Saturday, November 13, 2010

13 November 2010 :- 307, Angka Paling Tinggi Pengunjung ke Blog Aku.. Terima Kasih Semua

Hai All My Friends...

Aku nak share pasal jumlah pengunjung paling ramai dalam blog aku ni..
Aku rasa, hari ni la paling ramai pengunjung masuk blog aku....
Ini untuk blog aku la, kalau blog korang.. mesti ramai lagi kan....
Mesti 1000 pengunjung ke atas sehari kan....
Kalau boleh, sharee la skit camna nak kasi ramai pengunjung ke blog kita ....
Oklah, aku nak letak gambar jumlah pengunjung untuk hari ni, jumlah paling ramai...

Satu perkara lagi untuk korang semua, 
jangan lupa klik iklan Nuffnang ok... 
TQ.. TQ.. TQ.. Terima Kasih.. Terima Kasih.. Terima Kasih...


Jom share camna nak meramaikan pengunjung ke blog kita.. 
Komen skit kat bawah ni k.....

Pasukan KEDAH, Piala Emas Raja-Raja 2010


MASUM VS KEDAH

Piala Emas Raja-Raja 2010

Suku Akhir Pertama

Tarikh : 13 November 2010
 Tempat : Stadium UiTM, Shah Alam
 Masa : 8.45 malam
Tiket : MASUK PERCUMA

Suku Akhir Kedua
Tarikh : 26 November 2010
Tempat : Stadium Darul Aman, Alor Setar
 Masa : 8.45 malam

PULUN KEDAH PULUN

Lain-Lain Jadual Perlawanan

Pusingan Pertama Suku akhir :
13 November 2010.

Pahang lwn Johor - Stadium Darul Makmur, 8-45mlm
Kelantan lwn Perlis - Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu, 8-45mlm
Perak lwn Terengganu - Stadium Perak, Ipoh, 8.45mlm

Pusingan Kedua Suku Akhir :
26 November 2010

Johor lwn Pahang - Stadium Larkin, Johor Baharu, 8.45mlm
Perlis lwn Kelantan - Stadium Utama Negeri, Kangar, 8.45mlm
Terengganu lwn Perak - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, K.Terengganu, 8.45mlm

Separuh akhir: November 30 dan Disember 4, 2010

Perlawanan akhir: Disember 11, 2010.

Tahniah!! Pengulas Sukan : Hasbullah Awang dapat gelaran Datuk

Info lewat untuk korang semua peminat blog SYAMSYUN84..

Info terbaru yang aku dapat tahu ( mungkin korang dah tahu ) iaitu pengulas sukan RTM dapat gelaran datuk. Haji Hasbullah Awang merupakan seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia yang berkhidmat dengan Radio Televisyen Malaysia. Beliau memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Beliau lebih dikenali sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara. Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.

Tahniah!! Haji Hasbullah Awang, Pengulas sukan RTM yang sering mengulas setiap acara sukan dalam RTM. Tak kenal ? Tak berapa pasti siapa Haji Hasbullah Awang ni ? Tengok gambar dia kat bawah ni.... Juga berita dari Utusan Malaysia... Layan...





 -----------------------------------------------------------------------


KUANTAN 23 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendahului senarai 1,211 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke-80 di Istana Abu Bakar, Pekan esok.

Beliau dianugerahi Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang (DK) yang kebiasaannya hanya diterima kaum kerabat diraja.

Majlis istiadat itu turut menyaksikan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter dianugerahi Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) Kehormat yang membawa gelaran Datuk Seri.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob pula merupakan penerima pertama dalam sejarah Pahang dianugerahi Sri DiRaja Sultan Ahmad Shah Pahang (SDSA) yang membawa gelaran Datuk Seri DiRaja.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman antara 19 penerima darjah kebesaran SSAP yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima SSAP ialah Pengarah Target Sdn. Bhd., Datuk Tengku Nong Suraya Almarhum Sultan Abu Bakar, Datuk Tengku Sulaiman Almarhum Sultan Abu Bakar, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wira Abu Samah Nordin, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail, Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Mohamed Khalid Yusuf, Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Datuk Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Ab. Aziz Kasim.

Penerima lain, Panglima Tentera Darat, Datuk Zulkifeli Mohd. Zin, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail, Pengarah Urusan Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Tengku Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz, Pengerusi Proton Holdings Bhd., Datuk Nadzmi Mohd. Salleh dan bekas Timbalan Panglima Tentera Udara, Datuk Shahron Ibrahim.

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datin Madinah Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John masing-masing dianugerahkan darjah kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang turut membawa gelaran Datuk Seri.

Seramai 11 individu menerima anugerah Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Kerja Raya yang juga isteri Pengerusi Kumpulan Utusan, Puan Sri Zaiton Mhad Ali dan seniman tanah air, Datuk Mustafa Maarof atau nama sebenarnya Mustapha Azahari Maarof yang juga Pengarah Urusan Warna Motion Pictures & Marketing Sdn. Bhd.

Selain itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Solah Mat Hassan, peguambela dan peguamcara, Datuk Ti Lian Ker, seorang lagi peguam kanan dan aktivis sosial, Jahaberdeen Mohamed Yunoos, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang, Zulkefli Hassan dan Panglima 3 Divisyen, Datuk Razali Ahmad turut menerima DSAP.

Penerima anugerah DSAP kehormat yang juga mendapat gelaran Datuk dianugerahkan kepada dua individu iaitu Duta United Arab Emirates ke Malaysia, Nasser Salman Nasser Abd. Alla Al-Aboudi dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Malaysia, T. Jasudasen.

Seramai 41 individu dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, antaranya, penerbit filem terkenal tanah air yang juga pelakon, Datin Rosnani Jamil atau nama sebenarnya Rosnani Ludin.

Selain itu, Pengarah Urusan PSK Vega Sdn. Bhd., Mazran Abu Bakar @ Bajang, pengulas sukan terkenal, Hasbullah Awang dan bekas wartawan The Star, Datin Faridah Begum K.A. Abdul Kader turut dianugerahi DIMP.

Seramai 31 penerima dianugerahi Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), 76 menerima Setia Mahkota Pahang (SMP), 59 menerima Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) dan 179 menerima Ahli Mahkota Pahang (AMP).

Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) dikurniakan kepada 157 penerima, 185 menerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan 382 bagi Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Sumber : Utusan Malaysia Online

TAHNIAH DATUK HAJI HASBULLAH AWANG....
PENGULAS SUKAN PALING POPULAR DI RTM...

Artis Kahwin : Raja Farah diijab kabul

Siapa tak kenal dengan pelakon ini : Raja Farah
Aku letak skit gambar-gambar dia dalam ni... Kenal ?



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Raja Farah diijab kabul
 RAJA FARAH bersama Megat pada majlis pernikahan mereka di Bukit Jelutong, semalam.

SHAH ALAM: Biarpun diduga dengan gosip melampau kononnya dikatakan sudah berbadan dua sebelum berkahwin, pelakon Raja Farah, 22, dan pasangannya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25, tetap ceria dan tenang meneruskan majlis pernikahan mereka yang diadakan di Bukit Jelutong, di sini, semalam.

Dengan sekali lafaz, pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Salon itu sah bergelar isteri berwali bapanya, Raja Aziz Raja Ngah jam 11 pagi. Hadir sama Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Rosly Mohd Arus.

Pada majlis pernikahan itu, Megat menyerahkan mas kahwin bernilai RM888 serta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan. Bagaimana pun pasangan ini memilih merahsiakan jumlah wang hantaran yang ditetapkan. 

Sumber : Berita Harian Online
SELAMAT PENGANTIN BARU.. 
SEMOGA BERKEKALAN PASANGAN INI KE ANAK CUCU..

Artis : Nabil Oh Nabil : Tiga gambar panas mirip Nabil tersebar

 ( Superimpose ? Jawapan hanya pada Nabil )

KUALA LUMPUR: Belumpun reda kontroversi putus cinta dengan pengacara dan aktres popular, Irma Hasmie, 28, selain kemunculan gadis belasan tahun didakwa orang ketiga, juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 27, terus dihimpit derita apabila tersebar tiga gambar aksi panas mirip dirinya dengan gadis sunti berkenaan di kalangan media massa awal minggu ini.

Sekeping daripada gambar itu memperlihatkan gelagat dua individu mirip wajah Nabil dan teman tapi mesranya, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen atau Qasha, 18, dalam aksi bercium mulut.

Menurut sumber, tiga keping gambar berkenaan mungkin dicuri dari komputer riba milik Nabil oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan niat menjatuhkan nama baiknya. Gambar berkenaan difahamkan belum pernah tersiar di mana-mana blog atau laman web hiburan sebelum ini.

Nabil ketika ditemui di lokasi penggambaran filem terbarunya, Bujang Terlajak arahan Profesor Madya Razak Mohaideen di Glenmarie, Shah Alam, Selangor baru-baru ini, menafikan ketiga-tiga gambar aksi panas itu miliknya dan Qasha.

Malah dia mendakwa penghasilan foto berkenaan menggunakan teknologi superimpose.

Muka kedua-dua individu berkenaan memang sama dengan wajah kami, namun saya tidak mampu menafikan teknologi hari ini terlalu hebat apabila teknik superimpose boleh digunakan, katanya sedikit emosi.

Katanya lagi, pembikinan tiga gambar itu dibuat menerusi teknologi superimpose yang berkualiti tinggi sehingga sukar menemui kecacatan yang kini dikatakan sudah tersebar di kalangan wartawan hiburan.
Sementara itu, Qasha yang juga seorang artis baru, turut menafikan wajah gadis dalam gambar itu dirinya.


Sumber : Berita Harian Online
KENAPA SAMPAI JADI MACAM TU ? 
KALAU BETUL BUKAN AKSI NABIL, KENAPA ADA ORANG DENGKI PADA NABIL ?
NASIB ENGKAU LA NABIL.. DUNIA ARTIS... BANYAK DUGAANNYA... 
BANYAKKAN BERSABAR... ATAU BUAT REPORT POLIS JA NABIL

Bolehkah Pasukan Bola Sepak Malaysia Melakar Sejarah di Sukan Asia 2010 Guangzhou, China ?

Perlawanan Pertama :
Malaysia 2 - 1 Kyrgyzstan

Perlawanan Kedua :
Malaysia 0 - 2 Jepun

Perlawanan Ketiga :
Malaysia vs China
( 13 November 2010 )


 BARISAN pemain negara berpeluang mencipta sejarah pada Sukan Asia 2010 seandainya berjaya menewaskan China pada perlawanan terakhir Kumpulan A hari ini.

----------------------------------------------------------

SKUAD bola sepak kebangsaan berdepan perlawanan penting menentang tuan rumah, China bagi aksi terakhir saingan Kumpulan A di Stadium Tianhe, Guangzhou malam ini.

Seandainya menang atau seri, Malaysia akan layak ke pusingan kedua (pertama kali selepas 32 tahun), selaku naib juara kumpulan untuk berkemungkinan bertemu Korea Selatan atau Korea Utara pada Isnin ini.

Namun jika tewas kepada China, skuad negara perlu mengharapkan Palestin dan Jordan masing-masing tewas kepada Korea Selatan dan Korea Utara pada aksi terakhir Kumpulan C malam ini.

Ia bagi membolehkan Malaysia layak selaku empat pasukan tempat ketiga terbaik dari kalangan enam kumpulan setelah pasukan tempat ketiga Kumpulan F, Maldives tersingkir apabila hanya mengumpul dua mata daripada tiga perlawanan kelmarin.

Jika Malaysia layak menerusi slot tersebut, lawan mereka pada pusingan kedua Isnin ini berkemungkinan besar adalah Iran.

Namun jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal lebih mahu memberi fokus terhadap perlawanan menentang China malam ini untuk memastikan Malaysia layak terlebih dahulu ke pusingan kedua.

"Saya mahu semua pemain mempamerkan persembahan terbaik. Saya nak mereka semua ambil kesempatan di mana kelemahan China dan berhati-hati juga dengan kekuatan dimiliki China.

"Cuma saya minta para pemain cepat menyerap tekanan kerana China beraksi di depan penyokong sendiri dan mereka juga perlukan kemenangan. Pasti China akan bermain habis-habisan," kata Rajagobal kepada Kosmo! semalam.

Skuad kebangsaan menjalani latihan terakhir di Stadium Huagong pagi semalam dengan pemain sayap, S. Chanturu yang menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Kyrgyzstan 2-1 Isnin lalu kembali menjalani lati- han penuh.

Rajagobal dijangka terus menggandingkan Norshahrul Idlan Talaha dengan penyerang muda berusia 20 tahun, Izzaq Faris Ramlan biarpun mereka buntu mencari jaringan ketika Malaysia tewas 0-2 kepada Jepun, Rabu lalu.

Norshahrul, 24, yang menjaringkan satu gol ketika bertemu Kyrgyzstan berkata: "Memang sebagai seorang penyerang saya mahu menjaringkan gol pada setiap perlawanan.

"Saya berjanji akan memberi persembahan terbaik untuk menang."

Sumber : Kosmo Online

DENGAN HARAPAN,
MALAYSIA BOLEH MENANG DENGAN CHINA UNTUK MELAYAKKAN KE PUSINGAN SETERUSNYA... AMIN

Jawatan Kosong di UiTM Perak - Nov 2010

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak, Kampus Seri Iskandar dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan tetap/kontrak di Kampus Seri Iskandar, Kampus Tapah dan Kampus Teluk Intan bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara :-

1 PELUKIS GRAFIK B17
2 PEMBANTU MAKMAL C17
3 JURUTEKNIK KOMPUTERFT17
4 JURUTEKNIK ( Awam / Mekanikal / AV /Bengkel Mesin Struktur ) J17
5JURUTEKNIK UKUR J17
6 PENYELIA ASRAMA N17
7 KERANI N17
8 PENJAGA JENTERA ELEKTRIK R17
9 PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17
10 PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S17
11 PEMBANTU JURUAUDIT W17
12 PENGAWAL KESELAMATAN KP11
13 PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR R3
14 PEMBANTU AM PEJABAT N1
15 PEKERJA AWAM R1

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN KOSONG
DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN


Sila kemukakan permohonan kepada:


TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) PERAK
KAMPUS SERI ISKANDAR
32610 BANDAR SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUA
NO.TEL: (05) 374 2122/2045/ 2046

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Jumaat, 19 November 2010