Thursday, January 21, 2010

ALANGKAH SUSAHNYA UNTUK BERLAKU IKHLAS

Ikhlas adalah salah satu daripada sifat-sifat mahmudah yang paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan, para malaikat pun tidak tahu. Yang punya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu apakah amalan seseorang itu
diterima atau ditolak oleh Allah. Ada para Sahabat bila mendengar tentang ikhlas itu dari Rasulullah SAW mereka menangis.Mereka merasa tidak selamat. Mereka merasakan tidak mungkin memperolehi sifat ikhlas yang begitu tinggi kedudukan dan nilainya itu.

Oleh kerana susahnya untuk mendapatkan sifat ikhlas itu, Islam tidak membenarkan seseorang itu mengaku dia adalah ikhlas. Siapa yang mengaku dia ikhlas kalaupun sebelum itu dia ikhlas, automatik keikhlasannya terbatal. Kalau begitu, salah sekali selama ini yang berlaku di dalam kehidupan kita, seolah-olah telah menjadi budaya apabila seseorang itu memberi,menolong, membantu dengan berkata:

“Ambillah! Saya ikhlas ni!”

“Saya telah tolong dia dengan ikhlas. Kemudian dia memusuhi saya.”

“Saya hendak tolong awak ini dengan ikhlas! Tapi saya sedih, awak menolaknya.”

“Saya ikhlas hendak bagi sebanyak ini, saya bagilah!”

Di dalam menulis surat selalu ditutup dengan perkataan, “Saya yang ikhlas.”

Orang yang mengaku ikhlas, ertinya dia mengaku orang yang paling baik. Di dalam ajaran Islam, mengaku baik itu adalah satu kesalahan. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi ternafi keikhlasannya. Tiada yang mengetahui seseorang itu ikhlas sekalipun yang punya diri, walaupun malaikat, melainkan Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Oleh itu tiada seorang yang berhak mengaku ikhlas. Cuma berusahalah untuk menjadi orang yang ikhlas. Moga-moga kita ikhlas. Setelah kita berbuat demikian moga-moga setiap amal yang kita buat itu diterima oleh Allah SWT.

APA ERTI IKHLAS?

Erti ikhlas itu ialah murni, bersih. Sesuatu benda itu kalau jenisnya sahaja, tidak bercampur jenis lain, dianggap benda itu bersih, murni, tidak dinodai oleh benda-benda lain. Sebagai contoh, kalau air itu semata-mata air, kalau air itu tercampur sabun, nila atau tepung, air itu tidak khalis. Ertinya air itu tidak murni lagi. Tidak mutlak lagi. Tidak bersih, tidak pure kerana tercampur benda lain yang bukan jenisnya. Ertinya air telah ternoda atau dinodai oleh benda yang lain. Atau ia telah diwarnai oleh benda lain.

Begitulah kita beramal, berusaha dan berjuang seperti bersembahyang, puasa, zakat, naik haji, membaca Al Quran, mengajar, berdakwah, memberi, menolong, motivasi, forum, ceramah dan belajar adalah kerana Allah Taala, kerana suruhan-Nya, kerana perintah-Nya, kerana keredhaan-Nya, kerana arahan-Nya, kerana mentaati-Nya dan patuh kepada-Nya.

Jadi perkara yang kita buat itu, seperti contoh-contoh di atas kerana-Nya adalah satu, tujuannya satu, didorong oleh satu, iaitu Allah SWT. Demi untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Tidak bercampur dengan kerana-kerana yang lain selain kerana Allah Taala. Itulah yang dikatakan orang yang ikhlas, iaitu dia membuat kerja-kerja tadi kerana-Nya murni. Tujuannya bersih. Dorongan dari satu iaitu Allah SWT.

Jika niat atau dorongannya telah tercampur dengan kerana-kerana lain atau ada terselit niat-niat lain di dalam kerana Allah itu, dorongannya bukan satu lagi tapi sudah menjadi dua atau tiga. Misalnya, niat membuat kerja itu dicampur sama kerana riyak, megah, nama, glamour, pangkat, duit, kerana orang minta,kerana takut orang tidak suka, untuk mental exercise, kerana boring di rumah, kerana hendak lari daripada masalah, kerana ingin sokongan atau undi, kerana hendak menguji kemampuan,kerana hendak berlawan, kerana hadiah, kerana piala, kerana kawan. Maka orang itu sudah tidak khalis lagi di dalam kerjakerjanya. Ikhlas sudah tiada, sudah tidak murni, ikhlasnya telah ternoda.

Justeru apa yang dibuat itu ‘kerana Allah’nya telah bercampurdengan kerana-kerana yang lain. Oleh itu ‘kerana Allah’nya sudah tidak bersih atau tidak murni lagi, niatnya telah bersekutu.Niatnya telah syirik, iaitu syirik khafi. Di Akhirat nanti Allah meminta orang itu, “Pergilah minta pahala daripada orang yang awak keranakan itu.” Allah Taala tidak akan membalas kebaikan apa-apa kepada orang itu kerana tujuan dia beramal itu tidak kepada Allah lagi atau tidak sepenuhnya kerana Allah Taala tapi ada kerana yang lain selain Allah Taala.

Untuk berlaku ikhlas di dalam sebarang perbuatan kita amat susah sekali. Terutama kerja-kerja dan amalan yang ada hubung kait dengan kepentingan umum atau dengan orang ramai atau amalan yang terdedah kepada pandangan umum seperti ceramah,dakwah, mengajar, belajar,gotong- royong,membaca Al
Quran di hadapan khalayak, forum, wawancara, memberi hadiah, memberi bantuan di hadapan umum atau di hadapan orang ramai. Lebih-lebih lagi bagi orang yang jarang memikirkan hati, kurang muhasabah hatinya, hatinya dibiar atau terbiar, jarang diambil tahu atau diambil kira, selalunya lebih banyak terjebak kepada tidak ikhlas. Ramai yang nawaitunya tercampur dengan hal-hal huzuzunnafsi, kepentingan atau tujuan diri sama ada disedari atau tidak disedari kerana kurang menyuluh hati.

Adakalanya amalan itu awal-awal lagi nawaitu atau niatnya telah rosak. Ibarat membuat rumah atau bangunan di atas lumpur maka awal-awal lagi rumah atau bangunan itu runtuh di awalnya lagi. Kalau tidak di awalnya, rosak pula di pertengahan jalan. Kadang-kadang di awal-awal dan di pertengahan jalan masih hatinya kerana Allah, tidak bercampur kerana kerana yang lain selain Allah Taala, tapi dia terjebak di hujung atau di akhir perbuatannya.

Di sini saya datangkan contoh bagaimana ia boleh terjadi.

A. Niat rosak di awal lagi.

Katalah kita hendak berdakwah di satu tempat pada hari sekian sekian.Sama ada kita yang membuat program itu,penduduk tempat itu menjemput kita. Hati kecil kita pun berkata:

“Ha! Inilah masanya aku akan popular.”
“Aku akan terkenal!”
“Adalah peluang duit poket!”
“Aku akan hentam puak-puak ini yang menjadi musuh aku selama ini.”
“Barulah mereka tahu siapa aku!”
“Padanlah muka mereka nanti!”

Usaha dakwahnya rosak sama sekali! Di awal-awal lagi sudah tidak ada keikhlasannya. Bukan kerana Allah Taala tapi kerana diri kita sendiri atau kerana tujuan menghentam, tapi kita menggunakan hak-hak Allah sebagai alat. Ini ibarat melukis di atas air atau membangunkan rumah di atas lumpur.

B. Rosak di pertengahan.

Bagaimana pula rosak di tengah-tengah atau di dalam perjalanannya.

Mula-mula memang dibuat kerana Allah. Hati berkata: “Aku wajib menyampaikan seruan Allah itu. Lebih-lebih lagi peluang sudah ada atau sudah terbuka.”

“Aku mesti mengisi program itu. Aku tidak ada apa-apa keuzuran. Kalau aku tidak mengisi program itu nanti Allah marah. Insya-Allah aku akan pergi berdakwah di tempat itu.”

Waktu sedang menyampaikan dakwah dengan petahnya, dengan bahasa yang indah, dalil-dalil dan hujah-hujah yang fasih, orang ramai pun mengangguk-angguk. Begitu ceria muka mereka mendengarnya dan menerima apa yang kita sampaikan menunjukkan ada respon dari orang ramai. Hati kita pun berbunga.

Syaitan pun menghembus-hembuska n ke dalam hati untuk kita lupa dengan Allah. Kita pun terasa luar biasa. Hati kita pun membisikkan kepada kita:

“Hebat aku ni!”
“Boleh tahan juga aku ini.”
“Payah juga orang lain hendak menandingi aku.”

Di pertengahan dia rosak. Rosak di dalam perjalanan. Keikhlasannya tadi telah diungkaikannya semula. Dia telah berkongsi niat di antara Allah dengan dirinya sendiri, syirik khafi.Ibadahnya atau kebaikannya berdakwah itu telah dibatalkan. Ibarat membuat rumah atau bangunan, sedang membinanya belum pun siap lagi telah diruntuhkan semula.

C. Rosak di hujung.

Di awalnya sebelum berdakwah itu niatnya sudah bagus. Dia hendak berdakwah di tempat dan masa sekian-sekian, tujuannya betul kerana Allah. Dia ingin menunaikan tanggungjawab untuk menyampaikan risalah Tuhan kepada umat. Apabila sampai masanya, berhadapan dengan orang ramai, dia pun menyampaikan dakwahnya.

Di waktu itu hatinya masih baik. Belum tergugat lagi. ‘Kerana Allah Taala’nya masih belum terungkai lagi. Tapi dalam perjalanan pulang dari majlis dakwah itu, ada kawan yang sama-sama berada di dalam keretanya pun bercakap:
 
“Ustaz bercakap tadi sedap betul.”
“Saya tengok orang ramai di majlis itu mengangguk saja tanda memberi respon.”
“Ustaz ni kalau terus-menerus boleh membuat dakwah ini, ustaz akan lebih lagi lincah dan matang.”

Hatinya terus berbunga. Ujub pun datang. Syaitan membisikkan di dalam hatinya bahawa dia orang yang mampu dan berkebolehan. Dia telah lupa kemampuan itu anugerah dari Allah Taala yang Maha Pengurnia. Patut dia malu kepada Tuhan kerana Allah Taala telah memberi dia berkebolehan di dalam
berceramah atau pidato.

Maka terbatal pula ibadahnya. Pahala dakwahnya malam itu telah terkorban. Ibarat membangunkan rumah atau bangunan, siap-siap sahaja rumah itu, ia pun runtuh.

Apa yang kita bawa ini adalah sebagai satu contoh. Kita bolehlah kiaskan kepada usaha-usaha dan kerja-kerja yang lain.

Apakah usaha dan kerja itu kita buat kerana Allah atau kerana kita seratus peratus atau bercampur kerana Allah dengan kerana kita.

Berdasarkan apa yang kita tulis ini, masya-Allah, terasa sungguh oleh kita susahnya untuk menjadi orang yang ikhlas, sedangkan ikhlas itu adalah roh ibadah. Penentu apakah ibadah-ibadah itu tertolak atau diterima.

Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini, kalaupun ada berbuat, sudah tentu payah sekali hendak mengelakkan daripada huzuzunnafsi ini. Iaitu ada tujuan kerana diri. Kalaulah bukan bantuan dan pimpinan-Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan yang kami buat mungkin tertolak semuanya.

Para pembaca, di sinilah rahsianya mengapa kadang-kadang usaha dan perjuangan kita itu tidak berkesan, walaupun usaha sudah dilakukan, respon orang ramai pun ada, tapi kesannya tiada. Orang ramai tidak juga berubah dari dakwah kita itu. Apa yang diucapkan oleh mulut kita tidak sama di hati. Apa yang dicakapkan oleh mulut kita sudah cantik, tidak ada cacat celanya, tapi cacat di hati. Jadi apa yang diucapkan oleh mulut itu hanya jatuh di mulut orang ramai. Orang ramai memuji-muji kita,mengulas- ulas dan memperpanjang- panjangkan ceramah kita.Namun hati tidak berubah apa-apa kerana di sini terhijab bantuan daripada Allah Taala disebabkan niat atau hati kita telah rosak oleh mazmumah riyak dan lain-lain lagi. Di waktu itu sifat-sifat taqwa kita sudah ternafi. Allah Taala tidak akan menolong orang yang tidak bertaqwa.

