Friday, October 22, 2010

Astro Warna (Saluran 132) : Jom Rebut RM500,000

Aku jumpa berita ni di Harian Metro. Hadiah lumayan jugak... RM500,000. Siapa mau ? Tuah ayam nampak di kaki, tuah orang siapa tahu.. Belum cuba belum tahu kan...

-----------------------------------------------------------------------------------

DALAM tempoh sehingga 10 minit, anda boleh menang hadiah wang tunai RM500,000! Itulah habuannya apabila Astro Warna (Saluran 132) memperkenalkan program permainan baru, Anda Ada 60 Saat, berkonsepkan santai.

Menerusi beberapa permainan yang menarik itu, peserta mesti melepasi 10 permainan dalam tempoh 60 saat setiap satu. Biarpun, dengarnya seakan mudah, ia sebenarnya tetap mencabar. Oleh itu, segala kemungkinan itu akan terjawab mulai 25 Disember nanti bagi pelanggan pakej Mustika Astro.


Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani, berkata dalam usaha untuk terus menjadikan Astro sebagai pilihan utama pelanggan, program yang pelbagai dan hebat perlu dihasilkan. Begitu juga dengan jumlah habuan yang menanti.


"Kami sentiasa mencari kelainan dan memuaskan hati pelanggan. Sambil berhibur, penonton boleh menyertai program yang disediakan.

"Menerusi Anda Ada 60 Saat, kita akan menyaksikan satu program berbentuk kuiz permainan yang mengetengahkan konsep santai dan cukup menghiburkan. Melihatkan jumlah RM500,000 yang ditawarkan itu, tentu ramai di luar sana mahu mencuba nasib bukan.


"Caranya, peserta hanya perlu melepasi 10 permainan dengan durasi 60 saat setiap satu. Inilah peluang terbaik untuk penonton Astro menjadi hartawan," katanya.

Nizam berkata, rangkaian permainan disediakan sebenarnya mudah dan mampu menarik perhatian semua lapisan penonton. Ini kerana cabaran dikenakan itu membabitkan penggunaan perkakasan di rumah. Katanya, contoh cabaran itu kini boleh ditonton menerusi laman web rasmi, www.astro.com.my/andaada60saat.


Bagi mencari peserta yang layak menyertai rancangan itu, uji bakat diadakan di beberapa lokasi terpilih pada tarikh ditetapkan iaitu Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada 23 & 24 serta 30 & 31 Oktober ini manakala di Kompleks Kota Raya, Johor pada 23 & 24 Oktober ini.


Sesi uji bakat terbuka kepada warga negara Malaysia yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan berumur 18 tahun ke atas. Mereka yang berminat ingin mencuba perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar terkini berukuran 4R.


Malah, peserta juga diingatkan tampil dengan pakaian yang sesuai di sesi uji bakat itu. Kaunter pendaftaran bagi sesi uji bakat dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Sumber : Harian Metro Online
TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, TUAH MANUSIA SIAPA TAHU.. MUNGKIN ANDA??

Dakwaan Adun Kuala Nerang muflis tidak benar

 ALOR SETAR: Dakwaan bahawa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim diisytihar muflis seperti dilaporkan oleh portal berita, Malaysian Insider baru-baru ini adalah tidak benar.

Pegawai Khas Adun itu, Sobri Sudin berkata, isu itu sengaja direka oleh parti pembangkang dan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan Syed Sobri dan sekali gus mahu mengambil alih kerusi Adun itu melalui pilihan raya kecil.


Katanya, Syed Sobri juga tidak menghadiri prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 15 Oktober lalu seperti yang disiarkan oleh Malaysia Insider dan laporan bahawa mahkamah itu mengisytiharkan muflis ke atas Adun itu juga tidak benar.


"Soal pembayaran hutang syarikatnya masih dilakukan oleh Syed Sobri bermula 2002 hingga sekarang.

"Saya kira ada pihak yang sengaja hendak menjatuhkan beliau dan mahu mengambil kerusi Adun daripada beliau, " katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.


Rabu lalu, laporan Malaysian Insider menyatakan Syed Sobri diisytihar muflis minggu lalu ekoran syarikatnya gagal membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sekali gus membuka ruang kepada pilihan raya kecil.

