Aku jumpa berita ni di Harian Metro. Hadiah lumayan jugak... RM500,000. Siapa mau ? Tuah ayam nampak di kaki, tuah orang siapa tahu.. Belum cuba belum tahu kan...
-----------------------------------------------------------------------------------
DALAM tempoh sehingga 10 minit, anda boleh menang hadiah wang tunai RM500,000! Itulah habuannya apabila Astro Warna (Saluran 132) memperkenalkan program permainan baru, Anda Ada 60 Saat, berkonsepkan santai.
Menerusi beberapa permainan yang menarik itu, peserta mesti melepasi 10 permainan dalam tempoh 60 saat setiap satu. Biarpun, dengarnya seakan mudah, ia sebenarnya tetap mencabar. Oleh itu, segala kemungkinan itu akan terjawab mulai 25 Disember nanti bagi pelanggan pakej Mustika Astro.
Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani, berkata dalam usaha untuk terus menjadikan Astro sebagai pilihan utama pelanggan, program yang pelbagai dan hebat perlu dihasilkan. Begitu juga dengan jumlah habuan yang menanti.
"Kami sentiasa mencari kelainan dan memuaskan hati pelanggan. Sambil berhibur, penonton boleh menyertai program yang disediakan.
"Menerusi Anda Ada 60 Saat, kita akan menyaksikan satu program berbentuk kuiz permainan yang mengetengahkan konsep santai dan cukup menghiburkan. Melihatkan jumlah RM500,000 yang ditawarkan itu, tentu ramai di luar sana mahu mencuba nasib bukan.
"Caranya, peserta hanya perlu melepasi 10 permainan dengan durasi 60 saat setiap satu. Inilah peluang terbaik untuk penonton Astro menjadi hartawan," katanya.
Nizam berkata, rangkaian permainan disediakan sebenarnya mudah dan mampu menarik perhatian semua lapisan penonton. Ini kerana cabaran dikenakan itu membabitkan penggunaan perkakasan di rumah. Katanya, contoh cabaran itu kini boleh ditonton menerusi laman web rasmi, www.astro.com.my/andaada60saat.
Bagi mencari peserta yang layak menyertai rancangan itu, uji bakat diadakan di beberapa lokasi terpilih pada tarikh ditetapkan iaitu Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada 23 & 24 serta 30 & 31 Oktober ini manakala di Kompleks Kota Raya, Johor pada 23 & 24 Oktober ini.
Sesi uji bakat terbuka kepada warga negara Malaysia yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan berumur 18 tahun ke atas. Mereka yang berminat ingin mencuba perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar terkini berukuran 4R.
Malah, peserta juga diingatkan tampil dengan pakaian yang sesuai di sesi uji bakat itu. Kaunter pendaftaran bagi sesi uji bakat dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
Sumber : Harian Metro Online
TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, TUAH MANUSIA SIAPA TAHU.. MUNGKIN ANDA??
No comments:
Post a Comment