Thursday, September 23, 2010

Bayar PTPTN melalui potongan gaji dijangka mulai 2013

SINTOK: Bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pemotongan gaji dijangka hanya dapat dilaksanakan pada 2013.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata ini kerana pelbagai kajian serta rundingan perlu dilakukan demi kepentingan semua pihak sebelum ia dapat dilaksana.
Click Here
"Apa yang disiarkan media mengenai pemotongan gaji bermula Jun 2011 adalah salah kerana pada tarikh itu kita jangka rundingan mengenainya baru selesai.
"Selepas rundingan itu selesai pertengahan tahun depan, kita kena bentang pada Kabinet dan pinda undang-undang bertepatan sebelum melaksanakannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun pada dasarnya kerajaan telah bersetuju dengan kaedah mewajibkan bayaran balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), namun masa yang sebenarnya belum ditetapkan.

Mohamed Khaled berkata, jika dilaksanakan ia mungkin hanya diwajibkan ke atas peminjam baru manakala bayaran balik peminjam lama adalah mengikut kaedah sedia ada.

Selain itu kata beliau, pihaknya juga akan menetapkan gaji minimum bagi membolehkan pemotongan dibuat.
Baru-baru ini, PTPTN dilapor akan melaksanakan pemotongan gaji secara wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjam yang gagal berbuat demikian mulai Jun tahun depan.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said dilapor berkata semua peminjam terutama lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya, diwajibkan membayar balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui LHDN.

Sementara itu, mengenai rungutan sesetengah peminjam bahawa mereka masih menanggung kos pentadbiran sebanyak tiga peratus walaupun PTPTN telah mengurangkannya kepada satu peratus, Mohamed Khaled berkata langkah penyeragaman itu akan mengambil masa.

Ini kerana katanya, PTPTN terpaksa menyemak satu persatu dokumen lebih 1.5 juta peminjam.

"Setiap peminjam buat bayaran tak sama, ada yang lebih ada yang kurang, jadi kita kena kira satu-satu sebab tu ambil masa sikit nak tukar dari tiga peratus kepada satu peratus.

"Yang penting jangan risau sebab caj satu peratus itu memang telah dilaksanakan," katanya.

Mohamed Khaled sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan University of Nottingham, Malaysia Campus. - BERNAMA 

Sumber : Berita Harian Online
PLAN BAIK-BAIK SEHINGGA 2013, 
NAK KENA BAYAR MELALUI POTONGAN GAJI PULAK.

Pemandu teksi bunuh budak ke tali gantung

Hakim tak terima alasan dipengaruhi alkohol, dadah

 MAHKAMAH Tinggi Shah Alam, semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Mohd Fazli Azri Jamil, 28 selepas didapati bersalah membunuh anak teman wanitanya, Syafiah Humaira Sahari, 4 (gambar kecil), di Batang Kali, 25 Februari lalu.


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini semalam, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil, selepas didapati bersalah membunuh anak teman wanitanya yang berusia tiga tahun empat bulan, Februari lalu.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Click Here
Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Idham Abdul Ghani, Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom manakala Mohd Fazli Azri diwakili peguam Gurbachan Singh.
Sepanjang perbicaraan yang bermula 7 Jun lalu, mahkamah mendengar keterangan daripada 33 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan.

Mohd Fazli Azri didakwa membunuh Syafiah Humaira, yang juga anak teman wanitanya, di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali pada jam 6.30 petang 25 Feb lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mohd Fazli Azri, teman lelaki kepada ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, didakwa membunuh kanak-kanak itu dengan cara menendang dan memijak perut mangsa.
Dalam penghakimannya, Hakim Mohtarudin berkata pembelaan tertuduh bahawa mangsa mengalami kecederaan akibat terjatuh daripada motosikal adalah tidak selari dengan keterangan pakar perubatan mengenai kecederaan sebenar mangsa.

Beliau berkata, pembelaan tertuduh bahawa mangsa terjatuh dan kepalanya terhantuk ke dinding ketika sedang mandi dan bermain di tandas juga tidak pernah diceritakan oleh tertuduh kepada sesiapa.

Mohtarudin seterusnya berkata dakwaan tertuduh bahawa dia berada dalam keadaan mabuk dan dipengaruhi dadah ketika kejadian tidak boleh diterima sebagai pembelaan.

"Berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan yang melihat kejadian yang berlaku di padang, adalah jelas tertuduh dalam keadaan waras. Fakta bahawa tertuduh memandu teksi dari rumah ke padang dan balik jelas tidak konsisten dengan keadaan orang yang mabuk," katanya.

Sumber : Berita Harian Online
KE TALI GANTUNG JUGA AKHIRNYA.. 

Bagaimana untuk membangkitkan rasa percaya pada diri?

Punca mengapa ada sesetengah orang tidak ada keyakinan adalah kerana mereka kurang percaya pada kebolehan diri. Mereka teragak-agak, sangsi dan takut-takut. Perasaan ini timbul dalam apa saja perkara yang mereka lakukan, khususnya ketika melakukan perkara-perkara baru.

Apabila Anda rasa kurang yakin, Anda akan tiba-tiba merasa takut, bingung, keliru. Anda bagaikan tak tahu nak buat mana satu dan tak tahu kat mana nak bermula dulu. Masalah ni perlu di atasi. Jika tidak, motivasi Anda akan luntur dan Anda hilang pedoman untuk meneruskan hidup.

Bagaimana nak membangkitkan rasa percaya pada diri?





Ini caranya:

1. Gali kekuatan-kekuatan diri Anda, kemahiran-kemahiran Anda yang Anda rasa anda boleh buat dengan cukup baik. Tonjolkan. Biar orang sekeliling tahu supaya mereka menghargai kelebihan Anda, lantas membangkitkan rasa yakin dalam diri Anda.

2. Ingat kejayaan-kejayaan kecil yang pernah Anda capai, sebab ia membantu Anda merasa yakin. Anda pernah mencapai kejayaan kecil di masa lalu atau disatu ketika dulu, jadi berkemungkinan Anda boleh berjaya lagi di masa kini dan di masa hadapan. Rasa gembira setelah mencapai kejayaan-kejayaan tu membuat Anda merasa yakin.

3. Hargai bakat, kebolehan serta kelebihan-kelebihan orang lain. Jauhi sikap mencemuh kelebihan mereka atau bersangka buruk pada kelebihan mereka. Hargai dan kagumi kerana dengan mengagumi, Anda akan bersemangat untuk memperbaiki bakat Anda sendiri. Berkawan dengan mereka, elak bersaing. Untuk menang, Anda perlu berkawan dengan musuh sendiri.

4. Banyakkan bersukan, banyakkan meggerakkan otot-otot badan, banyakkan aktiviti mental. Bersukan melancarkan pergerakan darah. Aktiviti mental membuat minda Anda tajam serta dipenuhi banyak aliran idea. Gabungan kedua-dua kesan dari aktiviti ni menimbulkan rasa yakin diri yang akhirnya membuat Anda berani, optimis serta bebas dari sikap teragak-agak. Anda tahu apa yang perlu dilakukan.

5. Selalu bertenang. Terdesak cemanapun, kelam kabut cemanapun, stress cemanapun, jadilah orang yang memilih untuk bertenang. Dari ketenangan tu, muncul rasa yakin diri. Lagipun, bila Anda bertenang selalu semuanya akan terjadi secara teratur, tak le berterabur.

Penyakit utama orang yang ada keyakinan diri adalah riak dan suka merendah-rendahkan orang. Hati-hati dengan dua ‘penyakit’ dalaman ni kerana ia biasanya berlaku tanpa kita sedari.


Sumber : Email Yahoo Group
YAKIN BOLEH!!

Kenapa Anda menjadi malas?



Kenapa Anda jadi malas?

Sebab Anda tidak ada apa-apa untuk dibuat, Anda memilih untuk bertangguh, Anda rasa ‘berat’ untuk melakukan, Anda tidak rasa betapa pentingnya benda tu dibuat sekarang.

Setiap orang ada kemalasan sendiri. Sepanjang masa Anda boleh rajin, Anda boleh terus membuat kerja berhari-hari dengan rehat minumum. Anda ada motivasi, membuat Anda berusaha sedaya upaya berjam-jam lamanya.

Sampai ke satu masa nanti tubuh Anda akan jadi kurang bermaya. Anda tak akan dapat mengawal saat itu.

Motivasi diri Anda mula bergoncang rapuh.

Pada masa itulah malas muncul sebab saat untuk malas muncul sudah tiba.

Anda merasa mengantuk, rimas, lemas.

Menutup mata lalu berbaring untuk tidur terasa lebih enak untuk dilakukan. Malas, dari aspek positifnya merupakan situasi di mana sel-sel tubuh memberi petanda biologi pada minda meminta sedikit masa untuk pulih semula setelah lama bekerja.

Dalam usaha memburu kejayaan, Anda kena belajar bagaimana mengawal malas.

Bermalas-malas ada masanya. Elak dikuasai oleh malas, sebaliknya biar Anda mengawal malas. Simpan malas, kumpul lalu lepaskan kesemuanya pada masa tertentu, bukan malas sepanjang masa.

Orang malas ada hak untuk berjaya, cuma mereka tidak mahu berusaha kuat sekarang ini. Orang malas memilih untuk bersenang-senang dulu, bersusah-susah kemudian.

Sumber : Email Yahoo Group

MALAS ? MALAS ? ERM... SEMUA ORG MERASA MALAS.. KAN ?