itu memakai barang kemas, lebih tinggi darjatnya di kalangan masyarakat.

Begitu pun, kedatangan Islam menetapkan bahawa lelaki tidak dibenarkan memakai emas menyebabkan kegunaannya lebih cenderung untuk wanita dan kekal ke hari ini.

Antara mitos popular membabitkan emas, bandar purba di lembah Amazon, Brazil yang dikatakan diperbuat sepenuhnya daripada emas dan diketuai wanita. Walaupun sehingga kini tiada siapa dapat mengesahkan cerita itu, bandar mistik berkenaan popular hingga ke hari ini dan menjadi buruan penjarah harta karun kerana tiada siapa tahu lokasi sebenarnya.

Selain itu, kaum Inca di Peru yang dikatakan rakyatnya disaluti emas turut menjadikan emas sebagai barang keperluan sehinggakan ada cerita yang mengatakan masih banyak lagi harta karun masyarakat yang sudah pupus daripada bumi itu, tersembunyi.

Zaman silih berganti, apabila konsep perdagangan diperkenalkan, emas menjadi antara mata wang utama masyarakat ketika itu untuk berdagang kerana keunikannya. Hari ini, emas masih lagi kekal diminati masyarakat dan di Malaysia, wanita Kelantan antara golongan yang dikatakan pencinta barang kemas itu.

Kecenderungan itu dilihat apabila kebanyakan wanita di negeri Cik Siti Wan Kembang menyuburkan budaya pemakaian barang kemas diperbuat daripada emas sehingga ada yang berjenaka ‘tangan dan leher wanita Kelantan sentiasa disaluti perhiasan emas’ bagi menggambarkan minat mereka.

Sebenarnya bukan saja wanita di Kelantan, sebaliknya wanita Pulau Pinang juga antara pencinta emas. Bukan seurat dua, bahkan penuh di leher dan tangan dihiasi gelang besar atau rantai emas panjang bersaiz besar.

Bagi mereka yang meminati emas, pembelian barang kemas tidak dianggap suatu pembaziran sebaliknya pelaburan kerana jika keadaan terdesak, barang kemas berkenaan boleh dijual balik terutama ketika harga emas meningkat.

Pelengkap penampilan

Bagi Nor Rilly Azmi Hashim, Zaharah Tan Sri CM Hashim dan Toh Puan Zakiah Che Din, perhiasan daripada emas sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada mereka sejak dulu kerana yakin perhiasan berkenaan menjadi sebahagian daripada aksesori yang melengkapkan penampilan mereka khususnya dan wanita lain secara amnya.

Dilahirkan di Pulau Pinang pada 1939, Zaharah kali pertama memakai set perhiasan emas ialah ketika majlis perkahwinan beliau. Set barang kemas berkenaan dihadiahkan bapanya kepada beliau memandangkan beliau menghadapi hari penting dalam kehidupan untuk bergelar isteri.

“Ketika itu saya berusia 17 tahun. Bapa membeli satu set barang kemas seperti rantai leher, cincin, gelang dan subang untuk dipakai pada hari perkahwinan saya.

“Mungkin memikirkan saya sudah dewasa dan bakal memasuki gerbang perkahwinan, bapa memberi hadiah barang kemas kepada saya. Sebenarnya beliau memberikan semua anak perempuannya hadiah barang kemas kerana kami akan memakainya,” katanya ketika ditemui di ruang pameran saudagar barang kemas Habib di Ampang Point, baru-baru ini.

Pendapat Zaharah disokong Nor Rilly yang juga gemar memakai barang kemas dalam bentuk set kerana baginya, alang-alang memakai barang kemas, biarlah tampil sedondon dan tidak caca-marba.

Menggemari perhiasan lama seperti intan, Nor Rilly tidak begitu cerewet mengenai reka bentuk kerana menganggap cita rasa setiap individu adalah berbeza, justeru beliau menghargai sama ada barang kemas berkenaan dihasilkan mengikut potongan klasik atau kontemporari.

“Sebagai peminat barang kemas, saya tidak kisah mengenai potongan tetapi sudah tentu himpunan yang lama lebih digemari kerana ia susah untuk diperoleh selain seni pertukangan barang kemas dulu dan kini jauh berbeza.

“Lagipun saya tidak menunggu musim promosi untuk membeli barang kemas kerana ketika promosi lazimnya ramai wanita menyerbu kedai emas, jadi saya tidak selesa untuk memilih atau melihat barang yang dipamerkan. Lebih baik saya datang ketika orang tidak ramai, mudah untuk saya membuat pilihan terhadap barang kemas yang dicari,” katanya.

Antara nama yang diberikan kepada bentuk potongan dan pertukangan barang kemas klasik ialah buah kana, cincin kapal terbang, matahari, anggur, potong wajik, rantai sauh, subang penyapu, bunga cengkih, tampuk manggis dan pelbagai lagi yang diambil daripada unsur alam.

“Saya dan keluarga sejak dulu memilih saudagar permata Habib sekiranya ingin membeli barang kemas kerana yakin dengan mutu yang ditawarkan kepada pelanggan. Ringkasnya, reka bentuk barang kemas di Habib memenuhi cita rasa pelbagai peringkat usia.

“Begitupun, saya ada juga mengunjungi saudagar emas yang lain untuk melihat reka bentuk dan pertukangan kerana setiap tukang berbeza hasil kerjanya. Saya juga tidak kisah sama ada membeli barang kemas siap atau terpaksa merekabentuk sendiri mengikut kehendak kerana apa yang penting, kita akan membeli sekiranya kita minat dengan sesuatu barangan itu,” katanya.

Bagi Zakiah pula, beliau melihat barang kemas sebagai suatu aksesori yang berupaya membawa elemen positif kepada wanita selain cantik dipandang, barang kemas juga boleh menjadi topik perbincangan utama.

“Saya memilih membeli barang kemas di Habib kerana ada pelbagai pilihan. Berbanding dulu, Habib kini semakin banyak pilihan yang itulah yang membuatkan saya sentiasa memilih Habib sekiranya bercakap mengenai barang kemas.

“Selain itu, Habib juga menjadi lokasi perjumpaan saya dan Zaharah serta Nor Rilly kerana mereka juga adalah pelanggan Habib. Sekurang-kurangnya kami dapat bertemu dan bertanya perihal lain daripada barang kemas kerana antara kami ada ikatan kekeluargaan,” katanya yang juga gemar kepada perhiasan lama.

Sementara itu, Penolong Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Habib, Yasheedah Yashaiya, berkata sempena ulang ke tahun 51 Habib, terdapat pelbagai tawaran menarik diadakan untuk pelanggan Habib sejak dari dulu.

“Kami amat menghargai pelanggan Habib yang sentiasa memberi sokongan tanpa berbelah-bagi. Sempena ulang tahun kali ini, Habib membuat kejutan dengan menawarkan banyak kejutan sebagai menghargai pelanggan yang memilih barangan Habib sebagai pelengkap penampilan mereka.

“Pelanggan diberi peluang selama empat hari bermula 22 hingga 25 Oktober ini di kiosk KLCC untuk membuat ‘pre-shopping’ sebelum promosi 51 Tahun berlangsung pada 30 Oktober hingga 1 November. Pelanggan juga boleh mendapatkan khidmat penilaian barang kemas berlian, permata dan juga membuat tempahan untuk berlian bersijil GIA, HOF serta HRD yang ditawarkan.

“Untuk hari pertama, 51 pelanggan pertama yang datang ke ruang pameran Habib di Ampang Point berpeluang membeli 51 loket pada harga RM51. Jadi anda tidak wajar melepaskan peluang seperti ini yang julung kali diadakan,” katanya.

Untuk hari kedua promosi, pelanggan yang berbelanja sebanyak RM500 di ruang pameran barang kemas berpeluang memiliki baucar tunai berharga RM51. Tawaran ini hanya tersedia untuk 51 pelanggan saja, manakala pada hari ketiga, 51 jenis barang kemas akan dilelong pada harga rizab.

“Ada lagi tawaran menarik untuk pelanggan yang berbelanja RM5,000 ke atas, mereka berpeluang memiliki beg duit ekslusif bersaiz sederhana dan untuk yang berbelanja sebanyak RM3,000 ke atas pula, mereka akan mendapat beg yang sama, tetapi saiznya kecil sedikit.

“Untuk ketiga-tiga hari itu juga, harga emas ditolak sebanyak RM5.10 untuk setiap gram dan ada sesetengah barangan yang harganya dikurangkan sebanyak 51 peratus. Kami juga menerima barang lama yang ingin dijual pelanggan,” katanya.

Yasheedah berkata, antara faktor kenapa pelanggan menjadikan Habib sebagai tempat untuk mereka membeli barang kemas ialah kerana mutu yang dipamerkan pada setiap barang kemas selain Habib menawarkan barangan bertaraf antarabangsa, tetapi mampu milik.

“Habib mempunyai kumpulan pereka sendiri yang sudah berpengalaman merekabentuk barang kemas sama ada berciri tempatan, kontemporari ataupun potongan moden, tapi dijual pada harga tempatan walaupun mutunya setanding barang kemas jenama tersohor lain,” katanya.

Habib yang ditubuhkan di Pulau Pinang sejak 1958 kini mempunyai 17 cawangan seluruh negara antaranya di Ampang Point, Suria KLCC, Semua House, Pasar Seni, The Curve dan Bangsar Village.

INFO:

Keunikan emas:



  • Air rendaman emas dikatakan mampu menaikkan seri wajah sekiranya anda mengamalkan membasuh muka dengan air berkenaan.


  • Emas juga sering digunakan dalam persolekan dan rawatan wajah. Ada salun spa memperkenalkan rawatan wajah berteraskan emas kepada pelanggan yang ingin menaikkan seri wajah.


  • Pada zaman Firaun, segala harta benda termasuklah emas akan dikebumikan bersama tuan punya hak milik kerana emas dianggap sebagai barang berharga yang wajar dibawa bersama oleh pemiliknya.


  • Lantaran kuasa emas, ada individu yang taksub dengan kecantikan wajah memasukkan susuk diperbuat daripada emas pada wajah mereka walaupun hal ini diharamkan dalam Islam.


  • Terdapat pelbagai panggilan untuk emas antaranya emas paun, emas kuning, emas merah dan emas putih yang setiap jenis mempunyai nilai berbeza.


  • Emas 916 sesuai digandingkan dengan batu permata seperti kecubung, delima, zamrud dan nilam, tapi tidak boleh digandingkan dengan berlian kerana ia menenggelamkan seri dan kilau berlian yang bersifat karbon itu.

  • Man United makin parah


    Hajat pintas Chelsea sukar

    MANCHESTER: Peluang Manchester United untuk mengikut jejak langkah Chelsea dengan mengatasi Blackburn, hari ini dan merampas status selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris tampak tipis dengan deretan kecederaan yang menimpa mereka serta prestasi The Blues yang memuncak.

    Barisan didik Alex Ferguson mungkin bergelut untuk merakamkan kemenangan di Old Trafford dengan dua tonggak pertahanan - Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand mengejar masa pulih daripada kecederaan betis dan dijangka menyertai Darren Fletcher, Gary Neville, Park Ji-sung dan Danny Welbeck duduk memanaskan bangku.

    Ketika Chelsea berkunjung ke Bolton dengan ledakan 13 gol daripada tiga perlawanan termasuk membelasah Blackburn 5-0, minggu lalu - statistik ini agak menakutkan dan United dijangka sukar merampas persada liga itu walaupun menang nanti.

    Apapun, Alex tetap menuntut persembahan menyeluruh daripada United ketika bertemu Blackburn buat membuktikan bahawa mereka sudah melupakan kekalahan 0-2 kepada Liverpool di Anfield.

    Kemenangan selesa ke atas Barnsley dalam Piala Liga, pertengahan minggu meletakkan United layak ke suku akhir untuk membuktikan kekalahan kepada Liverpool tidak meninggalkan kesan psikologi di Old Trafford.
    "Sebahagian cabaran ialah bagaimana kami bertindak balas terhadap kekecewaan. Kami kalah 1-4 kepada Liverpool di tempat sendiri musim lalu, yang mengejutkan tetapi pemain bangkit untuk kami memenangi liga," kata Ferguson. - AFP

    Wanita mati disyaki dirogol

    BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita ditemui mati disyaki dirogol dan dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya dicampak di kawasan semak berhampiran sungai Kampung Kuala Tasek, dekat sini, semalam.

    Mangsa yang dipercayai berumur dalam lingkungan 30-an itu ditemui jam 3.30 petang oleh seorang pekebun dalam keadaan separuh bogel dengan kecederaan parah di kepala selain luka di kemaluan akibat dicucuk kayu.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Dr Mohamad Shah Husin Shah, berkata siasatan awal polis mendapati, mangsa berkemungkinan dibunuh di tempat lain sebelum dicampak di kawasan semak berkenaan.

    Berita Harian Online - 31 Oktober 2009

    CAP syor rokok RM30 sekotak


    Persatuan Pengguna Pulau Pinang gesa kerajaan bendung tabiat merokok

    GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan supaya rokok berjenama di negara ini dijual pada harga RM30 sekotak yang mengandungi 20 batang.

    Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata ia bagi membendung tabiat merokok yang semakin serius di kalangan golongan muda terutama mereka yang berusia 18 tahun ke bawah.


    Selain itu, beliau turut menggesa kerajaan menyekat penjualan rokok berjenama murah yang dijual pada harga antara RM2.20 hingga RM2.50 bagi 20 batang.

    Antara jenama rokok murah yang mudah didapati di pasaran masa kini ialah Navy, Tex, American Legend, Bingo, Astro, Fisher, Virginia Slim, Paradox dan Lite-Up,

    Beliau berkata, lambakan rokok berjenama murah di pasaran negara ini semakin membimbangkan kerana ia menjadi pilihan golongan muda.

    "Harga runcit bagi 20 batang rokok berjenama di Malaysia ialah RM9.30 sekotak, jenama murah pula dijual kira-kira 73 peratus lebih murah," katanya.

    Katanya, hampir semua rokok berjenama murah tidak mempunyai amaran dan gambar oleh Kementerian Kesihatan sekali gus ia tidak menakutkan golongan muda daripada terus membeli dan menghisap rokok.

    Beliau mengalu-alukan langkah Kementerian Kesihatan menetapkan harga minimum bagi rokok 20 batang pada harga RM6.20 bermula Januari tahun depan.

    "Bagaimanapun, harga itu terlalu rendah dan ia dikhuatiri tidak mencapai matlamat kerana pengguna masih mampu membelinya. Justeru, harganya wajar dinaikkan sehingga RM30 bagi 20 batang," katanya.

    Harga rokok berjenama bagi kotak 20 batang di United Kingdom adalah RM36.60, Ireland (RM37.98), Singapura (RM27.80), New Zealand (RM27.20), Jepun (RM10.60) dan Sri Lanka (RM10.90).

    Beliau berkata, gejala merokok di negara ini semakin membimbangkan dan lebih 50 peratus lelaki dewasa adalah perokok manakala kira-kira 50 kanak-kanak berusia bawah 18 tahun dikesan merokok setiap hari.

    Tarikh pemeriksaan wajib kereta tua belum putus


    KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) semalam menjelaskan tarikh pelaksanaan pemeriksaan mandatori bagi kenderaan penumpang persendirian berusia lebih 15 tahun bukan 1 Januari 2010 seperti dilaporkan.

    Ketua Setiausahanya, Tan Sri Abdul Rahman Mamat, dalam satu kenyataan semalam berkata, tarikh pelaksanaan itu hanya akan diumumkan selepas Kementerian Pengangkutan menyiapkan pelan jangka panjang Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV).
    Abdul Rahman berkata, penyediaan pelan jangka panjang itu akan mengambil kira pandangan semua pihak melalui perbincangan bersama persatuan pengguna dan badan bukan kerajaan (NGO).

    Miti merujuk kepada beberapa isu yang dibangkitkan orang ramai mengenai pemeriksaan mandatori tahunan sebagai syarat bagi pembaharuan cukai jalan untuk semua kenderaan berusia 15 tahun atau lebih dan pemansuhan secara berperingkat pengimportan alat ganti dan komponen terpakai di bawah Kajian Automotif Nasional yang diumumkan pada 28 Oktober 2009.

    Abdul Rahman berkata, tujuan utama kerajaan memperkenalkan pemeriksaan mandatori tahunan itu adalah untuk memastikan setiap kenderaan adalah selamat dan sesuai digunakan serta tidak bermaksud kerajaan mahu melupuskan kenderaan berusia lebih 15 tahun.
    Katanya, kenderaan itu masih dibenarkan berada di jalan raya sekiranya lulus pemeriksaan keselamatan, malah sekarang pun, pemeriksaan seumpama sedang dilaksanakan bagi pertukaran hak milik kenderaan persendirian dan pembaharuan cukai jalan bagi kenderaan perdagangan.

    Pada masa ini, ada 2.7 juta kenderaan penumpang melebihi usia 10 tahun, merangkumi 14.5 peratus daripada keseluruhan kenderaan berdaftar di negara ini.

    "Berbanding Australia, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Indonesia, Thailand dan India, Malaysia mempunyai kadar pelupusan kenderaan lama yang rendah dan purata usia kenderaan yang tinggi," katanya.

    Miti juga berkata, pemansuhan berperingkat pengimportan alat ganti dan komponen terpakai akan berkuat kuasa pada Jun 2011.
    "Langkah ini hanya membabitkan alat ganti dan komponen terpakai yang diimport saja dan ini selaras dengan usaha jangka panjang kerajaan untuk tidak membenarkan lagi pengimportan produk automotif terpakai yang standardnya rendah dan tidak selamat," katanya. � Bernama

    Jus buah ada alkohol: CAP


    LANGKAWI: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila membeli sejenis minuman ringan jus buah-buahan kerana ia mengandungi alkohol yang boleh memabukkan.

    Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow, berkata jus itu mengandungi antara empat hingga enam peratus alkohol.

    “Walaupun pengeluar minuman melabel kandungan peratus alcohol, tapi sukar melihatnya kerana kurang jelas,” katanya pada sidang media selepas kempen bahaya arak kepada masyarakat di tempat letak kereta di pekan Kuah di sini.


    Sehubungan itu, Subbarow meminta kerajaan dan kementerian berkaitan menjalankan kajian terhadap minuman itu dan mengeluarkan garis panduan kepada peniaga agar tidak menjualnya kepada pelajar dan remaja bawah umur. 

    - Bernama

    Jawatan Kosong Terkini 30/10/2009



    SALAM 1MALAYSIA ....

    PELBAGAI JAWATAN KOSONG DI AKHIR OKROBER UNTUK TUAN/PUAN MEMOHON ....

    SILA LAYARI LAMAN PORTAL INFORMASI JAWATAN KOSONG TERKINI  http://www.ejobs.my
    | http://www.jobsmalaysia.info | http://www.kerjakosong.info

    PELBAGAI JAWATAN KOSONG
    Institut Penyelidikan Produk Halal, UPM 2009/10/30 SELANGOR

    PELBAGAI JAWATAN KOSONG
    Fakulti Sains, UPM 2009/10/30 SELANGOR

    PELBAGAI JAWATAN KOSONG
    Majlis Daerah Maran 2009/10/30 PAHANG

    PELBAGAI JAWATAN KOSONG
    Kolej Universiti Insaniah 2009/10/30 KEDAH

    PELBAGAI JAWATAN KOSONG
    Percetakan Nasional Malaysia Berhad
    (PNMB) 2009/10/30 KUALA LUMPUR

    PELBAGAI JAWATAN KOSONG
    Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
    2009/10/30 SELANGOR

    PELBAGAI JAWATAN KOSONG
    Indah Water Konsortium  2009/10/30 ACROSS MALAYSIA

    PELBAGAI JAWATAN KOSONG
    Majlis Perbandaran Seberang Perai
    2009/10/27 PENANG

    PELBAGAI JAWATAN KOSONG
    Majlis Daerah Tumpat 2009/10/27 KELANTAN

    PELBAGAI JAWATAN KOSONG
    Majlis Daerah Tanjung Malim 2009/10/27 PERAK

    PELBAGAI JAWATAN KOSONG
    Majlis Daerah Bandar Baharu 2009/10/27 KEDAH

    PELBAGAI JAWATAN KOSONG
    Majlis Daerah Yong Peng 2009/10/27 JOHOR

    Business Operations Support Professional
    IBM Malaysia Sdn Bhd 2009/10/26 SELANGOR

