Wednesday, September 23, 2015

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2015



Bagaimana Nak Mendapatkan Follower Blog Ramai?



Mungkin ramai yang tertanya-tanya macam mana nak dapat follower blog yang ramai dengan cepat kan? Biasanya blogger-blogger baru lah sering tanya soalan ni. Kata orang ilmu kalau berkongsi lagi bagus dan lagi bertambah ilmu yang kita ada tu. Kali ni Ammar nak kongsi dengan anda semua macam mana cara pantas untuk dapat follower blog yang ramai. Caranya sangat mudah jika kita ada kesungguhan.

Cara pertama rajin blogwalking dan tinggalkan jejak pada shoutbox. Cara ini sangat mudah dan berkesan kerana perlu tinggalkan jejak je. Walaupun mudah dan berkesan tetapi peratus untuk dapat follower melalui cara ni agak sedikit kerana bukan semua blogger suka kesan orang yang datang ke blog mereka dengan cara ni. Biasanya shoutbox tu cepat berjalan dan susah nak kesan siapa yang datang. Shoutbox biasanya memaparkan link blogger yang terbaru sahaja.

Cara kedua adalah blog walking dan komen pada entri blog orang yang kita lawati. Komen tu mesti komen yang kena pada tajuk atau cerita entri blog tu. Jangan sesekali komen ke laut yang tak ada kaitan langsung dengan entri tu. Ingat! Dalam hal ini kita perlu jaga supaya nama kita tak buruk. Jangan sampai blogger lain cop kita ni blogger tak ikhlas. Blogger lain boleh kenal siapa yang ikhlas komen pada blog mereka. Jangan nak tipu-tipu, berdosa. Komen biar ikhlas.

Cara seterusnya adalah blogwalking dan follow seberapa banyak blog orang lain. Cara ini sangat berkesan kerana dah banyak kali Ammar buat dan hasilnya sangat memberangsangkan. Tiap-tiap hari Ammar akan follow blog yang Ammar belum follow. Biasanya peratus tinggi untuk dapat follower dengan cara ni adalah dari blog baru dan mempunyai follower yang sedikit. Kenapa? Sebab blog macam ni biasanya akan memcari seberapa ramai kawan atau rakan blogger untuk bertapak di dunia blogger.

Selain itu buat segmen atau contest untuk meningkatkan follower secara mendadak. Tahukah anda kenapa blog Ben Ashaari dapat follower yang ramai? Rahsianya adalah segmen dan contest. Segmen dari blog Ben Ashaari sangat berkesan menarik follower yang ramai kerana setiap segmen yang dibuat sangat unik dan menarik. Sebagai contoh, Ben Ashaari buat segmen dan ramai blogger lain buat entri pasal segmen tu, secara automatik blogger lain tolong promosikan blog Ben Ashaari dan peluang untuk dapat follower lebih cerah. Ben Ashaari sangat bijak kerana berfikir menang -menang dalam hal ini. Macam mana? Dalam segmen kedua-dua belah pihak akan mendapat manfaat bersama. Blogger lain tolong promosikan blog Ben Ashaari dan Ben Ashaari pulak tolong promosikan blog blogger lain.

Cara yang lebih bagus dan pantas untuk dapat follower yang ramai adalah gabungkan semua langkah-langkah diatas. Blogwalking, tinggal jejak di shoutbox, komen entri, buat segmen, follow blog orang lain Insyaallah anda akan mendapat follower yang ramai jika selalu buat langkah macam ni. Jangan mengharap orang follow blog kita jika kita tak follow blog orang. Berfikiran menang-menang Insyaallah berjaya. Selamat mencuba.

Copypaste dari blog rakan :- http://jomklikblog.blogspot.my/2011/03/cara-pantas-mendapat-follower-blog-yang.html