Tuesday, August 24, 2010

Daerahku : Petani Pendang Dakwa Alami Kerugian Jual Padi Kepada Bernas

Petani Pendang Dakwa Alami Kerugian Jual Padi Kepada Bernas

 ( Petani - Gambar sekadar hiasan )

PENDANG, 23 Ogos (Bernama) -- Lebih 100 petani di daerah ini meminta syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) meneliti semula kadar potongan timbangan berat padi yang didakwa tidak munasabah dan menyebabkan mereka kerugian.

Mereka mendakwa sejak musim tuaian Julai lepas, Bernas memotong antara 28 dan 30 kilogram bagi setiap 100kg padi berbanding sebelum itu hanya 17kg seperti yang diamalkan syarikat swasta.

Pemotongan tidak munasabah itu menyebabkan pendapatan petani berkurangan kerana mereka biasanya memperolehi sekitar RM1,050 bagi setiap tan metrik, kata wakil petani Umar Abdullah Samsuddin kepada pemberita, di sini hari ini.

"Kualiti padi yang dihasilkan amat baik dan hanya sebilangan kecil sahaja hasil kurang berkualiti ekoran faktor cuaca yang tidak menentu dan penyakit padi yang sukar dikawal.

"Jadi tidak relevan jika potongan timbangan dibuat terlalu banyak," katanya.

Katanya sebagai pilihan petani berhasrat menjual padi kepada syarikat swasta bagi memastikan pendapatan mereka setimpal dengan kerja dan modal yang dikeluarkan.

"Ini sahaja pendapatan utama mereka untuk menyara keluarga dan dengan potongan hasil timbangan sebanyak itu membuatkan kami semua rasa rugi jika kami jual dekat Bernas," katanya.

Sumber : BERNAMA 

HARGAILAH PETANI-PETANI KITA..

Kedutaan MALAYSIA dilontar najis..


JAKARTA 23 Ogos – Tunjuk perasaan membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa Indonesia oleh polis Malaysia yang diadakan di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini kecoh.

Tunjuk perasaan yang disertai oleh anggota daripada Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) itu bermula dengan orang ramai membawa sepanduk mengecam Malaysia kerana menangkap anggota penguat kuasa negara berkenaan yang sedang menahan nelayan Malaysia yang menceroboh perairan Indonesia dekat Pulau Bintan.

Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila penunjuk perasaan membawa lima bungkus najis manusia dan mahu dilempar ke dalam Kedutaan Malaysia.

Para penunjuk perasaan sempat memijak bendera Malaysia dan melepar sebungkus najis ke dalam kawasan kedutaan Malaysia dan ke atas Jalur Gemilang yang dibentang di atas tanah, apabila polis berpakaian biasa menangkap tiga penunjuk perasaan terbabit.

Suasana menjadi kecoh apabila para penunjuk perasaan mendesak rakan mereka dibebaskan.

Mereka juga memberi amaran kepada polis supaya membebaskan penunjuk perasaan terbabit hari ini juga.

Jika polis gagal berbuat sedemikian mereka akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia.

Sebelum ini anggota penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menangkap tujuh nelayan Malaysia yang dituduh menceroboh perairan negara jiran itu.

Bagaimanapun timbul kekecohan apabila anggota Pasukan Gerakan Marin cuba menghalang tindakan itu telah menangkap tiga anggota penguat kuasa terbabit.

Namun masalah itu diselesaikan secara diplomasi oleh kedua-dua negara apabila kesemua yang ditahan dibebaskan.

Penyelesaian secara diplomasi itu bagaimanapun dianggap segelintir masyarakat Indonesia termasuk pertubuhan bukan kerajaan sebagai sikap yang terlalu berlembut dengan Malaysia dan kerajaan Indonesia tidak tegas mempertahankan kedaulatan negara berkenaan. – Utusan

Sumber : Utusan Malaysia Online
KENAPA RAKYAT INDON SAKIT HATI DEGAN MALAYSIA ??

Tiger Woods BERCERAI...

Tiger Woods bercerai dengan Elin

PANAMA CITY, Florida, 24 Ogos - Pemain golf utama dunia, Tiger Woods akhirnya bercerai secara rasmi dengan isterinya.

Para peguam untuk Woods dan Elin Nordegren dalam satu kenyataan berkata, penceraian itu menjadi rasmi semalam di Mahkamah Daerah Bay.

Penceraian itu terjadi selepas 9 bulan kemalangan Woods dengan kenderaan SUVnya di luar kawasan perumahan mereka berdekatan Orlando, yang telah mengakibatkan pendedahan satu persatu kegiatan curang pemain golf nombor satu dunia itu terhadap isterinya.

Kejadian itu juga turut mengakibatkan Woods kehilangan jutaan dolar dalam pengiklanan selain terpaksa berehat selama lima bulan daripada sebarang aksi perlawanan golf.

Terma penceraian itu tidak didedahkan kecuali mereka berdua akan mendapat hak penjagaan kepada kedua-dua anak mereka yang berusia 3 dan 1 tahun. - AP

Sumber : Utusan Malaysia Online
YANG SALAH TETAP SALAH...