    Executive Credit Acceptance
    BMW Credit (Malaysia) Sdn Bhd 2009/10/26 KUALA LUMPUR

    SPARE PART EXECUTIVE / SUPERVISOR
    KAWASAKI MOTORS (MALAYSIA) SDN. BHD. 2009/10/26 SELANGOR

    Customer Service Executive
    United Paper Board (M) Sdn Bhd 2009/10/26 SELANGOR

    Associate - Corporate Responsibility
    DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. 2009/10/26 SELANGOR

    Credit Processor
    CIMB Group 2009/10/26 KUALA LUMPUR

    Collections Supervisor
    Citibank Berhad 2009/10/26 KUALA LUMPUR

    BUSINESS DEVELOPMENT EXECUTIVE
    TAYLOR'S EDUCATION GROUP 2009/10/26 SELANGOR

    Management Graduate Program
    TANJONG Public Limited 2009/10/26 KUALA LUMPUR

    PELBAGAI JAWATAN KOSONG
    Hospital Pusrawi Sdn Bhd 2009/10/26 KUALA LUMPUR

    AND MORE ........

    BERMINAT UNTUK DAPATKAN INCOME TAMBAHAN DAN FREE SMS ...

    SILA DOWNLOAD EBOOK PERCUMA BAGAIMANA UNTUK PEROLEHINYA ..

    PERCUMA .. DOWNLOAD NOW !!!  http://www.rahsiabulksms.com/index.php?ref=indexmy

    p/s : Download sambil menderma kepada portal ini
    Setiap seorang yang download akan memberikan RM0.50 sen kepada poral.
    Please Support us. TQ

    REGARDS,
    eJobs.my

    p/s : UNTUK MAKLUMAN SEMUA , LAMAN INDEX.MY TELAH BERTUKAR KEPADA
    http://www.ejobs.my  . TQ

    Bapa bunuh anak yang dirogol tentera AS


    KUALA LUMPUR 30 Okt. – Seorang bapa terpaksa membunuh dua anak gadisnya kerana tidak sanggup menanggung malu setelah kedua- duanya dirogol oleh tentera Amerika Syarikat (AS) ketika dalam tahanan di penjara Abu Gharib di Baghdad, Iraq. 

    Seorang bekas tahanan penjara yang sama, Jameelah Abbas Hameed, 54, mendedahkan seorang rakannya pula membunuh diri selepas membuat pengakuan dirogol oleh tentera AS dalam media Iraq. 

    ‘‘Kedua-dua beradik berkenaan dirogol sebelum mereka dibenarkan keluar daripada penjara Abu Gharib.
    ‘‘Memandangkan kami di Iraq merupakan masyarakat yang konservatif, bapa mereka mengambil tindakan membunuh mereka kerana tidak sanggup menanggung malu apabila mengetahui kejadian tersebut,’’ katanya.
    Beliau menceritakan penderitaan yang ditanggung wanita Iraq ketika memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh peguam Zainur Zakaria pada hari ketiga Persidangan Antarabangsa Menjenayahkan Perang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

    Menurutnya, dia dibebaskan selepas ditahan kira-kira sebulan dalam penjara tersebut.
    ‘‘Ketika dibebaskan, tentera AS mengatakan saya hanya dianggap sebagai mangsa perang dan meminta maaf. 

    ‘‘Saya bertanya kepada mereka kembali apa ertinya ucapan maaf tersebut lagi sedangkan seluruh keluarga saya dan ramai lagi warga Iraq sudah hancur akibat tindakan mereka,’’ katanya.
    Tambahnya, apabila dibebaskan dia menyangka dunia seolah-olah sudah kiamat apabila melihat kemusnahan yang disebabkan oleh tentera AS.
    ‘‘Namun, mereka yang berada di sekeliling saya menyuruh saya bersabar,’’ jelasnya.
    Jameelah yang kini menetap di Syria memberitahu, dia ditahan apabila tentera AS menyerbu rumahnya di Kirkuk awal pagi 13 Januari 2004. 