Oleh itu marilah kita membuat kerja-kerja kebaikan dengan hati yang tunduk, yang tawadhuk, penuh malu kepada Tuhan, rasa takut dan cemas. Takut kalau-kalau amalan kita itu ditolak oleh Allah Taala. Firman Allah:
 
Maksudnya: “Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsia-Ku, Aku titiskan ia dalam hati hamba-hamba- Ku yang Aku kasihi.” (Hadis Qudsi)

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran lahir kamu tapi dia melihat apa yang ada di dalam hati kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Marilah kita berhati-hati moga-moga kita selamat.

Ya Allah, berilah kami selalu hidayah dan taufik-Mu agar perjalanan lahir dan batin kami berjalan selari menuju keredhaan-Mu, ya Allah!
 
Sumber : Email Yahoo Group

Mukjizatnya Azan


Pesanan  Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti  menjelma.  Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa  kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa....  lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul  maut'.


Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri,  jangan berkata apa-apa pun semasa azan  

berkumandang.


Sebagai orang  beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu  kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan  kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang  berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak
.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah  "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan  kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.


Dari itu marilah  kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian  kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah  "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut menghampiri kami.  

Amin..amin.. amin  Yarobbal a'lamin.."


WASIAT NABI MUHAMMAD  S.A.W.  kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3  tanda2nya:
1)   Jujur dalam berkata-kata.
2)    Menjauhi segala yg haram.
3)   Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi  orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1)    Merahsiakan  ibadahnya.
2)    Merahsiakan  sedekahnya.
3)    Merahsiakan ujian yg  menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3  tanda2nya:
1)    Takut berlaku dusta dan  keji.
2)    Menjauhi kejahatan.
3)     Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali,  bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1)     Mengawasi  dirinya.
2)     Menghisab  dirinya.
3)     Memperbanyakkan ibadah kepada Allah   s.w.t.


Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya
.

Kepada sahabatku yang dimuliai & dihormati...

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui
e-mail mahupun edit/mengedit dan lain-lain..tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3  kali..... 


Sumber : Email Yahoo Group

JANGAN MENCARI TERLALU 'SEMPURNA'

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”


Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……


Begitulah juga……


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……


Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……


Begitulah juga……


Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……


Begitulah juga……


Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……


Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh m ema afkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !


“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang” 

Sumber : Email Yahoo Group


APA PENDAPAT ANDA ??

Lucu Ya..

Lucu ya..
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke
kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa
ke Starhill


Lucu ya..
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tapi
betapa pendeknya waktu itu untuk menonton "Friends"


Lucu ya..
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tapi betapa
cepatnya 2 jam berlalu ketika menonton wayang


Lucu ya..
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan
saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari
bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan,
boyfriend & gilfriend.


Lucu ya..
Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu
perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila
imam solat tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama
dan panjang.


Lucu ya..
Susah sangat baca Al Quran 1 juzu' saja, tapi majalah
hiburan dan novel best seller 100 halaman pun
habis ditelaah.


Lucu ya..
Orang berebut paling depan untuk menonton bola
atau konsert, tetapi berebut cari saf paling belakang
bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.


Lucu ya..
Kita perlu diundang seawal 3-4 minggu sebelumnya
untuk majlis agama supaya boleh dimasukkan agenda kita,
tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual
dinner atau high tea jadual kita boleh diubah.


Lucu ya..
Susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi
mudahnya orang menyertai dan menyebar gosip.


Lucu ya..
Semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman,
berfikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.


Lucu ya..
Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai
melalui email, tapi bila mengirim yang berkaitan dgn
ibadah sering mesti berfikir dua tiga empat lima kali....


