Tuesday, August 24, 2010

Daerahku : Petani Pendang Dakwa Alami Kerugian Jual Padi Kepada Bernas

Petani Pendang Dakwa Alami Kerugian Jual Padi Kepada Bernas

 ( Petani - Gambar sekadar hiasan )

PENDANG, 23 Ogos (Bernama) -- Lebih 100 petani di daerah ini meminta syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) meneliti semula kadar potongan timbangan berat padi yang didakwa tidak munasabah dan menyebabkan mereka kerugian.

Mereka mendakwa sejak musim tuaian Julai lepas, Bernas memotong antara 28 dan 30 kilogram bagi setiap 100kg padi berbanding sebelum itu hanya 17kg seperti yang diamalkan syarikat swasta.

Pemotongan tidak munasabah itu menyebabkan pendapatan petani berkurangan kerana mereka biasanya memperolehi sekitar RM1,050 bagi setiap tan metrik, kata wakil petani Umar Abdullah Samsuddin kepada pemberita, di sini hari ini.

"Kualiti padi yang dihasilkan amat baik dan hanya sebilangan kecil sahaja hasil kurang berkualiti ekoran faktor cuaca yang tidak menentu dan penyakit padi yang sukar dikawal.

"Jadi tidak relevan jika potongan timbangan dibuat terlalu banyak," katanya.

Katanya sebagai pilihan petani berhasrat menjual padi kepada syarikat swasta bagi memastikan pendapatan mereka setimpal dengan kerja dan modal yang dikeluarkan.

"Ini sahaja pendapatan utama mereka untuk menyara keluarga dan dengan potongan hasil timbangan sebanyak itu membuatkan kami semua rasa rugi jika kami jual dekat Bernas," katanya.

Sumber : BERNAMA 

HARGAILAH PETANI-PETANI KITA..

No comments: