Sunday, November 01, 2009

Mama ...







Mama melahirkan kita sambil menangis kesakitan. Masihkah kita menyakitkannya? Masih mampukah kita tertawa melihat penderitaannya? Mencaci makinya? Melawannya? Memukulnya? Mengacuhkannya? Meninggalkannya?

Mama tidak pernah mengeluh membersihkan kotoran kita waktu masih kecil, Memberikan ASI waktu kita bayi, Mencuci celana kotor kita, Menahan derita, Menggendong kita sendirian.

Di saat mamamu tidur, coba kamu lihat matanya dan bayangkan matanya takkan terbuka untuk selamanya.. tangannya tak dapat hapuskan airmatamu dan tiada lagi nasihat yang sering kita abaikan.. bayangkan mamamu sudah tiada.. apakah kamu cukup membahagiakannya. . apakah kamu pernah berfikir bertapa besar pengorbanannya semenjak kamu berada di dalam perutnya... kirim pesan ini pada semua... itupun kalau kamu sayang mamamu dan mau mengingatkan teman2mu.

Ingat-ingatlah lima aturan sederhana untuk menjadi bahagia:

1. Bebaskan hatimu dari rasa benci.
2. Bebaskan pikiranmu dari segala kekuatiran.
3. Hiduplah dengan sederhana.
4. Berikan lebih banyak (give more).
5. Jangan terlalu banyak mengharap (expect less).

SADARILAH bahwa di dunia ini tidak ada 1 orang pun yang mau mati demi MAMA, tetapi... Beliau justru satu-satunya orang yang bersedia mati untuk melahirkan kita…

Mama bukan tempat penititipan cucunya disaat anda jalan jalan,

tetapi disaat beliau sudah tua dan tak bertenaga, yang beliau butuhkan sekarang adalah perhatian anda , datang & hampiri dia , bertanyalah bagaimana kesehatannya saat ini dan dengarlah curhatnya, temani dia disaat dia memerlukan anda, itu saja... . beliau sudah bahagia sekali... ... ... ... .dan melupakan semua hutang anda kepadanya

Panduan Memilih Kamera Digital


Ramai juga yang ingin memiliki kamera digital tetapi tidak tahu memilihnya. Zaman sekarang, orang dah tak pakai kamera analog yang beroperasi menggunakan teknik dedahan cahaya kepada filem, tetapi semuanya menggunakan digital. Bila sebut saja kamera digital yang ada 10 megapixel, maka ramailah yang terngaga, "Wow... 10 megapixel!". Saya kerap kali terdengar orang tanya, "Awak punya kamera berapa megapixel? Berapa harga beli?" Bila saya jawab, "5.0 megapixel, harga RM1200" Lalu dikatakan, "Mahalnya, saya beli 6.0 megapixel cuma RM700 sahaja." Dalam hati saya cuma menjawab, "Sebenarnya di Carefoure pun, ada cuma RM300 lebih, kamera yang berkemampuan hingga 12 megapixel!" Inilah sindrom tidak memahami teknologi, sehingga merugikan kita.

Justeru saya ingin berkongsi sedikit tentang panduan mendapatkan kamera digital yang baik. Saya sendiri bukanlah pakar dalam bidang kamera, bukan juga cameraman yang bagus, cuma sekadar berkongsi teori yang wajib difahami dan diketahui. Bak kata orang, ilmu itu suatu kekayaan. Dengan ilmu boleh mengelakkan kerugian. Memahami Keperluan Megapixel Kamera Hakikatnya, untuk cetakan gambar digital sehingga bersaiz A4, kita cuma perlukan cuma sehingga 3 megapixel sahaja. Lebih dari itu, ia tidak akan lagi mencantikkan kualiti cetakan. Kualiti cetakan anda tidak terjejas. Tidak akan bertambah cantik. Apatah lagi jika anda cuma 'mencuci' gambar sekadar bersaiz 4R ata 6R, tiada maknanya menggunakan megapixel yang besar. Apa itu megapixel? Megapixel secara mudahnya ialah saiz digital sesuatu gambar. Gambar yang diambil oleh kamera digital yg terdiri daripada berjuta2 pixel titik warna.

Mudahnya, jika titik itu semakin banyak dalam satu ruangan yang sempit, titik itu akan menjadi lebih kecil. Jika titik itu menjadi lebih kecil, maka sudah tentu kualiti gambar akan lebih halus. Saya tidak mahu menggunakan kaedah yang terlalu teknikal, cukuplah anda faham dengan cara yang mudah: Adakah pen yang bermata besar boleh lukis satu lukisan yang halus? Sudah tentu tidak. Suatu gambar yang halus dan cantik bila titik-titiknya itu sangat halus. Justeru, jika sampai tahap yang halusnya itu sudah memenuhi ruang, maka ia tidak lagi boleh halus. Kalaupun gambar itu halus, pencetaknya pula tidak mampu untuk mencetak sehalus itu. Masih blur? Mudahnya, cukuplah kamera digital anda bermegapixel 4 megapixel untuk menghasilkan kualiti gambar yang baik. Lebih daripada itu, anda tidak perlu lagi, melainkan anda seorang juru kamera profesional yang memang kerja anda menghasilkan gambar dan diupah beribu2 ringgit. Jangan bazirkan duit kepada perkara yang kita sendiri tidak gunakan. Jangan bazirkan duit dengan beli yang bermegapixel tinggi.

Hari ini, majoriti megapixel paling kurang yang dijual dikedai ialah 4 megapixel.

Lensa
Unsur yang kedua yang sangat penting, tetapi sering diabaikan ialah jenis lensa. Tidak pernah orang tanya apak jenis lensa yang digunakan. Lensa yang baik ialah jenis vario tessar, atau leica, ataupun nikkor, ataupun lens canon. Setakat ini, Leica yang digunakan oleh Lumix Panasonic antara yang terbaik dan sering mendapat pengiktirafan dunia. Namun begitu, lense Nikkor oleh kamera Nikon juga bagus dan tidak pernah dipertikaikan kredibilitinya. Sony Cybershot sekarang ini pun menggunakan lens jenis Vario Tessar Carl Zeiss, yang juga lens yang baik. Namun jika perbandingan dibuat, daripada gambar2 yang diambil dengan cahaya yang sama, setakat ini saya nampak Lens Leica lah yang memberi imej yang baik.

Sensor
Kamera yang baik juga tidak bergantung kepada lensa sahaja, tetapi bergantung kepada sensor cahaya. yang digunakan. Sekarang ini, kebanyakan kamera menggunakan CMOS sensor. Ada juga yang menggunakan CCD lens, namun kedua-duanya tidak banyak perbezaannya. Sensor cahaya membolehkan penetapan kadar pendedahan lens kepada cahaya seperti ISO400, ISO100 dan seumpamanya. Secara mudahnya, jika anda ambil gambar dalam gelap, anda kena guna ISO400 tetapi dalam cerah hanya perlu guna ISO100. Perlu diingatkan juga, jika anda guna ISO400, sebenarnya gambar anda tidak akan menjadi cantik. Akan wujud banyak Noise pada gambar tersebut, akibat kekurangan cahaya. Gambar yang cantik terhasil kerana cahaya yang cukup. Namun begitu bagi SLR, ISO100 sehingga ISO1250 masih boleh 'diguna' walaupun kebanyakannya boleh sampai sehingga ISO3200. Selain daripada itu, image yang terhasil akan lebih banyak Noise.

Image Processor
Selain daripada jenis lens dan sensor yang merubah harga sesebuah kamera digital, jenis pemproses imej juga menjadi faktor yang memberikan perubahan pada harga. Semakin canggih pemproses imej, semakin cantiklah imej yang terhasil dan semakin mahal lah harganya. Kalau dulu, kamera menggunakan teknik dedahan cahaya yang masuk melalui lens dan akan terbentuklah imej pada filem. Namun sekarang, sudah tidak ada filem, tetapi menggunakan image processor yang bertindak sebagai 'retina' untuk pengimejan.

Fungsi-fungsi Tambahan
Kamera menjadi mahal kerana fungsi-fungsi tambahan seperti image stabilizer yang menyerap getaran tangan anda, fungsi penetapan kadar ISO dan fungsi2 automatik lain seperti mengubah kadar cahaya untuk jenis2 gambar tertentu, juga mengubah masa bukaan lens. Semakin banyak fungsi yang digunakan, semakin mahal harganya, dan semakinlah perlu anda pandai guna.

Saiz dan Rekabentuk
Rekabentuk dan saiz menentukan harga. Semakin nipis kemera yang digunakan, semakin mahal lah harga tersebut. Saranan saya, hanya kalau anda ada duit lebih saja beli yang bersaiz nipis. Jika rasa tak nak membazir belilah yang bersaiz biasa sahaja.

