Thursday, December 17, 2009

Bangga teguk arak

SELEBRITI yang sorang ni kalau Marilyn sebut nama dia, pasti ramai yang mengenalinya. Lahir dan dibesarkan dalam sebuah keluarga berada yang mengamalkan keterbukaan dalam pelbagai hal membuatkan artis wanita jelita ni juga mempraktikkan stail dan gaya hidup ala kebaratan.

Tak dinafikan, sebelum ini pernah keluar dalam bermacam-macam ruangan gosip tentang artis wanita jelita ni yang tak pernah segan-silu atau ada perasaan bersalah meneguk minuman beralkohol dengan rakan-rakannya di depan khalayak.

Tak habis di situ, baru-baru ni Marilyn terserempak dengan artis berusia lewat 20-an ni yang meneguk arak pada malam hari di sebuah kelab di Bangsar. Dengan selamba dia mengangkat gelas berisi air kencing syaitan tu walaupun tahu ada mata-mata yang memerhatikan gelagat jelik dan memalukan empunya diri tu.

Marilyn bukannya nak hukum dia atau terus label artis ni sebagai wanita yang tak bermoral, tetapi Marilyn pelik sikit dengan perangai artis yang rasa dirinya moden tu. Takkan dia tak pernah baca surat khabar tentang kes seorang wanita Islam yang dikenakan hukuman sebatan gara-gara meminum arak.

Memanglah minuman keras dah jadi macam darah daging dan sebati kat jiwa artis ni. Tapi fikirlah tentang masa depan sendiri apatah lagi dia pun sudah bersuami dan ada keluarga sendiri. Kalau lepas ni nasibnya tak baik dan ditangkap atas kesalahan minum arak maka mana awak nak letak muka yang cantik tu?

Marilyn malas nak bebel panjang lebar kat artis tu sebab awal-awal tahu pasti dia tak ambil pusing dengan cerita tentang dirinya. Ibaratnya nasihat Marilyn ni macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Iyalah, tak penting langsung nak dijadikan panduan gamaknya!

Cuma Marilyn mampu cakap agar artis wanita yang berbakat besar dalam dunia lakonan dan pengacaraan tu dapat berubah sikap yang tak bertamadun tu. Awak tu dahlah artis dan jadi idola ramai termasuk golongan kanak-kanak. Takkan perangai macam tu yang nak ditunjukkan?

Jangan sampai dah tertangkap nanti, baru nak menangis tersedu-sedan sambil mohon secebis simpati daripada masyarakat kononnya diri tak bersalah dan dianiaya oleh orang lain. Letihlah Marilyn dengar kenyataan klise tu!

Sumber : Kosmo Online

ARTIS LA KATAKAN... SEMUA NAK CUBA....

Takdir Zizie hidup bermadu




LEBIH 20 tahun mengenalinya sebagai seorang pelakon, jarang sekali ada cerita panas tercalit dalam sejarah kerjaya pelakon yang cukup terkenal dengan imej 'putih melepak' ini.

Pernah melalui musim cinta remaja yang cukup indah dengan penyanyi Seribu Impian dan Jangan Ada Benci, Casey, Zizie Ezette ketika itu masih terlalu muda untuk mentafsir cinta sehinggalah membuat keputusan meninggalkan cinta pertamanya itu.

Beberapa tahun mengubat lara, kudus cinta Zizie hinggap dalam kamar hati seorang ahli perniagaan yang pernah 'menggegarkan' industri perbankan negara belasan tahun sudah.

Pun setelah menganyam cinta lebih 7 tahun, Zizie sekali lagi gagal mempertahankan cintanya, lalu musnahlah impian bergelar isteri kepada seorang lelaki yang dicintai sepenuh hati.

Kelmarin kepada saya, Zizie sekali lagi mengaku hatinya kini dicuri lagi. Apa yang datang kepadanya kali ini bukan lelaki bujang, sebaliknya suami orang, cukup dikenali dan punya status tinggi di kalangan masyarakat.
Tanpa menyebut secara berterus terang lelaki dimaksudkan, di situ juga dilema seorang Zizie Ezette bermula.
Menurut Zizie, dia beberapa kali sedaya mungkin berusaha menolak cinta lelaki yang sudah beristeri, tetapi kalam tuhan tetap membuahkan 'rasa itu' kepada golongan berkenaan, yang kemudian menghantar lamaran memperisterikannya.

