Friday, November 13, 2009

'Tabung RM1, Satu KAFA' dilancar


KETUA Pegawai Eksekutif KAFA, Mohd. Nor Yaacob turut menderma kepada 'Tabung RM1, Satu KAFA' yang di anjurkan oleh Kelab Penyokong Kelantan
di Wisma KAFA, Kota Bharu semalam.


PENYOKONG bola sepak Kelantan tidak rela melihat KAFA terus 'menderita'.

Terbaru, KAFA didenda sebanyak RM50,000 oleh FAM ekoran tindak- tanduk liar segelintir penyokong Kelantan pada final Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Justeru, Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan telah mengambil inisiatif dengan melancarkan 'Tabung RM1, Satu KAFA' bagi membantu meringankan beban badan induk bola sepak negeri Kelantan itu.

Setiausahanya, Harun Ali berkata, tabung tersebut dilancarkan sebagai satu rasa tanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku di Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Menurut Harun, dengan adanya tabung berkenaan, sedikit sebanyak ia dapat membantu pihak KAFA bagi menyelesaikan masalah denda tersebut.

"Kita berasa terpanggil untuk membantu KAFA yang selama ini sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu bola sepak di Kelantan ini.

"Ini adalah masa untuk para penyokong mengambil tanggungjawab ini demi masa depan bola sepak kerana semua rakyat Kelantan sayang dengan sukan ini," kata Harun kepada Kosmo! semalam.

Tambahnya, tabung itu akan diserahkan kepada wakil Kelab Penyo- kong Bola Sepak Kelantan di setiap daerah.

"Saya percaya bahawa semua rakyat Kelantan akan sedia membantu untuk menangani beban yang terpaksa dipikul oleh KAFA.

"Tabung ini juga adalah salah satu langkah dalam usaha mendidik para penyokong Kelantan supaya mereka lebih berdisiplin dan menghargai semangat kesukanan," ujarnya.

Harun turut menyelar tindakan segelintir penyokong Kelantan yang tidak bertanggungjawab mencetuskan keadaan huru-hara pada final Piala Malaysia, Sabtu lalu.

"Kelab Penyokong sedia memberi- kan kerjasama kepada pihak polis dan pihak berkuasa lain untuk membantu mengesan penyokong-penyokong yang bertindak liar," katanya.

Sumber : Kosmo Online

PENYOKONG bola sepak Kelantan tidak rela melihat KAFA terus 'menderita'. ( DERMALAH, UNTUK KEBAIKAN PASUKAN KELANTAN DAN KAFA  )

Derita kerana mahu langsing


Yee menunjukkan parut di lengannya manakala Michael memegang gambar lengan Yee yang ada ketulan darah beku di Biro Pengaduan Awam MCA di Jalan Ampang semalam.


KUALA LUMPUR - Ghairah untuk kelihatan langsing, seorang ejen hartanah terpaksa menanggung derita dan malu ekoran lengan kanannya yang meninggalkan kesan parut selepas rawatan pelangsingan di sebuah pusat kecantikan berhampiran bangunan pusat beli-belah Mid Valley di sini Februari lalu.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Yee, 24, berkata, dia mencuba rawatan tersebut selepas mengalami masalah berat badan yang naik mendadak selepas melahirkan anak kedua pada 15 Januari lalu.

Pusat pelangsingan yang didakwa Yee telah menyebabkan lengan
kanannya berparut selepas disuntik dengan ubat membakar lemak
Februari lalu.


Sebelum itu, berat badan Yee hanya 55 kilogram dengan ketinggian 162 sentimeter. Bagaimanapun, selepas melahirkan anak kedua, berat badannya bertambah sehingga mencecah 70 kilogram.
"Saya yang tidak selesa dengan penampilan saya teruja untuk mencuba satu program pelangsingan yang banyak diiklankan di majalah-majalah dan akhbar-akhbar," kata Yee ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA di sini semalam.

KERATAN Kosmo! 26 Mac 2009.


Oleh itu, cerita wanita itu, pada Februari lalu, dia pergi ke pusat kecantikan yang terkenal itu dan bersetuju menjalani program pelangsingan.
Program pelangsingan itu menetapkan dia perlu melakukan lima sesi suntikan membakar lemak di lengan dengan kos keseluruhan RM2,998 selama 10 minggu.



Katanya, selepas lima sesi pelangsingan itu, dia gembira dan puas hati kerana berat badannya turun sebanyak lima kilogram.





