Friday, October 15, 2010

PRK Batu Sapi: Penamaan calon 26 Okt., Pengundian 4 Nov.

PUTRAJAYA 15 Okt. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh bagi penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, Sabah pada 26 Oktober ini, manakala hari pengundian pada 4 November.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat khas suruhanjaya itu di sini hari ini.

Penetapan tarikh-tarikh itu serentak dengan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan.

Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) kerana terlibat dalam nahas jalan raya Sabtu lalu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu mendiang yang mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen P.185 itu setelah menewaskan calon Bebas, Chung Kung Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Beliau memperoleh 9,479 undi, manakala Kung Wing mendapat 5,771 undi. - Utusan

Sumber : Utusan Malaysia Online
MENGUNDI LAGI.. KALI NI SERENTAK DENGAN DUN GALAS
APA PENDAPAT KORANG ? KOMEN SKIT....
BN MENANG ATAU PAKATAN RAKYAT AKAN MENANG ?

Keputusan Pembentangan Bajet 2011


Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2011 sebentar tadi.

Boleh semyum lebarlah lepas ni..

Bagi yang tak berkesempatan untuk melihat siaran langsung pembentangan bajet 2011 petang ini kat TV, anda boleh juga melihat secara online melalui laman web tv3. Selain itu, anda juga boleh download Laporan Ekonomi 2010/2011 melalui Portal Rasmi Bajet 2011 sejurus selepas Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak membentangkannya diParlimen.

Akan diupdate sebentar lagi…stay tuned

Update terkini pembentangan bajet 2011:

Laporan terkini/langsung Pembentangan Bajet 2010. Antara Ringkasan/Intipati Bajet 2011 adalah :

1) Malaysia sudah pulih dari kemelesetan ekonomi negara dengan KDNK berkembang kepada 9.5 peratus bagi tempoh separuh pertama 2010 berbanding tempoh sama tahun lalu.

2) Bursa Malaysia mencatatkan 1,496 mata pd 14 Oktober 2010 iaitu indeks tertinggi sejak 2008

3) Peningkatan 11% menjadikan mata wang ringgit antara yang paling kukuh di rantau ini.

4) Swasta perlu sahut cabaran untuk jadi peneraju pertumbuhan ekonomi. Berani menanggung risiko dan merebut peluang. Kerajaan akan menyediakan ekosistem yang sesuai untuk diterjemahkan

5) Peranan swasta berimpak tinggi 1Malaysia Development Malaysia bersama sebuah syarikat di Abu Dhabi akan membina sebuah pusat kewangan Islam di Kuala Lumpur (KLIF). Kerajaan akan sediakan pelbagai insentif bagi menarik pelabur melabur di KLIF

6)Projek MRT akan dibina bagi meningkatkan jaringan di Lembah Klang kerana ia akan dirangkaikan dengan mod pengangkutan lain termasuk bas dan teksi

7)KWSP akan membina pelbagai prasarana perumahan negara dengan nilai RM10 bilion dalam tempoh sehingga 2020 8) Projek bersepadu dibina dengan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara serta membina sebuah menara 100 tingkat

9) GLIC akan kurangkan pegangan saham syarikat Bursa Malaysia bagi meningkatkan kecairan ekonomi negara.

10) Yayasan Hartanah Bumiputera akan berikan peluang kepada bumiputera untuk miliki hartanah komersial di bandar-bandar utama. Ini bagi mengingkatkan kepemilikan hartanah komersial di kalangan bumiputera

11) Kerajaan tambah peruntukan sebanyak RM146 juta untuk meningkatkan lagi aktiviti hiliran.
12) Taraf perintis dan elaun cukai pelaburan bagi aktiviti penjanaan tenaga, pengecualian duti import, pengecualian duti import dan eksais dilanjutkan kepada kenderaan hibrid.

13)Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020 ( WARISAN MERDEKA : SATU LAGI PENCAKAR LANGIT DI KUALA LUMPUR )

14) Peruntukan RM3.8 bilion untuk sektor pertanianP/s : Akan cuba diupdatekan dari masa ke semasa sekiranya berkesempatan.

15) KWSP KINI BOLEH LABUR HINGGA 20 PERATUS DALAM PASARAN LUAR NEGARA

16) Sektor pelancongan – 1) peruntuk RM85 juta untuk sedia kemudahan infrastruktur utk bina hotel dan penginapan di luar bandar 2) pejalan kaki berbumbung sekitar KLCC – Bukit Bintang 3) susun semula jabatan penerbangan awam

17) Dewan gamat seketika apabila duti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, barang kemas tiruan, bedak talkum, lampu, syampu, selimut, cadar, kemeja, baju tidur dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam dimansuhkan.

18) Cukai jualan telefon bimbit dikecualikan cukai jualan…ke atas semua jenis telefon bimbit

19) Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit

20) UNIK akan ditubuh di bawah JPM untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan tempatan

21) Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

22) Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.

23) RM213 juta diperuntuk untuk mengangkat tinggi bahasa Malaysia dan mempersada Bahasa Inggeris. Akan ambil guru jati daripada luar negara untuk pertingkat bahasa Inggeris

24) Kerajaan akan menubuhkan Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri

25) Penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk kaji tentang gaji termasuk gaji minimum.

26) Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan berbanding RM300 hingga RM400. Gaji tersebut termasuk elaun akan melebihi RM1000 sebulan. Ia bermulai 1 Januari 2011.

27) Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon konvensional untuk memenuhi permintaan pelabur runcit terhadap pelaburan pendapatan tetap untuk meningkatkan kerancakan pasaran bon

28) 40 taska dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, 90 hari cuti bersalin.

