Thursday, December 16, 2010

Pengumuman!! Pengumuman!! Keputusan PMR diumum 23 Disember 2010


KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember ini.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini semalam berkata analisis keputusan PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.

Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai jam 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan. - Bernama

Sumber : Harian Metro Online

JANGAN LUPA, KETAHUI KEPUTUSAN PMR PADA 23 DISEMBER NANTI...
KEPADA YANG BERJAYA, TAHNIAH.. KEPADA YANG KURANG BERNASIB BAIK..
BERUSAHA LAGI PADA PEPERIKSAAN SPM..

Awas!! Wang Kertas RM100 Palsu


TAWAU - Masyarakat di sini, khususnya peniaga, diingatkan supaya berwaspada ketika menerima wang kertas RM100 berikutan kes pengedaran wang kertas RM100 palsu di Kem Luasong, kira-kira 120 kilometer, dari sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin berkata, kegiatan itu terbongkar apabila seorang peniaga pasar minggu di Kem Luasong membuat laporan polis semalam setelah menyedari 10 keping wang kertas RM100 yang diperoleh hasil daripada jualannya adalah palsu.

Beliau berkata, peniaga berkenaan hanya menyedari mengenai wang palsu itu selepas dimaklumkan oleh pihak bank ketika hendak memasukkan wang berkenaan di sebuah bank di sini semalam.

Menurutnya, polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab. - Bernama

Sumber : Kosmo Online
BERJAGA-JAGA SAMA.. WANG PALSU RM100

TRAGEDI BAS : 23 pegawai penjara cedera bas jatuh gaung

PENAMPANG 16 Dis. - Sekurang-kurangnya 23 pegawai dan anggota Penjara cedera apabila bas yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 30 Jalan Kota Kinabalu - Keningau berhampiran Kampung Moyog kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Usaha mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan.

Sumber : Utusan Malaysia Online

BAS LAGI.. ASYIK BERITA PASAL KEMALANGAN BAS AJA NI...

BERITA PENUH AKAN DISIARKAN ESOK..

MACAM-MACAM : Ibu saman McDonald's kerana Happy Meals

 LOS ANGELES: Ibu dua anak dari California mengemukakan saman bersama terhadap McDonald’s yang mendakwa permainan yang diberikan bersama Happy Meals secara tidak adil mengumpan kanak-kanak mengambil makanan tidak sihat.

Monet Parham mengetuai saman yang disokong Center for Science in the Public Interest (CSPI) bagi menghentikan tindakan gergasi makanan segera itu menggunakan permainan untuk pemasaran mensasarkan kanak-kanak secara langsung.

Menurut CSPI, pemasaran seperti itu mempergunakan kanak-kanak secara tidak sah.
Parham berkata, sebab utama anak perempuannya Maya, 6, mahu ke McDonald's ialah untuk mendapatkan permainan berasaskan watak Barbie, i-Carly, Shrek, or Strawberry Shortcake.

“Saya bimbang mengenai kesihatan anak saya dan merasakan McDonald’s hanya patut menjadi sebahagian kecil daripada permakanan dan pengalaman zaman kanak-kanak mereka," katanya. - AFP

Sumber : Berita Harian Online

MACAM-MACAM, BUKAN SALAH McDonald's, SALAH IBUBAPA TU LA...
YANG PI MASUK RESTORAN TU SIAPA SURUH!!