Sunday, March 28, 2010

50,000 Kena Tipu, Pelabur rugi lebih RM100 JUTA

Pelabur rugi lebih RM100 juta sertai pelaburan sejak dua tahun lalu



KUALA LUMPUR: Kira-kira 50,000 pelabur kerugian lebih RM100 juta kerana menyertai pelaburan penternakan cacing, lintah, sarang burung layang-layang, lembu dan kafe ala kopitiam di seluruh negara sejak dua tahun lalu.

Menggunakan status syarikat skim berkepentingan, lima syarikat terbabit dipercayai menyalahgunakan lesen perniagaan masing-masing, walaupun berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pengarah Kanan Penguatkuasaan SSM, Mohammad Redzuan Abdullah, berkata dua daripada syarikat itu sudah didakwa dan beberapa lagi akan dihadapkan ke mahkamah tidak lama lagi.

Katanya, satu daripada lima syarikat berkenaan, Island Red Cafe Franchise Sdn Bhd sudah didakwa di Mahkamah Majistret Ampang atas tiga pertuduhan menipu dan memperdayakan pelabur membabitkan pelaburan RM16 juta.

Baru-baru ini, SSM menyerbu Hadhari Cattle Industry Sdn Bhd dan Hadhari Agro Holding Sdn Bhd kerana dipercayai mempengaruhi orang awam untuk melabur dalam skim ‘Projek Pembangunan Usahawan’. Difahamkan, pelabur skim itu tidak menerima pulangan seperti dijanjikan pengurusan syarikat berkenaan.

Mohammad Redzuan berkata, modus operandi lima syarikat berkenaan ialah menawarkan saham serendah RM1,000 seunit dan menjanjikan pulangan sehingga 10 kali ganda daripada nilai pelaburan, selain insentif lain seperti kupon makanan, pakej pelancongan dan kad diskaun.
Ada syarikat menawarkan pakej pembayaran pelaburan secara ansuran bulanan untuk menarik lebih ramai menyertai skim mereka, malah sesetengah syarikat menggunakan kaedah perniagaan pelbagai peringkat (MLM) dengan pelbagai strategi pemasaran, termasuk menggunakan selebriti dan VIP.

Serentak itu, SSM kini memburu syarikat yang menganjurkan skim pelaburan sedemikian atau menyalahgunakan skim berkepentingan, terutama dalam sektor pertanian dan inovasi baru.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, SSM menerima 90 aduan membabitkan skim pelaburan berkepentingan dan daripada jumlah itu, 60 adalah syarikat yang tidak tahu mereka melanggar peraturan skim berkepentingan serta diberi notis sebelum mematuhi mengikut peraturan ditetapkan SSM.

“Bagaimanapun, kebanyakan daripada 60 syarikat itu mengambil keputusan menutup operasi dan tidak meneruskan skim berkepentingan, sebaliknya meneruskan perniagaan seperti biasa mengikut Akta Syarikat 1965.

“Selain itu, 10 syarikat dikenal pasti degil dan meneruskan skim berkepentingan. Notis sudah dikeluarkan dan ada yang meminta diberi tempoh untuk mematuhi syarat ditetapkan.

“Bagi yang masih ingkar, kita sudah mengumpulkan bukti dan saksi untuk mendakwa mereka di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menerima aduan kes itu, tetapi sukar bertindak kerana kekurangan bukti sebelum menyalurkan maklumat kepada SSM bagi membolehkan tindakan diambil.

Selain polis, SSM bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Bank Negara jika kes membabitkan aktiviti pengambilan deposit haram atau melanggar peraturan Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Beliau berkata, ramai pelabur tidak mengetahui skim berkepentingan hanya boleh dijalankan syarikat berstatus berhad (Bhd), bukannya syarikat sendirian berhad (Sdn) atau berstatus syarikat perniagaan tunggal.

“Syarikat yang menganjurkan skim berkenaan perlu mempunyai prospektus, surat ikatan amanah antara pelabur dengan syarikat dan terma serta pemegang amanah syarikat. Jika ketiga-tiga syarat tidak dipenuhi, pelabur tidak wajar menyertai skim kepentingan ini,” katanya.

Beliau mendedahkan kebanyakan syarikat yang menganjurkan skim berkepentingan berdaftar dengan SSM, namun statusnya sebagai syarikat sendirian berhad tidak melayakkannya menganjurkan skim itu.

Justeru, katanya, pengguna perlu menyemak dengan SSM jika ditawarkan mana-mana pelaburan skim berkepentingan untuk mengetahui status syarikat yang menganjurkan skim pelaburan itu.

