Saturday, June 26, 2010

Macam-macam: Vuvuzela Boleh Ancam Kesihatan



JOHANNESBURG: Vuvuzela, alat tiupan yang begitu popular pada Piala Dunia sekarang bukan hanya bingit untuk telinga tetapi ia juga satu ancaman kesihatan kerana didapati menyebarkan kuman.

“Vuvuzela amat digemari malangnya menyembur air liur dan menyebarkan kuman dari individu dijangkiti kepada orang lain di kawasan sesak dan mungkin menjadi risiko kesihatan bagi penyakit berjangkit seperti selesema,” kata doktor Klinik Pelawat Netcare, Peter Vincent.


Beliau memberi amaran berkongsi vuvuzela boleh menyebarkan kuman, meniup dengan kuat boleh merosakkan kerongkong, selepas seorang wanita di Cape Town pecah anak tekak ketika pertandingan meniup trumpet. – AFP 

Sumber : Berita Harian Online
BAHAYA JUGA BENDA NI.... NASIB BAIK LA TAK MELARAT KE MALAYSIA....

Pencuri Pulangkan Seluar Dalam, Coli

(Gambar sekadar hiasan)


KANGAR: Seorang pencuri memulangkan sepasang pakaian dalam milik seorang jurugambar wanita yang dilarikan bersama set kamera digital SLR bernilai RM3,000 dari rumah mangsa di Beseri, dekat sini, dalam kejadian dua minggu lalu.

Difahamkan, pakaian dalam itu iaitu coli dan seluar dalam milik mangsa diletakkan atas cermin hadapan kereta milik jurugambar wanita terbabit, pagi semalam.

Ketika itu, mangsa yang enggan namanya disiarkan, baru saja keluar dari rumah untuk ke tempat kerja di bandar ini, kira-kira jam 9 pagi.

Ketika ditemui jurugambar itu berkata pada mulanya terkejut melihat coli serta seluar dalam berkenaan di atas cermin hadapan kereta. Malah, dia turut mengesyaki ia sengaja dilakukan remaja nakal dengan niat mengusik.

Katanya, sebaik meneliti coli serta seluar dalam berkenaan, barulah dia menyedari pakaian dalam itu sebenarnya miliknya yang hilang pada 8 Jun lalu.

"Saya bersyukur kerana khuatir ia digunakan pencuri untuk tujuan tertentu termasuk sihir," katanya.

Sumber : Berita Harian Online
BAIKNYA PENCURI NI... MANA NAK CARI LAGI DAH PENCURI SEBEGINI..
SANGGUP PULANGKAN SELUAR DALAM DAN COLI YANG DICURI..
NTAH2 SELUAR DALAM DAN COLI TU DAH DIJAMPI... COBAAN...

Lesen Judi Piala Dunia Tidak Akan Dikeluarkan: Najib

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen pertaruhan judi Piala Dunia kepada Ascot Sport Sdn Bhd (Ascot Sport) dan keputusan itu disokong sebulat suara Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, sebentar tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata keputusan itu mengambil kira pandangan masyarakat keseluruhan selain dari segi agama dan kesan kepada politik.

"Selepas mengambil kira semua pandangan, jelas kepada kerajaan bahawa sebilangan besar masyarakat tidak setuju lesen itu diberikan kepada Ascot Sport.

“Oleh itu saya mengumumkan kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen itu tidak akan dikeluarkan dan keputusan ini disokong sepenuhnya oleh MT," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT di sini, malam tadi.


Sumber : Berita Harian Online

ISU LESEN JUDI PIALA DUNIA SELESAI.....
PM UMUM LESEN ITU TIDAK AKAN DIKELUARKAN.... AMIN.