Thursday, November 04, 2010

TAHNIAH!! BN menang di Galas majoriti 1,190 undi, Batu Sapi majoriti 6,359 undi

TAHNIAH BN!!

Jangan lupa tanggungjawab untuk rakyat selepas menang di kawasan masing-masing. 
Rakyat mahukan perubahan dan pembelaan nasib mereka. 
Jangan sampai rakyat hilang kepercayaan kepada anda.



 CALON Barisan Nasional, Ab Aziz Yusoff, diumumkan pemenang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Dewan Sivik Gua Musang sebentar tadi. Beliau menewaskan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed, dengan majoriti 1,190 undi.


 CALON Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Thau Lin, menyatakan penghargaan sebaik diumumkan pemenang pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi di Dewan Komuniti Sandakan malam ini. Tsen menewaskan saingannya, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee (kiri), dan Ansari Abdullah (dua, kiri) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

 ----------------------------------------------------------------------------------------------

GUA MUSANG: Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi dengan majoriti lebih besar dan memenangi semula kerusi Dewan Undangan Negeri Galas daripada PAS, pada dua pilihan raya kecil yang diadakan hari ini.

Calon BN dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Datin Linda Tsen, yang menggantikan mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong Ket Wah iaitu penyandang kerusi itu, menewaskan pencabar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah dan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee, dari Parti Maju Sabah (SAPP).
Tsen, guru muzik sambilan, meraih majoriti 6,359 undi dengan memperoleh 9,773 undi berbanding Ansari 3,414 undi dan Yong 2,031 undi.
Pada pilihan raya umum 2008, mendiang Edmund Chong mengalahkan calon Bebas, Dr Chung Kwon Wing, dengan majoriti 3,708 undi.

Kerusi Galas di Gua Musang kembali kepada BN apabila Ab Aziz Yusof menang dengan majoriti 1,190 undi setelah mendapat 5,324 undi berbanding 4,134 undi yang diperoleh calon PAS Dr Zulkefli Mohamad.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 46, dari PAS pada 27 September lalu akibat barah usus, manakala kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian Edmund Chong akibat nahas jalan raya 9 Oktober lalu.

Majoriti diperoleh Abdul Aziz adalah 544 undi lebih tinggi berbanding yang diperoleh Chek Hashim pada pilihan raya umum 2008 iaitu sebanyak 646 undi. Pada pilihan raya umum 2004, Mohamad Saufi Deraman dari BN mengalahkan Chek Hashim dengan majoriti 1,729 undi.
Mengulas kemenangan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyatakan kesyukuran dan menyifatkannya sebagai keyakinan rakyat terhadap hala tuju transformasi negara yang hendak dibawa BN.

Beliau yang sedang cuti sakit akibat cacar air berkata, kemenangan pada kedua-dua pilihan raya itu adalah di luar jangkaan dan berharap komitmen yang ditunjukkan jentera BN akan terus mantap pada masa akan datang.

"Saya beri jaminan bahawa janji-janji BN untuk kedua-dua kawasan tersebut akan ditunaikan agar keyakinan rakyat terhadap BN akan berterusan," katanya ketika dihubungi. - BERNAMA 

Sumber : Berita Harian Online
TAHNIAH KEPADA PARTI YANG MENANG...
KALAU DAH MENANG, JANGAN LUPA BUAT KERJA....
KALAU DAH RAKYAT PERCAYA, JANGAN BUAT RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN SELEPAS INI....

Tahun 2011 : 2 jam lulus pinjaman perumahan penjawat awam

 ( sekadar gambar hiasan )

KOTA KINABALU 4 Nov. - Bermula tahun depan, kelulusan permohonan pinjaman perumahan pada kalangan penjawat awam dijangka hanya mengambil masa dua jam, apabila e-Borang dilaksanakan sepenuhya.

Setiausaha Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Perbendaharaan Malaysia, Datuk Shuib Md. Yusop berkata, pelaksanaan e-Borang itu yang dijadual awal tahun depan, bertujuan memendekkan tempoh menunggu yang kadang-kala mengambil masa lebih daripada 14 hari.

"Jika dulu, kelulusan pinjaman perumahan mengambil masa 14 hari atau lebih lama, tapi hari ini sangat cepat, permohonan boleh diluluskan pada masa satu hari iaitu anda hantar hari ini, esok dah dapat kelulusan.

"Kita cadang mungkin tahun depan kita boleh luluskan (pinjaman perumahan) dalam masa dua jam saja, bila semua sedia dilaksana dan semua pemohon akan menggunakan e-Borang iaitu secara talian dan bukan lagi secara fizikal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia Online
2 JAM LULUS PINJAMAN PERUMAHAN, INI SEMAKIN HEBAT...

Temuduga Terbuka : Program Penempatan Pekerjaan (3P), 27 November 2010


Program Penempatan Pekerjaan (3P)

"AZAM KERJA 2010"

( TEMUDUGA TERBUKA )
PEJABAT TENAGA KERJA ALOR SETAR

Pada : 27 November 2010 ( Sabtu )
Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Dewan Majlis Daerah Pendang. Kedah
---------------------------------------------------------------
JOM PAKAT-PAKAT SHARE BENDA NI,
TOLONG KAWAN-KAWAN

SPR sifatkan pemberian wang Nik Aziz sebagai rasuah

Info dari Utusan Malaysia Online.. Just want to share...

----------------------------------------------------------------------------

GUA MUSANG 3 Nov. – Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi sejumlah wang kepada penduduk Orang Asli di Lojing Isnin lepas boleh disifatkan sebagai cubaan membeli undi dan rasuah.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, mengikut Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 apa-apa pemberian wang kepada pengundi yang boleh mendorong pengundi itu mengundi ditafsirkan sebagai rasuah atau cuba membeli undi.

"Apa yang saya sebutkan itu di bawah konteks undang-undang. Itu hak masing-masing, tetapi dalam undang-undang wang diterima oleh pengundi berdaftar dalam kawasan pilihan raya akan berlaku, wang itu diberi oleh siapa juga atas nama parti ke atau calon, maksudnya jelas memang boleh dirujuk seksyen tersebut,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan memberikan sejumlah wang kepada penduduk Orang Asli di Lojing yang disifatkan sebagai tindakan terdesak membeli undi.

Katanya, badan yang bertindak menguruskan pilihan raya itu telah memberikan pandangannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyerahkan perkara tersebut kepada agensi tersebut untuk diambil tindakan. – Bernama

Sumber : Utusan Malaysia Online

APA PENDAPAT KORANG, PIHAK PEMBANGKANG KASI DUIT, 
TAPI DENGAR KHABAR ITU DUIT ZAKAT... YANG MANA BETUL ?