Tuesday, November 09, 2010

Info Dari Facebook : Skuad Bola Sepak Kedah Musim 2011



Untuk pengetahuan korang,
aku dapat info ini dari Facebook Penyokong Bola Sepak KEDAH.

Kalau kenyataan rasmi dari KFA dah keluar,
nanti aku update semula dalam blog ni untuk info pemain-pemain baru KEDAH musim 2011. 

Bagi info yang tidak rasmi,
pemain-pemain yang sign Kontrak untuk Pasukan Kedah Musim 2011 adalah seperti berikut :-

Helmi Eliza,
Hadi Hamid,
Al Hafiz,
Thirumurugan,
Sabree Abu,
Fazliata Taib,
Khairul Helmi Johari,
Shahril Faizal,
Azmi Muslim,
Shafizan Hashim,
Fauzi Nan,
Fauzi Shaari, 
Baddrol Bakhtiar,
Amar Rohidan,
Khyril Muhymeen,
Faizal Abu Bakar,
Azlan Ismail.

 ------------------------------------------------
Sumber : Facebook.Com

KALAU KORANG NAK KOMEN,
SILAKAN...

Benarkah Pengadil bola sepak tempatan paling miskin di Padang Bola Sepak ?

 ( Pengadil Bola Sepak )

KUALA LUMPUR: Banyak pihak merungut bahawa mutu pengadilan bola sepak negara semakin merosot, malah ada berpendapat ia antara yang terburuk di rantau ini.

Kadar elaun yang rendah kepada pengadil tempatan mungkin satu faktor penyumbang terhadap kemerosotan itu, namun ramai terlepas pandang.

Menyedari kepentingan perkara tersebut, Jawatankuasa Pengadilan Persekutuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil inisiatif mengkaji semula kadar bayaran elaun yang sewajarnya kepada pengadil tempatan.

"Pengadil adalah orang yang paling penting di padang kerana mereka yang menentukan sama ada sesuatu perlawanan itu berkualiti, ataupun sebaliknya," kata pengerusi Jawatankuasa Pengadilan FAM, Datuk Astaman Abdul Aziz, hari ini.

Beliau berkata, jumlah yang diterima perlu setimpal dengan beban tugas pengadil kerana ia bukan hanya setakat di padang, sebaliknya mereka perlu menyiapkan laporan setiap kali tamat perlawanan.

Astaman yang juga timbalan presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur berkata, anak muda tempatan kini kurang berminat menjadikan profesion itu sebagai kerjaya.

Beliau berkata, bukan mudah untuk menjadi seorang pengadil kerana seseorang itu perlu menduduki beberapa peperiksaan yang diiktiraf Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA), sebelum mendapat lesen pengadilan.
"Jika kita mampu tawarkan jumlah bayaran dan kemudahan yang lebih baik, saya yakin lebih ramai anak muda tempatan yang berminat untuk menceburi bidang ini," katanya.

Beliau berkata, aspek pengadilan adalah satu elemen penting yang perlu dimajukan secara bersama, seiring dengan pembangunan bola sepak tempatan.

Astaman berkata, sehubungan itu, pihaknya akan membawa perkara tersebut pada mesyuarat peringkat EXCO dalam masa terdekat.

Sementara itu, seorang pengadil yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad berkata, cadangan tersebut amat dialu-alukan oleh semua pengadil tempatan, selepas sekian lama kebajikan mereka terabai.

"Kadang-kadang kami sebagai pengadil, terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri kerana kos perbelanjaan adalah lebih besar berbanding dengan jumlah elaun yang diterima.

"Namun, atas sebab minat dan cinta kepada sukan bola sepak, kami sanggup terus memilih profesion ini sebagai kerjaya sampingan," katanya.

Beliau berkata, untuk berdepan sukan bola sepak moden yang kian mencabar, pengadil terpaksa mengambil makanan tambahan serta rawatan sama seperti yang diperlukan pemain, dan kosnya agak tinggi.

