Wednesday, December 01, 2010

Keputusan Piala AFF 2010 1 Disember 2010 : Team Underdog ( MALAYSIA ) Kena Belasah Dengan Indonesia 1-5



Full Time

MALAYSIA 1 - 5 INDONESIA



Pasukan Malaysia sebagai pasukan underdog tenang menerima kekalahan besar 1-5 kepada Indonesia. 

Lepas ni, lawan Thailand plak yang seri 2-2 dengan Laos. Agaknya, apa keputusan lawan Thailand dan Loas nanti ?

Keputusan Piala Suzuki AFF 2010 ( 1 Disember 2010 )


Full Time

THAILAND 2 - 2 LAOS

Tawaran diskaun saman kurangkan beban rakyat: Hishammuddin

PUTRAJAYA: Tawaran diskaun bagi semua saman trafik yang bermula hari ini adalah bagi meringankan beban rakyat, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira rintihan orang ramai berhubung perkara itu dan ia juga selaras dengan saranan pucuk pimpinan "Rakyat Didahulukan".

"Kita mendengar rintihan daripada orang ramai yang mengatakan ada notis yang dihantar tidak sampai kepada tuannya.

"Kita juga mendengar bahawa pengurangan saman jika tidak diberikan kelonggaran dan sebagainya, ada kes-kes tertentu yang (boleh menimbulkan) tidak adil.

"Tetapi yang paling penting kita menyampaikan mesej yang jelas iaitu yang salah tetap salah (yang melanggar peraturan jalan raya)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Imigresen di Jabatan Imigresen, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rasional tawaran kadar kompaun yang munasabah bagi semua saman trafik mengikut beberapa syarat yang ditetapkan mulai hari ini.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook miliknya, menyebut semua saman yang dikeluarkan pada atau sebelum semalam, kadar munasabah akan diberikan secara automasi melalui semua kaedah bayaran iaitu kaunter PDRM, pejabat pos dan internet.

Ditanya sama ada keputusan itu berkaitan dengan pilihan raya umum akan datang, Hishammuddin berkata keputusan mengenai pilihan raya hanya akan ditentukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Semua perkara yang kita buat adalah proses yang kita lakukan selepas mengadakan perbincangan yang sedalam-dalamnya. Tidak berkisar dengan politik," katanya.

Mengenai dua syarikat berpangkalan di Malaysia yang dinamakan oleh Amerika Syarikat sebagai firma yang dikawal oleh rangkaian Iran untuk membeli teknologi peluru berpandu dari China, Hishammuddin berkata siasatan akan dilakukan jika berkaitan dengan undang-undang dan keselamatan.

Katanya, ini kerana teras perkhidmatan kementerian ialah untuk memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian Online
DISKAUN..DISKAUN..DISKAUN.. 
CEPAT.. SIAPA YANG ADA SAMAN PI BAYAR CEPAT...

PENJAWAT AWAM : Penjawat Awam Diingatkan Supaya Hayati MBE

 Tan Sri Mohd Sidek Hassan

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini mengingatkan semua penjawat awam supaya menghayati sepenuhnya Model Baru Ekonomi (MBE) secara memilikinya bagi memastikan kejayaan pencapaian model terbabit.
Katanya sebagai pemimpin dan anggota perkhidmatan awam negara, mereka harus berusaha untuk menyebarkan manfaat MBE itu.

"Kita harus menunjukkan bahawa MBE adalah mengenai inklusif dalam proses penghasilan kekayaan dan bagaimana kita akan menggunakan penglibatan inklusif ini bagi memastikan pencapaian objektif yang tertera dalam MBE," katanya.

Beliau juga berkata kejayaan MBE memerlukan persekitaran sokongan pertumbuhan menerusi pelaksanaan pantas inisiatif dan proses pemudahan bagi menjadikan negara ini mudah dan lebih murah untuk menjalankan urusan perniagaan. 

Sumber : Harian Metro Online
PENJAWAT AWAM DIINGATKAN SUPAYA HAYATI MBE !!  
APA ITU MBE ? klik sini

PENDANG : Cubaan Bunuh Diri Kali Kedua Gagal


PENDANG – Gara-gara bunyi pelik yang sering didengarnya menyebabkan seorang warga emas di Kampung Batu Hampar Kanan bertindak menggantungkan diri.

Warga emas berkenaan Ismail Abdullah, 80, bertindak menggantungkan diri menggunakan wayar elektrik di hadapan rumahnya kira-kira 12.30 tengah hari kelmarin, namun gagal apabila tindakannya itu disedari remaja yang melalui kawasan berkenaan.

Ketika di tempat kejadian, Sinar Harian mendapati penduduk dan pihak kesihatan sedang berusaha menurunkan mangsa dari tali gantung dan keadaannya lemah. Berikutan itu mangsa terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Penduduk berdekatan mengetahui kejadian itu setelah dimaklumkan remaja yang melihat kejadian itu dan segera ke rumah mangsa bagi menyelamatkannya.

Salah seorang penduduk berkata, sebelum ini mangsa pernah menggantungkan diri kerana dikatakan runsing apabila sering mendengar pelbagai bunyi pelik.

“Hujung September lalu mangsa bertindak menggantungkan diri, namun gagal dan pada kali ini mangsa bertindak melakukan perkara sama.

“Mangsa tinggal seorang diri di sebuah rumah dan sering bercerita tidak mahu lagi hidup dan pernah beberapa kali memberitahu ingin membunuh diri namun, mereka sering menasihati mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa sering mengadu mendengar pelbagai bunyi menyebabkannya sering mendapatkan rawatan cara tradisional daripada pelbagai bomoh namun tidak berjaya.

Sementara itu, penduduk, Sharulnizam Abd Hafiz, 13, dan Zarul Azham Abu Bakar, 15, berkata, mereka melihat kejadian itu semasa melalui kawasan berkenaan menyebabkan mereka memaklumkan kejadian itu kepada penduduk kampung.

Sharulnizam berkata, mereka tidak berani ke tempat kejadian selepas melihat mangsa sudah terkulai.

“Sebelum kejadian, kami berada di kawasan berhampiran rumahnya dan melihat mangsa sedang menebas rumput di kawasan rumahnya dan memanggil kami membalut rokok daun namun, kami enggan kerana tidak menghisap rokok.

“Selepas beredar dari kawasan itu, kami ke pusat Internet dan lebih satu jam kami melalui kawasan itu semula dan melihat badan mangsa terkulai,” katanya.

Baru-baru ini Sinar Harian menerima beberapa panggilan daripada penduduk memaklumkan mangsa ingin berjumpa wartawan untuk melaporkan bahawa mangsa ditipu bomoh namun, hasratnya tidak kesampaian kerana laporan itu tidak tepat menyebabkan wartawan gagal ke kediamannya. 

Sumber : Sinar Harian Online
KENAPA SAMPAI NAK MEMBUNUH DIRI ? MACAM-MACAM LA

Manchester United Kena belasah dengan West Ham 0-4

West Ham belasah Manchester United

 


LONDON: Jonathan Spector dan Carlton Cole masing-masing menjaringkan dua gol untuk West Ham membelasah juara bertahan Manchester United 4-0 dan mara ke peringkat separuh akhir Piala Liga manakala Arsenal turut layak selepas menewaskan Wigan 2-0 pagi tadi.

Bekas pemain United, Jonathan Spector, menjaringkan gol pada separuh masa pertama sebelum Cole menambah dua lagi gol selepas rehat untuk West Ham yang berada di tempat tercorot Liga Perdana Inggeris.

Arsenal kini menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai pertandingan itu apabila gol sendiri Antolin Alcaraz dan jaringan Nicklas Bendtner memastikan Wigan tersingkir. - AP

Sumber : Berita Harian Online

MANCHESTER UNITED KENA BELASAH.... APA SUDAH JADI ?

RON97 kini RM2.30 seliter


KUALA LUMPUR 30 Nov. - Harga minyak petrol RON97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai esok.

Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Menurut sumber, pengumuman mengenai kenaikan harga RON97 tidak dibuat secara rasmi oleh kerajaan memandangkan perubahan adalah mengikut harga pasaran dunia.

Ia kenaikan kali kedua sejak kerajaan membuat pelarasan subsidi petrol dan memutuskan untuk mengapungkan harganya dari semasa ke semasa.

Pada 1 November lalu, petrol gred RON97 naik sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan masih mengekalkan subsidi petrol RON95 walaupun dikatakan bakal menjejaskan pentadbiran kerajaan.

Pada Oktober lalu, kerajaan menjelaskan perbelanjaan subsidi untuk tahun depan mampu mencecah RM24.9 bilion berbanding tahun ini iaitu RM23.7 bilion.

Sumber : Utusan Malaysia Online
MINYAK NAIK HARGA LAGI!!
NASIB LA RON95 TAK NAIK... HARAP-HARAP TAK NAIK LA MINYAK RON95 NI...