Sunday, October 31, 2010

KFC PENDANG : Pak Cik Memang Hebat... Sekadar Hiburan Hati yg Lara...

 ( KFC Pendang )

Semoga korang ceria membaca lawak jenaka baru nie…pening gak kepala si cashier melayan karenah pakcik sorang nie………..

“sebenarnya dah lama aku nak cereta pasal kewujudan KFC kat sebuah daerah paling maju di negara kedah,pendang…gila kentang sungguh..sejak dibuka sampai harini..KFC pendang dah mencapai tahap jualan tertinggi diantara banyak banyak kfc kat negara kita.see..betapa orang pendang lapar ayam..3 kaunter full berbaris hingga ke pintu setiap masa setiap hari sejak dibuka..perghhh..pernah tengok kfc kat tempat lain camni?kalau pernah anda dikira beruntung..aku tak pernah tengok lagi..ni fes time tengok..mula mula aku tengok keadaan ngeri ni time cuti raya haritu terus dalam minda terdetik..”fenomena celaka apakah ini??shait!”..ya laa…selalu duk makan ikan puyu,pucuk selom,jantung pisang rebus.ikan lampan perkasam..sesekali ada kedai jual ayam goreng salut tepung rangup..semua rakyat pakat celapak biawak la..

aku sebagai wartasawan yang ditugaskan oleh diri sendiri menerjah selaju cahaya ketempat kejadian..takdak kasi can..menyakar taya kereta pi ke lokasi terbabit untuk lihat dengan mata kepala seniri lalu menemubual beberapa kastemer kat KFC itu..tapi temubual perkara biasa..masuk ja aku terus gelak..haremmm..macam kami duk bincang dulu..mesti cleaner lagi ramai dari cashier..btol..mana tak ramainya..balik dari memukat masuk kfc.balik dari bawa kobota masuk kfc.yang pi kutip skrap pon singgah kfc sebelum balik..jenuh cuci lantai la..kalini aku port btoi2 depan cahsier..pura2 amik straw tapi curi2 dengar perbualan antara kastemer dengan cashier..

cashier : assalamualaikum pakcik..

pakcik : walekumsalam..err.err.

cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tudia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.

huuu..aku yang duk ada kat situ..senyum sinis lalu blah masuk dalam kereta dengan muka bingung.baguih gak..depa kena sekali camtu..lama lama kFC tu semakin berkurang la..huu..tu tak buka McD,Pizza,Kenny Roger apa lagi..kalau tak lagi teruk..aku rasa..si cashier tu kompem berenti lepas kena dengan kastemer macam tu 2 3 org..kalau hampa tak caya keadaan ni..hampa pi la pendang tengok..sampai sekarang tak surut..dan dengar cereta..coleslaw terpaksa ditukar dengan acar limau..manakala beberapa menu KFC terpaksa ditukar demi kesesuaian keadaan”

Moralnye : Cakap bior terang or masuk kandang kambing mengembek and masuk kandang kerbau kena apa yek????…….pepaham sendiri la…




Sumber : oleh Naz Canduriking ( Facebook ) pada pada 26hb Oktober 2010 pukul 3.00 ptg

ADAKAH IANYA BENAR-BENAR BERLAKU DI KFC PENDANG ?
HANYA NAZ CANDURIKING SAHAJA ADA JAWAPANNYA...

Brek tak makan...! Pemandu tidak ada lesen...!

 JENAZAH tujuh orang Belia 4B mangsa kemalangan bas persiaran di Genting Sempah dikebumikan dalam satu liang di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Mukim Siang, Baling, Kedah.


KUALA LUMPUR 30 Okt. – Pemandu bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan tujuh penumpang di Kilometer 38 Genting Sempah berhampiran susur ke Genting Highlands dekat sini malam tadi, disahkan tidak memiliki lesen memandu.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, polis dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa pemandu berusia 40-an itu tidak mempunyai lesen memandu selepas membuat semakan.

Beliau berkata, lelaki terbabit sebelum ini mengaku kepada polis bahawa dia mempunyai lesen memandu namun semakan dengan JPJ menunjukkan sebaliknya.

“Sehubungan itu, kita telah menahan pemandu terbabit untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara merbahaya yang boleh menyebabkan kematian.

“Di bawah seksyen ini, pemandu terbabit boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Che Hussin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pemandu bas itu memandu laju sebagai punca kemalangan.

“Kita belum lagi mengambil keterangan daripada saksi-saksi kemalangan yang terselamat kerana keadaan belum mengizinkan memandangkan ramai masih tidak stabil dan trauma.

“Selain itu, kita masih menunggu laporan kotak hitam dan pemeriksaan fizikal bas daripada Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn. Bhd.),” katanya.

Beliau berkata, selain pemandu, pengusaha syarikat bas persiaran terbabit turut boleh dikenakan tindakan jika membenarkan pemandu tiada lesen membawa kenderaan mereka.

“Selain itu, tindakan juga boleh dikenakan jika membenarkan bas yang mempunyai masalah teknikal untuk beroperasi,” ujar beliau.

Sumber : Utusan Malaysia Online
AL-FATIHAH... TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA

Kelantan Juara PIALA MALAYSIA



Malam gemilang buat Kelantan apabila merangkul Piala Malaysia buat pertama kali untuk dibawa ke bumi The Red Warrior. Untuk game Kelantan vs Negeri Sembilan, aku target Kelantan menang. Dari awal lagi, aku dah melangut depan tv. Wah, cukup meriah dengan penyokong membanjiri Stadium Bukit Jalil ( Tengok dalam TV ja ).

Tersentak dengan jaringan penalti, aku rasa Kelantan bungkuih dah malam ni. Dengan aksi kurang bertenaga di babak separuh masa pertama, serangan berkali-kali oleh Negeri Sembilan.. Kelantan memang cam nak balik dengan tangan kosong. Dah la penonton depa ramai.. Tengok last minit babak pertama, baru la nampak Kelantan menyerang Negeri Sembilan... PreeeeeeeeeeeeeeeettTTTTTTTTTTTTT.. Separuh masa pertama, KELANTAN 0 - 1 NEGERI SEMBILAN

Babak separuh masa kedua pun bermula.. Baru nampak kebangkitan serangan bertali arus dari Kelantan.. GoooLLLLLLL...... Kelantan berjaya menjaringkan GOL hasil tandukan Hairudin Omar... Cayalah... Kelantan tak berhenti disitu saja, malah membuat keadaan kucar kacir di gawang Negeri Sembilan.. Dengan serangan kilat oleh Kelantan, Mohd Badri Mohd Radzi yang tak dijaga dengan elok berjaya menjaringkan gol... GooLLLLLLL.. Kelantan 2 - 1 Negeri Sembilan


PreeTtTTTTTTt..... Tiupan wisel penamat dari Subkidin menandakan kemenangan berpihak kepada Kelantan. Tahniah KELANTAN, berjaya memenangi Piala Malaysia buat pertama kali untuk Rakyat Negeri Kelantan....


Video Gol Jaringan Penyamaan oleh Hairudin Omar

Untuk video, layari : http://syamsyun84.blogspot.com


Gol Kemenangan daripada Mohd Badri Mohd Radzi 

Untuk video, layari : http://syamsyun84.blogspot.com

Sumber : Youtube.com

TAHNIAH KELANTAN .... 
BUAT PASUKAN NEGERI SEMBILAN, CUBA LAGI DI MUSIM HADAPAN .....