“SSM memandang berat kes ini kerana mahu melindungi kepentingan pelabur, terutama berpendapatan rendah atau mereka yang melabur menggunakan wang pencen, gratuiti, wang simpanan dan pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB),” katanya.

Sumber : Berita Harian Online

KENAPA BLEH JADI MACAM NI ERK??
ORANG RAMAI MUDAH TERTIPU DENGAN PELABURAN SEBEGINI.....

Curang, masalah nafkah punca 120 pasangan bercerai di Perlis

KANGAR: Sejumlah 120 pasangan dilaporkan bercerai di Perlis sepanjang tempoh kurang daripada tiga bulan pertama tahun ini, dengan majoritinya berpunca daripada masalah nafkah dan kecurangan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Pembangunan Hadhari negeri, Jafperi Othman, berkata keadaan itu menimbulkan senario kebimbangan yang tinggi, apatah lagi ia dikhuatiri menjejaskan institusi kekeluargaan yang menjadi nadi utama pembangunan masyarakat.

Katanya, sepanjang tahun lalu, sejumlah 698 kes membabitkan masalah rumah tangga dirujuk kepada pihak Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs). Jumlah itu, katanya mewakili hampir 30 peratus daripada 2,037 perkahwinan yang didaftarkan di negeri ini sepanjang tahun lalu, yang dilihat cukup membimbangkan.

“Tambah merisaukan, apabila 502 daripada 698 kes terbabit berakhir dengan perceraian, apabila pasangan suami isteri terbabit gagal mencari jalan penyelesaian, sekali gus memutuskan untuk berpisah,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, sempena Mesyuarat Agung Persatuan Melayu Perlis (Pemanis) ke-5 di Dewan Budaya, di sini. Hadir sama, Yang Dipertua Pemanis, Datuk Mohd Zain Hamzah.

Mengulas lanjut senario berkenaan, Jafperi berkata kebanyakan masalah perkahwinan termasuk yang membawa kepada perceraian di Perlis dikesan berpunca daripada masalah nafkah serta kecurangan.
Kebanyakan kes perceraian, terutama yang berpunca daripada masalah nafkah majoritinya disebabkan kedudukan kewangan si suami yang kurang stabil, terutama apabila pasangan terbabit berkahwin awal iaitu pada usia yang terlalu muda.

“Bagi saya masalah sedemikian seharusnya tidak timbul kerana pasangan terbabit sewajarnya sudah bersedia baik dari segi mental ataupun kewangan sebelum memutuskan berkahwin.

“Apa yang penting, setiap pasangan perlu mewujudkan penyesuaian dan persefahaman kerana motif dalam setiap perkahwinan adalah untuk membina hubungan yang mesra dan berkekalan, bukannya untuk mewujudkan perpisahan,” katanya.

Sumber : Berita Harian Online

CURANG DAN MASALAH NAFKAH JE KE, KES CERAI DI PERLIS ?
PASAL DOK DEKAT SANGAT DENGAN THAILAND KOT...

Pendang Muay Thai Challenge 2010

Program : PENDANG MUAY THAI CHALLENGE 2010
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah, Pendang. Kedah Darul Aman.

Sekitar @ Pendang Muay Thai Challenge 2010 :-


Banner untuk Kejohanan Muay Thai Challenge 2010

Lawa tak pentas ni ? 

Aku, Nazmi dan Mirdat. Kita makan dulu..

Wiyah, Linda dan Maizatul menguruskan kaunter tiket untuk kejohanan Muay Thai.

Sempat lagi aku bergambar dengan Mirdat.

Sempat lagi posing kawan aku tu si Shahrul. Orang ramai masuk ke dewan.

Sebahagian penonton menyaksikan Muay Thai Challenge 2010

Fuiyoo.. Ada api tu dan dengan aksi tersendiri dari peserta Muay Thai

Agaknya, apa aksi peserta ni buat kan.. Hehehe

Aksi pada Kejohanan Pendang Muay Thai Challenge 2010

Banyak asap la plak... kan

Agak-agak korang, dari mana peserta ini ?

Ni gambar aku dan Shahrul.

Alhamdulilah, program ini telah selesai dengan jayanya. 
Ramai penonton menyaksikan pertandingan Muay Thai tersebut.
1st time tengok orang lawan Muay Thai ni, Hehehe..
Camna la kalau aku yg dok kat atas gelanggang tu ?
Apa pendapat korang dengan Muay Thai ?