Sumber : Kosmo Online

BERHATI-HATI KEPADA SESIAPA YANG NAK LANGSING CEPAT!!!
KALAU NAK LANGSING, ADA CARANYA... PERGI LA BERJOGING KE, BERSENAM KE, MAIN BOLA SEPAK, BOLA BALING DAN APA APA LAGI LA YANG BOLEH POTONG LEMAK.....

‘Mamak’ tidak tahu mengucap

BANGI: Mengaku kononnya adalah penganut agama Islam tulen namun rata-rata pekerja sebuah restoran ‘mamak’ muslim yang disoal siasat pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) langsung tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah atau membaca surah al-Fatihah sekali gus membongkar rahsia identiti mereka yang sebenar.

Lebih mengejutkan pemilik restoran berkenaan sengaja menggantung deretan gambar ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad di dalam premis untuk memperdaya pelanggan yang menyangka ia restoran halal.

Taktik itu dibongkar Jakim selepas penyamaran dilakukan kakitangannya di restoran berkenaan sejak sekian lama sebelum melakukan serbuan semalam.

Kewujudan restoran `halal’ palsu itu dibongkar selepas sepasukan lima pegawai Jakim dibantu enam pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya menjalankan serbuan mengejut di restoran berkenaan di Jalan Bangi di sini, semalam.

Pemeriksaan diketuai Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah, dilakukan selepas mendapat aduan berhubung kesangsian orang ramai terhadap sijil halal milik restoran berkenaan.

Sumber Jakim berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, pegawai Jakim yang menjalankan pemeriksaan menyoal siasat lapan pekerja warga asing restoran berkenaan yang ketika itu sedang melayan berpuluh pelanggan Islam.

Menurutnya, kebanyakan pekerja dari India itu pada mulanya mengaku beragama Islam, namun gagal membaca surah al-Fatihah atau mengucap dua kalimah syahadah.

“Mereka tiba-tiba menjadi gagap dan hanya menggeleng kepala sekali gus membuktikan mereka bukan beragama Islam seperti didakwa.



Menurutnya, pemilik restoran sengaja menggantung kalimah ayat suci Al-Quran, Allah dan Nabi Muhammad di dinding premis termasuk ayat seribu dinar untuk mengaburi pemilik sebenar restoran berkenaan.

“Semua ayat al-Quran itu sengaja digantung di atas kaunter pembayaran selain sijil halal palsu yang turut diguna pakai bagi meyakinkan pelanggan seolah-olah restoran terbabit milik orang Islam.

“Siasatan susulan terhadap sijil pendaftar syarikat (ROC) bagaimanapun mendapat bukti paling jelas apabila nama pemilik yang tertera pada dokumen bukan Islam,” katanya.

Menurutnya, penyelia berusia 30-an yang juga bukan Islam cuba berdolak-dalik dan memberi pelbagai alasan tidak munasabah berhubung bukti diperoleh itu sambil memberitahu restoran terbabit milik orang Islam.

“Agak mengejutkan apabila seorang lelaki berusia 40-an yang tidak dikenali tiba-tiba muncul sebelum memperkenalkan diri sebagai rakan kongsi pemilik restoran berkenaan.

“Lelaki itu mendakwa menguruskan restoran terbabit walaupun namanya tidak tertera pada ROC. Dia mendakwa restoran itu diuruskan olehnya. Bagaimanapun pegawai Jakim percaya lelaki berkenaan hanyalah `wayang’ yang diupah sekiranya berlaku apa-apa masalah,” katanya.

Sumber : Harian Metro Online

LEPAS NI, KALAU NAK MAKAN KAT KEDAI MAKAK, SURUH MAMAK TU MENGUCAP DULU... UNTUK KEBAIKAN KELUARGA KITA BERSAMA.....

Kisah Punch Card


PUNCH CARD  --- korang biasa dengar dan tau benda nih kan?   dan korang biasa meminta kawan2 tolong punch kalo korang lewat sampai ofis kan? atau kalo korang nak balik awal? alasan korang sebab takut dan tak nak punch card
tuh tulisan warna merah.. ye la nanti satu keje la pulak nak ngadap bos then create alasan kenapa merah.. kalo ade alasan munasabah macam traffic jam ke bole la kot.. tp kalo korang bangun lambat? takkan nak bg alasan tuh kat bos kan? mesti bos marah.. tak pasal2 kena brain wash pepagi buta kat opis..
 
 
TAPI korang tau tak risiko yang akan korang dapat kalo mintak tolong punch card? bukan risiko kat diri korang je.. risiko skali kat kawan yang dah baik ati tolong korang punch card tuh.. kesian kawan tuh..

