Monday, November 01, 2010

CEO YouTube letak jawatan


CEO YouTube letak jawatan

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SAN FRANCISCO: Ketua Pengarah Eksekutif YouTube, Chad Hurley yang menghasilkan laman video popular dunia itu bersama dua rakannya dilapor meletakkan jawatan, semalam.

Peletakan jawatan itu dilakukan selepas lebih dua tahun agenda kepemimpinan baru menjadi isu berikutan pemilik YouTube, Google Inc mahu memperkukuhkan penguasaan terhadap laman web berkenaan.

Google melantik pekerja setianya Salar Kamangar untuk membantu Hurley mengemudikan YouTube pada 2008. Langkah itu dibuat bersesuaian rancangan Google untuk meningkatkan pendapatannya ekoran pemerolehan AS$1.76 bilion (RM5.63 bilion) daripada YouTube pada 2006. - AP

Sumber : Harian Metro Online

CEO YOUTUBE LETAK JAWATAN..

PM dinasihatkan berehat selepas tanda awal cacar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan agar berehat di kediaman dan mengelakkan daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar.

Penasihat media beliau, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, dalam kenyataan kepada Bernama menyatakan bahawa Perdana Menteri mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," katanya. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian Online

SEMOGA CEPAT SEMBUH PM...