Sunday, December 05, 2010

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Selasa ini, kita akan melangkah ke tahun baharu hijrah.
Di sini, saya sertakan Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk di baca petang esok(Isnin). Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. 
Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…


Doa Akhir Tahun.
Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar,
sebelum masuk waktu Maghrib.


Doa Awal Tahun.
Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.


Sumber : Email Yahoo Group

Bingkisan Doa


SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.

NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.

YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.

YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.

YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.

YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.

YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.

YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU

YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.

YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.

Mati hanya sekali jadikannya pada jalan Allah,

Sumber : Laman Nurani

HAYATI BINGKISAN DOA SEPERTI DI ATAS..

JAWATAN KOSONG : Trainer ...

Salam,

Sukacita dimaklumkan,  Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy (RSMTC) menawarkan jawatan trainer terlatih dengan menganjurkan  TOT ABJZ pada 6 & 7 Disember ( Isnin & Selasa) . Tempat program adalah di :

Pusat Komuniti JIM,
Lorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati,
Kuala Lumpur.

Sila hadir temuduga pada  Khamis, 2 Disember bermula pukul 9 pagi dan bawa bersama CV / Resume anda.

Lengkapkan butiran berikut menerusi email sitiaini@gmail.com atau cikgu_sitiaini@yahoo.com sebelum 2 November;
1) nama penuh,
(2) No K/P
(3) H/P 
(4) Pekerjaan (jika belajar, nyatakan kursus diambil & nama IPT)
(5) Saya ingin menjadi trainer ABJZ kerana ...................

Harap maklum.

Wassalam.


Siti Aini Jamil
Pengurus
RSMTC.
(019-6553136)
03-41089669

Sumber : Email Yahoo Group
SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN..

JAWATAN KOSONG : Di Pusat Perubatan Universiti Malaya

Pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya mengalu-alukan rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan-jawatan yang disenaraikan di bawah :

- JURUTERA (ELEKTRIK) J41
- PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL) J29

- PENOLONG AKAUNTAN W27
- PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN KOSONG

Tarikh Tutup Permohonan : 12 Disember 2010

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN

Perbezaan Kambing Hitam & Putih



Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?

Pakcik : Boleh aje...

Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih.

Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

Pemuda : Yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Aaa... yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?

Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punya.

Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punya?

Pakcik : Yang hitam pun sama....

Heheheheh... mudah-mudahan anda ceria