Monday, November 22, 2010

DI MANA ISTERIKU!!!

DI MANA ISTERIKU!!!

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza,tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Kerja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Moral: 
Jangan dok berangan nak beristeri kalo masih xckup syarat n pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi..huhu..

Sumber : Email Yahoo Group

APA PENGAJARAN KORANG DAPAT DARI CERITA DI ATAS ??

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Ipoh , Perak ( Tarikh Tutup 8.12.2010 )

( Majlis Bandaraya Ipoh, Perak )

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi jawatan berikut:-

1. JURUTERA
2. AKAUNTAN
3. PEGAWAI PENILAIAN
4. PENOLONG JURUTERA (UKUR BAHAN/ ELEKTRIK/ AWAM)
5. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN
6. JURUTEKNIK LANDSKAP
7. JURUTEKNIK (UKUR BAHAN/ ELEKTRIK/ AWAM)
8. JURUTEKNIK KOMPUTER
9. ARTIS BUDAYA
10. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
11. PEMBANTU PERPUSTAKAAN
12. TUKANG K2
13. TUKANG K3
14. PEMANDU KENDERAAN

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN KOSONG

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN


Semua permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut:


Penolong Setiausaha (Sumber Manusia),
Tingkat 1,
Majlis Bandaraya Ipoh,
Jalan Sultan Abdul Jalil,
30450 Greentown Ipoh

Tarikh tutup semua permohonan adalah 8 Disember 2010

Filem : Senario Asam Garam (2010)




klik kt REGULAR DOWNLOAD
extract menggunakan winzip atau winrar

Spesifikasi Nokia C3, Harga Nokia C3 di Malaysia

Nokia C3 yang baru ni dikeluarkan dalam 3 warna iaitu, pink, hitam dan Bronze. Tengok rupa Nokia C3 ni macam Blakberry Bold ada jugak sikit sikit.

Celcom tak ketinggalan buat promosi bagi pelanggan 50 yang pertama akan dapat beli Nokia C3 dgn Harga RM99, pelanggan 50 seterusnya akan dapat beli dgn harga RM199.



Nokia C3

Harga biasa bagi Nokia C3 ni ialah RM520, masih murah lagi berbanding Blackberry kan :), 
ni le handphone paling comel, dan murah.

Spesifikasi Nokia C3

Dimensi: 115.5 x 58.1 x 13.6 mm, 63.2 cc;
Berat: 114 g;
Layar: Type TFT, 256K warna, Resolusi 320 x 240 pixels, 2.4 inchi;
Keypad: Full QWERTY keyboard;
Connectivity: GPRS Class 32, EDGE Class 32, Wi-Fi 802.11 b/g, Bluetooth v2.1 with A2DP, USB v2.0 microUSB;
Browser: WAP 2.0/xHTML, HTML (Opera);
Memori: Internal 55 MB, Card slot microSD, up to 16GB;
Kamera: 2 MP, 1600×1200 pixels, Support Video QCIF@15fps;
Multimedia: Radio Stereo FM radio, MP4/H.264/H.263 player, MP3/WAV/WMA/eAAC+ player, Flash Lite v3.0;
Messaging: SMS, MMS, Email, Push Email, IM;
Warna: Black Grey, Golden White, Hot Pink;
Features: Games Downloadable, Sound Alert types Vibration, MP3 ringtones, Speakerphone, 3.5 mm audio jack, Memory Phonebook Practically unlimited entries and fields, Photocall, Call records Detailed, max 30 days, Java MIDP 2.0, Social network integration, Voice command/dial, Organizer, T9;
Bateri: Li-Ion 1320 mAh (BL-5J), Stand-by Up to 480 jam, Talk time Up to 7 hours; 

Sumber : Blog Member
HARGA MASIH MURAH LAGI NI DARI BLACKBERRY... RM520
YANG PENTING WI-FI ADA..

Ahmadinejad Gesa Gadis Bernikah Pada Usia 16 Tahun

 TEHRAN: Akbar Iran melaporkan Presiden Mahmoud Ahmadinejad menggesa gadis negara itu bernikah pada usia 16 tahun.

Presiden itu juga mengkritik umur purata pernikahan di antara 24 dan 26 tahun sekarang.
Akhbar Jam-e Jam memetik Ahmadinejad sebagai berkata: “Kita patut menjadikan umur pernikahan untuk lelaki kepada 20 dan gadis kepada 16 atau 17 tahun."

Akhbar lain pula melaporkan beliau sebagai berkata umur paling sesuai untuk pernikahan bagi gadis ialah 17 atau 18 tahun.

Ahmadinejad selama ini mahukan peningkatan bilangan penduduk dan menolak perancangan keluarga sebagai budaya import Barat.

Pengkritik berkata dasar itu hanya akan meningkatkan kadar pengganguran kepada 9 peratus. - AP

Sumber : Berita Harian Online
KALAU KAT MALAYSIA, BERAPA HAD UMUR GADIS BOLEH BERKAHWIN ?
KALAU KAHWIN CEPAT LAGI LAGI BAGUS KAN..

Tragedi BAS : Bas Rempuh 6 Kenderaan

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 20 penumpang penumpang sebuah henti-henti dari Paka ke sini melalui detik-detik mencemaskan apabila bas yang mereka naiki mengalami masalah brek, merempuh enam buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat di hadapan sebuah stesen minyak di Batu Buruk.

Nahas jam 3.15 petang itu mengakibatkan pemandu sebuah kenderaan terbabit, seorang wanita berusia 20-an, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dikejarkan untuk rawatan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.

Bagaimanapun, semua pemandu kenderaan lain dan penumpang bas tidak mengalami kecederaan.
Seorang saksi, Nur Shamini Mat Lazim, 21, yang juga penumpang bas itu, berkata semasa kejadian dia sedang tidur dan terjaga apabila tiba-tiba terdengar dentuman kuat.

"Apabila saya tersedar saya lihat beberapa kenderaan telah melintang di hadapan bas yang saya naiki," katanya yang merupakan pelajar sebuah kolej di Setiu.

Nur Shamini berkata, keadaan menjadi kelam kabut apabila penumpang bas berebut-rebut untuk turun kerana takut kejadian lebih teruk akan berlaku manakala pemandu bas pula tidak kelihatan.

Seorang lagi penumpang bas, Nur Azleen Rozelan, 18, berkata akibat pelanggaran itu dia mengalami sedikit kecederaan apabila kepalanya terhantuk pada kerusi hadapan. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian Online
KENAPA ASYIK DENGAR BAS KEMALANGAN JERK DALAM BULAN NI..
MUSIM BAS KEMALANGAN KE ?

Contest Meneka Gambar S.B.T



NAK TRY TEKA GAMBAR DI BAWAH NI


Clue: Besi, mudah didapati, sangat berguna

First Time masuk peraduan teka benda kat blog ni.
Belum cuba belum tahu kan.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahun.
siapa nak meneka, boleh klik di SINI.

JAWAPAN
PIN