Wednesday, October 13, 2010

'Cipta Lagu Malaysia' tawar RM40,000


KUALA LUMPUR - RTM kini menganjurkan pertandingan "Cipta Lagu Malaysia" bertujuan mencungkil bakat-bakat baru pencipta muzik terutamanya di kalangan generasi muda. Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya berkata, pertandingan akan berlangsung sehingga 31 Mac tahun depan.

"Langkah ini diharap dapat mengumpul karya menarik dan kreatif yang mampu membantu perkembangan muzik tanah air," katanya kepada pemberita selepas pelancaran pertandingan itu di Angkasapuri di sini semalam.

Pertandingan itu yang diadakan dengan kerjasama Kumpulan Ambank Malaysia, Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (Kopstar) dan Erama.tv, terbuka kepada setiap warganegara tanpa had umur.

Sumber : Kosmo Online
SIAPA YANG PANDAI BUAT LAGU, CIPTA LAGU DAN SEUMPAMANYA...
CUBALAH CIPTA LAGU MALAYSIA, MANA TAU KOT ADA REZEKI MENANG KAT KORANG

Perkhidmatan Blackberry tidak akan disekat

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Kerajaan tidak bercadang untuk menyekat perkhidmatan telefon pintar Blackberry malah yakin dengan keselamatan pemindahan dan penyimpanan data menggunakan alat tersebut, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan itu dibuat setelah kementerian meneliti isu penggunaan Blackberry yang timbul mutakhir ini serta mengadakan perbincangan dengan pihak Research in Motion (RIM) berhubung perkara itu.

"Pengguna boleh meneruskan khidmatnya (Blackberry). Ia banyak beri faedah dan kemudahan kepada masyarakat terutama komuniti perniagaan. Pihak RIM juga telah menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan saluran untuk perkhidmatan yang berterusan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini.

Beliau menjawab soalan Leong Jee Keen (PKR-Selayang) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mengawal e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan komunikasi antara masyarakat serta sama ada kerajaan bercadang untuk menyekat perkhidmatan Blackberry. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia Online

PENGUMUMAN : BLACKBERRY TIDAK AKAN DISEKAT DI MALAYSIA.. :)