Thursday, November 19, 2009

KERETA HILANG : WQN 1593

SALAM SEMUA,

SAYA BETUL-BETUL MINTA PERTOLONGAN SEMUA UNTUK SESIAPA BOLEH TOLONG SAYA UNTUK MENCARI KERETA SAYA YANG HILANG . DETAIL SEPERTI DI BAWAH :

KERETA JENIS HYUNDAI MATRIX,WARNA HITAM, PLAT NO WQN 1593

SILA HUBUNGI SAYA DI NO INI : 0196160431 ATAU 0136058845(LIZA)

DAN BAGI SESIAPA AREA BORDER UTARA ..SAYA DPT INFO KERETA SAYA SUSPECTED BERADA DI SANA.

TERIMA KASIH BAGI SESIAPA YANG SUDI MEMBANTU SAYA.


Sumber : Email Yahoo Group

KEPADA SESIAPA YANG JUMPA KERETA SEPERTI DI ATAS,
HUBUNGI SEPERTI NAMA DAN NO TEL DI ATAS....

Tren : KL- Ipoh 1 jam 55 minit




SELAMA ini, kereta api sering dilabel sebagai pengangkutan yang amat perlahan di negara ini berbanding dengan pengangkutan yang lain. Persepsi itu akan menjadi tidak begitu relevan apabila kereta api elektrik Electric-Train-Set (ETS) dijangka beroperasi April tahun depan. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menerima kereta api ETS pertama awal Disember ini.

Dengan kelajuan yang lebih tinggi dan reka bentuk lebih aerodinamik, ETS mampu menawarkan perjalanan yang lebih singkat. Perjalanan dari Kuala Lumpur (KL) ke Ipoh, Perak misalnya mengambil masa hanya satu jam 55 minit, satu jangka masa yang mungkin membuatkan anda berfikir dua kali untuk memandu kereta sendiri ke destinasi tersebut.

Jika sebelum ini, perjalanan dengan kereta api lokomotif diesel dari KL ke Ipoh mengambil masa hampir tiga jam atau pemanduan darat yang lain mengambil masa dua jam 30 minit, apa yang ditawarkan ETS kelak dilihat mampu mengubah senario perkhidmatan kereta api di Malaysia. Tidak mustahil akan wujud kelompok masyarakat yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi menetap di Ipoh atau sebaliknya.

Untuk permulaan, perkhidmatan kereta api ETS melibatkan perjalanan Ipoh-Kuala Lumpur-Seremban. Ia bakal dipanjangkan ke laluan Ipoh-Padang Besar di Perlis serta Seremban-Gemas di Negeri Sembilan apabila landasan berkembar elektrik di laluan itu siap pada tahun 2013. ETS mampu menawarkan perkhidmatan pada kelajuan 140 kilometer sejam (140kmj).

REKAAN dalaman ETS yang lebih selesa dan kondusif berdasarkan ilustrasi.


Tren elektrik itu menggunakan motor elektrik dan mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan tren lokomotif diesel. Ia lebih lancar, mesra alam, lebih senyap dan lebih laju.

"Kami melihat terdapat permintaan perkhidmatan kereta api yang amat menggalakkan daripada orang ramai. Misalnya, untuk laluan Ipoh-KL pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, tiket selalunya habis dijual. Kami merasakan pengenalan perkhidmatan ETS kena pada masanya kerana pasaran ini boleh dikatakan sudah ada," kata Presiden KTMB, Dr. Aminuddin Adnan kepada Infiniti ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Ia mampu menjimatkan perjalanan selama satu jam berbanding dengan perkhidmatan kereta api biasa sebelum ini," tambahnya sambil menjelaskan sistem ETS adalah dari Jepun tetapi pembinaan kereta api dilakukan di Korea Selatan. Perkhidmatan kereta api ETS akan dimulakan setelah lima buah kereta api ETS yang datang secara berperingkat diterima KTMB.