"Apa yang kita elak, kita tak mahu, kita benci, akhirnya itulah yang Allah datangkan kepada kita. Sebagai hamba Allah, apa lagi yang saya boleh katakan kalau memang sudah ditetapkan jodoh kita dengan lelaki yang sudah beristeri?" kata Zizie meluahkan krisis dalaman hatinya apabila bertembung dengan cinta suami orang.
kosmo! titipkan perbualan kami pada petang Selasa lalu, tentang realiti terbaru hidup wanita 31 tahun ini yang dikatakan bakal menjadi isteri baru kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar dalam waktu terdekat ini.

Benarkah Zizie dan si dia sudah berkahwin?
Kahwin? Aduhai! Belum kahwin lagi. Tetapi saya tidak nafikan sedang mengenali hati budi seorang lelaki, cuma belum sampai ke tahap sudah berkahwin. Saya pun masih dalam pertimbangan untuk menerima atau tidak lamaran itu.

Jadi sekarang ini Zizie mengakulah sedang bercinta dengan Ahli Parlimen berkenaan?
Zizie tahu siapa orang yang anda maksudkan. Beginilah, apa yang boleh saya katakan, segalanya masih dalam pertimbangan lagi. Setakat hari ini saya masih solo, dan saya perlu membuat banyak pertimbangan sama ada menerima atau tidak lamaran itu. Banyak hal kena fikir sebab saya tak boleh lihat dalam diri saya semata-mata, sebaliknya dalam keadaan sekarang banyak hati lain kena dijaga.


DI USIA 31 tahun, Zizie mencari lelaki terbaik untuk membimbingnya ke alam rumah tangga.


Siapakah lelaki bertuah yang melamar itu?
Sila siasat sendiri, saya tak boleh beritahu. (Ketawa).

Apakah benar lelaki yang melamar itu ialah Datuk Bung Moktar?
Maaflah, saya tak mahu sebut nama sesiapa di sini. Tak elok sebab banyak hati yang kita kena jaga tambahan pula ini membabitkan lelaki yang sudah punya keluarga. Sebagai wanita, saya pun kena fikir hati dan perasaan orang lain kalau bercakap. Lagi pun Zizie orang perempuan, tak sesuai cakap hal-hal macam ini.

Kenapa Zizie tidak saja menafikan, Bung Moktar adalah lelaki berkenaan?
Macam yang saya kata, saya tak mahu babitkan nama sesiapa. Mana yang tahu, tahulah siapakah dia. Saya minta maaf, tetapi bukan niat saya hendak sembunyi apa-apa. Saya harap semua pihak faham bahawa menerima lamaran daripada suami orang bukan satu perkara yang wajar dibangga-banggakan. Kalau lamaran itu datang daripada lelaki bujang, mungkin saya akan gembira dilamar, tetapi dia lelaki yang sudah ada keluarga, jadi saya kena jaga banyak benda. Hendak bercakap pun kena tapis juga sebab banyak hati kita kena jaga sekarang ini.

Kononnya Zizie dan pasangan akan bernikah dalam waktu terdekat, maksud saya musim cuti sekolah ini, benarkah?
Orang lain boleh cakap apa saja, dan apa yang saya boleh cakap ialah saya masih mempertimbangkan lamaran itu. Saya tak mahu apa yang keluar daripada mulut saya akan mencetuskan spekulasi lagi. Harap sangat orang akan faham. Kita kena faham perasaan seorang isteri, kalau cerita tentang suami mereka mahu kahwin lain ditulis di akhbar, tentu tak sesuaikan? Apatah lagi kalau lelaki yang dimaksudkan itu orang yang dikenali dalam masyarakat, banyak kesan negatif di kemudian hari.

SETELAH beberapa kali kecewa cinta dengan lelaki bujang, Zizie menerima lamaran daripada suami orang.


