Wednesday, November 03, 2010

Kenaikan harga petrol Ron 97 bukan isu, kata Ismail Sabri

Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

-------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Kenaikan harga petrol gred RON 97 sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter semalam bukan satu isu yang patut dimanipulasi pihak tertentu kerana harganya sudah diapungkan mengikut pasaran minyak dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penetapan harga itu tidak lagi dilakukan oleh kerajaan dan ia tidak memerlukan sebarang pengumuman.


"Pembangkang kata kerajaan naikkan harga. Bukan kerajaan naikkan harga tetapi (kenaikan) berlaku mengikut harga pasaran. Ini berbeza dengan harga petrol RON 95 dan diesel yang masih diberi subsidi dan dikawal kerajaan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran inisiatif sistem laluan Identiti Korporat Malaysia (MyCoID) di sini hari ini.

Katanya, rakyat juga tidak perlu rasa panik kerana lebih 90 peratus penggunaan minyak di negara ini menggunakan RON 95 selain menjangkakan tidak ada kenaikan sehingga penghujung tahun ini.


Beliau berkata, demikian berikutan pembangkang yang didakwa menggunakan isu kenaikan harga minyak RON 97 sebagai modal kempen pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah dan Dewan Undangan Negeri Galas, Kelantan.

Katanya, kebanyakan stesen minyak di kawasan kampung, termasuk Gua Musang dan Batu Sapi juga tidak menyediakan petrol jenis RON 97. "Kenapa kita nak bimbang kepada perkara yang tidak memberi kesan kepada kita. Rakyat tak perlu bimbang," katanya.

Beliau berkata, kenaikan harga petrol RON 97 itu juga tidak akan menyebabkan kenaikan harga barang kerana tidak membabitkan kenaikan harga diesel.


Ismail berkata, harga petrol RON 97 boleh berubah naik atau turun pada hari pertama setiap bulan, berdasarkan kiraan purata hari pertama hingga hari ke-28 bulan sebelumnya.

Harga seliter RON 95 ialah RM1.85, manakala diesel RM1.75 seliter.


Katanya, kerajaan tidak meletakkan harga lantai kepada pengusaha stesen minyak yang meletakkan harga rendah berbanding saingan mereka namun sebarang harga jualan dirujuk kepada Kementerian Kewangan.


Beliau berkata, ia bagi memastikan harga RON 97 tidak dimanipulasi dan dijual dengan harga tinggi berbanding dengan harga minyak pasaran dunia.


Mengenai MyCOID, beliau berkata lebih banyak agensi kerajaan persekutuan akan dibabitkan pada fasa ketiga inisiatif itu selain cadangan untuk mengambil kira pembabitan agensi kerajaan negeri pada masa akan datang. -Bernama

Sumber : Harian Metro Online
MINYAK OH MINYAK.... 
KALAU BUKAN TAHUN INI RON95 TAK NAIK,
ADA JAMINAN KE TAHUN DEPAN TAK NAIK HARGA ?
 

Dua jalan utama Jitra-Alor Setar ditenggelami air

 ( Gambar sekadar hiasan )

JITRA 3 Nov. - Beberapa jalan utama yang menghubungkan pekan ini dengan Alor Setar ditenggelami air sedalam hampir satu meter, dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan, sekaligus menyebabkan penduduk kawasan sekitarnya terkandas.

Dua jalan utama yang ditenggelami air ialah Jalan Alor Setar-Hutan Kampung dan Alor Setar-Kepala Batas, manakala jalan alternatif atau jalan kampung, turut dinaiki air.

Tinjauan Bernama di beberapa kawasan mendapati aktiviti harian penduduk di sini lumpuh sepenuhnya, dan beberapa khemah didirikan sebagai tempat tinggal sementara mangsa banjir.

Selain itu, tinjauan di kedai runcit mendapati bekalan makanan seperti ikan kering, sardin, telur, makanan segera serta beras, laris dijual dan mungkin menghadapi kekurangan sekiranya jalan utama masih tenggelam.

M. Kalidas, 45, berkata banjir kali ini lebih teruk berbanding tahun 2005 dan tidak menjangka kawasan kediamannya turut dinaiki air kerana perkara itu tidak pernah berlaku sebelum ini. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia Online
BANJIR.. BANJIR.. BANJIR..

Di Kala Bersahabat ...




Apabila bersahabat, diri sendiri &; sahabat harus mempunyai tanggungjawab &; punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya.
Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan &; kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12 . Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

 Sumber : Email Yahoo Group

UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA.. SAHABAT SELAMANYA..

Contoh Surat : Surat Tunjuk Sebab Tak Hadir Ke Sekolah ...

Siapa la yang dok scan masuk internet ni...
Apapun, jom kita share karangan budak sekolah ni...
Kerja sekolah dia, tulis satu surat memohon cuti

Inilah hasilnya.... apa kata cikgu ?




 Sumber : Email Yahoo Group

OK TAK SURAT TUNJUK SEBAB NI? BLEH PAKAI TAK ?