Saturday, October 17, 2009

150 fakta yang bukan auta.....


1. Canada adalah perkataan Red Indian yang bermaksud "Lembah Besar"

2. Pada tahun 1984, peladang Canada menyewakan badan lembu mereka untuk ruang iklan.
3. 0.3% kemalangan jalanraya di Canada membabitkan rusa.
4. Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota London terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera.
5. Bolivia ada dua ibu negara.
6. Amazon adalah sungai yang terbesar di dunia, 6,259 km
7. Bandar Calma di Chile tidak pernah langsung menerima hujan
8. Orang Perancis makan lebih banyak keju dari negara lain di dunia
9. Ada sebuah tempat di Francis yang bernama "Y"
10. Raja Louis XIX memerintah Perancis selama 15 minit sahaja.
11. Ketinggian Eifel Tower di Perancis sentiasa berubah mengikut suhu. Adakalanya sehingga 6 inci.
12. Lagu kebangsaan Greece ada 158 versi.
13. Orang Bulgaria paling banyak makan yogurt di dunia
14. Belanda telah melaksanakan kempen menentang sikap sumpah menyumpah. Stesen Keretapinya mula meletakkan tanda 'Ketinggalan Keretapi? Menyumpah tidak membantu'
15. Belanda adalah satu-satunya negara di dunia yang ada anjing kebangsaan.
16. King George I di England tidak boleh berbahasa Enggeris. Beliau dibesarkan di Jerman.
17. Mesin pengeluaran wang (ATM) mula-mula di cipta di England pada 1965
18. Buku panduan talipon di negara Iceland kadangkala turut memuatkan pekerjaan seseorang. Ini adalah kerana terlalu banyak penduduknya yang memiliki nama yang sama.
19. Sehingga tahun 1997, lebih banyak babi dari manusia di Denmark.
20. Sweden mempuyai kadar kelahiran paling sedikit (1 dlm 100)
21. Komik kartun Donald Duck pernah diharamkan di Finland kerana ia tak pakai seluar.
22. Lithuania adalah negara yg punyai paling banyak orang bunuh diri.
23. Kod talipon untuk Russia ialah ' 007 '
24. Harga bagi burger McDonald's Extra Value di Russia sama dengan purata sebulan gaji pekerja Russia
25. Orang Russia menjawab talipon dengan menyebut 'saya mendengar'
26. Amerika beli Alaska dengan harga 2 sen seekar dari Russia
27. 1 dari 5 doktor di seluruh dunia adalah orang Russia
28. Keretapi yg bergerak setiap hari pergi dan balik ke Bombay di India dibuat untuk menampung 1,700 penumpang tetapi ianya dinaiki oleh 7000 penumpang setiap perjalanan.
29. Nepal adalah satu-satunya negara yang mempunyai bendera yang bukan empat segi.
30. Setiap perokok di China menghisap 1,800 batang rokok setiap tahun.
31. Lebih banyak orang China yang berbahasa Enggeris dari org Amerika.
32. Berus gigi dicipta di China pada tahun 1498
33. Vatican City adalah negara terkecil di dunia dengan penduduk 1000 orang dan bersaiz 108 ekar.
34. 98% mayat di Jepun dibakar.
35. Ada tempat di Jepun dinamakan 'O'
36. Pada kurun ke 16, orang Philipina menggunakan 'yo-yo' sebagai senjata perang.
37. Nama tempat terpanjang di dunia ialah 'Taumatawhakatangiha ngakoauauotamate aturipukakpikima ungahoronukupoka i- iwhenuakitanatahu' iaitu nama sebuah bukit di New Zealand.
38. Pulau terbesar di dunia ialah Greenland.


39. Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa sinaran itu yang juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi (perubahan genetik).
40. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
41. Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.
42. Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.
43. Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.
44. Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
45. Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti dan Republik Dominica.
46. Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.
47. Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.
48. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
49. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
50. Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
51. Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.
52. Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
53. Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.
54. Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.
55. Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.
56. Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.
57. Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.
58. Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.
59. Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam.
60. Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak-kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.
61. Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.
62. Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.
63. Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura-kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.
64. Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.
65. Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini.
66. Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.
67. Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kg.
68. Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.
69. Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.
70. Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.
71. Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.
72. Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.
73. Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.
74. Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.
75. Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel.
76. Seoul adalah ibu negeri Korea . Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.
77. Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.
78. Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi paling besar dalam sistem solar.
79. Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.
80. Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.
81. Angkasawan Neil Armstrong mula menjejakkan kaki di bulan dengan kaki kiri.
82. Pemain bolakeranjang Micheal Jordan menerima bayaran tahunandari syarikat kasut Nike lebih banyak dari keseluruhan gaji pekerja kilang Nike di Malaysia.
83. Nama paling panjang di dunia ialah 'Adolp Blaine Charles David Earl Frederick Gerald Hubert Irvin John Kenneth Lloyd Martin Nero
Oliver Paul Quincy Randolph Shermasn Thomas Uncas Victor William Xerxes Yancy Zeus Wolfeschlegelsteinh ausenbergerdorft Senior'
84. Gunting dicipta oleh Leonardo Da Vinci
85. Nama sebenar Tina Turner ialah Annie Mae Bullock.
86. Walt Disney amat takut dengan tikus.
87. Bunyi E.T berjalan dibuat dengan meramas agar-agar dalam tangan.
88. Gula mula dibubuh dalam Chewing gum oleh seorang doktor gigi, William Semple
89. Kertas dicipta pada abad kedua di China
90. Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang.
91. Wira Greek, Agamemnon yang merupakan pahlawan terbilang empayar tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang tetapi di tangan isterinya sendiri selepas dia kembali dari perang Trojan.
92. Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.
93. Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.
94. Bilangan telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika.
95. Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman, seorang agen insurans.
96. Apabila panglima Sepanyol yang menawan Peru, Francisco Pizarro, menculik ketua suku kaum Inca yang bernama Atahualpa pada tahun 1532, beliau meminta bayaran tebusan yang amat "menggerunkan"- sebuah dewan yang dipenuhi emas dan perak bernilai $170 juta!
97. Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh David D.Porter, seorang anggota tentera laut US .
98. Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan 5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.
99. Gajah Afrika hamil selama 640 hari.
100. Raja Uganda , King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai 7,000 orang.
101. Tayar numat (berisi udara) diperkenalkan pada 1888 oleh John Boyd Dunlop- seorang pakar bedah veterinar berbangsa Scotland .
102. Mahasiswa Universiti Colorado menamakan gril baru kafeteria di universiti tersebut sebagai `Gril Alfred Parker' sempena tindakan Alfred Parker mempraktiskan kanibalisma dengan memakan daging salah seorang kawannya.
103. Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.
104. Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.
105. Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo , Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.
106. Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula- mula menemui cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan sehingga ke hari ini.
107. KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan bukit yang berpasir di Himachal Pradesh , India . Ia menjadi sebuah perkampungan tertinggi di dunia. Walaupun Kibber terletak di paras ketinggian 4,205 meter, namun ia menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di musim sejuk kerana kawasan tersebut mempunyai kemudahan asas yang lengkap bagi kegunaan penduduk di situ. Kibber sebuah perkampungan yang tidak boleh dianggap mundur dan daif sebaliknya akan menakjubkan dan menggamit hati setiap pengunjungnya. Walaupun ia berada di puncak gunung di sana tetap terdapat bekalan elektrik, jalan raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan pejabat pos serta klinik.
108. Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 - 100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat peruntukan pembelian senjata dunia.
109. Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra , Uttar Pradesh , India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul. Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653. Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.
110. Pemimpin negara China yang terkenal dan diagung-agungkan oleh rakyatnya, Deng Xioping sebenarmnya mempunyai rahsia tersendiri bagaimana beliau berjaya mengekalkan kesihatan sehingga umurnya menjangkau lebih dari 90 tahun. Xioping menyatakan rahsia tersebut adalah amalannya mandi air sejuk dan bermain terup.
101. Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian
102. Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.
103. Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga pemburu sampai.
104. Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan. Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh 2500 SM.
105. Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio.
106. Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang lebih dewasa daripadanya.
107. Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln. Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan.
108. Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari 1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955 apabila buku log kapalnya dijumpai dan diteliti.
109. Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral dalam tentera Ratu Victoria . Dr Barry menyertai pasukan perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.
110. Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang hamil.
111. Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.
112. Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga 1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda untuk "menghiburkannya". Di luar istana Jahangir, dia memelihara 12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan 10,000 ekor burung merpati.
113. Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika India dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut akan naik mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi.
114. Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke kediaman baru mereka berhampiran Seattle , Amerika. Rumah yang menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya dilekatkan di kocek baju.
115. Senjata biologi menjadi kegemaran di kalangan kuasa besar kerana kosnya yang amat murah. Misalnya mereka hanya perlu membelanjakan US$1 untuk memusnahkan kawasan seluas satu kaki persegi berbanding US$600 menggunakan senjata kimia US$800 senjata nuklear atau US$2,000 dengan senjata konvensional.
116. Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini. Kali pertama digunakan oleh bangsa Rom dengan memasukkan haiwan mati kedalam empangan untuk meracun sumber air musuh.
117. Purata pisang mengandungi 90 kalori, kira-kira 90% keperluan kabohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mempunyai vitamin B dan C serta potasium (kalium) yang dapat menghasilkan tenaga.
118. Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen setiap 20 minit.
119. Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh dunia.
120. Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.
121. Otak manusia mempuyai lebih kurang 100 bilion sel saraf.
122. Saraf berdenyut dari dan ke otak selaju 274km sejam.
123. Mustahil anda boleh membuka mata ketika bersin.
124. Interaksi 72 pelbagai otot diperlukan untuk manusia menghasilkan suara.
125. Secara purata, kelajuan batuk yg keluar dari mulut anda ialah 96 km sejam.
126. Bergantung pada saiz, otot paling kuat di tubuh manusia ialah lidah.
127. Bayi lahir tanpa tempurung lutut hinggalah ia berusia 2-6 tahun.
128. Secara purata, orang yang mempunyai tangan kidal hidup 9 tahun lebih pendek.
129. Kanak-kanak membesar lebih cepat di musim panas.
130. Perut memerlukan 1 jam untuk menghadam susu lembu.
131. Orang yang berambut perang punyai lebih banyak rambut dari yang berambut hitam.
132. Jika anda buta sebelah mata, anda hanya kehilangan 1/5 penglihatan, tetapi anda akan hilang langsung deria menjarak.
133. Hidung dan telinga akan terus membesar sehingga anda mati.
134. Purata setiap kulit kepala ada 100,000 helai rambut. (Kecuali orang botak lerr)
135. Purata setiap tahun manusia mengelipkan mata sebanyak 6,205,000
136. Jika diukur panjang bulu mata yang gugur sepanjang hidup seseorang manusia ialah 30 meter.
137. Tengkorak anda terdiri 29 jenis tulang.
138. Orang Mesir purba mencukur bulu kening mereka untuk berkabung di atas kematian kucing mereka.
139. Setelah anda mati, tubuh anda akan mula mengecut dan ini mencipta satu ilusi seolah-olah rambut dan kuku terus panjang.
140. Rambut dan kuku adalah dari satu bahan yang sama.
141. Seorang manusia boleh menyedut sehingga 4 liter udara, tetapi hanya 5% saja yang digunakan.
142. Luas kulit manusia ialah 6.5 kaki persegi.
143. 15 bilion sel darah manusia musnah setiap saat.
144. Jantung manusia membuat tekanan yang cukup untuk mengepam darah sehingga 30 kaki.
145. Anda dilahirkan dengan 300 tulang. Apabila anda dewasa, anda cuma ada 206 tulang.
146. Tulang peha manusia lebih kuat dari batu konkrit.
147. Jika dicampur, panjang urat dalam seseorang manusia ialah 72 km.
148. Secara purata, setiap jantung manusia mengepam sebanyak 3000 kali sepanjang hayatnya dan mengepam 48 juta galen darah.
149. Dalam sehari, manusia akan bernafas sebanyak 23,040 kali.
150. Darah manusia mengalir sejauh 96,540 km setiap hari.

Wanita cantik menyihatkan lelaki

Wahai lelaki, ada berita baik untuk memastikan kesihatan terus terpelihara. Mudah saja, selalulah bertemu atau berdampingan dengan wanita cantik!

Ini dibuktikan menerusi kajian University of California seperti dipetik oleh Telegraph. Kajian mendapati kehadiran wanita cantik meningkatkan hormon testosteron dan kortisol lelaki.

Hormon testosteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan dan memberi tenaga. Hormon ini berada pada tahap tertinggi semasa lelaki berumur 20 tahun dan berkurang seiring pertambahan usia dan tempoh hubungan.

Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Jika tahap kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat, anggota badan pun akan terasa lebih sihat.

Kajian diketuai oleh Dr. James Roney itu melibatkan 149 pelajar lelaki berusia 18 dan 24 tahun yang dipertemukan dengan wanita cantik dan tentu sekali yang memikat hati.

Selang beberapa minit pertemuan, air liur responden diambil dan diuji untuk mengetahui kadar hormon testosteron dan kortisolnya.

Di sinilah satu fakta menarik ditemui. Hanya dalam masa lima minit berbual dengan wanita cantik itu, tahap testosteron mereka meningkat hingga 14 peratus manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48 peratus.

Tetapi berbeza pula apabila responden terlibat bertemu dengan rakan lelaki mereka. Tahap testosteron dan kortisolnya malah menurun sehingga 7 peratus.

Penjelasan mudahnya, semasa lelaki bertemu wanita cantik dan memikat, otaknya akan menghantar mesej pada kelenjar pituitari untuk mengeluarkan kedua-dua hormon tersebut. Ketika hormon itu tersebar ke dalam badan, sistem metabolisme akan menjadi lancar dan tubuh pun akan terasa lebih bugar.

Ternyata lebih menyihatkan tubuh badan selain tentunya membahagiakan ketika bersama wanita cantik berbanding melepak dengan rakan lelaki seperti yang selalu dilakukan oleh lelaki Malaysia di kedai-kedai mamak.

Kalu Pasal Sembahyang, Boleh Pulang Awal.....!

Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari

nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia

kasi tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah

pasal sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan

datang mintak balik awal..


Pekerja 1 : A'kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang

kat rumah boss, leh tak?

Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi,

lagi banyak pahalanya..!


Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?

Bosss : Hang apa pasai:

Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker

tak? Ntah-ntah dia ponteng?

Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!


Pekerja 3: A'kum Boss!

Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?

Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!

Boss: Alasan apa lak ngko nie?

Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati..Ada orang kampung

saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...!Boleh kut boss yer

pulang awal?

Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang

ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buat

kerja..



Pekerja 4: A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?

Boss : Naper?

Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!

Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu nunggu!!!

Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!!Heee. .hee

ONLY IN MALAYSIA


ONLY IN MALAYSIA..............

image013
image011
image002
image007
image003
image006
image012
image010
image004
image014
image008
image009
image001


I THINK THIS ONE WINS THE AWARD!!!
JJJ
image005


Di Malaysia ?