Apakah Zizie mencintai 'lelaki' itu?
Jujur juga saya katakan. I don't believed in love anymore. Setelah beberapa kali putus cinta, saya sudah serik untuk berhadapan dengan cinta yang baru. Tetapi kehidupan perlu diteruskan dan akhirnya saya membuka hati untuk lelaki baru tanpa memandang harta dan kedudukan. Tetapi urusan jodoh semuanya terletak pada Allah, saya tak boleh cakap kerana Dia yang menentukan. Lagipun saya artis, macam-macam orang akan cakap kalau terjebak dengan suami orang. Lebih banyak yang melihat artis daripada sudut negatif.

Sejujurnya, Zizie sedia bermadu?
Tolong bagi tahu saya, siapa yang hendak berkahwin dengan suami orang? Sepanjang hidup, sudah banyak kali saya mengelak bercinta dengan suami orang sebab tak mahu melukakan hati wanita lain. Tetapi kalau itu jodoh yang tuhan berikan kepada saya, apa yang saya boleh buat lagi? Saya pernah bercinta dengan lelaki bujang, tetapi kami tidak berjodohan, jadi sekarang saya serahkan segalanya kepada takdir sajalah.

Dalam pencarian bergelar isteri, lelaki bagaimana yang Zizie cari?
Saya mencari lelaki yang boleh mendidik, membimbing saya. Ikhlas mencintai saya dan boleh memimpin dengan baik supaya kita hidup sebagai manusia yang lebih baik di masa depan. Apa yang penting, niat kita ikhlas dan lain-lain hal saya hanya berserah kepada Allah.

 Sumber : Kosmo Online

ARTIS KITA.... 1 MALAYSIA

4 suspek kes aksi terlampau diberkas

KUALA LIPIS: Polis menahan empat daripada lima lelaki yang disyaki terbabit dalam kes aksi terlampau ke atas seorang remaja berusia 14 tahun di Merapoh, dekat sini, pagi semalam.

Empat remaja berusia antara 15 dan 20 tahun itu ditahan di rumah masing-masing oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kira-kira jam 2 pagi.

Ketika ditahan, semua suspek terbabit tidak sempat melarikan diri kerana sedang nyenyak tidur.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata semua suspek dibawa ke IPD Kuala Lipis untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, katanya, polis masih lagi meneruskan gerakan memburu seorang lagi lelaki yang dipercayai masih bebas turut terbabit dalam perbuatan itu.

"Polis sudah merampas telefon bimbit milik suspek dan siasatan awal mendapati perbuatan jijik itu dirakam menggunakan telefon bimbit salah seorang suspek terbabit dan bukan milik mangsa.
"Pihak polis sedang menjalankan penelitian terhadap rakaman selama dua minit untuk tindakan lanjut," katanya.

Dalam kejadian kelmarin, seorang bapa bertindak membuat laporan polis mengenai kejadian itu selepas melihat rakaman perbuatan aksi seks terlampau membabitkan anaknya dengan lima lelaki.

Perbuatan itu terbongkar apabila salah seorang ahli keluarga gadis berkenaan memeriksa telefon bimbitnya, sebelum melihat aksi seksnya dengan lima lelaki yang dirakam dalam telefon bimbit miliknya, sebelum memaklumkan kepada bapanya

Dalam rakaman itu, gadis terbabit yang bersekolah menengah di sini dilihat melakukan hubungan seks dengan lima lelaki secara bergilir-gilir.


Sumber : Berita Harian Online

APA NAK JADI DENGAN ANAK DARA SEKARANG NI,
IBU BAPA TAK AMBIL TAHU KE TENTANG PERGERAKAN ANAK ??

Pelakon Gerak Khas dipenjara dua bulan, denda RM2,000


KUALA LUMPUR: Pelakon Gerak Khas, Mohd Farid Amirul Abdullah, yang terkenal dengan watak Detektif Lim dihukum penjara dua bulan dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi.

Tertuduh disabitkan atas kesalahan mencuri dua buku di MPH Midvalley.

Sumber : Berita Harian Online

YANG BERSALAH, TETAP BERSALAH. KAN?

'Saya tak cukup kacak buat dia'


KUALA LUMPUR 16 Dis. - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin (gambar) menafikan desas-desus beliau sudah berkahwin dengan aktres Zizie Izette.

Malah beliau yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) menegaskan dirinya tidak cukup kacak untuk digandingkan dengan Zizie.

"Saya tidak cukup handsome (kacak) buat dia," katanya ketika dihubungi hari ini.

Desas-desus berita pernikahan antara Bung Moktar dengan Zizie tersebar sejak kelmarin termasuk dipaparkan di dalam beberapa portal berita tanah air.

Wartawan yang membuat liputan di Parlimen hari ini gagal menemui beliau sehingga lewat petang ini bagi mengesahkan spekulasi tersebut.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Zizie, 31, mengakui sudah dilamar oleh seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan sedia bergelar isteri.


Bagaimanapun, aktres putih gebu itu enggan mendedahkan identiti lelaki yang dimaksudkan biarpun timbul spekulasi dia sedang hangat bercinta dengan ahli politik berumur 50 tahun itu.

Menurut Zizie, biarlah masyarakat terus berteka-teki dan membuat spekulasi mengenai personaliti kekasihnya itu kerana masih belum bersedia untuk mengumumkannya.

"Bukan semua perkara dalam hidup yang boleh kita ambil mudah. Dalam kedudukan sekarang, banyak pertimbangan yang perlu saya ambil sebelum membuat keputusan untuk mengumumkan perkara penting seperti ini (bakal suami)," kata Zizie.

Sumber : Utusan Malaysia Online

KALAU BETUL PUN, APA SALAHNYA KAN...

'Vietnam mampu ditundukkan'

FINAL
BOLA SEPAK SUKAN SEA LAOS



VIENTIANE - Lawan Malaysia pada final acara bola sepak Sukan SEA XXV hari ini, Vietnam mampu ditundukkan, kata penolong pengurus skuad bola sepak negara, Datuk Subahan Kamal.

Beliau berkata, skuad negara tunduk 1-3 kepada Vietnam pada perlawanan peringkat kumpulan disebabkan taktik kotor mereka.

Selain itu, katanya, keputusan pengadil yang tidak memihak kepada skuad kebangsaan aksi peringkat kumpulan menjejaskan tumpuan pemain.

"Kekalahan kita kepada Vietnam tempoh hari ada rahmatnya.

"Kita kalah bukan kerana kita tidak beraksi dengan baik tetapi mental para pemain telah diganggu oleh mutu pengadilan yang lemah.

"Namun, kita telah belajar daripada perlawanan tersebut dan bersedia untuk menebus kehampaan apabila sekali lagi bertemu di final, hari ini," katanya.

Malaysia akan menentang Vietnam pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA XXV di Stadium Utama Kompleks Sukan Nasional Laos pada pukul 6 waktu Malaysia.

Tambah Subahan, final hari ini akan menentukan siapa lebih bagus setelah perlawanan peringkat kumpulan menentang Vietnam tidak diadili dengan baik.

"Para pemain sudah bersiap sedia jika mutu pengadil tidak memihak kepada kita seperti mana yang berlaku pada aksi peringkat kumpulan.

"Terus terang saya kata, saya lebih rasa tertekan dan debaran ketika kita menentang Thailand pada peringkat kumpulan, bukan final esok (hari ini).

"Esok kita akan membuktikan bahawa Malaysia adalah yang terbaik di Asia Tenggara, bukannya Vietnam," katanya.
Menurut Subahan, Vietnam lebih tertekan pada final hari ini kerana mereka diletakkan sebagai pasukan pilihan.
"Saya percaya Vietnam lebih cemas selepas melihat kesungguhan para pemain kita yang tidak berputus asa ketika mengalahkan Thailand yang membawa kita ke separuh akhir.

"Sedangkan mereka hanya mampu seri dengan Thailand pada perlawanan peringkat kumpulan.

"Kesungguhan seperti mana kita menang ke atas Thailand akan dijelmakan sekali lagi esok," katanya. - UTUSAN

Sumber : Utusan Malaysia Online

MAMPUKAH PASUKAN MALAYSIA MEMENANGI EMAS ??