Aminuddin bagaimanapun menjelaskan ETS bukanlah kereta api elektrik pertama KTMB. KTMB telah mula menggunakan kereta api elektrik iaitu Electric Multiple Unit (EMU) sejak tahun 1995 dan ia kebanyakannya digunakan dalam perkhidmatan KTM Komuter.

"Tetapi ETS lebih laju, lebih hebat dan lebih aerodinamik daripada EMU. ETS juga digunakan untuk perjalanan yang lebih jauh. Jika EMU hanya tiga gerabak, ETS lebih panjang dengan menawarkan enam gerabak. Kami berharap dengan ETS, kami dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai," katanya.

AMINUDDIN menjangkakan ETS bakal menaikkan imej KTMB dan pencetus perubahan awal kepada senario pengangkutan kereta api perjalanan jauh di Malaysia.


Tambah Aminuddin, ETS mempunyai reka bentuk dalaman yang menarik, dilengkapi pendingin hawa, televisyen LCD, ciri mesra pengguna kurang upaya dan ciri keselamatan Automatic Train Protection System.
"Untuk memastikan pemandu sentiasa peka dalam pemanduan, pemandu ETS dikehendaki menekan satu butang setiap 30 saat bagi menunjukkan mereka sedang memberikan sepenuh konsentrasi. Sekiranya mereka tidak menekan butang itu, tren akan bergerak perlahan dan berhenti," kata Aminuddin sambil memberitahu ETS berkapasiti 350 penumpang.

Cuma, disebabkan ETS berkelajuan tinggi dan menggunakan landasan elektrik maka orang ramai yang tinggal berdekatan landasan kereta api elektrik perlu mempertingkat tahap waspada. Dengan penggunaan tenaga elektrik sebesar 25 kilowatt, ia boleh memberikan renjatan elektrik yang amat teruk sekiranya kanak-kanak bermain layang-layang dan ia tersangkut di pencawang elektrik landasan.

Kos pembinaan landasan berkembar elektrik juga tinggi. Disebabkan itu, peluasan landasan berkembar elektrik ke seluruh Semenanjung Malaysia juga perlu dinilai berdasarkan keperluan. Bernama pernah melaporkan, KTMB melabur sebanyak RM15.7 bilion bagi keseluruhan projek ETS yang melibatkan landasan keretapi sepanjang lebih 700 kilometer.

"Ini semua bersifat timbal balik. Kami ingin memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan efisien kepada pengguna dan kami mahu membuat kehidupan orang ramai lebih mudah. Justeru, pelaburannya juga perlu setanding. Bayaran tambangnya juga perlu dinaikkan sesuai dengan kemudahan yang diberikan.

Bagaimanapun, kami belum menetapkan tambang yang bakal dikenakan untuk ETS," katanya sambil turut menjelaskan perkhidmatan kereta api di negara ini dilihat lebih terkehadapan berbanding dengan kebanyakan negara jiran.

Katanya, KTMB menjangkakan ETS bakal menarik perhatian lebih ramai golongan profesional dan ahli perniagaan untuk menggunakan perkhidmatan kereta api.

GAMBAR ilustrasi menunjukkan rekaan dalaman ETS yang mesra pengguna termasuk golongan kurang upaya.


"Berasaskan kemudahan yang lebih selesa dan perkhidmatan yang lebih laju, ia boleh menarik lebih ramai komuniti profesional dan ahli perniagaan yang sering berulang-alik ke destinasi-destinasi terlibat," katanya.
Seiring dengan imej ETS yang moden, Aminuddin berharap ETS dapat meningkatkan imej KTMB.

"Saya berharap ETS dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai. Dengan imej baru ini, KTMB dapat mencetuskan budaya kerja yang lebih proaktif, dinamik dan mesra pelanggan," ujarnya.

Sumber : Kosmo Online

KITA PUN SETARAF DENGAN NEGARA MODEN LAIN KAN......

Dicabar hasilkan seni artistik 3D




SEMASA anda menyaksikan filem A Christmas Carol di pawagam bermula hari ini, anda sebenarnya patut berbangga dengan hasil karya berteknologi tinggi itu. Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa perlu berbangga dengan produksi Walt Disney Pictures itu?

Penulis bukannya mahu mengajak penonton mengagumi hasil kerja Walt Disney Pictures tetapi filem animasi 3D itu yang merupakan kerjasama dengan syarikat ImageMovers Digital turut disertai oleh dua anak jati Malaysia. Itu yang patut diraikan oleh kita sebagai rakyat Malaysia.

Walaupun hanya bertugas di sebalik tabir, filem A Christmas Carol yang menggunakan teknologi 3D tidak mungkin berjaya tanpa khidmat mereka. Kedua-dua figura yang dimaksudkan ialah Jax Lee Jing Yee dan Woei Lee.

Jax, 31, yang berasal dari Kuala Lumpur mula menyertai ImageMovers Digital pada tahun 2008 manakala Woei Lee, 35, yang berasal dari Pulau Pinang pula menyertai syarikat sama pada Februari lalu. Namun, bakat dalam bidang masing-masing telah menjanjikan tempat untuk mereka dalam merealisasikan filem arahan Robert Zemeckis itu.

Bertindak sebagai juruanimasi, Jax diberi tanggungjawab untuk menghidupkan hampir kesemua watak dalam filem itu dan Woei Lee pula menggalas tugas dalam bahagian penata cahaya.

Terbaru, sebilangan wartawan Malaysia diberi peluang untuk menemu bual mereka berdua menerusi telefon yang diaturkan oleh Buena Vista Columbia TriStar Films (M).

Kedua-dua mereka ketika itu berada di Walt Disney Studio California, Amerika Syarikat (AS).
Dalam perbualan singkat bersama mereka, banyak cerita menarik dikongsi. Daripada pengalaman bekerja dengan pengarah sehinggalah pelakon terkenal, Jim Carrey, Jax dan Woei tidak sabar untuk menanti kunjungan penonton Malaysia ke pawagam untuk menyaksikan filem tersebut.


JAX LEE diberi kepercayaan sebagai juruanimasi filem ini.


Jax yang sebelum ini pernah bekerja di LucasArts memberitahu bekerjasama dengan produksi Robert bagaikan impian menjadi kenyataan.

"Kerjasama dengan pengarah yang pernah memenangi anugerah Academy seperti Robert (Forrest Gump, Cast Away dan The Polar Express) adalah pengalaman yang menakjubkan. Dia seorang pengarah yang hebat kerana dia mahukan rekaan melangkaui sempadan pemikiran manusia biasa.

"Walaupun hanya pada mesyuarat biasa, dia sudah boleh memberikan visual bagaimana filem itu mahu dihasilkan. Robert memberikan cabaran kepada semua dengan memberikan cadangan artistik tetapi masih memberikan kebebasan kepada kami untuk berkarya.

"Dia juga sukakan teknologi serta cerita baru. Jadi anda akan mendapat yang terbaik daripada filem itu. Anda bakal merasakan pengalaman baru di pawagam dengan menyaksikan cerita yang ditulis pada tahun 1843," katanya.

Kayakan ekspresi muka
Mendapat pendidikan dari Akademi Dasein, Setapak, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Watak Animasi di Academy of Art University, San Francisco, tugasan Jax lebih menjurus kepada memperkayakan lagi ekspresi muka serta pergerakan watak.

Teknologi 3D juga memberikan kebebasan kepada pembikin filem untuk mencipta persekitaran dan watak tanpa batasan. Maka, tidak hairanlah jika Jim berupaya menjayakan tujuh watak seorang diri. Selain membawa watak Ebenezer Scrooge semasa tua, Jim juga menggambarkan Scrooge berusia 7 tahun serta tiga hantu berlainan. Semua itu dilakukan dengan menggunakan teknologi rakaman pergerakan aktor secara digital menerusi kamera komputer 360 darjah.

"Jim seorang pelakon yang hebat seperti sumpah-sumpah. Badannya versatil, mukanya penuh ekspresi dan dia suka berimaginasi. Dia pandai mencipta perwatakan berbeza untuk setiap wataknya. Semua bakatnya sebagai pelakon, pelawak dan penghibur dicurahkan dalam filem itu.

"Disebabkan semua hantu di dalamnya mempunyai kaitan dengan Scrooge, maka ia hanya adil untuk dijayakan oleh Jim. Menggunakan teknologi tinggi setiap pergerakan unik Jim dirakamkan dan kemudian kami akan melakukan kesan khas ke atasnya. Jim dan pelakon lain sebenarnya perlu berlakon. Ramai orang yang berpendapat bahawa mereka hanya menyumbang suara," jelas Jax.

A Christmas Carol dikatakan menjadi salah sebuah cerita Krismas terbaik yang pernah ditulis dan dibaca oleh jutaan pembaca. Buku tulisan Charles Dickens itu sudah menjadi sebahagian daripada tradisi Krismas untuk bergenerasi lamanya. Ia merupakan cerita merentasi masa pertama di dunia dan mungkin cerita hantu yang paling digemari.

Maka, bagi menggambarkan apa yang ingin dipersembahkan Dickens, penggunaan warna penting dalam melahirkan mood yang dikehendaki. Ia akan membawa audiens ke masa dan tempat yang tidak pernah dikunjungi.

WOEI LEE


"Seramai lima hingga enam orang bekerja dalam bahagian penata cahaya. Kami bertanggungjawab untuk memastikan warna pada setiap babak konsisten dengan kehendak pengarah. Disebabkan animasi terutama 3D mempunyai lebih banyak lapisan, kami perlu memastikan lapisan itu bergabung baik supaya kelihatan seperti satu imej.

"Walaupun ini merupakan kali pertama saya bekerja dalam projek 3D, ia tidak memberikan banyak masalah. Apa yang penting adalah kefahaman terhadap warna," kata Woei Lee yang pernah bekerja dalam filem seperti Superman dan The Day After Tomorrow.
Mengambil masa hampir setahun untuk menyiapkan filem itu, Jax merupakan antara 40 juruanimasi yang menyempurnakan karya itu. Dia yang sudah biasa dengan animasi tradisional teruja dengan teknologi 3D.

"Cabaran yang dihadapi dengan 3D adalah kita perlu menganimasikan manusia sebenar. Maka, kita tidak boleh melakukannya dengan keterlaluan kerana ia akan kelihatan janggal. Prosesnya amat berbeza dengan animasi tradisional.

"Animasi tradisional perlu dilukis dari mula. Setiap pergerakan perlu dilukis satu demi satu manakala 3D pula merupakan rakaman pergerakan manusia yang kemudiannya dijadikan animasi atau lebih kelihatan seperti ilustrasi. Teknik 3D juga memerlukan lebih satu lapisan berbanding animasi tradisional," kata Jax yang sudah tujuh tahun meninggalkan Malaysia.

Gelap ikut mood filem
Menceritakan kisah lelaki tua bernama Scrooge yang tidak menyukai perayaan Krismas, dia yang mementingkan diri kemudian dilawati tiga hantu yang membawanya pulang ke zaman lampau serta masa akan datang. Pengembaraan itu membuatkan dia sedar dan perlu berubah sebelum terlambat.

Maka, hampir keseluruhan filem itu dibikin dengan warna gelap bagi melahirkan suasana serta mood yang dikehendaki.

"Memang kami menggunakan lebih banyak tona warna gelap dalam filem itu. Tapi warna itu dihasilkan mengikut kehendak perjalanan ceritanya.


JIM perlu melakonkan pergerakan dan ekspresi muka untuk tujuh watak dalam filem A Christmas Carol.