    ‘‘Saya dan mereka yang lain kemudiannya dibawa menaiki kereta kebal dan helikopter ke Baghdad di mana saya disoal siasat dan diseksa serta dipaksa mengaku membiayai parti Baath.

    ‘‘Selain itu, tentera AS turut mengugut merogol anak gadis saya jika saya enggan mengaku dakwaan yang mereka lemparkan,’’ katanya.

    Semangat juang Dr. M dikagumi diplomat PBB


    KUALA LUMPUR 30 Okt. - Dua diplomat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kagum dengan semangat juang dan 'kedegilan' bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjenamakan perang sebagai satu jenayah. 

    Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dennis J. Halliday berkata, beliau mengenali Dr. Mahathir sejak 1970-an lagi semasa bertugas dengan Program Pembangunan PBB (UNDP) di sini.
    "Ketika itu Dr. Mahathir merupakan Menteri Pelajaran. Kini beliau begitu komited dalam memastikan peperangan dianggap sebagai satu jenayah.

    "Ini satu perjuangan yang sukar untuk dijual namun saya percaya Dr. Mahathir mampu memainkan peranan kerana beliau merupakan seorang yang unik," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di lobi hotel penginapannya di sini.
    Beliau merupakan salah seorang ahli panel dalam Persidangan Antarabangsa Menjenayahkan Perang yang bermula kelmarin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
    Tambah Halliday, beliau turut kagum dengan blog Dr. Mahathir yang sudah dikunjungi 23 juta orang dalam masa yang singkat.

    Halliday tidak menafikan perjuangan Dr. Mahathir dalam menjadikan peperangan satu jenayah bukan tugas mudah.
    "Ini kerana negara anggota Majlis Keselamatan PBB gemar menggunakan perang. Dr. Mahathir juga sedar beliau akan mengambil masa yang panjang. 

    "Apa yang penting ialah semangat perjuangan berterusan yang dimiliki beliau. Itu yang kita perlukan. Semangat Dr. Mahathir tidak akan hilang," katanya.
    Sementara itu, seorang lagi bekas Penolong Setiausaha PBB yang turut menjadi ahli panel persidangan, H.C. Graf Sponeck turut berkongsi pandangan dengan Halliday. 

    Katanya, beliau sering mengikuti aktiviti Dr. Mahathir dari jauh dan baginya 'kedegilan' beliau adalah sesuatu yang mengagumkan.
    "Jika kita tidak ada semangat untuk mengulangi perkara yang sama berkali-kali kita tidak akan berupaya melihat sebarang kesan dari apa yang kita perjuangkan.

    "Dr. Mahathir sudah memberikan seluruh hidupnya kepada hak asasi manusia dan keselamatan manusia," tambahnya.
    Kata Sponeck, Dr. Mahathir tidak keseorangan dalam perjuangan 'menjenayahkan perang' kerana terdapat banyak suara yang menentang peperangan di seluruh dunia.

    Wanita muslim pertahan agama kelar leher suami


    NEW YORK 31 Okt. - Seorang wanita muslim yang dipaksa oleh suaminya untuk memakan daging babi, memakai skirt pendek dan minum minuman beralkohol telah mengelar leher lelaki tersebut menggunakan pisau dapur ketika mangsa sedang tidur, menurut kenyataan laporannya kepada pihak polis.

    Rabia Sarwar, 37, warganegara Pakistan, mengaku tidak bersalah atas dakwaan cubaan membunuh dan telah dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah AS$25,000 (RM90,000).
    Dia memberitahu polis dalam satu kenyataan bertulis bahawa dia telah didera secara emosi oleh suaminya, Seikh Naseem dan dipaksa mencabuli kepercayaan agamanya.

    “Dia menyebabkan saya melakukan banyak perkara yang melanggar Islam,” katanya dalam kenyataan itu.
    “Saya lakukan itu semua semata-mata untuk memuaskan hatinya tetapi di dalam hati saya, ia bagaikan peperangan,” katanya.

    Naseem telah dikelar di leher, pipi dan tangannya pada Rabu lalu sebelum bergelut dengan Rabia dan menghubungi pihak polis dari rumahnya di bandar New York, menurut pihak berkuasa. - AP