KANGAR: “Dia hanya pentingkan kepuasan seks semata-mata. Dia tetap mahu saya layan (nafsu) dia walaupun tahu ketika itu saya sakit sebab naik bisul di punggung,” kata Siti Rosmala Mohamad, 38, isteri kepada bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman, 60.
Kenyataan itu dimaklumkan Siti Rosmala, yang juga seorang ustazah di sebuah sekolah menengah di Kodiang, Kedah ketika memberi keterangan sewaktu prosiding tuntutan fasakh di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah, di sini, semalam.
Tuntutan fasakh itu difailkan Siti Rosmala di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, melalui peguamnya, Shazril Khairy Mustafa, pada 15 Februari 2008, manakala Abdul Rashid selaku defendan diwakili peguam, Zulmi Sabri. Siti Rosmala memaklumkan mahkamah bahawa suaminya itu hanya mementingkan kepuasan seks semata-mata, tanpa mengambil kira sama ada dirinya berada dalam keadaan sihat ataupun tidak.
Beliau berkata, pernah suatu ketika dia diminta melayani batin suaminya itu, sedangkan sebelum itu mereka sudah hampir seminggu tidak bercakap kerana bergaduh, apatah lagi sebelum itu dia dimarah dan dipukul suami.
“Malah, suami saya itu juga tergamak meminta saya melayani nafsu seksnya antara tempoh 30 Disember 2007 hingga 4 April 2008 lalu, sedangkan ketika itu kami sudah tidak bertegur kerana ‘perang besar.’
“Paling teruk, selepas selesai persetubuhan, suaminya itu terus mengarahkan supaya keluar dari bilik untuk tidur bersama anak,” katanya.
Sementara itu, Siti Rosmala berkata, demi memenuhi nafsu batinnya itu, suaminya tergamak mengheretnya dari ruang tamu ke bilik, walaupun ketika itu mereka tidak lagi bertegur sapa.
Paling menyeksakan katanya, suaminya juga mahukan seks sedangkan menyedari ketika itu dia terlalu sakit kerana dinaiki bisul pada punggung.
Hakim kemudian menetapkan 27 Mei nanti untuk sambung bicara.
Sumber : Berita Harian Online
SI SUAMI BERSALAH, ATAU SI ISTERI YANG BERSALAH ??