Friday, July 02, 2010

Disallowed Goal.Mail Scanned. ...

England’s post mortem match against Germany.


Sumber : Email Yahoo Group

KENA BIKIN LINE CAM TU KOT ..

Aktor Winter Sonata, Park Yong-Ha Bunuh Diri!


SEOUL, 30 JUN 2010: Pelakon drama bersiri Winter Sonata, Park Yong-Ha ditemui mati tidak bernyawa di kediamannya di Nonhyung-dong, Seoul. Pihak polis percaya, Park mati akibat bunuh diri. Tubuh Park telah ditemui sekitar jam 5.30 pagi (waktu tempatan di sana) hari ini, oleh ibunya sendiri.

Laporan Yonhap News hari ini menyebut, keluarganya mendakwa sebelum membunuh diri, aktor dan penyanyi top Korea Selatan sempat mengirimkan SMS kepada ayahnya yang sedang bertarung dengan sakit kanser perut.

SMS yang dihantar itu berbunyi: "I'm Sorry. I'm Sorry".

Park yang kini berusia 33 tahun bagaimanapun tidak meninggalkan sebarang surat perpisahan.

Menurut pihak polis Metropolitan Seoul pula, Park telah membunuh diri dengan menggantungkan dirinya menggunakan kabel charger telefon bimbit. Namun, motif di sebalik tindakannya membunuh diri itu masih tidak diketahui lagi.

Hingga saat ini, pihak polis masih lagi melakukan penyelidikan lebih lanjut tentang tragedi yang mengejutkan itu.

Park memulakan kerjaya seninya bermula pada tahun 1994. Namun, namanya mula meningkat naik di Korea dan Jepun setelah dia membintangi drama bersiri Winter Sonata pada 2002.

Lanjutan daripada itu, Park turut membintangi 3 buah filem. Yang terakhir adalah The Scam yang telah ditayangkan pada 2009.

Tidak hanya setakat itu, Park juga popular sebagai penyanyi. Selain melancarkan beberapa album di Kora dan Jepun, dia juga pernah memenangi beberapa anugerah seperti Japan Gold Disc Awards bagi kategori Artis Asian Terbaik, Lagu Sepanjang Tahun serta Anugerah Istimewa Japan-Korea Friendship Year 2005.

Dengan kematian Park yang tidak diduga itu, banyak pihak telah menyuarakan rasa khuatir mereka terhadap kes bunuh diri di Korea Selatan. Ini kerana, negara tersebut telah mencatatkan kadar kes bunuh diri yang semakin meninggat sejak beberapa tahun kebekalakangan ini.

Pada 2 Oktober 2008, artis terkenal Choi Jin-Sil juga ditemui telah menggantungkan diri di bilik mandi rumahnya.Sebelum itu, pada 8 September 2008, suaminya, Ahn Jae-hwan yang merupakan pelawak terkenal ditemui mati di dalam keretanya.

Tubuh Choi Jin-Sil telah ditemui oleh adik lelakinya, Choi Jin-yeong. Dia yang turut melibatkan diri sebagai aktor dan penyanyi kemudian telah mengambil keputusan untuk membunuh diri pula pada 29 Mac lalu.
Kematian Choi Jin-yeong itu dipercayai berpunca akibat daripada rasa tekanan dan depresi setelah kematian kakak tersayangnya.
Sumber : Email Yahoo Group

KENAPA RAMAI ORANG SUKA MEMBUNUH DIRI ?
ADAKAH DENGAN MEMBUNUH DIRI DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH ?

ANNOUNCEMENT FROM PDRM !! PENGUMUMAN DARI PDRM !!

Effective from 5 PM 11th of May 2010, 
PDRM will no longer provide any discounts on all traffic summonses.

PDRM SUMMONS ALERT REGISTRATION - [FREE]


By subscribing to MyEG's new FREE service, we will inform and remind you via email if you have any new summons. Furthermore, as you receive the summons notification early, you can still remember who was driving the car at that time and be more careful in the future.

In the event that you are very certain that you were never in the area mentioned in the summons (as you have received the summons early), you may refer to PDRM for a review on the photos taken by paying PDRM a small fee.

PDRM Summons Alert Free Registration
PDRM Summons Payment (Login Required)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENGUMUMAN DARI PDRM

Efektif dari 5 Petang 11 Mei 2010, 
PDRM tidak lagi memberikan sebarang diskaun ke atas semua saman trafik.


PENDAFTARAN PERINGATAN SAMAN PDRM - [PERCUMA]


Dengan melanggan perkhidmatan percuma dari MyEG, kami akan memberitahu melalui e-mail anda jika ada sebarang saman baru. Tambahan pula, jika anda menerima peringatan awal tentang saman, anda masih mampu ingat kembali siapa yang memandu kenderaan pada masa tersebut dan lebih berhati-hati di masa hadapan.

Dalam situasi yang anda benar-benar pasti (kerana anda menerima peringatan saman dengan cepat) bahawa anda tidak berada di lokasi yang dinyatakan dalam saman, anda mungkin boleh menyaksikan foto yang diambil dengan membayar kepada pihak PDRM.

Pendaftaran Percuma Peringatan Saman PDRM
Bayar Saman PDRM (Perlu Login)

Sumber : Email Yahoo Group
SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA...