Friday, December 04, 2009

Perbagai Petua Awek Merajuk

1. Bila awek mula mengamok baling² barang


Petua yang mesti diamalkan:

Korang Cuba sambot ape yg dorang baling TU. Inilah masanyer korang nak tunjuk kepantasan korang menjadi goal keeper.

2. Bile awek korang mule menjerit tak pasal² menengking, membebel tanpa henti

Petua yang mesti diamalkan:

Korang menyanyilah sekuat hati dengan penuh perasaan mengikut melodi sebenar penyanyi asal. Inilah masenyer korang nak tunjok yg sore korang sedap giler!

3. Bile awek korang tenong korang cam nak telan (garang arh konon!)

Petua yang mesti diamalkan:

Korang senyom jek pandang awek korang tuh! Inilah masenyer korang tunjok betapa comelnyer muker korang ketika senyom!

4. Bile awek korang hambik sumer barang² dia bungkos ala² nak lari rumah

Petua yang mesti diamalkan:

Korang tolong kemaskan barang² dia. Hambik semua barang² dia masokkan dlm plastik sampah kaler itam tuh. Inilah masenyer korang nak tunjok betapa rajinnyer korang, ringan tulang Dan suka membantu.

5. Bile awek korang menangis akibat terlalu marah Dan sakit hati hingga mengalirkan airmata

Petua yang mesti diamalkan:

Korang ketawalah berdekah² hingga terguling². Inilah masenyer korang nak buktikan bahawa korang berusaha buat awek korang gumbira ketika dia sedang berduka, sedih Dan terluka! Hehehe…

Sumber : Email Yahoo Group
 
BOLEH PAKAI TAK PETUA NI??

CERITA SEDIH

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas, mereka pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.




Si A: Macam mana ni... rumah kita atas sekali pulak tu?



Si B: Aduhhhh... bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke?



Si C: Aku rasa, baik kita panjat tangga aje... kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik.



Si A: Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih saja, sebab kalau kita buat cerita lawak, kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa. Biar kita serius dengar cerita.



Mereka pun bersetuju, jadi mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. Si A mula bercerita.



Si A: Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku. Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku... bla bla bla bla bla...



Punyalah sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh-leleh air mata, sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata, kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita.



Si B: Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalam kemalangan jalan raya. Aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada masa tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang... bla bla bla bla...



Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih... punyalah lama si B bercerita, sedar tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat saja lagi. Sambil melangkah memanjat tangga ke tingkat 56, si C mula menyampuk.



Si C: Alaaaaaa... korang punya cerita tak sedih lagi. Cerita aku lagi sedihhhh punya.



Si A: Kau ada sejarah hidup sedih juga ke?



Si C: Emmmm... mungkin hari ini dalam sejarah...



Si B: Cerita aje le... kita dah tinggal 4 tingkat je lagi.



Si C: Aku sedih kerana... KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA....