Sunday, May 30, 2010

Artis Kita : Rozita Che Wan Minta Maaf atas Ketelanjuran Berpakaian pada Konsert Akhir AF8

  KONTROVERSI...Rozita bersama artis yang hadir pada Konsert Akhir AF8.


KUALA LUMPUR: “Saya mohon maaf di atas ketelanjuran saya berpakaian pada malam itu,” kata pelakon jelita, Rozita Che Wan, mengulas kontroversi yang mencetus perdebatan dalam laman blog hiburan serta ruangan gosip di media cetak.

Justeru, dia berharap tidak perlulah semua pihak memperbesar atau mensensasikan isu terbabit.


“Saya tak nak komen banyak-banyak mengenainya,” katanya dalam kenyataan melalui SMS kepada Metro Ahad ketika diminta mengulas isu skirt pendek yang dipakainya ketika menghadiri Konsert Akhir Akademi Fantasia Kelapan (AF8).


Isu berkenaan mula tercetus apabila gambar Rozita bersama seorang lagi pelakon, Azza Elite, duduk dengan keadaan seksi disebabkan skirt dipakainya agak singkat, tersebar dalam beberapa blog hiburan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi, tambahan pula pelakon kelahiran Alor Setar, Kedah, itu, menunaikan umrah baru-baru ini.


Ada yang mendakwa pakaiannya dengan skirt pendek paras atas lutut hingga menampakkan paha putihnya itu dan Azza Elite yang juga berskirt singkat amat tidak sesuai kerana konsert berkenaan dihadiri ramai remaja.

Mengenai isu berkenaan yang sengaja disensasikan, terutama di blog hiburan, Rozita berkata, ia hak sesiapa untuk menulis apa yang mereka mahu.


Menurutnya, dia juga bukan sengaja mahu menunjukkan pakaiannya pada malam itu, apatah lagi untuk dirakamkan gambarnya untuk tontonan umum, terutama di Internet. “Ketika jurugambar nak ambil gambar saya malam tu, saya dah tanya, nampak peha tak? Dia jawab close-up saja...tak sangka pula jadi macam ini, apapun saya minta maaf di atas ketelanjuran saya berpakaian.


“Saya tahu ramai (wartawan) yang cari saya untuk minta komen mengenai isu itu. Saya malas nak cakap apa-apa lagi...lagi pun benda tak elok tidak payah nak diperbesarkan,” katanya.


Rozita yang kerap dikaitkan dengan orang kenamaan mengumumkan dia bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang pemuda yang kini berkhidmat di sektor perbankan di Singapura.


Ibu kepada dua anak, Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra, 12, bakal berhenti daripada lakonan kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan dan anak.


Difahamkan, pelakon itu menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah sekali lagi pada Ramadan nanti.

Sumber : Harian Metro Online

KU SANGKAKAN GAMBAR TERSEBAR DI INTERNET SUPER IMPOSE....
RUPANYA BETUL.... NO KOMEN... NO KOMEN....
KEPADA ROZITA, SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH KALI KE-2 PADA RAMADHAN NANTI.

Mourinho SAH!! Pimpin Real Madrid


Berbekalkan pengalaman dan kebijaksanaan pengendali pasukan Inter Milan dan bekas Pengurus Chelsea ini, Real Madrid telah SAH!! mengambilnya mengendali skuad Real Madrid musim depan. Mampukah Real Madrid cemerlang dengan Pengurus barunya itu? Berikut berita daripada akhbar Berita Harian Online...




MADRID: Real Madrid akan mengumumkan Jose Mourinho sebagai jurulatih mereka esok selepas kelab bersetuju aspek pampasan yang perlu dibayar kepada Inter Milan, menurut kelab Sepanyol itu kelmarin.

Presiden Inter, Massimo Moratti dan rakan sejawatannya dari Real, Florentino Perez bertemu untuk membentangkan butiran mengenai pakej bagi membenarkan Mourinho meninggalkan juara Serie A, Piala Itali dan Liga Juara Juara itu untuk menyertai Real yang sudah sembilan kali muncul juara Eropah.
Ketika media Sepanyol dan Itali melaporkan Inter bakal menerima durian runtuh 8 juta euro (RM30.38 juta), kenyataan yang dikeluarkan juara Itali itu sekadar menyatakan “Pada akhir kontrak, Real perlu melunaskan semua fasal dalam perjanjian itu.”
Inter menambah, pertukaran pemain mungkin menjadi sebahagian daripada perjanjian itu.

Mourinho memimpin Inter untuk tiga piala pada musim lalu, termasuk menumpaskan Bayern Munich pada perlawanan akhir Piala Liga Juara-Juara di Stadium Bernabeu yang juga menjadi gelanggang rasmi Real.

Gergasi Sepanyol itu beralih kepada bekas pengurus Chelsea itu selepas memecat Manuel Pellegrini minggu ini selepas kelab gagal meraih sebarang piala meskipun sudah melabur lebih 250 juta euro pada musim panas lalu untuk menghimpunkan pemain terbaik dunia.

“Kami yakin kami perlu mendapatkan suntikan baru dan yakin Jose Mourinho menjadi orang yang paling tepat untuk mengisi jawatan itu,” kata Perez ketika itu.
Tindakan memilih Mourinho menyaksikan peralihan arah bagi Perez yang sebelum ini memilih pendekatan melabur wang bagi mendapatkan pemain terbaik dunia berbanding mencari jurulatih berprofil tinggi.

Mourinho, 47, mempunyai reputasi tinggi sebagai pembakar semangat, pakar taktikal dan sebagai pengurus dia dilihat cukup kuat untuk menempuh cabaran jatuh bangun pasukan yang diikuti rapat oleh media tempatan. – Reuters

Sumber : Berita Harian Online

MAMPUKAH MOURINHO CEMERLANG DI MADRID ????

Jawatan Kosong : MAKMUM SOLAT JEMAAH


Sumber : Email Yahoo Group

RENUNGKAN... FIKIRKAN...

Biz Internet : Hanya Dengan Login Sahaja.. Dapat Laptop, Dapat IPhone dan Dapat Duit












Maklumat Lanjut : Klik Banner di atas....

BUKAN BAGI CEPAT KAYA....
IANYA DATANG DARI ATAS USAHA KITA JUGA...

Peringatan untuk MAJIKAN!! Perkeso buat operasi kesan MAJIKAN tak MENCARUM

La ni terlalu banyak majikan tak carum perkeso dengan betul....
Kalau dapat slip gaji atau gaji kureng skit......
Cakap kata potong perkeso dengan KWSP...
Walhal.... Haram tak mencarum...... PENIPU BESAQ.......
Perkara ni selalu terjadi pada SYARIKAT SWASTA.....


Ini berita selanjutnya pada MAJIKAN yang tak mencarum PERKESO kat MALAYSIA ni....

Perkeso buat Operasi Kesan majikan tidak mencarum

KUALA LUMPUR 29 Mei - Pertubuhan Keselamtan Sosial (Perkeso) akan melancarkan operasi bersepadu mengesan majikan yang gagal berdaftar dan mencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 sepanjang bulan depan.

Pengurus Besar Perancangan dan Hal Ehwal Korporat Perkeso, Mohamad Asri Ngosman berkata operasi yang dikenali sebagai ”Ops Kesan Perkeso” itu akan dilancarkan 1 Jun ini.

"Operasi ini akan bertumpu kepada pemeriksaan dari pintu ke pintu di premis majikan di mana Perkeso akan terus mengeluarkan kompaun bagi setiap kesalahan yang dilakukan oleh majikan dalam pemeriksaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Asri berkata mana-mana majikan yang gagal berdaftar boleh didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, operasi tersebut akan dilaksanakan selepas waktu pejabat bagi mengesan majikan yang menjalankan operasi pada waktu malam tetapi masih gagal berdaftar dan mencarum dengan Perkeso. - Bernama


Sumber : Utusan Malaysia Online

KALAU DAH TAK MAMPU NAK BAYAR PERKESO TU, 
PEPAHAM JA LA.... KITA TUNGGU DAN LIHAT...