Ibu kanak-kanak itu yang sudah bercerai dengan si bapa, mengadu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (HRC) dan pihak berkuasa Arab Saudi dan menggesa supaya perkahwinan itu dibatalkan.
Perkahwinan antara lelaki tua dan kanak-kanak semuda 10 tahun di negara itu menyaksikan peningkatan secara tiba-tiba sepanjang tahun lalu.
Liputan media dan tindakan HRC berjaya menyekat beberapa perkahwinan seumpama itu.
Bagaimanapun, ketiadaan undang-undang mengenai isu itu, perkahwinan sedemikian akan terus berlaku.
Dalam kes terbaru itu, pegawai yang membenarkan perkahwinan itu perlu dipersalahkan kerana membenarkan ia dilangsungkan.
Pegawai itu bagaimanapun berkata, dia tidak mendapat arahan jelas mengenai larangan berkahwin dengan gadis bawah usia 18 tahun.
Dia juga berkata sudah menemui gadis itu dan mendapatkan persetujuan daripada pengantin lelaki dan perempuan.
Si bapa pula berkata, dia mengahwinkan anaknya berdasarkan keadaan fizikal anaknya, bukan kerana faktor usia.
Dia juga berkata, anaknya sudah baligh dan perkahwinan itu tidak menjadi kasalahan dalam masyarakat serta tidak berbahaya.
Dalam pada itu, lelaki berusia 80 tahun itu menafikan dakwaan gadis itu dipaksa berkahwin.
Menurutnya, dia meminta persetujuan untuk berkahwin dengannya sebelum mereka dinikahkan.
Dia juga mendakwa diserang oleh ibu gadis itu ketika mempelawanya ke majlis per - kahwinannya.
Menurut laporan, lelaki itu sudah mempunyai tiga isteri, semuanya muda.
Sementara itu, gadis terbabit menafikan bersetuju berkahwin dan meminta supaya diceraikan. - Agensi
Sumber : Harian Metro Online
AGAK-AGAK LA NAK KAHWIN PUN KAN....
TAPI NAK BUAT MACAM MANA KAN....
DAH JODOH DIA KAWIN PADA USIA 80 TAHUN BERSAMA DENGAN PASANGANNYA 12 TAHUN......