TIPS-TIPS MEMBELI KAMERA



  • Jika anda bukan profesional, belilah kamera autofokus dan bukan SLR kamera.

  • Jika anda nak belajar teknik-teknik fotografi, belilah SLR kamera. SLR tu jenis yang ada lens boleh tambah-tambah dan boleh dipulas-pulas tu.

  • Jika ada duit lebih, jenama Lumix Panasonic berharga dalam 1000 boleh dibeli, jika bajet kurang, carilah Nikon atau Canon atau Sony Cybershot berharga dalam RM700. Jika bajet sikit sangat, saranan saya camera paling murah tetapi boleh hasilkan gambar yang baik ialah Canon. dengan harga RM499 anda boleh dapatkan.

  • Pilih jenis bateri yang digunakan. Sebaiknya, cari yang bateri bersaiz AA atau AAA supaya jika kehabisan bateri, anda boleh beli bateri di kedai. Jika anda beli yang jenis bateri yang khas digunakan utk kamera tersebut, masalah utama jika bateri habis di saat2 penting.

  • Pilih jenis Memori Kad yang digunakan. Memori Kad jenis SD ialah yang paling murah, dan senang didapati. Sekarang ini boleh beli yang 2 - 4 GB dah di pasaran. Canon, dan Lumix biasanya guna SD. Ada juga yang guna M2, memori kad ini agak mahal biasanya digunakan oleh Sony Cybershot. Sony juga guna MemoryStick Pro Duo yang harga nya mahal. Satu lagi jenis memori kad xD. Yang ini lagi lah mahal dan agak susah didapati. Kamera Olympus biasnya guna jenis ini. Kalau rasa nak tambah memori kad lain kali, elakkan beli yang jenis ini. Kena ingat, kamera digital tak semestinya guna jenis yang sama memori kadnnya. Pilihlah memory kad yang murah.

  • Jika gunakan batery AA. Sila beli charger dan batery rechargeble sekali. Beli yang MH nya lebih daripada 2000 supaya tempoh caj lebih cepat. Jika beli yang 1200 anda akan berjanggut menunggu bila bateri siap dicaj penuh.

Rugi Rokok



Seorang anggota polis cuba menegur seorang pelajar yang sedang menunggu bas sambil menghisap rokok.
 

Polis : Kenapa kamu merokok?
Pelajar: Suka hati saya la.
 

Polis : Dari mana kamu dapatkan duit untuk membeli rokok?
Pelajar: Diri duit belanja sekolah saya.
 

Polis : Berapa banyak kamu hisap dalam satu hari? dan berapakah harganya?
Pelajar: Satu hari, satu bungkus dan harganya lebih kurang RM6.
 

Polis : Kenapa kamu bakar RM6 setiap hari? Cuba kamu kumpulkan duit itu selama setahun, mungkin kamu sudah boleh membeli motorsikal, tidak perlu lagi menunggu bas seperti sekarang ini.
Pelajar: Boleh saya tanya encik sesuatu?
 

Polis : Boleh.
Pelajar: Encik merokok?
 

Polis : Tentunya tidak.
Pelajar: Habis, kenapa saya tidak nampak motosikal encik. Encik sendiri memandu kereta hak milik kerajaan?

Malam Pengantin


Fuyooooooo... ..nie lah first time aku berader didlm bilek dgn seorang wanita..macam jakun darat siot. Ye seorang wanita yg bergelar isteri, isteriku yg sah. Macam beruk dah kehilangan idea, aku duduk melangok kat atas katil memerhatikan isteriku yg dari tadi menyisir rambut di hadapan lemari solek. Mati kutu aku dibuatnyer, org ramai kat luar, sumer nyer sedare mare pihak isteriku, mereka bermalam disini, maklumlah dah penat bertungkus lumus menyenggelarakan majlis persandingan kami siang tadi. 

Penat memanglah penat, tapi di saat saat indah begini penat menat nie sumer tak main ah... tolak tepi dulu. Tapi sekarang yg menjadik tander soal ialah camner aku nak mulerkan... yelah nak approach isteriku?... .Maklumlah bukannyer pernah aku buat kerja camgini. Aku peratikan isteriku sambil terpikiag kat kepaler hotak aper plan atao script yg hendak aku keutarakan... takkan nak duduk je sampai pagi beb. 


