PARIS - Penyerang sensasi Argentina, Lionel Messi ditabalkan selaku Pemain Terbaik Eropah 2009.
Pemilihan Messi dianggap tepat kerana dia telah mengharungi musim penuh cemerlang bersama Barcelona, sekali gus melayakkannya meraih trofi Bola Emas.
Untuk rekod, Messi muncul pemain keenam Barcelona yang meraih anugerah itu setelah kali terakhir dimenangi Ronaldinho pada 2005.
Messi berjaya menyingkirkan pemenang tahun lalu yang juga bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang sekadar menduduki tempat kedua.
Rakan sepasukan Messi di Barcelona, Xavi Hernandez pula di tempat ketiga dalam undian yang dijalankan majalah France Foot- ball itu.
Diangkat sebagai bakal pengganti legenda Argentina, Diego Maradona, Messi telah menjulang tiga piala bersama Barcelona musim lalu iaitu Liga Juara-Juara, Liga Sepanyol dan Piala Raja Sepanyol.
Messi meraih 473 mata berbanding Ronaldo yang hanya mengumpul 233 mata, diikuti Xavi (170).
"Secara jujurnya, saya tahu yang saya pilihan utama kerana Barcelona telah mencatat kegemilangan pada tahun 2009 ini.
"Tetapi saya tidak menjangka akan menang dengan margin yang cukup besar ini. Anugerah Bola Emas ini cukup penting buat saya.
"Semua pemain yang memenanginya adalah pemain yang hebat
Messi, 22, menjadi pemain Argentina pertama memenangi anugerah berprestij tersebut.
Barcelona mempunyai tiga pemain pada senarai lima calon terakhir dengan Andres Iniesta menduduki tempat keempat manakala Samuel Eto'o yang kini bersama Inter Milan di tempat kelima.
Pemenang anugerah tersebut dipilih berdasarkan undian tahunan daripada wartawan-wartawan sukan bagi senarai 30 pemain yang dicalonkan. - AP
Sumber : Kosmo Online
HEBAT KAN PEMAIN EROPAH ??