Thursday, May 06, 2010

Kelakar : Jom Merempit

MARI MEREMPIT.....
DENGAN JAMINAN POLIS TAK TANGKAP....

Sumber : Google Image 

JOM KITA LUMBA... 
DENGAN SYARAT CARI KENDERAAN SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR....

Lelaki miang idam pengkid

 KUALA LUMPUR: Golongan pengkid kini dijadikan sasaran utama sindiket pelacuran murahan bagi memenuhi nafsu serakah lelaki miang berusia 50-an yang dikatakan ingin mengubah selera kerana sudah bosan dengan tubuh wanita.

Selera luar biasa lelaki hidung belang itu menyebabkan pengkid terbabit sering didekati bapa ayam bagi menawarkan pekerjaan sambilan itu.

Mereka ini yang ramai bergerak dalam kumpulan di Chow Kit berhampiran stesen monorel, sering didekati bapa ayam yang berkeliaran di kawasan itu untuk menawarkan pekerjaan dengan bayaran tertentu.

Biasanya, mereka ini menggunakan istilah baru iaitu ‘mau jual emas’ apabila mendekati pengkid terbabit. Jika bersetuju, pelanggan sudah sedia menanti di hotel murah berhampiran.

Pengkid yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 24, mengakui pernah ditawarkan seorang bapa ayam untuk melakukan perbuatan terkutuk berkenaan.

“Saya terkejut apabila disapa sebegitu, mulanya saya tidak mengerti apa maksud sebenar, apabila saya bertanyakan, lelaki itu berkata mahu tubuhnya dijual atau tidak. Selepas itu, saya mengerti ‘emas’ membawa maksud kemaluan.

“Jika bersetuju, saya akan dibawa ke hotel murah dan diberi bayaran seperti dijanjikan,” katanya.

Menurutnya, bapa ayam terbabit sering berkeliaran menggunakan motosikal di lorong kecil di belakang hotel murah di Chow Kit untuk mencari penjual ‘emas’.

“Saya pernah melihat, seorang pelacur berusia 40-an menunggu pelanggan di dalam kereta dan berlaku sesi jual beli ‘emas’ di situ dan selepas itu mereka terus ke hotel murah berhampiran,” katanya.

Sambil menceritakan pengalamannya itu, Man yang dulunya pernah bekerja di sebuah kedai di kawasan itu, kerap melihat pelanggan keluar dan masuk hotel murah berkenaan yang dijadikan sarang pelacuran.

“Lebih mengejutkan, kebanyakan pelanggan berusia 50-an yang begitu menginginkan tubuh mereka dibelai pengkid, saya rasa mereka sukakan golongan ‘ganas’ seperti kami,” katanya.

Tinjauan Harian Metro selama dua jam di hotel yang dimaksudkan Man mendapati ia dijaga rapi beberapa bapa ayam.

Difahamkan, Man yang berasal dari Pahang ini menyifatkan lelaki veteran ini lebih cenderung memilih pengkid kerana beranggapan golongan sepertinya lebih selamat daripada penyakit berjangkit seperti HIV berbanding golongan pelacur yang kerap bertukar pelanggan.

“Saya pernah bertanyakan salah seorang warga emas itu kenapa mereka lebih memilih golongan sepertinya, dia berkata pada usia emas ini, mereka sudah bosan dilayan wanita yang bersifat kewanitaan dan mahukan layanan ‘ganas’ dan lain daripada biasa,” katanya.

Man yang ditemani seorang lagi rakan pengkidnya, Zack, 21, turut mengakui pernah ditawarkan layanan seperti itu, tetapi menolak kerana tiada hati pada golongan lelaki.

Zack yang berasal dari Terengganu, berharap pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu untuk membanteras aktiviti tidak sihat ini daripada berleluasa selain menyelamatkan pengkid lain daripada tersasar jauh.

Sumber : Harian Metro Online

MACAM-MACAM PERKARA DAH JADI LA NI....
ELAKKAN DARIPADA TERJEBAK DALAM KANCAH GOLONGAN SEPERTI INI...
KASIHANI DIRI KITA DAN ORANG DI SEKELILING KITA...

Pelajar Lahirkan Bayi Dalam Tandas

KUALA TERENGGANU 5 Mei - Seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di Dungun yang dibawa ke klinik selepas mengadu sakit perut dan cirit-birit rupa-rupanya sakit hendak bersalin apabila melahirkan seorang bayi hari ini.

Remaja berusia 16 tahun itu melahirkan bayinya di tandas Klinik Kesihatan Jerangau, Felda Jerangau, Dungun ketika mahu mendapatkan rawatan kononnya menghidap sakit perut kira-kira pukul 11 pagi ini.

Sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Intan, 30, memberitahu Utusan Malaysia, pelajar tersebut pergi ke klinik kesihatan berkenaan bersama-sama seorang jiran selepas mengadu tidak sihat badan, sakit perut dan cirit-birit.

Apabila tiba di klinik itu, remaja itu yang berasal dari Jerangau Barat kemudiannya pergi ke tandas kononnya kerana sakit perut.

Bagaimanapun, seorang pesakit yang ketika itu pergi ke tandas yang sama tiba-tiba ternampak air bercampur dengan darah meleleh keluar dari dalam tandas tersebut lalu terus memaklumkan kepada orang ramai yang berada di klinik berkenaan.

"Orang ramai kemudiannya cuba membuka tandas tersebut dan terkejut apabila mendapati seorang remaja baru sahaja melahirkan seorang bayi," kata sumber berkenaan.

Ekoran kejadian itu, remaja berkenaan dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pemangku Ketua Polis Dungun, Asisten Supritendan Alias Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, kes tersebut masih dalam siasatan memandangkan keterangan masih belum diambil daripada remaja itu kerana keadaannya yang masih lemah.

"Jantina bayi juga masih belum dikenal pasti," jelasnya.

Sumber : Utusan Malaysia Online

KALAU TAK KAWAL ANAK-ANAK... BEGINILAH JADINYA,......
MAKIN RAMAI LAGI REMAJA TERJEBAK DENGAN ANAK LUAR NIKAH...

Macam-Macam : 2 lelaki dihukum penjara makan gadis

SAINT PETERSBURG 6 Mei – Mahkamah Rusia semalam menjatuhkan hukuman penjara dengan kawalan maksimum ke atas dua lelaki yang didapati membunuh dan memakan seorang gadis berumur 16 tahun pada Januari lalu.

Menurut Mahkamah Bandar St. Petersburg, seorang lelaki berusia 21 tahun yang merupakan peminat muzik rock Goth dijatuhkan hukuman 19 tahun tahun penjara dengan kawalan maksimum.

Sementara itu, rakan subahatnya yang berumur 20 tahun dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun juga dengan kawalan maksimum.

Menurut mahkamah itu, kedua-dua lelaki itu telah menggoda mangsa untuk datang ke apartmen mereka, di mana mangsa telah dilemaskan di dalam tab mandi sebelum anggota badannya dimasak di dalam ketuhar. – AP

Sumber : Utusan Malaysia Online

KALAU MAHKAMAH RUSIA, HUKUM PENJARA....
KALAU MAHKAMAH MALAYSIA, APA PENDAPAT KORANG ???
MAKAN MANUSIA TAK SAMA MACAM BUNUH MANUSIA ???