"Scrooge merupakan seorang yang hidup dalam dunia 'gelap'. Pengembaraan dia bersama hantu juga agak malap memandangkan dia dikelilingi dengan cerita sedih. Hanya pada penghujung cerita sahaja anda akan melihat warna terang seiring dengan ceritanya," tambah Woei Lee yang pernah bekerja dengan The Orphange dan Dynacom Studios.

Woei Lee, graduan dari Academy of Arts College, San Francisco itu juga sangat merindui makanan Malaysia terutama masakan Pulau Pinang. Dia yang sudah berkahwin berharap audiens tempatan akan meluangkan masa untuk menonton filem itu yang memaparkan mesej mengenai kehidupan.

"Sebelum saya datang ke AS, saya tidak tahu cerita itu. Selepas membaca bukunya dan kini menonton filemnya, saya menyukai ceritanya. Walaupun kita tidak menyambut Krismas seperti di AS, filem ini boleh ditonton kerana ia mengajar kita maksud memberi serta berkongsi," ujar Woei Lee.

Bagi Jax yang akan pulang ke Malaysia pada Disember ini, dia juga sebelum ini tidak pernah membaca buku A Christmas Carol tetapi kini mula meminatinya.

ROBERT (kiri) memberikan arahan semasa penggambaran filem A Christmas Carol kerana filem animasi 3D perlu menganimasikan manusia sebenar.


"Sebenarnya di Malaysia, banyak juga cerita hikayat lama. Saya mempunyai impian untuk menghasilkan animasi berdasarkan cerita-cerita tempatan. Tapi industri Malaysia suka menerbitkan cerita-cerita hantu," katanya yang ingin menonton filem Geng: Pengembaraan Bermula.

Sumber : Kosmo Online

SIAPA ANTARA KITA PANDAI DENGAN ANIMASI 3D??

Tiga kereta ranap tertimbus tanah runtuh


KAJANG - Mungkin disebabkan hujan lebat, kejadian tanah runtuh berlaku di belakang bangunan Blok B rumah pangsa di Taman Cheras Awana menyebabkan tiga buah kereta dan sebuah motosikal tertimbus semalam.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan pada kejadian pukul 2.30 petang itu kerana kebanyakan penduduk keluar bekerja.

Seorang penduduk yang merupakan pemilik dua buah kereta yang tertimbus itu, B. Ravindran, 42, berkata, kejadian tersebut amat mengejutkan kerana ia berlaku secara tiba-tiba.

Kata Ravindran, isterinya yang berada di rumah menghubunginya memaklumkan kejadian tersebut kerana ketika itu, dia berada di tempat kerja.

''Selepas mendengar berita itu, hati saya mula panik dan apabila sampai di rumah, jantung saya seperti hendak jatuh melihat dua buah kereta saya Proton Wira dan Perodua Kancil tertimbus," ceritanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Sumber : Kosmo Online

SESIAPA TINGGAL BERDEKATAN BUKIT, BERHATI-HATI LAH.....
MUNGKIN NASIB TIDAK MENYEBELAHI ANDA...

Cuit bahu RM13,000 lesap

SUBANG: Hanya dengan mencuit bahu di kaunter mesin ATM sebuah bank, seorang warga emas yang ketika itu sedang mengeluarkan wangnya kerugian kira-kira RM13,000 dalam satu kejadian di Subang Jaya, kira-kira 5 petang, Sabtu lalu.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank itu, bahu pesara berusia 56 tahun itu dikatakan dicuit seorang daripada dua lelaki mirip warga Timur Tengah tetapi warga emas itu tidak mengesyaki apa-apa.

Sumber-sumber berkata, mangsa merasakan bahu kirinya dicuit seseorang dari belakang sejurus selesai menekan butang pada mesin ATM dan menunggu kad dikeluarkan.

“Apabila menoleh, mangsa mendapati seorang lelaki di belakangnya yang kemudian memberikan reaksi seolah-olah tiada apa berlaku.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa ketika itu segera berpaling semula untuk mengambil kad ATM dan RM500 tunai yang dikeluarkannya,” katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, beberapa hari kemudian, mangsa pergi semula ke bank untuk mengeluarkan wang namun gagal berikutan nombor kata laluan kad digunakannya tidak sah.

“Mangsa seterusnya pergi menemui kakitangan bank untuk menanyakan perkara itu dan terkejut apabila pemeriksaan mendapati kad ATM terbabit bukan miliknya.

“Tidak cukup dengan itu, wang mangsa berjumlah RM13,000 yang ada di dalam akaunnya turut didapati sudah lesap dan hanya berbaki RM200,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian menyedari kejadian bahunya pernah dicuit dan membuat laporan di balai polis berdekatan.

Difahamkan, melalui penelitian rakaman CCTV pada hari kejadian menunjukkan kelibat kedua-dua lelaki disyaki itu.

Seorang daripada mereka dikatakan cuba menarik perhatian dengan mencuit bahu manakala rakannya pula ditugaskan memerhati atau menghafal nombor kata laluan dan menukar kad ATM terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, ketika ditemui semalam mengesahkan kejadian berkenaan.


Sumber : Harian Metro Online


BERHATI-HATI JIKA BERADA DI KAUNTER MESIN ATM BANK....

Jawatan Kosong - Pelbagai (Oil & Gas)

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,
Harap dapat panjangkan email ini.


Kalau ada yg berminat nak cuba atau ada kawan2, rakan sekerja, ahli keluarga yg baru habis kontrak atau nak bertukar kerja/persekitaran/ syarikat, dialu-alukan menghantar resume yg lengkap kepada saya. Berikut adalah kekosongan yg perlu di isi :


1) Sr. Contract Engineer
- Minimum 8 years experience in offshore industry

2) Contract Engineer
- Minimum 8 years experience in offshore industry

3) Pipeline Engineer
- Must have at least 4 years experience in the offshore pipeline installation industry.
- Must be professional engineer registered with the Board of Engineer, Malaysia.

4) Naval Architect
- Min 8 years experience in the offshore or marine industry and fully conversant with engineering analysis and preparing procedures for load out, transportation and installation work for offshore structures and pipelines.

5) Sr. Structural Engineer
- Must have at least 8 years in the offshore structural installation industry.
- Must have had significant involvement on two (2) major offshore structural installation projects and experience with network planning.
- Must be professional engineer registered with the Board of Engineer, Malaysia.

6) Welding Engineer
- Minimum of 10 years experience in Oil & Gas field
- Minimum Degree in Welding/ Mechanical/Civil or any equivalent field

7) Offshore Construction Superintendent
- Minimum of 10 years experience in Oil & Gas field
- Minimum Degree in Engineering or any equivalent field

Suitable candidates are invited to send in their resume. Please include your
Current Salary, Expected
Salary & Notice period.

Should you need more information, just send an email to amm_lieeya@yahoo. com
or contact the undersigned.
 
Thanks & Regards,
Liyana Abdullah
Recruiter
Tel.No : 03-6277 1119


Sumber : Email Yahoo Group


SESIAPA YANG DOK CARI KERJA TU.... 
ADA KELULUSAN DAN CUKUP SYARAT......
HUBUNGI NO TELEFON DI ATAS....

Akum Versus As Salam


Ilmu utk dikongsi bersama :

Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada  ZIZAH ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat  ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan
"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
"As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.




JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN, FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni..... 


Sumber : Email Yahoo Group


BAGI SAYA, KITA BERI SALAM PENUH SAJALAH.
BUKAN SUSAH MANA PUN. KAN......
TAPI...... BILA KITA SMS PUN, KEBANYAKKAN GUNA AYAT SINGKAT JERK...
BETUL TAK ???

Dadah: Polis ditahan Polis BUKIT AMAN


Empat daripada lima anggota polis yang ditahan kerana positif dadah dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Seramai lima anggota polis termasuk seorang pegawai ditahan selepas dikesan positif dadah dalam pemeriksaan air kencing di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8, Pengkalan Chepa di sini kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka ditahan dalam operasi Lembaga Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman yang melakukan pemeriksaan mengejut pada pukul 3 petang.

Menurut beliau, pegawai polis yang ditahan itu berpangkat Asisten Supritendan Polis (ASP) manakala empat lagi membabitkan anggota polis berpangkat Lans Koperal.

"Dalam operasi itu seramai 300 orang anggota dan pegawai di kem itu diwajibkan melakukan ujian air kencing.

"Daripada 300 orang itu, lima anggota polis berusia 20 hingga 50 tahun itu didapati positif mengambil dadah," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Kata Abdul Rahim, operasi tersebut dilakukan secara mengejut dan ia bertujuan mengesan anggota dan pegawai polis yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Sumber : Kosmo Online

POLIS TAHAN POLIS KES DADAH. POLIS DIBEKALKAN DADAH?????
SESIAPA YANG BEKERJA POLIS DAN MENGHISAP DADAH, BERHENTILAH!!!
SAMA ADA BERHENTI JADI POLIS ATAU BERHENTI HISAP DADAH......

Selamat tinggal Piala Asia 2011




SKUAD bola sepak kebangsaan sudah boleh melupakan hasrat untuk melangkah ke pusingan akhir Piala Asia 2011 selepas tewas 1-3 kepada Uzbekistan pada aksi kelayakan Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam.

Perlawanan berlangsung di atas padang yang licin berikutan hujan lebat di ibu negara sejak tengah hari.

Uzbekistan turun tanpa lima tonggak dalam kesebelasan utama mereka ketika menumbangkan Malaysia 3-1 di Tashkent Sabtu lalu dan juga penjaring dua gol, Alexander Geynrikh.

Sementara Malaysia turun tanpa penyerang utama, Zaquan Adha Radzak yang digantung sekali gus memaksa K. Rajagobal menggandingkan Norshahrul Idlan Talaha dan Ahmad Fakri Saarani.

Pada minit ke-11, Uzbekistan sudah menguji gawang Malaysia menerusi rembatan kaki kiri Jasur Hasanov namun berjaya ditepis keluar Farizal Marlias.

Malaysia turut memperoleh tiga peluang terbaik masing-masing menerusi Ahmad Fakri pada minit ke-15, Baddrol Bakhtiar (19) dan sepakan percuma Safiq Rahim (21) tetapi gagal menepati sasaran.

Uzbekistan akhirnya mendapat gol pertama pada minit ke-31 menerusi tandukan Anvar Gafurov hasil sepakan sudut Hasanov.

Gol tersebut tidak menggugat semangat barisan muda negara apabila rembatan Safiq pada minit ke-37 tepat ke dakapan Temur Juraev dan sepakan percumanya pada masa kecederaan ditepis keluar penjaga gol Uzbekistan itu.

PEMAIN negara, Amri Yahyah (kiri) bersaing dengan kapten Uzbekistan, Kapadze Timur pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.


Selepas 10 minit separuh masa kedua berlangsung, Rajagobal memasukkan penyerang Harimau Muda, Ahmad Shakir Md. Ali untuk menggantikan Norshahrul bagi memecah kebuntuan.

Namun sebaliknya berlaku apabila gawang Malaysia pula bolos buat kali kedua pada minit ke-57 menerusi Bakhodir Nasimov.

Malaysia tidak mudah mengalah dan berjaya juga merapatkan kedudukan apabila Baddrol melepaskan rembatan leret hasil lorongan Safiq untuk menewaskan penjaga gol Uzbekistan, Juraev pada minit ke-70.

Kelekaan pertahanan Malaysia bagaimanapun membenarkan Uzbekistan memperoleh gol ketiga dua minit selepas itu menerusi penyudah cantik ketua pasukan, Timur Kapadze untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Sumber : Kosmo Online

KALAH LAGI. RAJAGOPAL NAK KENA PECAT PLAK IKUT JEJAK B SATANIATHAN??
APA PENDAPAT ANDA ?