Kawan aku -- Ali (bukan nama sebenar) lewat datang keje... then minta la Amat (bukan nama sebenar) punch kan.. then Amat tolong la.. tup-tup on da way nak sampai opis tuh Ali accident.. mula-mula dia koma then 2 ari lepas tuh dia meninggal dunia.. apa yang menyedihkan. . bila isteri Ali nak buat tuntutan..banyak tuntutan tidak diluluskan.. macam nak buat pampasan ke kuarkan KWSP ke apa2 la yg bole waris tuntut bila seseorang tuh meninggal.. korang tau tak kenapa susah?? sebab dalam punch card tuh memBUKTIkan Ali berada dalam opis pada waktu yang sama dia accident.. so opis nak luluskan pampasan dan everything camana? opis bole luluskan JIKA ada sape2 yang mengaku dah tolong Ali punch card.. Amat tak nak mengaku.. ye la.. kalo dia ngaku dia mesti kena tindakan tatatertib kan? silap2 dia kena buang keje.. so smpi
skang pampasan tak dapat.. yang susah isteri Ali.. dah la tak bekerja then anak dah ade 2 lak tuh.. nak kuarkan KWSP pon hadapi masalah yg sama..

Korang nak ke perkara yang sama berlaku kat diri korang dan kawan korang? kalo la korang mintak punch then jadi pape kat korang tgh jalan sape nak bertanggungjawab? for sure la kawan yang tolong punch card tuh tak nak mengaku.. ye la kita dah tolong sat lagi kita yang kena tanggung?? kalo kena denda je tak pe la.. sat lg siap kena buang keje mana mau cari keje??? yang si kawan yang tolong tuh pulak mesti seumur idup akan rasa bersalah.. kalo accident just patah kaki je bole la lagi tak dikisahkan tapi kalo dah melibatkan nyawa ni.. walaupon niat nak tolong tapi biar la mcm org tua cakap.. buat baik berpada-pada. . jgn buat baik tak kira tempat.. nanti susah kat sendiri.. so aku just nak mintak tolong kat korang sume.. jangan la buat keje nih lagi.. tolong fikir ajal maut kita tak tau.. mungkin kita mati pas tuh dah tak de pape tanggungjawab. .. tapi org yg idup.. mcm keluarga kita.. nak tuntut pape susah.. korang nak ke mcm tuh? mesti korang tak nak famili korang susah kan? aku harap mulai sekarang.. kalo korang datang lewat macamana sekalipon.. punch card la sendiri.. biarla bos marah sekali pon.. tapi jangan menyusahkan diri org lain.. dan diri sendiri.. tolongla diri sendiri dan kalo nak tolong kawan2 pon biar la kena tempatnya.. next time..kalo korang rasa dah lewat tuh.. call la bos bg tau lewat sampai then jumpa bos bila dah sampai.. kalo korang rasa nak balik awal lak.. mintak la time off atau permission kuar awal dari bos.. atau minta jer la cuti ke?..jangan la main kuar suka2 ati je..

p/s :- pas aku dgr cite tuh dari isteri Ali.. aku dah tak nak buat mcm tuh lg.. sbb sebelom ni.. aku penah beberapa kali mintak tlg punch dan beberapa kali tlg org punch.. aku rasa ngeri dgr cite tuh.. lg pon aku sempat lawat arwah sebelum dikebumikan. . terasa macam.. ish ape yg dah aku buat.. rasa bersyukur sangat sbb sepanjang aku buat keje tuh.. aku tak terlibat ngan pape accident dan org yg aku tlg tuh selamat sampai.. kalo aku pon kena mcm tuh.. aku tak tau la apa jadi.. nangis air mata darah pon x guna lagi... 



Sumber : Email Yahoo Group


PUNCH CARD??? FIKIRKAN.....

Adik Tertekan Kaki Kena Potong


KUALA LUMPUR: Seorang remaja terpaksa menerima hakikat cacat seumur hidup selepas kaki kirinya terpaksa dipotong dari paras lutut akibat jangkitan kuman yang didakwa berpunca daripada pengambilan darah oleh seorang doktor pelatih ketika demam panas, bulan lalu.

Sharifah Atikah Syed Fisol, 14, dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Kedah, akibat demam panas pada 13 Oktober lalu.

Dia yang turut menghidap kencing manis diperiksa beberapa doktor pelatih.

Ketika hendak mengambil darahnya untuk ujian, seorang doktor pelatih cuba mengambilnya melalui urat pada tangan tetapi gagal menyebabkan doktor itu mengambil darah di pahanya.