Sobri berkata, isu itu sengaja dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi menjatuhkan Syed Sobri pada Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung.


"Ada laporan yang menyatakan Syed Sobri dihalang masuk bagi menyertai perhimpunan Agung Umno yang berlangsung semalam ekoran status beliau yang muflis juga tidak benar.


"Ini kerana beliau turut serta dalam perhimpunan itu dan mendengar ucapan perasmian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.


Beliau berharap tiada lagi pihak-pihak yang membuat kenyataan yang tidak berasas sehingga boleh menjatuhkan imej Adun Kuala Nerang itu.-Bernama 

Sumber : Harian Metro Online
INFO TERKINI DARI HARIAN METRO... KALAU SALAH, CUBA SELIDIK SEMULA....

Demam Bola Piala Malaysia : Kedah optimis benam Kelantan

Demam bola sepak Piala Malaysia tak habis lagik.. Ada ja berita pasal Pasukan KEDAH, pasti aku nak letak dalam blog aku ni, so jangan marah ya para blogger2 lain... Aku saja nak share berita bola jerk untuk peminat Bola khasnya Piala Malaysia ni..

Kepada user Facebook, kalau rajin share berita ni atau LIKE!!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


SKUAD Kedah berazam mencipta kejutan dengan membenam Kelantan pada aksi separuh akhir kedua Pialaq Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam esok.


RENTAK Kedah pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Kelantan di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin dilihat serba tidak menjadi.

Semuanya gara-gara Kedah tidak dapat menampilkan barisan terbaik sehingga menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Dua tonggak pertahanan, Mohd. Sabre Mat Abu dan Khairul Helmi Johari tidak dapat beraksi kerana menjalani penggantungan perlawanan selepas mengumpul dua kad kuning.

Lebih malang, seorang lagi pemain pertahanan, Azmi Muslim mengalami kecederaan pada perlawanan tersebut sehingga terpaksa dikeluarkan pada minit ke-11.

Jurulatih Kedah, Ahmad Yusof mengakui, kehilangan beberapa pemain utama menjejaskan barisan pertahanan skuad Kenari itu.

“Kedah agak pincang kerana beberapa pemain utama tidak dapat beraksi.

“Kami bertambah pincang apabila Azmi dikeluarkan. Rakan-rakan sepasukannya agak terkejut dengan keadaan itu,” kata Ahmad sejurus selepas tamat perlawanan kelmarin.

Beliau berkata, jadual perlawanan yang ketat mendedahkan pemain kepada masalah kecederaan, sekali gus menjejaskan persiapan pasukan.

Ia terbukti apabila Kelantan terpaksa menggunakan tiga pemain simpanan dalam tempoh 15 minit pertama perlawa- nan ekoran masalah kecederaan.

Tonggak pertahanan Kelantan, Azizi Mat Rose yang baru memulakan aksi selama dua minit terpaksa dikeluarkan dan tempatnya diganti oleh S. Subramaniam.

Namun, Subramaniam hanya sempat beraksi selama 12 minit sebelum dia dikeluarkan akibat kecederaan dan diganti dengan Mohd. Daudsu Jamaluddin.

Pemain tengah Kelantan, Mohd. Shakir Shaari yang turut mengalami kecederaan pula dikeluarkan pada minit ke- 12 dan diganti oleh Khairan Eroza Razali.

Ahmad mengakui, kegagalan memperoleh gol di laman sendiri menyukarkan Kedah ketika bertandang ke Kota Bharu bagi menghadapi aksi separuh akhir kedua Sabtu ini.

Bagaimanapun, Ahmad tetap yakin Kedah mampu meraih kemenangan seterusnya layak ke pentas final.

“Ia bukan mustahil (menang). Saya yakin Kedah mampu lakukan (menang),” katanya.

Tambahnya, persiapan Kedah akan lebih mantap apabila Sabre dan Khairul Helmi boleh diturunkan.

“Sebelum ini, Kedah mengalahkan Kelantan 1-0 pada saingan Liga Super di Kota Bharu. Kejayaan itu boleh dilakukan sekali lagi dengan kesungguhan, komitmen dan aksi cemerlang pemain Sabtu ini,” katanya.

 Sumber : Kosmo Online

PULUN KEDAH PULUN... PULUN BAGI MENANG...