"Pengadil pada era ini perlu berlari lebih pantas daripada pemain, (jadi) untuk kekalkan stamina, pengadil juga perlu terus berlatih dan ia juga membabitkan kos dan masa, sedangkan kebanyakan pengadil mempunyai kerjaya lain," katanya

Ahmad berkata, luahan hati beliau berhubung perkara itu bukan bermaksud mahu mendesak FAM.

"Saya harap perkara ini tidak dipersoalkan oleh banyak pihak, kerana cadangan menaikkan elaun pengadil bukanlah satu pembaziran, sebaliknya ia adalah usaha untuk mempertingkatkan mutu bola sepak negara," katanya. - BERNAMA 

Sumber : Berita Harian Online
SIAPA PALING ARIF DALAM BIDANG PENGADIL BOLA SEPAK TEMPATAN ? 
KOMEN SKIT

Hujan, ribut petir di Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu malam ini, 9 November 2010

INI HANYA RAMALAN!!

 ( gambar hiasan )

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Hujan serta ribut petir diramalkan berlaku malam ini di satu dua tempat di Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, hujan turut diramalkan pagi esok di beberapa tempat sekitar pantai Kedah dan Perlis.

Pada petang dan malam esok pula hujan berserta ribut petir diramal berlaku di beberapa tempat di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia Online
INI RAMALAN.. KALAU BENAR, BERSIAP SEDIA BANJIR GELOMBANG KEDUA...

Puasa Arafah pada Selasa, 16 November

KUALA LUMPUR: Puasa hari Arafah untuk umat Islam di negara ini, ialah pada 16 November bersamaan 9 Zulhijjah, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Beliau berkata ini berikutan penetapan Hari Raya Aidiladha pada 17 November dan permulaan 1 Zulhijjah, hari ini.

Katanya, pada tahun ini Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada tarikh yang sama. Mengenai penentuan Hari Raya Aidiladha tahun ini, katanya cawangan falak jabatan itu telah menggunakan kaedah rukyah atau cerapan dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah iaitu kebolehnampakan, yang turut diterima oleh Menteri-Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura sejak 1992.

"Berdasar rekod cerapan anak bulan Zulhijjah 1431 Hijrah di sebanyak 30 tempat cerapan rasmi di negara ini oleh Jabatan Mufti Negeri-Negeri di Malaysia pada Sabtu lalu, mendapati anak bulan tidak kelihatan di kesemua tempat cerapan itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hasil data cerapan itu kedudukan hilai atau anak bulan tidak memenuhi kriteria ketetapan Imkanur rukyah atau kebolehnampakan," katanya sambil menambah semalam telah ditetapkan sebagai hari genapnya bulan Zulkaedah dan hari ini sebagai permulaan Zulhijjah.

"Kriteria imkanur rukyah adalah ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang daripada dua darjah dan jarak lengkung (hilal dan matahari) tidak kurang daripada tiga darjah," katanya.

Wan Mohamad berkata, satu lagi kaedah ialah ketika hilal terbenam apabila umur hilal tidak kurang daripada lapan jam (kaedah ini diambil kira selepas ijtimak berlaku).

Beliau berkata, orang ramai boleh mengakses dan merujuk Info Kriteria Imkanur-rukyah di Malaysia dan data-data berkaitan melalui laman web jabatan itu di www.islam.gov.my. -Bernama 

Sumber : Harian Metro Online
SELAMAT BERPUASA

Pencen dibayar 9 November 2010 sempena Hari Raya Haji


KUALA LUMPUR: Bayaran pencen akan dikeluarkan mulai 9 November 2010 sempena sambutan Hari Raya Haji.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam, waran pencen yang bertarikh antara 10 hingga 30 November boleh ditunaikan mulai esok. - BERNAMA 

Sumber : Berita Harian Online
PENCEN DAPAT AWAL.. BELANJA DENGAN BERHEMAH.. JANGAN MEMBAZIR..