Menurut kakak mangsa, Sharifah Nuzaihan Syed Fisol, 27, selepas beberapa kali doktor pelatih terbabit cuba mengambil darah melalui tangan adiknya gagal kerana mendakwa tidak menemui saluran darah, dia mengambilnya dari paha pula.

“Selepas beberapa jam, kaki adik saya mula kebas dan kemerah-merahan serta timbul bintik-bintik seperti ruam menyebabkan saya panik, namun diberitahu ia kesan biasa akibat pengambilan darah dari bahagian itu.

“Selain itu, dia mendakwa kesan berkenaan perkara normal bagi penghidap kencing manis,” katanya ketika ditemui, semalam.

Namun, kesan itu bertukar lebam menyebabkan adiknya tidak boleh berdiri menyebabkan dia mengadu kepada kakitangan yang merawat adiknya, namun tidak diendahkan.

“Selepas lima hari, seorang doktor pakar melawat adik saya dan terkejut melihat keadaan kakinya yang bengkak dan lebam lalu mengarahkan dia dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

“Lebih mengejutkan, setibanya di HKL, kami dimaklumkan kaki adik saya sudah terlewat untuk diselamatkan kerana saluran darahnya tersumbat dan perlu dipotong sehingga ke lutut. Ini kerana jika dibiarkan dia berisiko tinggi mendapat jangkitan kuman yang serius sehingga boleh membawa maut,” katanya.

Akur nasihat doktor, adiknya menjalani pembedahan memotong bahagian itu kira-kira dua minggu lalu.

“Kini, adik sering termenung dan menangis kerana kehilangan anggota badannya sedangkan dia seorang yang aktif.

“Ini memberi tekanan kepada kami sekeluarga dan tindakan saman akan diambil terhadap kecuaian HSAH mengakibatkan masa depan adik gelap,” katanya yang membuat laporan polis di Sungai Petani.

Sumber : Harian Metro Online

APA TINDAKAN ANDA JIKA BERLAKU BEGINI?????
SALAHKAN PIHAK HOSPITAL ATAU SALAHKAN DOKTOR PELATIH ITU SENDIRI????

AWAS VIRUS!






Ini ada peringatan tentang virus baru, yang diterima dalam bahasa Perancis dan dicuba terjemahkan. Semoga bermanfaat..


VIRUS BARU BACALAH DENGAN SEGERA, KIRIMKANLAH PESAN INI KE SEMUA NAMA DALAM DAFTAR ALAMAT ANDA.


Sebuah virus baru sudah ditemui, dan digolongkan oleh Microsoft sebagai yang paling bahaya! Virus itu baru ditemukan pada Minggu yang lalu oleh McAfee, dan belum ditemui vaksin untuk mengalahkannya. Virus
ini akan mengosongkan dari Sektor hard disc, yang menyimpan data-data terpenting. Virus ini berjalan sebagai berikut :

- secara automatik virus ini akan mengirim ke semua nama dalam daftar alamat anda dengan judul "Sebuah Kad Untuk Anda" (Une Carte Pour Vous, atau A Card For You); - jika kad virtual itu terbuka, virus itu akan membekukan komputer sehingga penggunanya harus memulakannya kembali; kalau anda menekan CTRL+ALT+SUPPR atau perintah untuk restart, virus itu akan mengosongkan data dari Sektor Boothard disc, sehingga hard disc akan rosak
secara permanent. Menurut CNN, virus itu dalam beberapa jam sudah menimbulkan panik di New York. peringatan ini telah diterima oleh pegawai Microsoft sendiri. Jangan membuka e-mail dengan judul "Sebuah kad virtual untuk Anda" (Une Carte Virtuelle Pour Vous atau A Virtual Card For You). - Kirimkan pesan ini kepada semua teman anda. Saya rasa bahawa sebagian besar orang, seperti saya sendiri, lebih suka mendapat peringatan ini 25 kali daripada tidak terima langsung.

AWAS!!!
Jangan terima kotak "pti_bout_de_ chou hotmail.com". Ini virus yang akan memformat komputer anda. Kirimkan pesan ini ke semua orang yang ada di dalam daftar alamat anda..

Kalau anda tidak melakukannya dan salah seorang teman anda memasukkannya dalam daftar alamatnya, komputer anda juga akan terkena.




Sumber : Email Yahoo Group


BERHATI HATI DENGAN VIRUS SUPAYA TIDAK MENYERANG KOMPUTER ANDA