Sumber : Email Yahoo Group


RENUNGKANLAH. ......



Petua Memendekkan Kuku




Jika dipotong pada hari:

Sabtu- tidak baik,kerna dia membawa angin penyakit

Ahad- tidak baik, kerna ia mendatangkan papa

Isnin-Bagus dan baik kerna ia menolak penyakit

Selasa- tidak baik, kerna ia mengluarkan rahmat

Rabu- Tidak baik sama sekali

Khamis- Bagus dan baik kerna ia menjadi penawar dan ubat

Jumaat- bagus dan baik-mendatangkan rezki.

Aturan memotong kuku.
Dimulai dgn tangan kanan dan mulai dgn jari telunjuk seterusnya jari tengah,jari manis dan jari kelingking kemudian terus ke tangan kiri dimulai dgn jari manis,jari kelingkin,jari tangah dan jari telunjuk, setelah itu baru kerat kuku ibu jari kanan dan kemudian ibu jari kiri.Kuku yg sudah dikerat itu dikerat lagi kecil2 dan tanamlah ia, mudah mudahan ada berkatnya.

-Cuma petua, tidak ada unsur tahyul dsb.

Sumber : Email Yahoo Group

AMALKAN PETUA INI ... MUDAH-MUDAHAN MENDAPAT BERKAT

Harga rokok mungkin RM50



KUALA LUMPUR 20 Jan. - Kementerian Kesihatan sedia mengkaji cadangan untuk menetapkan harga rokok pada kadar yang lebih tinggi sehingga RM50 bagi pek 20 batang rokok.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pada prinsipnya, harga yang mahal memang diharapkan dapat mengurangkan keupayaan orang ramai untuk membeli dan seterusnya merokok.

''Sebelum ini Kementerian Kesihatan telah berusaha melakukan pelbagai cara supaya perokok tegar dapat meninggalkan tabiat buruk itu selain mengajak kanak-kanak dan remaja supaya benci kepada tabiat itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan orang ramai supaya sekotak rokok yang mengandungi 20 batang dijual pada harga RM30 hingga RM50 supaya tidak mampu dibeli terutama golongan remaja.

Rosnah berkata, pihaknya juga bersedia mengkaji cadangan supaya kotak rokok dilitupi sepenuhnya dengan paparan amaran kesihatan manakala jenama rokok hanya dicetak pada saiz yang kecil pada sisi kotak.

Bagaimanapun, jelas Rosnah, sebelum itu kementerian terlebih dahulu terpaksa mengambil kira peraturan yang ditetapkan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Beliau berkata, sebab itu apa yang lebih penting ialah penyertaan masyarakat dalam usaha mengurangkan tabiat merokok kerana penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak cukup untuk atasi tabiat ini.

''Peranan yang dimainkan oleh media seperti Utusan Malaysia dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu merokok sangat kami hargai,'' katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, adalah kurang tepat untuk menyimpulkan yang kementerian gagal dalam usaha mengurangkan tabiat merokok.

Katanya, lebih-lebih lagi jika pandangan itu dibuat selepas hanya beberapa pemerhatian mudah dan bukannya melalui penyelidikan saintifik yang berwibawa.

''Hasil dua tinjauan besar yang dijalankan oleh pada tahun 1996 dan 2006, iaitu Tinjauan Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan 2 & 3, kadar merokok sebenarnya telah menurun sebanyak lebih dua peratus.

''Justeru kementerian juga tidak bercadang untuk menutup atau memansuhkan kesemua 270 Klinik Berhenti Merokok di seluruh negara yang dikatakan gagal mencapai matlamatnya.

''Malah dalam perancangan kementerian di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), klinik itu akan diintegrasikan ke dalam perkhidmatan lain yang disediakan oleh klinik-klinik kesihatan di seluruh negara,'' katanya.

Sumber : Utusan Malaysia Online

KEPADA YANG KAKI ROKOK TU, BERHENTI LAH MENGHISAP ROKOK....
KERANA ROKOK DIJANGKA NAIK SEHINGGA RM50 SEKOTAK......