29) Kerajaan akan melaksanakan Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka mulai Jun 2011

30) RM1.2 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk pelbagai program kebajikan. Termasuk program kebajikan warga emas yang dijangka meningkat 15% berbanding seluruh penduduk negara, bantuan kepada OKU …

31) Rebet bil elektrik di bawah RM20 sebulan akan diteruskan dengan peruntukan RM150 juta

32) Pelepasan cukai ke atas ibu bapa, rawatan di nursing home dan pergigian, cadangan diperluaskan seperti bayaran gaji pembantu khusus, keperluan harian lain seperti lampin pakai buang, selain pelepasan cukai RM5,000.

33) Pembeli rumah dapat pinjaman 100 peratus kepada mereka yang berpendapatan isi rumah tidak lebih daripada RM3,000 untuk pembelian rumah pertama

34) Penduduk luar bandar RM6.9 bilion disediakan utk sediakan kemudahan asas di luar bandar termasuk naik taraf jalan di Sabah dan Sarawak, bekalan air dan elektrik di Sabah dan Sarawak serta Semenanjung

35) Harga barang – Kerajaan akan wujudkan portal interaktif untuk rakyat mengetahui perkembangan terkini harga barang melalui internet dan SMS

36) : Kerajaan akan teruskan projek PIA/PIAS dengan peruntukan RM500 juta. Baik pulih kemudahan awam, pendawaian semula dll. Pelaksanaan projek seperti ini akan bantu kontraktor kelas F di seluruh negara

37)Elaun Pengerusi JKKK dan JKKP, tok batin, pengerusi kampung baru dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa kini. Elaun kehadiran mesyuarat dinaikkan daripada RM30 kepada RM50

38) Elaun bulanan imam dinaikkan daripada RM400 kepada RM750 manakala imbuhan guru KAFA daripada RM500 kepada RM800 sebulan bermula Januari 2011

39) Kadar tol 4 lebuh raya PLUS tak akan naik untuk tempoh 5 tahun bermula serta merta

40) 25 klinik 1Malaysia akan ditambah lagi

P/s : Akan diupdate dari masa ke semasa.

Live streaming Bajet 2011 @ http://apps.tv3.com.my/Bajet2011/ / Info http://www.eyriqazz.com/2010/10/laporan-langsung-pembentangan-bajet.html

Sumber : Blog Kengkawan

ALHAMDULILAH.. 
ADA JUGA SAGUHATI KEPADA PENJAWAT AWAM RM500
+ RM500 DUIT RAYA YG LEPAS.. OK LAH TU.. SEBULAN GAJI JUGAK KAN..

Getah cecah RM11.90 sekilogram


Harga catat sejarah, pekebun kecil RISDA mampu peroleh RM3,000 sebulan

TEMERLOH: Peningkatan harga getah SMR 20 secara konsisten dengan mencatat paras tertinggi RM11.90 sekilogram pagi kelmarin membolehkan 380,000 pekebun kecil RISDA memperoleh pendapatan sehingga RM3,000 sebulan.

Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik, berkata kenaikan itu juga dijangka menarik perhatian orang ramai menoreh getah secara sambilan untuk menambah pendapatan, walaupun kegiatan menoreh getah semakin kurang popular sekarang.

"Pada 2008, apabila harga getah RM10 sekilogram, ada kakitangan awam dan swasta sanggup mengambil cuti tahunan untuk menoreh getah dan ada yang bangun awal pagi menoreh dulu sebelum pergi kerja. Berita baik ini juga dapat menarik perhatian belia untuk menjadi penoreh getah moden yang berjaya memandangkan ketika ini pekebun kecil majoritinya berumur 55 tahun ke atas.

"Kenaikan harga getah dan pendapatan yang diperoleh pekebun kecil pada masa ini boleh menarik minat mereka daripada bekerja di pejabat," katanya selepas merasmikan Kelab Keusahawanan RISDA Pahang, di sini semalam.

Sementara itu, Rahim ketika dihubungi berkata setakat jam 5 petang semalam harga SMR 20 ditutup RM12.02 sekilogram, iaitu yang tertinggi dalam sejarah industri getah negara dan dijangka akan terus memberi manfaat kepada pekebun kecil.

Katanya, berdasarkan harga semasa, pekebun kecil yang menjual getah sekerap mampu memperoleh 50 sen bagi setiap mangkuk susu getah yang dihasilkan dan memperoleh pendapatan sehingga RM170 sehari bagi setiap dua hektar kebun.

Pada tengah hari semalam, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 mengukuh 31 sen kepada RM12.02 sekilogram, manakala susu getah pukal menambah 8.5 sen kepada RM7.74 sekilogram. Harga penutup jualan tidak rasmi untuk gred tayar SMR 20 naik 27.5 sen kepada RM12.14 manakala susu getah pukal menokok 7.5 sen kepada RM7.78.

Selain itu, Rahim meminta pekebun kecil sentiasa mengamalkan langkah berjimat-cermat memandangkan harga komoditi itu banyak dipengaruhi faktor ekonomi global.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya bercadang mewujudkan skim simpanan khas bagi pekebun kecil bagi membantu mereka untuk jangka masa panjang.

"Malah, ia bertujuan menggalakkan pekebun kecil berjinak-jinak dalam bidang perniagaan supaya tidak hanya bergantung kepada pendapatan menoreh getah," katanya. 

Sumber : Berita Harian Online

BANYAKLA KECURIAN GETAH NANTI, HATI-HATI....