"Abg ngantok??" isteriku bersuara..berderao aku dengar suara dia yg lunak merdu (ye lah baru kahwin lunak lah merdu lah... .cuber dah sepuluh dopuloh tahun kahwin... kontrektor piling pun kao cakap lagik sedap)
Berbekalkan t-shirt Byford yg melekat di badan beserta kain pelikat yg terikat dipinggang diikuti dgn muker millenium yg amat menggoder aku pun menjawab "Tidak sayannnggg... abg blom ngantok lagikkk" 


Isteriku berdiri lalu duduk disebelah ku dgn senyuman yg cukup berpower lagik berkaliber. Aku pun tersengeh macam cipan terkener karen... berdiri... lalu meluru mendapatkan suis lampu... ..tup!... ..lampu dimatikan... ... gulap gulita.
BEEEPPPPPPPP!!!!! BEEEEEEPPPPPP!!!!! BEEEEPPPPPPPPP! pager aku berbunyik!
Maner punyer hamlao suah page aku disaat saat genting begini! Ahhh! buat bodo suah... .aku teruskan perjalanan menuju ke tempat isteriku berbaring... ... .
BEEEEEEEPPPPPPP!!!!!BEEEEEEPPPPPP!!!!!!!! BBBEEEEEEEEPPPPPPP! Dia bunyik lagiiiiiiiiii!
"Alaaahhhhhhhhh abggggg... saper yg page tuuuuuuu... .pergilah response duluuuu" keluh isteriku. 


Aku mencapai pager aku dan terus keluar dari bilek... .dlm bilek aku takder tipon, jadik aku terpakserlah guner tipon diluar. Biler sajer aku keluar dari bilek... org org diluar sumernyer memerhatikan aku..mereka yg dari tadi riuh tetiber senyap... aku hanyer tersenyum, tander hormat sebagai pendatang baru dlm keluarga mereka, terus mendapatkan tipon yg berader di sudut ruang tamu. Mereka terus memerhatikan aku... .ader yg tersenyum dan ader pulak yg tersengeh. 


Bapa mertua aku baru keluar dari dapo, melihat aku dgn tipon di tangan
"Astaghfirullaaaahhhhhhhhhh!!!!" dia beristighfar 


"Kenaper pak?" tanyer aku kehairanan
"Maner pergi kain kao Man?" jawab bapak mertua aku 


SEKIAN 


Pengajaran : Pastikan anda memakai celana dlm biler memakai kain pelikat... dan pastikan yg anda telah pastikan.

'Datang ke Madrid'


MADRID: Cristiano Ronaldo mahu bekas rakan sepasukan, Wayne Rooney mengekorinya ke Real Madrid.

Bintang bola sepak bernilai 80 juta pound itu (RM471.2 juta) berkata penyerang Manchester United pasti akan menjadi terkenal andai beraksi bersamanya di Sepanyol.

“Wayne akan menjadi sensasi di sana,” kata Ronaldo. “Saya berpendapat kami boleh mendapatkan khidmat Rooney untuk membantu kami.


“Dia pasti menakjubkan jika dia datang. Ini adalah tempat sempurna bagi pemain terbaik di dunia dan tidak ada sebarang keraguan dia akan menjadi salah satu daripadanya.

“Wayne memiliki semua skil dan tekad yang anda perlukan untuk mencipta kerjaya terbaik di sini. Dia menunjukkan betapa bagusnya dia dalam beberapa tahun kebelakangan ini di England.

“Dan tidak ada keraguan bahawa dia akan menjadi pemain yang sama di Sepanyol. Ia pasti menyeronokkan untuk melihatnya datang ke sini satu hari nanti di Real Madrid.

“United kelab yang bagus untuk dirinya tetapi anda tidak akan tahu apa yang mungkin berlaku di masa akan datang.” - The Sun

Arsenal terus gegar, Liverpool makin gawat


LONDON: Arsenal mengetepikan Tottenham Hotspur, malam tadi ketika dua gol jaringan Robin van Persie memberi inspirasi melakar kemenangan 3-0 mengatasi pencabar berkenaan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, malam tadi.

Chelsea pula terus kekal di persada liga selepas membelasah Bolton 4-0 di tempat lawan dan harus membuat Manchester United tambah resah yang menentang Blackburn Rovers, lewat malam tadi.

Apapun, derita Liverpool berterusan apabila dipalit kecewa menempuh kekalahan kelima, musim ini selepas tewas kepada Fulham, 3-1 di gelanggang lawan - keputusan yang harus mempertikaikan status Rafael Benitez selaku pengendali pasukan.


Arsenal kini melonjak ke kedudukan tempat kedua carta liga hasil kemenangan pertama berdepan Spurs sejak Disember 2007 tetapi ia tampak sementara buat barisan Arsene Wenger jika United menang.

Gol Arsenal adalah sumbangan penyerang Belanda, van Persie yang membuka jaringan minit ke-42 dan 60 manakala kapten Arsenal, Cesc Fabregas menyumbang satu minit ke-43.

Arsenal kini tidak ditewaskan daripada 20 perlawanan liga menentang Spurs. - AFP

Kelantan Tempa Sejarah


KUALA LUMPUR – Kelantan menempa sejarah mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali pertama dalam tempoh 39 tahun apabila menewaskan Perlis 3-1 di separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Utama Negeri, Kangar, malam tadi.

Selepas mencatat kemenangan 2-0 pada separuh akhir pertama di tempat sendiri, Selasa lalu, Kelantan tidak bermain secara bertahan sebaliknya tenang sepanjang perlawanan untuk mara menerusi agregat 5-1.
Mohd. Norfarhan Mohamad muncul wira Kelantan semalam apabila melakukan hatrik di Kangar menerusi jaringan pada minit ke-26, 53 dan 87.

Perlis yang bermain agak tertekan dan kelihatan serba tidak menjadi sepanjang perlawanan memperoleh gol saguhati menerusi Mohd. Firdaus Fauzi pada minit ke-70.
Jurulatih Kelantan, B. Sathiananthan berkata, kejayaan pasukannya adalah kerana berjaya melakukan serangan balas pantas.

“Seperti dijangka, kami sedar Perlis akan mengasak tetapi kelebihan kami ialah ketika melakukan serangan balas pantas dan itulah caranya ketiga-tiga gol kami dihasilkan,” katanya.
Jurulatih Perlis, Irfan Bakti pula mengakui Kelantan layak menang walaupun tanpa Indra Putra Mahyuddin yang digantung satu perlawanan.

“Kesilapan kami ialah melepaskan dua gol awal menyebabkan pemain mula tertekan. Jelas Perlis tidak bermain sebaik seperti di Kota Bharu,” tegasnya.
Kali terakhir Kelantan mara ke final ialah pada 1970 tetapi tewas kepada Perak.
Lawan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 November ini adalah Negeri Sembilan yang menewaskan Terengganu 3-1 dalam satu lagi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Dengan kemenangan itu, Negeri Sembilan mara menerusi agregat 4-1 selepas menang 1-0 di tempat sendiri, Selasa lalu.
Gol-gol Negeri Sembilan di Kuala Terengganu semalam dijaringkan Zaquan Adha Razak (m-10, 18) dan Hairuddin Omar (m-45).
Manakala gol tunggal Terengganu dijaringkan Khairul Izwan Khalid pada minit ke-35.
Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan berkata, gol awal yang diperoleh menjadi faktor utama kejayaan pasukannya.

“Kelebihan kami kerana menjaringkan gol awal dan itu memberi keyakinan kepada pemain untuk mengharungi perlawanan dengan baik,” katanya.
Bagi jurulatih Terengganu, Ken Worden, Negeri Sembilan memang berhak menang kerana bermain lebih baik.

“Di pihak kami, ketiadaan ketua pasukan, Marzuki Yusof yang digantung satu perlawanan mencacatkan kekuatan keseluruhan kami yang terpaksa mengharapkan kepada pemain muda,” tegasnya.

Pegawai Imigresen Terbunuh Ambulans Terbabas


MELAKA 31 Okt. – Kenderaan yang dinaiki rakannya terbabit dalam kemalangan. Niatnya untuk menolong rakan yang cedera itu dengan membawanya ke hospital menaiki ambulans.

Namun, nasib malang menimpa seorang pegawai imigresen, Mohamed Fitri Jamaludin apabila ambulans yang dinaikinya terbabas lalu terbalik dan meragut nyawanya.
Kejadian berlaku di Kilometer 25.6, Jalan Jasin-Bemban di sini kira-kira pukul 10.45 malam tadi.

Mohamed Fitri, 25, dari Taman Maju Jasin di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala selepas tercampak keluar dari ambulans tersebut.
Bagaimanapun, dua rakannya yang cedera dalam kemalangan sebelum itu serta pemandu ambulans terbabit terselamat dan tidak mengalami kecederaan serius.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik daerah Jasin, Cif Inspektor Mohd. Zaki Aftar berkata, sebelum kejadian, mangsa dan dua rakannya menaiki kereta berasingan menghala ke arah Jasin.

Bagaimanapun, menurutnya, kereta yang dipandu rakan mangsa, Mohd. Firdaus, 22, dan penumpang, Raja Mohamed Azuhan terbabas di Kilometer 15, Jalan Jasin-Bemban.
“Melihatkan kereta rakannya kemalangan, Mohamed Fitri memberhentikan kenderaannya dan mendapati dua rakannya itu mengalami kecederaan.

“Mangsa kemudian menaiki ambulans bagi menemani rakannya untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Jasin,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Mohd. Zaki, apabila ambulans terbabit tiba di Kilometer 25.6, salah satu daripada tayar kenderaan itu pecah menyebabkan ia terbabas dan terbalik.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan Mohamed Fitri tercampak keluar dari ambulans dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Beliau memberitahu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

Utusan Malaysia - 1 November 2009

Usah Dikenang Kisah Lalu - Akhil


SHAH ALAM 31 Okt. - Penyanyi nasyid terkenal yang juga penceramah bebas, Akhil Hayy memohon semua pihak tidak lagi mengaitkan beliau dengan bekas isterinya, Maizawati Zainal.

Jelas Akhil, dia mahu memberi fokus sepenuhnya kepada kehidupan baru bersama isterinya, Nor Wahidah Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Waheeda bersama anak-anaknya.

Tambahnya, apa saja yang berlaku semuanya sudah ditentukan dan perkara yang lama, baginya tidak perlu diungkitkan lagi.

"Namun begitu, tanggungjawab saya terhadap anak-anak tetap tidak akan saya abaikan kerana takdir hanya memisahkan saya dengan ibu mereka.

"Saya juga tidak akan sesekali mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang bapa," katanya kepada pihak media selepas majlis persandingannya dengan Waheeda di sini hari ini.

Akhil atau nama sebenarnya, Abdul Akhil Hai, 40, menikahi Waheeda, 30, pada 16 Ogos lalu di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baru, Selangor.

Mereka mendirikan rumah tangga dalam tempoh sebulan sebaik saja kes perceraian Akhil dan Maizawati disahkan Mahkamah Rendah Syariah, Ipoh, Perak, pada 15 Julai lalu.

Hasil perkahwinan Akhil dan Maizawati selama 13 tahun itu dikurniakan dengan empat orang anak dan dua daripadanya kini berada di bawah jagaan Akhil.

Mereka ialah anak pertama dan keduanya iaitu Siti Numaisarah, 12, dan Muhd. Sharif Hidayatullah, 11.

Mengulas kehidupan sebagai suami isteri selepas hampir tiga bulan berkahwin dengan Waheeda, bekas vokalis kumpulan rock D' Riyadh itu memberitahu, semuanya berjalan baik dan lancar.

Bukan itu sahaja, dia kagum dengan semangat dan ciri keibuan yang ditonjolkan oleh Waheeda dalam melayari kehidupan sebagai seorang ibu segera.

"Dia cepat mesra dengan anak-anak saya dan daripada situ, saya lihat Waheeda mampu menjadi seorang isteri dan ibu yang baik," ujarnya yang akan mengadakan majlis resepsi di Gopeng, Perak pada 7 November ini.

Sementara itu, Waheeda yang kelihatan sungguh ceria di majlis resepsi itu tetap dengan pendiriannya yang mahu bersara dari dunia seni.

Katanya, selepas bergelar seorang isteri masih lagi ada pihak yang menawarkannya tawaran menyanyi dan berlakon serta mahu mengadakan sesi fotografi bersama suaminya.

"Ingin saya tegaskan di sini, saya sudah bersara dan dunia seni bukan lagi dunia saya.

"Kehidupan saya sudah berbeza dan jadual harian saya kini padat serta diisi dengan tanggungjawab baru sebagai isteri dan ibu," ujarnya yang pernah popular dengan lagu Wassini itu.