Sunday, November 21, 2010

Siapa Kata Petronas Bohong ? Ini Buktinya.. 3 menang RM10,000 belanja di PETRONAS

FAYLONIE ALFRED (tengah) menerima hadiah daripada wakil PDB selepas diumum pemenang kempen promosi 'The Road to Rewards', semalam.

'The Road to Rewards' tawar hadiah lumayan


KUALA LUMPUR: Tiga pelanggan setia PETRONAS diisytihar pemenang wang tunai RM10,000 dan 100,000 mata ganjaran Mesra setiap seorang yang keseluruhannya berjumlah RM75,000 dalam kempen promosi 'The Road to Rewards.'
Mereka ialah Faylonie Alfred Richard Edmund, 22, Mior Affazuddin Mior Aziz, 28, dan Jamal Hussin Nabir Hussein,19.
Dalam satu kenyataan semalam, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) menyatakan, kempen empat bulan bermula 1 November lalu, memberi peluang kepada 10,000 rakyat tempatan meraih hadiah lumayan sehingga RM3 juta termasuk wang tunai, mata kad Mesra dan kad ganjaran tunai PETRONAS, apabila membelanjakan minimum RM30 atau membeli Pek Kombo Mesra bernilai RM10 di stesen PETRONAS di seluruh negara.

Sementara itu, Faylonie Alfred, 22, melahirkan rasa syukur kerana menjadi antara penerima pertama yang bertuah membawa pulang hadiah lumayan itu.

“Saya bersyukur kerana kunjungan ke stesen Petronas terbukti berbaloi. Saya akan menggunakan wang ini untuk melanjutkan pelajaran,” kata gadis berasal dari Sabah itu.

Mior Affazuddin, dari Ipoh, berkata, beliau sememangnya pelanggan setia stesen PETRONAS sejak mula memandu 10 tahun lalu.
“Saya tergamam apabila diumumkan sebagai pemenang. Saya masih tidak tahu apa hendak dibuat dengan hadiah ini walaupun ada rakan-rakan sudah memberikan cadangan,” katanya.

Bagi anak kelahiran Johor, Jamal Hussin, kemenangan itu tepat pada masanya selepas membeli sebuah lori mengutip barangan elektrik terpakai bagi menyara keluarganya.

Kempen itu sebahagian usaha PDB menghargai pelanggannya seiring komitmen berterusan memberikan manfaat kepada pengguna setia dan ahli Program Setia Mesra PETRONAS di seluruh negara.

Promosi itu turut melakukan kejutan kepada pelanggan yang berpeluang memenangi wang tunai pada masa tidak dijangka, seperti ketika mengisi minyak.

Sumber : Berita Harian Online

ADA YANG MENGATAKAN PETRONAS NI TIPU PASAL HADIAH... INI BUKTINYA!!

20 November 2010 : Chelsea Kalah Lagi, Chelsea 0 - 1 Birmingham

Giliran Birmingham aibkan Chelsea 1-0

( Lee Bowyer meraikan jaringannya )

LONDON: Lee Bowyer menjadi wira Birmingham City apabila gol tunggalnya membolehkan kelabnya menumpaskan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea 1-0, sebentar tadi.

Ia kejutan kedua berlaku dalam saingan liga hari ini apabila sebelum itu Arsenal yang di tempat kedua juga kalah kepada Tottenham Hotspur 3-2.

Penjaga gol Birmingham, Ben Foster pula mempamerkan kecemerlangan apabila banyak menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi serangan Chelsea yang bertubi-tubi.

Meskipun tewas, Chelsea masih kekal di tempat teratas liga dengan 28 mata daripada 14 perlawanan, sama mata dengan Manchester United tetapi dipisahkan dengan perbezaan gol. - Agensi

Sumber : Berita Harian Online
KALAH LAGI.. GARA-GARA RAMAI PEMAIN UTAMA CEDERA..

Sukan Asia 2010 : Malaysia Kempunan Lagi Pingat Emas Acara Sepak Takraw

Sukan Asia: Malaysia Gagal Pecah Dominasi Thailand Dalam Sepak Takraw

( Video Mata Akhir Untuk Final Thailand vs Malaysia )

Selepas gagal merampas semula pingat emas dari juara bertahan Thailand dalam acara sepak takraw berpasukan pada Sukan Asia ke-16 di sini, skuad negara kini mengalih tumpuan kepada acara antara regu bermula Isnin ini.

Jurulatih negara Iskandar Arshad berkata Malaysia akan menyenaraikan satu pasukan dalam acara antara regu dengan memilih gandingan pemain dari dua regu dalam acara berpasukan.

"Sasaran emas kami sebenarnya dari acara antara regu. Ini berdasarkan prestasi skuad negara yang mendapat perak dalam acara tersebut pada edisi Doha, Qatar pada 2006," katanya kepada pemberita di Pusat Sukan Haizhu, dekat sini.

Pada final acara berpasukan hari ini, Malaysia memperoleh pingat perak selepas tewas 0-2 kepada Thailand sementara gangsa dikongsi oleh Jepun dan Korea Selatan yang tewas dalam perlawanan separuh akhir Jumaat.

Iskandar berkata skuad antara regu dianggotai dua tekong, Mohd Normanizam Ahmad, Noor Azman Abdul Hamid, dua apit kanan (killer) iaitu Mohd Futra Abd Ghani dan Norshahruddin Mad Ghani dan seorang apit kiri (feeder), Farhan Adam.

Pada edisi Doha, skuad Antara Regu yang dianggotai oleh regu emas dari Sukan SEA Korat, Thailand pada 2005, Mohd Normanizam, Mohd Futra dan Mohamad Zulkarnain Mohamed Arif meraih pingat perak selepas tewas kepada Thailand.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam acara berpasukan ialah pada final Sukan SEA Laos 2009 di mana Thailand menang 2-0.

Pada acara berpasukan, regu pertama negara, Mohd Normanizam Ahmad, Ariff Ramli, Mohd Futra Abd Ghani tunduk kepada regu Thailand yang dibarisi oleh Anuwat Chaichana, Kriangkrai Kaewmian, Pattarapong Yupadee 16-21, 10-21.

Selepas memberikan tentangan dalam set pertama, pasukan negara tampak keletihan pada set kedua dan kebijaksanaan tekong lawan, Kriangkrai Kaewmian mencari ruang servis menyebabkan skuad negara tewas mudah dalam set kedua.

Turun dengan misi mencari mata penyamaan, regu kedua negara - Norshahruddin Mad Ghani, Noor Azman Abdul Hamid, Farhan Adam turut akur dengan kemahiran regu lawan yang dianggotai Pornchai Kaokaew, Sirwat Sakha, Suriyan Peachan dan tewas dengan mata 15-21, 17-21.

Pengurus pasukan Datuk Awang Sham Amit mengakui pasukan Malaysia masih ketinggalan berbanding dengan kemahiran pemain lawan.

Sumber : BERNAMA

SUDAH LAMA MALAYSIA MENGIDAMKAN PINGAT EMAS SEPAK TAKRAW BERPASUKAN
KALI TERAKHIR PINGAT EMAS DIPEROLEHI PADA TAHUN 1990..
AGAKNYA, BILA BOLEH DAPAT PINGAT EMAS UNTUK MALAYSIA ?
APA PENDAPAT KORANG ?

Enam Tahun Derita Batin, Suami Homoseksual Sejak Di Bangku Sekolah

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan wanita menderita nafkah batin dan mendakwa masih dara walaupun sudah bernikah enam tahun lalu gara-gara tersalah pilih suami yang hanya bernafsu kepada kaum sejenis.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Citra, 35, berkata rahsia suaminya itu dirungkaikannya selepas memasang alat perakam di dalam kereta, selain penemuan gambar, maklumat dalam diari serta pendedahan rakan karib lelaki terbabit.

“Hakikat itu amat mengecewakan saya menyebabkan saya terpaksa minta cerai,” katanya sambil memaklumkan segala urusan perceraiannya sudah selesai di pejabat agama sebuah daerah di Selangor, baru-baru ini.

Berkongsi pengalamannya dengan Harian Metro untuk dijadikan pengajaran kepada wanita lain supaya berhati-hati memilih suami, Citra berkata dia mengenali suaminya yang dinamakan M pada awal 2003 selepas diperkenalkan adik sepupunya.


“Pada awal perkenalan, dia cukup sempurna apatah lagi tampil dengan ciri alim selain pandai mengambil hati ibu dan anak saudara yang saya pelihara sejak kematian ibu bapa kanak-kanak itu.


“Mungkin kerana ingin memenuhi kehendak ibu yang mahu saya berkahwin selain terpaut dengan kasih sayang ditunjukkan kepada anak saudara menyebabkan saya bersetuju berkahwin pada Disember 2003 walaupun baru mengenalinya kira-kira tiga bulan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Citra yang memiliki beberapa rangkaian perniagaan berkata, kekurangan atau kelemahan M mula dikesannya sejak awal perkahwinan berikutan kegagalannya melayari malam pertama dengan sempurna.

“Namun, saya menganggap ia mungkin masalah biasa bagi pasangan yang baru berkahwin dan terus mencuba walaupun dia seolah-olah hilang bersemangat ketika di ranjang.

“Mungkin agak memalukan untuk diceritakan, namun suami saya langsung tidak mampu mencapai ereksi walaupun dirangsang dengan pelbagai cara,” katanya.

Menurut Citra, sejak itu, pelbagai cara dilakukannya termasuk berpakaian seksi dengan memakai baju tidur sutera selain memastikan fizikal tampil menarik bagi membangkitkan nafsu suaminya.

“Namun, semua itu sia-sia apabila suami seolah-olah sengaja menjauhkan diri. Saya bertanya apa kekurangan diri ini, namun dia tidak dapat memberikan penjelasan munasabah.

“Sebaliknya, ketika cuba mengelak daripada berasmara dia hanya memberi pelbagai alasan tidak logik seperti tak mahu ganggu saya yang keletihan, ingin menonton televisyen terlebih dahulu, mesyuarat di pejabat serta pelbagai alasan lain,” katanya.

Menurutnya, lebih mengecewakannya apabila suaminya itu memberi alasan mati pucuk akibat menghidap kencing manis.

“Tapi, saya tahu alasan itu tidak munasabah kerana kencing manis yang dihidapinya tidak serius apatah lagi usianya yang masih muda.

“Akibat terlalu ingin menimang cahaya mata, saya berusaha menjalani penyemaian benih suami dalam rahim atau IUI selain kaedah bayi tabung uji atau IVF bagi mencapai impian itu.

“Walaupun terpaksa menjalani pembedahan selain mengeluarkan belanja besar sehingga lebih RM30,000, namun kedua-dua usaha terbabit tetap gagal berikutan sperma suami saya lemah.

“Malangnya saya dipersalahkan suami dan dituduh menjadi punca kegagalan mendapatkan cahaya mata,” katanya.

Namun, kata Citra, segala persoalan yang menghantuinya terjawab apabila dia menemui gambar suaminya berpelukan dengan lelaki lain.

Katanya, bukti itu diperkukuhkan dengan penemuan diari M dan pengakuan rakannya yang memberitahu M homoseksual sejak di bangku sekolah.

“Untuk mencari bukti lebih sahih, saya memasang pita rakaman di dalam kereta dan hasilnya saya dapat mendengar rakaman perbualan mengghairahkan suami dengan rakan lelakinya,” katanya.

Akibat tidak tahan dengan penderitaan dialami, dia memutuskan untuk bercerai dengan suaminya dan M bersetuju untuk melepaskannya selepas menyedari rahsianya terbongkar.

“Saya kini lebih lega selepas lebih enam tahun menderita batin dan emosi akibat tidak disentuh dan dilayan selayaknya sebagai wanita bergelar isteri,” katanya.

Sumber : Harian Metro Online
6 TAHUN BERKAHWIN MASIH DARA ? LAMANYA MERANA BATIN...
KENAPA BERITA INI DIKONGSIKAN DALAM HARIAN METRO ?
MENCARI PUBLISITI, MENGAIBKAN SI SUAMI  ATAUPUN SEBAGAI PENGAJARAN ?